Sunday, May 2, 2010

Lagu-Lagu Yang Semua Orang Tahu: Edisi Lagu Kemanusiaan

Pada entri Lagu-Lagu Yang Semua Orang Tahu kita telah membuat analisa tentang lagu-lagu popular yang semua orang boleh dendangkan terus daripada hati. Lagu-lagu yang saya ingin senaraikan kali ini merupakan lagu-lagu yang pernah popular di zaman 90-an dahulu. Jika anda yang membaca entri ini baru didatangi darah haid buat kali pertama ataupun masih belum boleh menonton filem 18SX, maka anda memang tidak akan tahu lagu-lagu ini melainkan parents korang merupakan penyanyi asal lagu-lagu tersebut, which would be awesome. Lagu-lagu ini merupakan lagu-lagu yang berunsurkan nasihat dan pedoman yang mengajak manusia menuju ke arah kegemilangan melalui melodi yang catchy. Namun begitu, amat sukar untuk aku mencari sampel lagu-lagu ini melalui Internet apatah lagi di kedai kaset di Warta. So lirik-lirik dia yang aku tidak jumpa semua aku main toron berdasarkan apa yang aku ingat. Ayuh kita klik Read More untuk mula menyanyi sambil menasihati.

1) Aids Membawa Bencana

Aku sering menyanyikan lagu ini ketika melihat kawan-kawan aku batuk-batuk berterusan di zaman sekolah menengah dahulu. Aku tak ingat siapa yang nyanyi lagu ini tapi dulu-dulu ketika penyakit Aids menular di negara lagu ini dirilis untuk meningkatkan tahap kesedaran rakyat terhadap penyakit pembunuh ini. Ingat, jika hendak berzina, gunakan kondom or kalau malu nak beli kat 7-11, sarung dengan stokin. Jika hendak menghisap dadah, hisap sorang-sorang macam abang Radhi OAG takyah kongsi dengan orang lain.

Aids membawa bencana,
Aids tak kenal mangsa,
Membawa derita sengsara siapa saja yang menghidapnya.
Jauhi dari gejala dadah,
Dan perhubungan jenis rambang,
Hidup kita lebih mulia disamping keluarga bahagia!


2) Tangan Yang Menggapai

Ini lagu kegemaran Adam. Tak tahulah mengapa mungkin sebab dia selalu didera semasa kecil oleh jiran-jirannya kerana matanya yang sepet itu, hee hee. Dinyanyikan oleh artis-artis rakaman NSR secara beramai-ramai bagi mencegah fenomena penderaan kanak-kanak yang semakin menular di waktu itu. Sekali lagi, aku tidak dapat jumpa sampel lagu ini di Internet. Tapi ada sorang mamat ni mengambil inisiatif untuk merakam kembali lagu ini dengan arrangement sendiri. At least bolehlah kita imbas kembali.



Merenungi tubuh yang tak bermaya
Dan mengusapi wajah penuh duka
Malang yang menimpanya kini menghantui kita (part ni suara sengau)
Apalah dosa hingga kau didera

Ketika kau memerlukan kasih serta belaian
Kau menjadi sasaran kezaliman

Jeritan suara
Titisan air mata
Tiada siapa yang endah

Tangan yang mengapai
Akhir layu terkulai
Seluruh harapannya berderai


3) Senyum Seindah Suria


Semasa zaman tidak matang mengejek nama keluarga dahulu, siapa yang ada ayah yang bernama Suria Afandi pasti akan disajikan dengan lagu ini (sekadar contoh).

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


4) Di Desa atau Di Bandaraya


Ok aku tak tahu apa tajuk sebenar lagu ini, tetapi lagu ini mengajak rakyat untuk mengamalkan kebersihan tidak kiralah di kampung halaman ataupun di kota metropolitan.

Di desa atau di bandaraya,
Kebersihan haruslah dijaga,
Udara yang nyaman menyihatkan badan,
Hidup aman dan gembira,
Keindahan tasik kehijauan taman,
Bla bla bla bla kesihatannnnn,

Mari kita bekerjasama, capaikan hasrat murni,
Kebersihan keindahan jadikanlah amalan


5) A.I.D.S Merbahaya


Lagu ini dinyanyikan secara dikir barat oleh kumpulan dikir barat RTM yang diketuai oleh Prof Razak Mohaideen masa muda-muda. Or maybe salah seorang pelakon anak mami berdasarkan pemikiran stereotype aku.

Lirik dia yang aku ingat ialah "A.I.D.S merbahayaaaaaa, Aedes pula mengancam manusiaaaaaa.....".
Itu sahaja.

6) Everest


Haa dulu kan ada macha nak daki gunung Everest aritu pastu tekalah siapa yang layak membuat lagunya. Sudah pastilah kumpulan rap unggul adik beradik kacak KRU. "Eeeeeveresttttt kibarr bendera kita di sanaaaaaa yakin kemuncakk duniaaaaa". Ketika kita sudah hampir-hampir berputus asa akibat kesejukan dan kelaparan di atas sana, lagu inilah yang singlehandedly menaikkan semangat mereka untuk meneruskan perjuangan walaupun kulit mereka yang gelap mungkin menjadi putih (ini bukan ayat rasis).



7) Fikirkan Boleh

Lagu ini sering dimainkan menjelang Piala Thomas. Lagu ini masih boleh diaplikasikan sehingga sekarang. Tatkala korang berasa malas hendak bangun pagi untuk pergi bekerja ataupun pergi ke kuliah, pasanglah lagu ini untuk membakar semangat. Kalau nak buat kejahatan seperti mencuri susu getah ataupun berniat untuk ringan-ringan dengan teman wanita pun boleh juga nak dengar lagu ini.



Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh!


Bagaimana? Jika anda berada di dalam lingkungan umur 25 tahun ke atas, please tell me that you guys know all of the songs above as well. Jika ada lagu motivasi popular dahulu kala yang lain, silalah kongsi bersama.



15 comments:

Noraishikin Mohd Salleh said...

jika kau fikirkan kau boleh! yeah ;)

yusuf mujahidin ™ said...

aku teringat pakcik yg tade gigi dlm klip bila ingt lagu senyum seindah suria tu...hahaha

Mohamad Faizal said...

cikinto: aku memang sentiasa boleh. kecuali kalau kau cakap nak pinjam wang

yusuf: haha hebat daya ingatan kau makan kismis banyak ke

astute said...

aku lulus A+ utk sume lagu. trigt zmn sekolah, nyanyi ramai2 lagu tgn yg menggapai.

lagu membaca gaya warisan tak trsenarai eh? yg lirik lagu tu ade campur2 english n malay. ramai seh artis yg nyanyi - raihan, siti, dayang, nora, afdlin,amy mastura, bla bla bla.

everybody takes a book a read
to gain knowledge everyone has to read
lets reach out and open up yor mind
lets make reading as a lifestyle of...okay, dah tak igt!

Muaz said...

Lagu kemanusiaan yg best jugak:

Nowseeheart - Damai yang hilang
Rabbani - Intifada

p/s: kenapa abg gerrard bagi gol utk chelsea..isk isk.. hehe

Anonymous said...

walopon umo ak blom mncapai 25 taon ke ats tp ak tau smue lagu tu..(tim tu skola tadika lagi) sbb akk aku dye mmg takot giler ngn lagu aids ngn lagu tgn y menggapai, asl ade lagu tu je, mesti de ngis giler2, cm dye lak y kne dera..dye klu tgk poster aids kt klinik gg pon de ngis..x phm aku..haha



me

Anonymous said...

my peberet:lagu no 2

-ojj-

shogunn_general said...

hehe ada lagi lagu2 lain ape..

cinta IT- siti nurhaliza
warga tua teras masyarakat-nyanyian artis obscure RTM

E said...

'Nak makan sabunlah tangan,
pilih gerai yang bersih,
hapuskan lalat kuman,
penyakit dapat disisih.

jadikan ini, amalan,
hidup sentiasa aman,
lala lalala laalaa
....

lagu ni x ingt masuk senarai ke?

E said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

haha..lagu aids ngan dera tu selalu kite nyanyi kalau kene berlakon dlm kelas dulu..haha..
lagu feveret aku: di desa atau di bandaraya..

lagu2 lain:
ella-standing in the eyes of the world(lagu sukan komanwel)
lagu mari mengundi dendangan kumpulan gamelan RTM..

-shuhud-

Mohamad Faizal said...

astute: aisey, saya tak ingatlah lagu membaca gaya warisan

muaz: sayang lagu nasyid tak kira okay. abang gerrard tak rela melihat mashitter berjaya, duhh?

me: memang takot imej ngeri klip video dia boleh terbawa2 sehingga ke mimpi

ojj: jangan dera anak ya

naqqib: cinta IT aku tahu, CT masih tak reti mekap lagi masa tu. tetapi tidak warga tua teras masyarakat. nyanyi sikit please?

E: aiseh yang ini pun saya tak ingatlah. banyak rupanya yang saya tidak tahu

shuhud: di desa atau di bandaraya tu kita selalu nyanyi sebab nak ejek acap zul dia tinggal kat 'desa' surada haa haa

Anonymous said...

Syg kt youtube xde video asal lagu tangan yg menggapai tu,.:-(

BaBaH said...

ada banyak lagi yg dalam list..

boleh rujuk blog saya..

http://bubu-babah.blogspot.com/2013/02/bakat-terpendam-yang-unik-agaknye-la-kot.html

hazly said...

sape ingat ada 1 lagu yg lirikny mcm ni --> anak-anak janganlah leka.. ingat pesan org tua.. jgn mnderhaka.. lebih kurg mcm tulah.. stiap pagi mulanya siaran rtm tv1... sape tahu lgu ni??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...