Monday, May 10, 2010

Lagu-Lagu Yang Semua Orang Tahu: Edisi Kumpulan Remaja 90an

Siapa kat sini mencapai akil baligh pada tahun 90an? Aku! Sungguh bangga ketika itu suara aku telah pecah semasa aku darjah 5. Walaupun aku tidak ingat aksi tak bersalah aku dalam mimpi basah sulung, aku masih ingat lagi diri aku dipuja oleh gadis-gadis yang telah didatangi haid kerana aku matang awal. Apabila kita matang awal, maka kita boleh mendengar genre muzik yang popular ketika itu iaitu rap dan pop kontemporari. Fesyen yang paling popular ketika itu adalah pemakaian Windbreaker di tengah panas sambil menggantung rantai CD di leher. Kool gila gantung CD. Cuba kau gantung CD kat leher zaman sekarang ni mesti mak bapak korang buang korang kat tepi Sungai Ramal Dalam walaupun korang sudah dewasa. Sudah, mari kita klik Read More untuk mengimbas kembali lagu-lagu kumpulan popular tahun 90an.

1) Inilah Nasibku - Nico


Kumpulan Nico terdiri daripada 3 orang jejaka iaitu Nico, Affa dan Dino. Muka Nico banyak jerawat batu dressing memang habis penjenayah kulit hitamlah. Affa pula sumpah hensem nak arwah walaupun aku ni tak gay tapi kalau dia mengambil kesempatan kat aku mungkin aku buat-buat tak perasan. Dino pula sering membuat muka garang walaupun berwajah kebudak-budakan. Lagu Nico yang paling popular ialah Inilah Nasibku yang dirilis pada tahun 1993.

Aku Nico nak cerita
Cerita rapper muda di kota
Umur muda mahu bercinta
Sampai hidupnya porak peranda

bla bla bla mengapa kamuuu mengapa jadi begitu?
Inilah nasibku!


2) Fiona - 4U2C

Jika anda membesar pada tahun 90an tetapi anda tidak tahu akan lagu ini, mungkin anda ini sekolah pondok nak bercita-cita nak jadi Bilal di surau berhampiran. Tetapi jika anda bersekolah harian, anda pasti boleh menyanyikan lagu ini. Tak percaya...ok satu dua tiga FIONAAAAAAA. Terciptalah irama cintaaa ini, hanyalah untukmuuuuuuu. Ok sila mengaku, anda pasti secara automatik mengungkapkan lirik tadi berserta dengan melodinya yang betul bukan? Dulu-dulu 4U2C memang meletup. Baju semua beli di kedai sukan My Sports Center di Bangi. Anggota asal yang aku ingat adalah Joe, AC, Rin dan Lan. Siapa tah lagi 3 orang. Lan paling tak hensem muka macam lelaki miang.


3) Untukmu - Feminin

Kita bersama mengejar mimpi
Terpisah sementara ku pasti
Suatu hari nanti cinta kita bersemi
Kembali menerangi mekar di taman hati
Walaupun jauh pandangan mata
Ku yakin kau kan tetap setia
Begitulah ku jua keikhlasan di jiwa
Dan cintaku hanyalah untukmu


Lagu Untukmu dicipta oleh KRU. Memang sangat popular lagu ini. Feminin merupakan girl band pioneer di Malaysia. Masa tu semua orang suka Deq Nor sebab dia paling comel. As pula entah mengapa memilih Azman Adnan sebagai suaminya walaupun dia peminat bolasepak Kedah. Apasal tak kahwin dengan Che' Zambil Ahmad ataupun Radhi Mat Din.

4) Jatuh Hati - Impression

Di mana dan ke mana
Bayanganmu terasa bersama
Menyapa dalam diam
Di dalam kata


Begitulah antara bait-bait lagu Jatuh Hati kumpulan Impression yang terdiri daripada 3 orang jejaka kacak yang masih muda ketika itu iaitu Eizlan Yusof, Norman Hakim serta Sani Sudin. Ok bukan Sani Sudin tapi Sani apa tah. Klik video memang menyakitkan hati jika kita melihatnya sebagai lelaki normal. Main snuker sambil miming lepastu gesel-gesel punggung dengan gadis tubuh seksi. Selang beberapa tahun kena tangkap khalwat. Barbie Memey (tiba-tiba emo).

5) Bebas - KOOL

KOOL adalah abreviasi bagi Kami Orang-orang Lama. Mungkin benar maksudnya kerana mereka sekadar berjiwa remaja tetapi fizikal memang fizikal orang lepas kahwin. Lagu Bebas memang popular sehingga berjaya memenangi Juara Lagu tahun 1996 dalam kategori Pop Rock. Dalam kumpulan kool ada seorang Michael Jackson wannabe nama dia Riot. Dia memang terer berjoget ala-ala MJ tapi taktahulah jika dia berminat terhadap kanak-kanak juga.


Bebas peribadimu, perhatikanlah bebas!

gambar ihsan: mStar

6) Mengerti - Kru


Dalam banyak-banyak kumpulan di Malaysia, kumpulan apakah yang paling popular, paling gah, dan mendapat paling banyak wang? Kumpulan Wang Simpanan Pekerja haa haa lucunya aku. Ok tak tak seriusla. Kumpulan yang paling popular ialah kugiran kegemaran aku sepanjang zaman, KRU. Aku dulu-dula punyalah fanatik sehingga aku tulis nama Norman kat pemadam aku. KRU merupakan rival terdekat 4U2C. Kalau diorang jumpa mesti beradu tarian rap. Kalau nak ikutkan, semua lagu KRU orang tahu, tapi lagu yang betul-betul membuat KRU meletup nak arwah ialah lagu Mengerti daripada album reKRUed. Masuk juara lagu juga tapi kalah. Last week aku pergi Alamanda ada offer 2 CD Justin Bieber untuk RM50. Tapi CD yang sama nak buat apa? Aku terfikir nak beli untuk jual kembali dengan harga yang mahal. Tetapi saat-saat nak membayar tiba-tiba aku ternampak cakera padat terbaru KRU, iaitu album kompilasi Ultimatum. Terus aku mencarut di kedai Speedy tu. So sekarang siapa naik kereta aku kena dengar 2 cd lagu-lagu klasik KRU seperti Awas, Ooh La La, Negatif, Fanatik, Dua, Balada Hati, Di Dalam Dilemma, Malam Kita, Apa Saja, Di Pintu Syurga wahh macam aku nak listkan semua je ni.



ARGHHHH BARBIE GEMPAK GILA NORMAN MENARI RAP. Video di atas adalah persembahan live di separuh akhir Muzik-muzik. Cuba korang cari video Awas da Concert lagi gempak gila barbie nak arwah punya. Katakan HO! jika anda pun rasa yang KRU adalah grup muzik paling hebat di Malaysia!

Ada lagi sebenarnya kumpulan yang popular seperti A To Z, Freshies, Res-2 tapi aku sudah mengantuk. Assalamualaikum.



21 comments:

Mimie.Candy Cane said...

ko memang laser kan? aku rasa kalo lan 4u2c tu bace entry ko ni,mau lari2 manje sembam muke kat bantal n nangis..

pasal impression tu,aku memang tak tau langsung lagu tu.sebab suara seko2 memang haram tak sedap pon..

haaa..tengok! aku pun dah ikut laser cam ko..

**aku mmg suke salahkan orang..

Anonymous said...

lah saya tak taw plak eizlan yusof and norman hakim penyanyi dulu..lepas saya google nampaklah mereka tp tak jumpa vidoe klip mereka sing kat youtube.nak dgr suara.kalau encik faizal jumpa boleh letak dlm blog nh?saja nak kutuk normiang.haha.lucunye saya:P

naname

aina hazuani said...

jai. meremang bulu bulu aku dengo lagu ni. pinjam cd kau pelisss

Anonymous said...

ho!ho!ho!

Mohamad Faizal said...

mimie: suara mereka memang tak sedap tapi wajah mereka kacak apa

naname: memang takde klip video dia sebab mengaibkan. tapi saya boleh je menyanyi sendiri dan merakam sendiri kerana saya sukakan publisiti

aina: cd tak buleh aku nak dengar semasa pergi dan pulang dari kerja. kaset bolehla aku ada album ohh laa laa dengan awas da soundtrack

anon: ho kembali

^wirda^ said...

impression tu tak layak masuk list sbb haram tak best..tak igt pun lagu dorang tu.

HOOOO! saya jugak gilak sama itu norman..hahaa dpt salam ngan dia time konsert pun sayang nk basuh tangan..hahahhaah toya!

DingDong said...

ho..ho..ho... aku peminat fanatik KRU.. siap masuk fan club dia.. senyap2 mtk duit kat parent utk daftar sbg ahli.. pastu masa hari raya KRU bg kad raya and ajak dtg umah utk beraya.. happy gilak time tu.. g open hse kru kat bkt keramat.. pastu amik gmbr bsama.. mlm tu gk pi cuci.. pastu tunjuk2 kat mbr2.. wahahaha terasa lucu btol.. :P

Rahim Hashim said...

a'ah la impression tu tak penah dengar la..tk impressive pun..

kru jgk paling best..smp skrg still best.

applepink said...

terpakse aa komen sbb aku merupakan die-hard fans KRU pada zaman2 dahulu kala..

sekarang dah bukan die-hard..sekarang sometimes-die-sometimes-hard fan..errr bole la kan hehe..

smua album KRU memang konpem beli sejurus pas dirilis n konsert2 kru konpem semestinye pegi n sangatla selalu jumpe diorang di mane2 event..huhu kalo aku tempek gambo2 ku bersama kru msti semua jeles tahap gaban campo ultraman..kihkih

x sangke encik ijai juge peminat kru spt saye? HO!

Anonymous said...

aku tak memahami kegilaan terhadap KRU. shikin pun suka gile KRU.

adam

Mohamad Faizal said...

wirda: sampai sekarang tak basuh tangan lepas salam? huii fanatik fanatik fanatik fanatikkkkkk fanatik duniaku

dingdong: kool gila dapat beraya di rumah kru. tahun ni jangan lupa ajak saya

rahim: ahh bohong tunang kau kata kau ada poster separuh bogel norman hakim dalam tandas

applepink: huii pasti jeles. tempeklah sikit nak tengok

adam: cuba kau dengar sekali mesti kau takkan dengar muzik kulit hitam lagi

Anonymous said...

lagu a to z itik gembo2 takde ke jai??femes tu..haha...


-shuhud-

Anonymous said...

en ijai telah membuatkan saya terus memuatturun lagu2 KRU

farah

Anonymous said...

HO utk KRU!!! abe ko bukan suke lagu ziana zain ke dulu??siap beli kaset kan??

-fandi-

Mohamad Faizal said...

abe: anak pelakon mana aa yang masuk a to z? lupa pulak

farah: tahniah. anda telah menjadi kool setelah memuat turun lagu kru

fandi: tak, dia minat zaiton sameon

Anonymous said...

anak shaharudin thamby kot kalau aku tak silap..haha..


-shuhud-

Anonymous said...

anak shaharudin thamby kot kalau aku tak silap..haha..


-shuhud-

isuzu_aizu said...

bro, sani sudin yang kamu maksudkan tu adelah owner sani express skang ni kan? kan? kan?

HO!

Syed said...

Tumpang lalu...best2 bila mengenang balik band2 ni awal tahun 90-an dulu (Impression bkn 90's kot; rasanya dh masuk millenium pun)....tolonglah keluarkan Impression, takpun buat2 pejam mata. Dh lah tak best pun. Kalau taknak masukkan A To z, masukkan la Elite. Huhu.

*BTW, anak Shaharuddin Thamby yg join A To Z ialah Chap. Dia masuk ganti Allahyarham Fandi. Heh.

kk said...

haha teringat impression.. waktu tu video clip dia selalu main kat ntv7 pagi2... mmg kitorg gelak ramai2 ms tu tgk video clip tu... siap kutuk lagi member2 yg sikat rambut belah tgh samakan dgn kump impression ni...lagu dan video clip mmg x leh blah

Untung Seposen Dua Posen said...

lawak btul la korang ni

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...