Monday, May 3, 2010

Lawatan Sambil Belajar ke Istana Kehakiman

Pada minggu yang lalu kami telah membuat lawatan sambil belajar ke Istana Kehakiman di Putrajaya. Lawatan ini menjadi mandatori setelah seorang pegawai JPJ yang jujur yang tidak menerima rasuah telah mengarahkan kami untuk hadir ke sesi perbicaraan di atas kesalahan trafik. Alah pasang radio kuat-kuat lagu Jason Derulo pun nak bagi saman. Istana Kehakiman terletak di Presint 3, Putrajaya. Kami tidak pernah pergi ke Putrajaya di pagi hari di waktu kerja, maka kami pun tak tahulah jalan dia sesak nak arwah di sesetengah kawasan. Cemas juga bila terfikir kemungkinan yang hakim akan baling tukul meja dia kat kami sebab kami datang lambat. Namun begitu kesempatan untuk beraksi tidak akan dilepaskan begitu sahaja.


Kami tiba di 'Istana' tepat pada pukul 8.15 pagi. Sila klik Read More untuk sama-sama menjadi jakun melawat Istana Kehakiman.

Memang jakun ah macam datang kampung Selayang melihat Istana ini. Di pintu gerbang istana, kami disambut oleh hulubalang istana. Masa nak masuk kena periksa tubuh badan dulu, takut kami seludup senjata. TETTT! bunyi penggera keselamatan setelah aku melalui alat pengesan besi. Berpeluh aku eksplain kat polis tu yang pagi tadi aku makan kerang yang mengandungi zat besi, itu sebab penggera berbunyi. Tapi polis wanita lagi satu tersenyum-senyum dan berpeluh-peluh melihat skrin x-ray mungkin sebab dia nampak kehebatan 'senjata' aku. Ok aku saja je letak jenaka double meaning di sini.


Perbicaraan akan diadakan di Mahkamah Majistret. Kami ingin kami lambat tiba tengok-tengok sorang pun tiada. Chait. Sambil menanti untuk dibicarakan, aku pun berjalan-jalanla di kawasan sekitar Mahkamah Syariah. Mana tahu boleh nampak artis macam Memey yang dituduh berkhalwat, ataupun boleh jumpa abang Radhi OAG yang hendak menyelesaikan tuntuan fasakh isterinya. Boleh aku ambil gambar dan berlagak di sini.


Ahah! Selebriti pertama yang aku jumpa. Terus aku ambil gambar. Rasanya beliau berlakon dalam slot Adamaya.


Individu-individu di atas disyaki 'penjenayah' juga. Tapi tak tahulah kesalahan apa. Mungkin kesalahan yang remeh temeh seperti memijak rumput di Taman Botani ataupun tidak mengepam tandas selepas berak di Alamanda.

Selepas itu kami pun masuklah ke dalam makhamah. Wah jakun lagi aku ni orang Bangi manalah pernah nak masuk mahkamah. Aku nak ambil gambar tapi banyak polis dalam tu nanti kena tangkap pula. Lagipun boleh ke ambil gambar dalam mahkamah? Tak tahulah tapi ambil video boleh kot kalau tak boleh takkanla boleh ada cerita berunsurkan mahkamah seperti Ally McBeal ataupun Damages kan? Anyway kami pun dudukla di tempat orang awam. Huii ramai gila 'penjenayah' hari itu. Apabila Hakim masuk je buzzer berbunyi dan semua orang terkejut lalu berdiri. Hakim tak banyak soal terus mulakan sesi perbicaraan. Seorang demi seorang dipanggil ke hadapan di atas kesalahan trafik. Bagi mereka yang tidak tahu, prosedurnya begini:

Jurucakap mahkamah (taktau nak panggil apa): Abdul Malik, ke hadapan!

(Abdul Malik ke hadapan, disuruh berdiri di sebelah kandang orang bersalah).

Jurucakap mahkamah: Pada 28 Febuari 2010, kamu telah meletakkan kenderaan di atas rumput di Taman Awam, Putrajaya. Mengaku salah?

Abdul Malik: Ya tuan.

Jurucakap mahkamah: Ada rayuan?

Abdul Malik: Minta kurangkan denda yang Arif.

Hakim: Denda RM80.

Pap! Begitu sahaja. Lepas tu panggil orang lain. Pulak. Dialog yang sama, kesalahan trafik yang lebih kurang. Diorang ni pun masa rayuan rekala cerita sikit untuk meraih simpati hakim. Cakapla ramai tanggungan ke, ada ekstra testis yang menyusahkan ke, takpun cakap je yang kau ni kurang siuman. Cuma yang aku tidak faham ialah kenapa perlu pergi mahkamah untuk bayar denda. Selain merasuah polis trafik, tak boleh bayar terus kat pejabat JPJ ke? Boleh sesiapa jelaskan kekeliruan aku?

Tapi dalam banyak-banyak kes, ada sorang mamat tu boleh pulak dia nak melawan hakim mengaku tak bersalah. Kesalahan dia ialah meletak kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya. Dia siap keluarkan 'akta' yang dia konon-konon dah research lagi, cakap dia park motosikal, bukan park kereta. Dalam 'akta' tu, tidak dinyatakan motosikal atau kereta so tak pasal-pasal perbicaraannya ditangguhkan. Haa haa lucunya.

Anyway seorang demi seorang nama dipanggil. Hairan, kenapa tak panggil nama kami lagi? Lagipun perbicaraan sekarang kes telah menjadi semakin berat. Penjenayah sebenar yang digari sudah dibawa masuk. Cemas dowh takut diorang tiba-tiba naik syeh macam dalam televisyen lepas tu ambil aku jadi tebusan. Tapi aku dan da' killa buat-buat tak bersalah mendengar segala perbicaraan. Mostly kes dadah. Ramai gila orang Melayu yang hisap dadah, ataupun ditangkap memiliki dadah. Mamat yang duduk kat sebelah aku pun penagih rupanya setelah nama dia dipanggil untuk masuk ke dalam kandang. Antara kes-kes lain yang menjadi tumpuan adalah kes pakcik melanggar rumah orang di waktu malam, dan kes makcik katering yang menyebabkan orang sakit perut. Gila bizarre. Lagi bizarre sebab kami masih berada di situ tanpa dijemput seolah-olah menonton Kisah Benar.

Kes dah semakin berat, pegawai JPJ pun dah pergi. What the what man kenapa tak panggil lagi kami? Da' killa pun memberanikan diri untuk bertanya kepada encik polis. Jelas polis itu "Laaa adik kena register dulu kat bawah. Nanti baru diorang panggil nama...."

Perbicaraan ditangguhkan ke bulan Julai. Tertekan dengan situasi itu, kami pun melepaskan tekanan dengan memesan makanan yang mahal di restoran Bayou, Alamanda. Lebih tertekan, masa pagi-pagi on the way nak pegi mahkamah tu, ada pulak mamat rempit eshol yang melanggar cermin kereta da' killa.


What the what man.



10 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

len kali pasang lagu Justin Bieber...Baby

kehkehkeh~

Anonymous said...

ehh ksalahan trafik?? trok sgt ke jai? mmbe aku lnggar trafik light kt putrajaya kne pnggil soal siasat tros kt JPJ Bangi tu..



-megan musang

Mohamad Faizal said...

yusuf: pasang lagu justin lagilah teruk boleh kena penjara dowh.

megan: aku bukan langgar trafik light, aku langgar pegawai trafik tu. ok ok berjenaka ala biasalah masalah insurans dan cukai jalan

Rahim Hashim said...

dulu aku kene saman tahun 2006 sampai skrg tak kene panggil. gempak tak?

O Ena O said...

wahhhhh gleemeer ko masuk mahkamahhhh..

^wirda^ said...

apa lagi bergambar lah ngan cukai jln dan hantarkan ke myeg utk mendapatkan insuran dan cukai jln percuma..wah mcm iklan bergerak tak aku?

DingDong said...

penah gk msk tgk perbicaraan kat mahkamah tp bkn kat putrajaya tp kat masjid jamek tu.. seriau gk.. cam kita plak yg dibicarakan.. psl mbr kena tuduh memiliki dadah.. pdhal org nk lari buang dlm beg dia.. xpsl2 la mbr aku merengkok dlm penjara dlm sethn lps kes didpt dia xbersalah.. siap melawat dia kat penjara sg buluh lg.. scary merry..

Mohamad Faizal said...

rahim: aku rasa aku dengar diorang panggil nama rahim hari tu..taktaula rahim kau ke rahim razali pelakon tu. jaga2 ya

ena: awww aku memang gila glemer uols

wirda: hui saya siap ambil video lagi demi meningkatkan kadar kejayaan

ding: wau. tragis kisah anda. tapi kita memang boleh suka suki je masuk nak dengar perbicaraan. bukannya depa nak cek ke apa

nana said...

camne nk gi mahkamah tu?
cuba bgtau sket supaya aku boleh belajar.

Mohamad Faizal said...

mula-mula pergi Alamanda lepas tu terus ke roundabout super besar tu ambil pukul 10.30 terus sampai ke masjid ambil pukul 12 di roundabout tu terus je tapi kalau lampu merah berhenti. istana kehakiman di sebelah kiri

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...