Tuesday, May 25, 2010

Malam Penuh Dosa di Melaka

Assalamualaikum kawan-kawan. Sudah mandi junub dan solat Maghrib? Jika sudah, anda boleh teruskan membaca. Jika belum pun anda masih boleh teruskan membaca kerana ini adalah entri yang berdosa. Ok kita sambung cerita entri di bawah, selepas penat bermandi manda dan pura-pura lemas mengharapkan diri diselamatkan oleh amoi berbikini, kami pun pergi check in ke Villa yang disewa. David Villa D'Faro nama dia. Kool doo ada empat bilik yang luas, kolam renang persendirian, set barbie q haidar, tandas mangkuk U, serta peti Astro yang tiada piring (kena bawa piring sendiri, cis!). Harga sewa satu malam dalam RM500 kot. Jamil keji gila diorang tak bayar sewa lagi.


Ayuh klik Read More untuk mengharungi liku-liku malam yang penuh dosa di Melaka ini.


Setelah penat berehat-rehat dan mengumpat, kami keluar untuk aktiviti yang seterusnya iaitu melawat pekan Koboi. Di waktu ini, Shuduh telah pulang ke Bangi untuk menghadiri majlis kenduri tahlil. Sanggup tu dia pulang ke Bangi walaupun kami sudah menerangkan pro dan kontranya. Anyway kami datang awal dalam pukul 5.30 petang, pelakon koboi semua tak siap lagi. Tiada benda untuk dilihat dan tiada permainan untuk disertai. Hanya kompleks membeli-belah Koboi yang baru buka. Terdapat pelbagai aksesori koboi yang boleh anda beli di sini seperti kasut but yang ada bintang di belakang, beg tangan fringe, lencana Saber Rider and The Star Sheriff, serta spek mata Kanye West. Let's get lost tonight! You can be my black Kate Moss tonite!


Satu-satunya aktiviti yang boleh dilakukan ketika itu ialah menonton wayang 4 dimensi. Wahh 4D? Kagumnya! Harga tiket standalone tanpa pakej ialah RM20. Mahal juga, adakah berbaloi dengan harganya? Antara filem yang ditayangkan secara 4 Dimensi pada hari itu ialah Underwater World, Haunted Office dan Adnan Sempit. Kecuali Anas dan Zack, kami semua menonton Haunted Office. Zack lemah semangat tak boleh nak tengok cerita momok, so mereka tonton Underwater World.


So kami pun masuklah ke panggung. Mereka bagi spek mata 3D tapi kualitinya rendah macam spek mata yang korang selalu dapat masa beli cornflakes tu. Filemnya memang dalam bentuk 3D, tapi takdelah gah sangat pun. "So apa yang 4Dnya?" tanya korang di dalam hati. Efek yang konon-konon 4D dicapai melalui deria bau, warna, dan rasa. Apabila hantu datang, akan keluar bau busuk. Or itu mungkin bau kentut pelancong Timur Tengah yang duduk di sebelah aku. Apabila dikejar hantu kerusi akan bergerak-gerak macam kerusi urut Ogawa. Dan paling annoying apabila kita disembur air dari paip untuk memberi efek hantu air. Rm20 untuk filem yang annoying selama 15 minit, memang tidak berbaloi.

Karnival hanya akan bermula di waktu malam, maka kami semua bersetuju untuk membaham di luar A Famosa. Semasa keluar dari pekan Koboi, satu persembahan boria arbok telah bermula. Ini bukan arbok yang kau rasa nak raba, tetapi arbok yang muka mintak tinju Ip Man.


Dalam formasi ini, mereka yang berbaju koboi merah semuanya arbok. Tapi sebab kami dah janji nak buat bachelor parti untuk Fandi, kami sewa juga seorang untuk menggembirakan hati dan nafsu Fandi. Kau gembira tak dapat berdua-duaan dengan Fatine?


Ada pembaca (Santiago Yusuf Mujahidin) mencadangkan jika pergi Melaka, mesti meratah ikan bakar di Umbai. Berbekalkan Google Maps Jamil, kami pun main belasah sahaja jalan ke Umbai. Abang pondok gad kata terus je dari A Famosa Resort asalkan tak sampai Johor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Mungkin sebab banyak lampu isyarat, hee hee. Sampai di sana, semua pekedai menggoda kami untuk makan di kedai mereka. Siap dedah payu dara lagi, tetapi lelaki nak buat hapa lainlah kau ada payu dara macam Anas. Kedai hujung sekali paling nampak grand dan ramai orang, so kami singgah di kedai Ikan Bakar Parameswara.


Hidupan laut di sini semuanya segar dari laut ataupun pasar yang berdekatan. Mata kail pun tak cabut lagi dari mulut ikan. Kalau kau nak pancing atau tuba sendiri pun boleh.


Kami memesan ikan Siakap masak 3 rasa, Ikan Pari Bakar Asli dan Ikan Pari Bakar Sambal, Sotong Goreng Tepung, Kepah Masak Apantah, Satu Binatang Yang Aku Tak Pernah Lihat, Udang Goreng Cheese serta Sup Sayur. Jika cek darah ketika itu mesti tahap kolestrol melebihi paras berbahaya. Takpe Zack ada untuk memberi bantuan perubatan jika diserang sawan babi laut. Memang segar dan lazat sekali makhluk tuhan yang kita makan. Lebih-lebih lagi kalau orang yang belanja. Terima kasih Zulkifli Ibrahim! Kami sayang sangat kat kau pada malam itu (sahaja).


Ahh perut kembung suka hati. Kami kembali ke A Famosa untuk menyaksikan karnival. Dah malam meriah sikit. Kami miss persembahan bunga api, tapi terdapat banyak persembahan lain seperti Tarian Kuda Padi, Red Indian Makan Api, Joget Thriller Michael Jackson serta tarian Everybody Backstreet Boys. Semuanya menggunakan watak arbok yang sama.

Gaya Zul memanah. Gaya Robin Hood saja lebih tapi terpanah punggung abang yang jaga kaunter tu.


Cis Evi ada ambil video aku menaiki lembu ini tetapi kena lihat di Fesbuk: http://www.facebook.com/#!/video/video.php?v=396629660893&ref=mf


Setelah penat berparti liar di pekan koboi, kami pun pulang ke Villa. Ingatkan nak terjun kolam terus tetapi air masih kaler kencing kuning. So gadis-gadis disuruh masuk ke bilik masing-masing, dan kami para jejaka berbachelor parti di luar. Oh lupa pulak nak mention yang kitorang tak tinggal solat Asar dan Isyak. Ok parti liar dimulakan dengan permainan video Wii yang dibawa oleh Fandi. Xbox aku tak usik pun sebab tv dia tak cukup gah untuk dibahagi empat untuk bermain Call of Duty.


Di saat ini, Ahmad Shuhud telah kembali menyertai kami dari Bangi. Huii memang tinggi semangat setiakawan kau ini Abe sanggup gerak malam-malam untuk bermaksiat bersama kami. Air sembahyang pun tak batal lagi, baju melayu masih tak komot dan kopiah masih intact di kepala. Tanpa mengambil kira faktor pakaiannya, parti liar kami diteruskan dengan aktiviti perjudian.


Mungkin kerana pengaruh minyak wangi alkohol, mungkin kerana high makan mee segera 2 mangkuk seorang, mungkin sebab kami tidur pukul 3 pagi. Semua itu boleh membuat kita mabuk dan lalai. Dalam keadaan mabuk, apa saja boleh berlaku. Perkara-perkara seperti gambar di bawah harus dielakkan jika anda ingin membentuk keperibadian muslim yang sempurna (sekadar gambar pedoman).


What the what?? Akan ada part 3? Seronoknya korang. Lebih banyak gambar berdosa di laman Fesbuk saya: http://www.facebook.com/album.php?aid=182059&id=628280825&l=6803067aaa



18 comments:

faramira said...

hahahahaha!

klakar lak tgk dr. shuhud....

kali nie die jadi watak puteh ..

jana said...

Ha ha ijai,gambar yang last tu ketawa sampai keluar air mata ni,
Nasib ada dr eer ustaz shuhud.Tunggu juga kot-kot keluar Harian Metro,kalau-kalau ada keluar cerita pasal tangkapan parti liar di A famosa,nasib baik takda.Cepat entry part 3 pula

otak ketat said...

haha. seronok berparti bujang ye. oh zulfikli ibrahim kelihatan sgt dermawan. boleh kah beliau blanje aku seafood juga? haha.

otak ketat said...

eh kejap. aku runsing kenapa hanya gambar last sahaja yg ada watermark?

Mohamad Faizal said...

faramira: puteh? hee hee hee (gelak ada makna)

kak jana: metro tiada tapi kat harakah ada kot kat sebelah intisari rancangan. part 3 akan menyusul beberapa hari lagi tungguuuuu

otak ketat: zulkifli dermawan dan SINGLE. berminat? oh gambar last sahaja yang dicop kerana itu gambar eksklusif yang ada harapan untuk dihantar ke laman gossip Oh! Artis

khairul_bariyyah said...

astaghfirullah.. mmg kena byk mengucap tengok gambar last 2... (pura2 suci)

budakcomot

Mimie.Candy Cane said...

hahahhaha..best gile jenjalan berpoye2 camni..gambar yang last tu buat aku pecah gelak sorang2 kt opis.

deng yu!!

hhahahaha

Idlan said...

Gambar last kau tu patut ada soundtrack OST Solehah oleh Ungu: "Sesungguhnya manusia...." bla bla

Anonymous said...

Wahh...ustz shuhud mmg calon imam muda yg berkaliber

eh, knape aku rs nk inzal bila tgk fatine tu?

hahaha~


Santiago Altamirano del castilo

cracked bunny said...

seyes tak boleh blah gmbr last tu.sesama jenis pulak tu.nabi tak ngaku umat.isk isk

=p

Mohamad Faizal said...

khairul: semoga anda mendapat mesej yang disampaikan

mimie: kau kerja malam ke baik2 gelak malam2

akak abe: ataupun lagu in team "seeeebelum diijabkabulkan syariatttt tetapppp membataskannnnn...."

santiago nunez: kerana jauh di sudut hati kau, memang itulah citarasa kau

sha: err kalau diperhatikan betul2 ada seorang lagi di bawah selimut...haa haa

~::Iffat @ Wonderfatts::~ said...

ijai...arbok2 ini la yang aku ingin ingatkan padamu pada entri pemberitahuan geng bangi ke melaka tempohari, tapi blogspot mcm shilake hari itu xbole tggal komen.

Arbok ini semua sungguh gagah dan berstamina tinggi,mereka boleh menari 3-4 round, dan sesudah abis persembahan diorg pegi jaga kaunter funfair pulak..yg minah kemboja pun ada yg jadi koboi tu..wahha..tapi bekalan arbok memang tidak putus2 di afmosa ini..dari dulu sentiasa ada jek..bos dia seorang arbok jgk kot?

QilahLala said...

bersungguh-sungguh si shuhud berdoa hehe

Cik Faridah Huda said...

teriyak dr shuhud tgk zina depan mata...hahahhahaha

Mohamad Faizal said...

iffat: tu ah mula2 menari backstreet boys lepas tu jual tiket last2 layan nafsu kawan aku fandi pulak. eh gaya percakapan kau ni macam kau selalu berinteraksi dengan mereka sahaja hee hee

lala: berdoa dulu untuk bergambar lepastu threesome

cik faridah: err teriyak tu apa? teriyaki boyz saya tahulah

Anonymous said...

haa yg dlm slimut blah kanan skali tu nasib pandai cover klo tak mmg kantoi besar bachelor party kite hahaha...

-fandi-

Anonymous said...

teriyak - menangis dlm loghat kelantan..sekian,terima kasih ;)

-seboknakmenyampuk-

mimi saidi said...

sengal gak ko ni ea..^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...