Saturday, May 1, 2010

Menang atau Kalah?

Pagi semalam aku bangun awal pukul 4.30 pagi. Niatku ingin menunaikan solat sunat tahajjud tapi tak jadi. So aku bangkit memberi sokongan moral untuk pasukan kesayangan aku di separuh akhir liga Europa instead. Buka sahaja televisyen, wah sedang mendahului 1-0 hasil jaringan abang Aquilani. Kool. Hanya perlu satu gol sahaja lagi dan perlawanan masuk ke masa tambahan. Satu-satunya orang Yahudi yang kita tidak perlu baling batu ialah abang Benayoun. Tatkala dia menjaringkan gol, terus aku menjerit di pagi-pagi buta menyebabkan mama aku menjerit sama akibat terkujat. Tetapi keghairahan aku kembali kendur apabila encik Forlan menguburkan impian kami untuk memenangi sebiji piala musim ini. Bastard Forlan dari dulu hendak menyusahkan kami. Dulu masa main kat Manshitter dia memang kaki bangku tak reti sepak bola lepas tu lawan Liverpool nak amuk pulak. what the what man. So sekarang kami hanya bermain untuk tempat keempat bagi kelayakan bermain di Liga-Liga Juara musim depan. Itu pun bergantung kepada pasukan di atas kami iaitu Spurs, Man City dan Villa. Esok lawan Chelshit pula. Memang sundal bertemu dengan Chelsea di waktu begini. Ayuh klik Read More untuk membuat analisa.

Korang pernah dengar lagu KRU Di Dalam Dilemma tak? Itulah perasaan aku sekarang. Sila kaji equation di bawah:

Jika kami kalah dengan Chelsea = Konfem tak dapat main Champions League musim depan

Jika kami menang dengan Chelsea = Manshitter akan mengatasi Liverpool menjadi kelab bolasepak Inggeris terulung dengan 19 kejuaraan liga.

So jika anda seorang penyokong setia, pilihan anda mudah sahaja, pasti pilih untuk kalah. The thought of Manchester United being the best English football club is...unbearable. Kejuaraan domestik ye bukan Eropah. Kami juara Eropah 5 kali. Anyway, kalau mereka menang liga, nanti setiap kali dalam perbalahan pasti mereka ungkit yang mereka adalah kelab Inggeris paling berjaya, macam kami selalu buat dahulu untuk menyakitkan hati penyokong Man U.

Tetapi! Kami ada maruah. Pemain Liverpool adalah golongan professional. Mana ada orang main untuk kalah ataupun seri, lainlah kalau kau ambil rasuah macam Matlan Marjan ataupun Faridzuan Che Hamid. Kau ingat abang Gerrard senang-senang akan biarkan Lampard menonjol dari jauh? Kau ingat abang Carra boleh lupa peristiwa Drogba membuat tendangan tanpa lihat untuk menjaringkan gol menentang Liverpool ketika pertemuan dahulu? So aku pasti kami akan bermain untuk kemenangan. Quote daripada abang Reina "Saya tidak bermain untuk mereka. Saya bermain untuk pasukan saya dan para peminat. Saya tidak peduli apa Manchester United akan buat"

Well said bro. Tapi satu benda aku aku pasti aku mahu memang ialah kejuaraan Liga Super. Dengan hanya tinggal baki 2 gameweek, perlumbaan untuk kejuaraan liga kini tertumpu kepada 4 pasukan iaitu Romper Stopper di bawah pimpinan Dazu, surprise package musim ini, Bola Pancit yang diuruskan oleh Anas, the usual big four Toon Army pimpinan Apai, dan sudah pasti juara bertahan Anfield Heroes aku. Minggu ini aku pasti akan membuat transfer kezutan mengambil risiko demi mengatasi kalian. Kalau terdesak aku akan guna kuasa administrator liga membuang orang atas aku daripada liga hee hee.Pasukan-pasukan lain seperti Stobart FC (Shuhud), Jerung Melapah 2 (Adam), Merry Men Legends (Ise), Ashburton Grove FC (Lebai) mahupun Deportivo ImpianMaju (Naqqib kau pun ada??), anda boleh cuba lagi musim hadapan.


Akhir kata, You'll Never Walk Alone.



10 comments:

shogunn_general said...

oh. itulah. sayang ar aku baru stat dari gameweek 5. tapi tu pn dah dapat potong ise hehehe. abg Dunne dan abg kurap di leher Tevez banyak menyumbang points utk aku. cant wait for next season bro :)

Idlan said...

Dazu kat liga aku pun dia top. Demit Dazu. Kejuaraan berganda nampaknya.

Tahun depan buat la liga Bangi saja. Ke world cup ni ke... (ketagih fantasy league)

Mohamad Faizal said...

naqqib: haha ise memang lalai. next season masuklah dari gameweek 1

akak abe: cis takkanla aku hendak biarkan dazu menjuarai liga cis cis. jaga2 kau dazu malam ni aku letak sorensen jadi kapten (taktik nak kelirukan dazu)

Anonymous said...

bile liverpool nak pecat abang rafa?

jai aku tak faham jai. knape team fantasy aku tak ulung? aku siap buat excel spreadsheet time buat team aku dulu. arghhh. serious tak faham.

adam

who am i said...

yg 1st bru 2101 ke..
cmtu aku nk join la league ko jai..hoho
pe code league ko?
aku ni bru 1st season dlm fantasy2 ni..
tolong la bg tnjuk ajr skali..haha

Mohamad Faizal said...

adam: liverpool takkan pecat uncle rafa sebab kami tiada wang nak bayar pampasan. unless rafa sendiri pergi membawa diri. ke juve. next season kau tiru anas punya line up, haa haa

who: musim hadapan lah

محمد فردوس سعد said...

warghhh..liverpool kalah pulak ngan chelshit..terpadam sudah harapan tuk Champion League..xpuas ati betul la..

O Ena O said...

ape ulasan anda? champions league sudah terlepas? huuuu...aku tumpang simpati jai..

Anonymous said...

thx la gerrard tolong assist kan gol chelsea

zarul

Mohamad Faizal said...

muhammad firdaus saad, yes aku terer lagi baca jawi.

ena: tak apa, asalkan manshitter tak menang liga

zarul: haha assist dapat 3 points tu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...