Sunday, May 16, 2010

Mengenali Jenis-Jenis Guru


Hari ini merupakan Hari Guru. Bersempena dengan itu, saya ingin menulis tentang jenis-jenis guru yang wujud berdasarkan pengalaman sendiri ketika zaman persekolahan. Anda pun mungkin ada guru-guru sebegini di sekolah anda ataupun mungkin anda termasuk dalam kategori guru-guru yang saya akan huraikan nanti. Ayuh klik Read More untuk sama-sama menyambut Hari Guru.

1) Guru Disiplin

Semua sekolah ada Guru Disiplin. Guru disiplin selalunya terdiri daripada Ustaz ataupun warden asrama. Guru disiplin mampu menimbulkan rasa gentar di dalam diri apabila kita bertembung dengannya walaupun kita tidak bersalah kerana terdapan rotan yang tersisip macam pedang samurai. Guru disiplin juga merupakan guru yang paling dibenci oleh kebanyakan pelajar. Sekadar kereta dicalarkan dengan melukis organ reproduksi mungkin perkara biasa, tetapi di sekolah aku, ada pelajar pailang yang bertindak dengan lebih ekstrim selamba je terbalikkan van dia. Aku turut hangin dengan guru disiplin aku kerana dia merampas kaset Nirvana: From the Muddy Banks of the Whiskah aku walaupun aku dah sorok dalam stokin.

2) Guru Letih


Semasa mengajar, guru-guru sebegini hanya menggunakan satu nada yang mendatar, muka tidak berekspresi dan berjalan dengan perlahan. Kami mengesyaki guru ini mengalami masalah rumahtangga, ataupun rumahnya tiada tangga kena panjat tiang. Keletihan di rumah dibawa ke sekolah mempengaruhi gaya pengajarannya. Kalau mereka mengajar subjek Bahasa Malaysia ataupun sejarah ahh pasti terlena kita dibuatnya.

3) Guru Predator Seksual

Guru ini kita tengok muka dia sahaja kita boleh syaki yang dia ni pelawat tegar laman web dewasa adultfriendfindermalaysia.com. Dengan perutnya yang boroi serta misainya yang nipis, dia sering membuat gangguan seksual kepada pelajar terutamanya ketika Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Gangguan seksual di sini tidaklah bermaksud dia menjadi pervert secara terang-terangan dengan menyeluk payu dara gadis sunti ataupun membuat buttslap bagi memberi semangat kepada pelajar lelaki, tetapi melalui gaya komunikasinya. Contohnya, ketika mengajar murid-murid membuat tekan tubi, selamba sahaja dia membuat reference kepada gaya persetubuhan bersama isterinya. Pasti secara automatik kita akan terbayang wajahnya setiap kali menonton pornografi. Ada khabar angin juga mengatakan guru tersebut telah cuba flirting dengan seorang ustazah yang boleh dikatakan hot dengan membuat ayat begini "I rasa you cantik pakai tudung ini...."

4) Guru Ganti Yang Comel


Setiap semester, pasti ada satu atau dua guru ganti yang mengajar di sekolah aku. Guru ganti ini semuanya masih muda dan segar dari Institut Perguruan melengkapkan praktikal mereka. Guru-guru ini selalunya tidak diambil serius dan segala kerja sekolah pasti tidak akan dihantar terutamanya untuk subjek pendidikan seni. Biasalah mana ada orang yang suka subjek pendidikan seni semasa sekolah. Ada satu guru ganti ni lagi malang, ketika dia mengajar ada pengawas datang buat spot check kepada pelajar. Dipendekkan cerita spot check itu berakhir dengan seorang kawan aku yang bernama Ikmar telah menumbuk pengawas itu (dan dipukul beramai-ramai kemudian). Guru itu terus trauma dan tidak mahu mengajar di kelas kami lagi.

5) Guru Mengandung Setiap Tahun


Haha memang subur mereka ini. Korang ada tak guru begini? Tiap-tiap tahun mesti nak mengandung haha.

6) Guru Bahasa Inggeris Yang Bergaya


'Class' guru bahasa Inggeris ini selalunya tinggi sedikit berbanding guru lain. Mereka pasti tidak sebulu dengan guru agama kerana perbezaan mazhab dan tuhan yang disembah. Gaya pemakaian mereka selalunya lebih banyak mendedahkan aurat. Kalau pakai tudung pun pakai ala-ala Datuk Siti Nurhaliza yang terkeluar rambut di hadapan. Kaler rambut mesti sedikit perang yang aksen orang putihnya mesti bergaya Amerika.

7) Gurubalan Krishna

Gurubalan Krishna adalah bekas rakan sekerja aku yang kini telah berpindah dari Maikrosof ke Dell. Walaupun dia bukan seorang guru, namun kewujudannya dalam senarai ini adalah untuk menambahkan elemen komedi di dalam entri ini.

8) Guru Ip Man

Guru Ip Man ialah guru yang mudah meninju ataupun menampar anak muridnya tanpa banyak bicara menggunakan gaya Wing Chun. Berbeza dengan perwatakan Ip Man yang tenang, guru ini pula memang 'short fuse' murid tersalah langkah sikit sahaja terus ditamparnya. Kadang-kadang mereka akan membaling pemadam papan hitam untuk mengejutkan kita dari tidur.

Walau apa jua yang ditulis di atas, saya tetap berterima kasih dengan guru-guru yang berpenat lelah mendidik saya di sekolah. Tanpa jasa mereka, saya mungkin akan menjadi orang yang membaca Al-Quran tanpa tajwid yang betul ataupun memandu kenderaan tanpa lesen menyebabkan saya ditembak polis. Selamat Hari Guru untuk semua guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Bangi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 Bandar Baru Bangi. I lap uols.



20 comments:

otak ketat said...

ustaz disiplin ustaz mahir kah? haha. oh ada lg satu. guru pitka. hahaha. oke tak lawak. bye.

maarofzulkarnanain said...

..ataupun memandu kenderaan tanpa lesen menyebabkan saya ditembak polis.

haha..ko mmg kejam ijai!

et said...

oh2.kat sekolah ade cikgu yang tiap2 tahun mengandung.ade2.hahaha.

budakcomot said...

adakah kakteh (astute) tergolong dalam golongan guru BI yang bergaya? =P

shogunn_general said...

btul gak, ntah knape cikgu BI slalunye bergaya dan cun haha

cracked bunny said...

ade x guru yg boleh ajar terrel main game.ke kalo dah tangan bangku mmg tak xkn ade bakat dh?

Mohamad Faizal said...

otak ketat: eh eh eh saya tak sebut pun nama ustaz itu hee hee (dia silent reader blog aku doo haha). anda skolah jalan 3 kah batch mana

maarof: err sekadar menulis tiada kaitan dengan peristiwa persekitaran

et: haa haa betul bukan

budakcomot: adakah anda ada talian persaudaraan dengannya?

naqqib: sape cikgu BI kau?

sha: ada. saya mengaku terer main game dan boleh mengajar anda dengan yuran yang berpatutan

astute said...

ya..budakcomot adik aku yg paling bongsu.

by the way, aku guru bahasa inggeris yg dikatakan pandai melawa dan sentiasa wangi, tetapi masih menutup aurat. tahniah pd diri sendiri kerana berjaya mengekalkan anugerah guru paling popular for two consecutive years! yeahhh!!!

budakcomot said...

hehe...ye ade,sebagai adik bongsunye yg cun melecun (perasan).. before ni,hanya menjadi silent reader macam ustaz mahir 2 jugak.. :P

^wirda^ said...

eh i loikeeee pendidikan seni! siap tak puas ati kalo cikgu tu tak suh submit kerja lukisan minggu lepas yg aku bersusah payah buat dgn indah..hahha

otak ketat said...

oh ye ka? dia tanak jd silent reader blog aku ke? haha. aku skola situ time form 1 kejap pastu time form 3. em form 3 thn 2001. kau senior kot. kan? haha.

Anonymous said...

selamat hari guru buat sume guru!
jyeahhh! guru english mmg lebih vogue de vasss dari guru lain..ahaks btw jai, aku rindu dgn sally! bye.



-megan musang

Anonymous said...

haha..sgt la obvious contoh2 guru yg kau bg jai...nak aje aku sebut nama seorang demi seorang..tapi takpe la..haha...

kau belum tambah cikgu dari sabah ajar buat roti telur..haha..tapi bg aku cikgu math yg paling cool time skolah dulu..

anyway,selamat hari guru buat semua guru seantero dunia..aku taip ni ikut waktu UK,so still applicable lagi ucapan hari guru aku...hehe...


-shuhud-

Anonymous said...

haha..sgt la obvious contoh2 guru yg kau bg jai...nak aje aku sebut nama seorang demi seorang..tapi takpe la..haha...

kau belum tambah cikgu dari sabah ajar buat roti telur..haha..tapi bg aku cikgu math yg paling cool time skolah dulu..

anyway,selamat hari guru buat semua guru seantero dunia..aku taip ni ikut waktu UK,so still applicable lagi ucapan hari guru aku...hehe...


-shuhud-

Mohamad Faizal said...

astute: wah kau akak nombor berapa. selamat hari guru untuk anda!

budakcomot: dedahkanla perkara2 aib tentang kakak anda

wirda: hasil lukisan aku tak pernah dapat gred B ke atas

otak ketat: ooo patutla aku macam pernah nampak kau dulu selalu kena tahan kat pagar sebab datang lambat

megan: kau rindu dengan sally? omg

abe: bukan telur...tulur. haa haa

Hisyam said...

guru praktikal masa form 2 Amanah.. nama Ruzita ker aper... I still have a crush on her..

Mohamad Faizal said...

ruzita? dia ajar apa? tak ingat doo

Anonymous said...

hise:aku ingat..sgt comel kan..haha..entah kat mane la cikgu ruzita skrg..huhu




-shuhud-

Anonymous said...

ak ade gambar die wei!! mmg cute and manje je nmpk doh hahaha..abe ke ato zul dlm gmbr tu buat2 nk pgg kpale die..ak rse ko la be hahaha..

-fandi-

maryanto raharjo said...

mantab gan, saya mohon agar bisa lebih banyak lagi jenisnya.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...