Wednesday, May 12, 2010

Perkara-Perkara Yang Gadis-Gadis Harus Expect Semasa Piala Dunia

Masih belum terlambat untuk kita mengucapkan tahniah kepada Manchester United kerana mendapat tempat ke-2 dalam liga Inggeris. Well done! Fully deserved! Tahniah juga kepada Mohd Dazrul yang menjuarai Liga Super pada musim ini tetapi adakah dia akan terus memberi saingan di musim hadapan ataupun menjadi lalai seperti biasa? Buat Anas, aku akui kau lagi hebat daripada Adam yang siap buat macro dalam excel sheet tetapi masih gagal. Hee hee. Barclays Premier League sudah melabuhkan tirainya musim ini, maka apa yang kita mahu lakukan di hujung minggu? Bagi mereka yang sudah berkahwin ataupun bersekedudukan dengan pasangan walaupun bukan mahram, wahh seronoklah para WAGs (wives and girlfriends) dapat menonton cerita Korea tanpa gangguan. Yaa nikmatilah saat-saat istimewa yang bersifat sementara ini. Detik indah ini akan berakhir menjelang bulan Jun nanti apabila bermulanya Piala Dunia! Di sini saya ingin memberi tips-tips kepada para WAGs agar anda boleh survive selama sebulan tanpa pasangan anda. Sila klik Read More untuk mengetahui rintangan-rintangan yang anda harus jangka agar anda tidak menggelabah terus menuntut fasakh semasa Piala Dunia nanti.

1) Tiada persetubuhan

Nafsu kaum jejaka terhadap gadis akan terbantut ketika di musim Piala Dunia. Kami either akan kehilangan mood untuk berjimak sebab pasukan kami kalah, ataupun terlalu penat untuk beraksi setelah letih bersorak penuh emosi di hadapan televisyen. Sebarang percubaan untuk menggoda kami akan ditepis begitu sahaja. Tunjukkanlah parabola kalian pun, kami lebih berminat dengan bola yang bulat di tv LCD.

2) Tiada saluran televisyen selain siaran langsung Piala Dunia.

Tahukah anda mengapa kami memesan Astro Beyond? Untuk melihat bulu kaki pemain pasukan kegemaran kami, of course. Waktu perlawanan mengikut waktu Malaysia adalah seawal 10 malam sehingga pukul 2 pagi, so di antara waktu tersebut, anda boleh melakukan aktiviti feminin yang lain seperti menjahit langsir, mengumpat dan juga membaca novel Twilight. Jangan cuba-cuba untuk menukar siaran untuk menonton Akademi Fantasia, Adamaya ataupun Keeping Up with Kadarshians.

3) Jangan ungkapkan kata-kata yang tidak bermakna.

Jikalau anda hendak memberi sokongan moral dan ingin menonton Piala Dunia bersama kami, berikut adalah contoh kata-kata yang yang harus dielakkan:

"Alah kenapa tak bagi bola sorang satu je tak payah susah-susah nak berebut..."

"David Beckham main tak?"


"Takpe sayang jangan sedih nanti ada World Cup lagi England menangla..."

Maka menonton perlawanan di televisyen tanpa perlu berbual-bual kosong adalah pilihan yang lebih baik bagi mengelakkan pertelingkahan.

4) Anda harus belajar berdikari selama sebulan

Semasa Piala Dunia berlangsung, kami akan menjadi eshol dan lelaki tak guna. Segala permintaan ataupun kata-kata kami masih akan dengar, cuma kami tidak akan melaksanakannya sahaja. Jika anda hendak membeli belah, kami akan memberi wang. Jika anda teringin makan sedap-sedap di malam hari, kami akan memesan Domino's. Jika ada kenduri kahwin kawan anda, kita pergi belah lelaki punya bulan depan. Kami tidak akan berganjak dari hadapan televisyen apatah lagi hendak keluar dari rumah. Okla kalau keluar pun pergi jadi hooligan dekat maplay Ameerali.

5) Jika anda hendak menyokong satu pasukan, England adalah pasukan yang anda harus sokong.


England pantang kalah, walau sakit jatuh dan rebah! Diharapkan para WAGs sekalian dapat memahami kehendak kami selama 4 tahun sekali ini. Assalamualaikum.



21 comments:

Mimie.Candy Cane said...

saya tak ada byk komen..cuma ingin mengatakan yang saya berharap Italy akan mengulangi kegemilangan 4 tahun lepas..

Italia!! Italia!!!!

wohoooo..

goodluck semua team..

Anonymous said...

jai aku nak sokong US dan England. seram duhs nak kluarkan bendera US aku kat sini. nanti kene tikam mati sia sia.

adam

budakcomot said...

tak payah nak berebut-rebut nak tengok adamaya nak tgk piala dunia... sebab adamaya kan pukul 6.30 (nampak sgt xpernah miss tgk) hahaha..
nway,apa kata beli 2tv.. kan senang? teehee~

shogunn_general said...

sedih sbb rusia x masuk ke..ade ke team macam slovenia atau slovakia bole masuk..ini satu penghinaan..huhu

oh sokong england mmg pasti, walopon EA sports bias bagi england 5 bintang dalam game FIFA world cup 2010 hehe

sokongla spain jugak dow

Idlan said...

Aku gadis dan aku tak kisah pun Piala Dunia. Macam mana ni Ijai?

(PS: tak nak ikut aku gi Cape Town tengok game QuarterFinals? TeeHee)

otak ketat said...

tiba tang world cup, ameerali lah paling gumbira. income naik mencanak. haha.

Mohamad Faizal said...

mimie: italy orang2 tua semua tak larat nak berlari hee hee

adam: haha mana boleh sokong 2 pasukan. dahla US dengan England satu group

budakcomot: still tak boleh sebab pukul 6.30 kitorang nak tengok siaran ulangan...

naqqib: england memang 5 bintang! abang gerrard sorang dah provide 2 bintang. tambah pulak abang carra yang sudah kembali ke skuad england, oh yeah!

akak abe: mengikut jangkaan anda, pasukan manakah yang akan anda lihat berada di quarter final itu?

otak ketat: diorang takde match pun sentiasa penuh. kedai blakang ameerali tu yang sudah 8 kali bertukar pemilik

Anonymous said...

No 6)dalam periuk nasi tu letak je sebiji bola.

Padan muka

O Ena O said...

huuuuuuwaaaaaaaaaaaaaaaaaa..seme org kutuk player italy org2 tuaaaa..uhuk uhukk...itaalliaaaa iittaalliaa..

xpe xpe..marcello lippi pastiii berusaha utk cipta sejarah utk italy sekali lagikkk!..

yusuf mujahidin ™ said...

hahaha..cm lahanat

england harapkn wags je bikin panas..
main terkontang kanting

Portugal tahun ni.

DingDong said...

ijai... wpun aku ni pun sama naik suke tgk bola cam lelaki (pstt wpun kaki bangku) tp aku tetap ske no 4. tiada gangguang dr pihak L.. bebas melakukan apa shj.. hikhik :P

Anonymous said...

2) Tiada saluran televisyen selain siaran langsung Piala Dunia

yg ni mmg lah benar sama sekali.
hahaha kesian org laen yg ada dlm umah tuh. yang pasti spain mesti g final

-f.d.a-

Anonymous said...

come on jai, amik satu lagi dari team underdog pulak macam honduras ke. tapi kalau kau amik ivory coast, memang kau duduk dalam kumpulan maut la. line up england kuat-kuat aku tengok, tapi aku rasa tahun ini tahun spain.


-kusha-
linesman

O Ena O said...

aku setuju dgn yusuf mujahidin..england tuh nk harap cite psl WAGs Jek x abeh2..publisiti psl team england mmg hebat!!!kalah team-team yg sedia terer cm italy(hrp menten terer okeh)brazil,spain...

dgn kate lain..england team yg poyo!...wahahha...publisi ngalahkan team ranking no 1 dunia...walalalla..hebat x kutukan aku..wuwuuw....

Rahim Hashim said...

aduh...aku kawin bulan 6..
tgk sket2 jela kot..hehe

Mohamad Faizal said...

anon: takpa, kami tidur bola makan bola

ena: kih kih kih panggilla maldini main balik baru betul kuda tua

yusuf: kamon cristiano tidak pernah menyinar di arena besar

dingdong: bagus! usah diganggu teman lelakimu

f.d.a: kesian mama saya tak dapat tengok cerita korea sebulan

kusha: kamon kita patut jadi orang england kalau tak merdeka haritu mestila sokong england

rahim: sudah kahwin main bola dengan isteri la hee hee (lawak orang berkahwin)

Idlan said...

Game tu quarter finals between the top half of the draw, so teams in Groups A,B,C,D.

Round of 16 is between 1A vs 2B dan 1C vs 2D - game aku tengok is the winner in these matches.

So kata err.. France 1A and Korea 2B, England 1C and Ghana 2D, mungkin Korea lawan England ho ho Park Joo Bong!

Atau QF itu mungkin Argentina (kalau dia 2B) vs Germany or England ke.. oh lazatnya.

Tapi silap silap Greece lawan Algeria haha.

O Ena O said...

wallla...makin galak ko mengutuk team italy nampakk...~~~ takpe takpe..aku terima kutukan itu sbg cabaran...~~ kehkeh

Anonymous said...

jai aku dah hantar kau spreedsheet pasal world cup. haha.

adam

Mohamad Faizal said...

haha thanks kool gila. nanti aku emelkan kat kawan2 lain

Anonymous said...

haha kau boleh tukar time zone to kuala lumpur. semangat gile diorang buat spreedsheet.

adam

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...