Thursday, May 20, 2010

Perkara-Perkara Yang Harus Dihindari di Facebook


Ahh Facebook. Jika dibuat bancian di kawasan kejiranan rumah aku, hampir semua orang ada akaun Facebook kecuali mama aku dan Auntie June jiran sebelah rumah aku. Pendek kata Facebook ini merupakan sesuatu yang lazim dalam hidup kita. Kawan-kawan aku yang berlagak kental cakap 'aku tak mungkin ada akaun Facebook!' semuanya menjadi sotong selepas berkahwin dan membuat akaun Facebook bersama isteri. Aku pun takdelah aktif sangat berfacebook. Kalau ada notifikasi emel barulah aku login yang melihat aktiviti-aktiviti orang lain yang aktif bersosial secara maya. Akan tetapi, tanpa kita sedari, terdapat banyak benda yang kita lakukan di Facebook sebenarnya membuat orang lain rasa hangin. Oleh itu, ayuh kita klik Read More untuk mengetahui perkara-perkara yang harus dihindari di Facebook.

1) Jangan tag gambar sesuka hati.

Mengepost gambar kucing tengah mengawan kemudian mengetag gambar aku pada kucing yang ditoron adalah tidak kool sekali. Aku punyalah eksaited ada orang tag gambar aku lepas tu dapat pulak berpuluh-puluh notifikasi di emel dan telefon bimbit, wahhh mak glemer uols! Tapi bila aku bukak terlihat gambar yang tiada kaitan dengan aku, pastilah aku hangin. Lagi satu, aku tidak berminat dengan sindiket perniagaan MLM kau so tak perlu tag aku dalam logo Perniagaan MLM kau.

2) Jangan letak status yang cuba-cuba mencari perhatian

Contoh 1:

Zulkifli Ibrahim is having a fever. lepas tu jatuh tangga. Siku I luka... :(

Kalau anda sakit, pergi jumpa doktor. Respon kata-kata semangat seperti 'alololo cian dia' ataupun 'dah makan ubat?' di Facebook tidak akan memulihkan anda.

Contoh 2:

Shuhud Zakaria thinks his life is dark and gloomy. I hate the humanity! I want to jump off a cliff...

Kau nak aku cakap apa? Jika benar tak ingin hidup lagi, tak perlulah letak status di Facebook. Apabila kita meletak sesuatu di wall kita, secara automatiknya kita akan mengharapkan ada orang memberi respon. Dah tu asyik dok tunggu orang nak bagi respon bila nak terjunnya??

3) Jangan letak status yang samar-samar.

Kalau nak mengeji orang, direct to the point lah. Letak nama terus agar orang lain boleh tahu siapa yang anda umpatkan dan boleh sama-sama mengumpat. Kan sekarang dah boleh tag orang di status? Caranya mudah sahaja anda hanya perlu letak simbol @ disusuli dengan nama orang yang anda benci itu. Contohnya, Muka @Khairul Afandi macam penyanyi Radja. Rasa nak bagi tinju Ip Man.

4) Jangan letak status kejayaan ladang anda

Ikram Rahim found a Lonely Bull on their farm. Oh no! Jika saya tidak terima invitation untuk menyertai ladang anda, saya juga tidak akan menyertai perniagaan restoran, sindiket ahlong, Cafe World, Kuiz Personaliti, Poker Bogel, Pet Society, Bejeweled dan lain-lain malaslah aku nak sebut semua.

5) Jangan letak gambar anda yang gemuk

Well nak letak gambar anda yang gemuk boleh sebenarnya, cuma lepas itu tak usahlah nak mengada-ngada letak caption "Alaaa I dah gemok....:(" sambil mengharapkan orang lain menafikan dakwaan anda. Jika anda nampak caption-caption sebegininya, apa yang anda perlu buat ialah menekan butang 'Like' di gambar itu.

Ok hari ini kita bincang tentang 5 perkara di atas dahulu. Selang beberapa hari nanti aku tulis lagi banyak ni dalam draft aku. Kalau kita sendiri yang buat memang kita tak rasa hangin punya jadi anda harus meletakkan diri anda di situasi pihak yang bertentangan. Assalamualaikum. Add me on Facebook everyone! I'll definitely accept your friend request based on your weight and skin colour.



17 comments:

jana said...

No.2 dan contoh no dua tu buat kak jana tergelak shuhud juga jadi mangsanya

Contoh yang no 5 lima tu bagus juga idea tu ha ha

budakcomot said...

xley blah.. based on your weight and skin colour.. hahaha

p.s: asal nmpak macam muka ijai je dlm iklan ujian imam muda dekat astro oasis 2?

Anonymous said...

bia betik ko masuk imam muda?
hahaha


Santiago

aina hazuani said...

apehal kau ni selalu nak reveal benda benar di facebook yang mungkin juga berkaitan dengan aku. kau nak gaduh ke (buat buat marah)

*angkat kening, jari macam the rock ajak lawan)

otak ketat said...

tag gambar paling menyampah. aduhai. yg kwn-kwn skola rendah pn satu. bajet nak mengimbau memori silam ah. malu kot muka selekeh gila. dah jd aib tuh! kah kah kah. emo tetbe.

Anonymous said...

apa yg sy buat, gamba2 yg orang tag sy tu, sy visible kan dr pandangan orang ramai. dan juga, kalo yg takde berkaitan, saya akan untag. mmg tak selesai masalah sbb notification akan tetap masuk kat email@sms, tapi at least gamba2 aksi tak sepatutnya tidak menjadi tontonan ramai

sekian

-budak cyberjaya-

nana said...

no 1 dan 2 adalah sgt betul!

(wow.. lamanya tak masuk sini!! hi, ijai ~)

Mohamad Faizal said...

kak jana: shuhud anak yang baik sebenarnya, cuma paras rupanya sahaja menyebabkan dia dilayan sebegitu (haa haa)

budakcomot: ohh biasalah muka saya memang komersial dan saya memang boleh memainkan pelbagai watak

yusuf santiago muchahos: apa kena kau ni guna nama santiago pulak? dan apa sudah jadi dengan blog kau kena rampas dengan penggodam ke

aina: haa haa sori aina kau tahu aku tak tujukannya kepada kau kan

otak ketat: biar aku tengok sikit gambar selekeh kau itu untuk diumpat. hee hee

budak cyberjaya: yes. high 5. kita berkawan di fesbuk bukan?

nana: wassup nana kau pergi mana pergi sampoerna ke

Rahim Hashim said...

haha..nak tgk status yg best best pegi je kat sini - http://www.failbook.com

lawak

O Ena O said...

aku adalah antara orang chubby/montel/ yg berjaya masuk list fb celebrity blogger faizal rosley nieh..weiii nk otograff la..kerek siot..cheehhhh...
pe ppon terime kasihh accept req aku yerkk..

Anonymous said...

owh..
camtu tak ley add la
sbb aku mmg suka bercucuk tanam
di fv dan sentiasa mengeluarkan iklan2 seperti seladang (kot) kesunyian or Kucing sesat..

-ojj-

^wirda^ said...

aku suka gak tag org kat tudung2 aku juai..nanti aku tag ko plak..hahaha

Mohamad Faizal said...

rahim: baiklah aku berazam membuat status gagal agar aku akan dipaparkan di laman web itu

ena: tahniah! see aku memang tak racist

ojj: bolehhhhhhhh aku ni manusia biasa

wirda: tiada masalah aku memang suka dambakan perhatian

Asmoham said...

byk bnda2 yg ko tulis ni ijai streotaip psl pompuan..


ada satu budak tesl kt tmpt aku blaja nie gile xde keje stiap 5 mnt update status yg brupe attention seeker, luahan perasaan dan nafsu syahwat.. kekekeke

hmm...

klu xnak kasi kene tag gmbr MLM sng je..

google " gmbr kote".. save dan upload..

then tag sume dak2 MLM.. hahahaha

Anonymous said...

TIDAK...

kita tidak berkawan di fesbuk kerana anda meletakkan syarat untuk berkawan dgn anda. sy khuatir sy tidak menepati syarat2 tersebut dan berkecil hati jika friend request di reject

p/s : tp kdg2 sy stalk fesbuk anda utk menatap foto

-budak cyberjaya-

Mohamad Faizal said...

asmoham: tak boleh, ustazah aku main fesbuk kalau dia tengok gambar itu nanti dia kecewa aku tiada keperibadian muslim yang sempurna

budak cyberjaya: haha apa yang anda baca di sini hanyalah exaggeration seperti semua entri yang lain. kawan saya shuhud buat semua perkara di atas, tapi takdelah buang dia dari senarai rakan

Kekwa Jutawarna said...

hahaha..lucunya...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...