1) Tak dapat tengok Astro.
Tak kiralah kalau hujan lebat ke, hujan renyai-renyai ke mahupun ada gig Hujan dekat Seksyen 4, Astro anda pasti memaparkan mesej 'Services currently not available'. Lepas tu ada satu dot kuning di penjuru kanan skrin. Paling hangin jika berlaku semasa ada perlawanan bolasepak Inggeris ataupun siri realiti Restaurant Makeover. Igor memang seorang tukang kayu yang flamboyant.
2) Gajet dipanah petir
Aku memang orang yang jenis tidak belajar dari kesilapan. Walaupun pancaran kilat jelas kelihatan di tingkap, aku masih asyik membaca laman blog sendiri dan laman web gosip artis tempatan. Lepas tu GRUNGDUMDUM! bunyi guruh yang paling dahsyat akan berbunyi dan satu rumah akan bergelap. Kesannya, sudah beberapa buah modem telah tamat riwayatnya. Satu modem original, satu modem pakcik Apai, satu lagi router Dlink yang aku beli di Warta. Semalam nasib baik modem aku survive. Tetapi malangnya, Astro aku pula menjadi mangsa. Dia dengan tenang memaparkan mesej 'Services currently not available' sepanjang masa. Aku dengan garangnya memaki hamun pegawai perkhidmatan pelanggan Astro memaksa mereka menghantar technician bagi mencuci pinggan Astro tuh sebab mama aku berleter kat aku tak dapat nak tengok cerita Koreanya. Sebagai tanda meminta maaf, mereka siap kata nak pasang Astro Beyond lagi aku hanya perlu tambah RM20 setiap bulan. Yes aku boleh tengok six pack Abang Gerrard dengan jelas untuk Piala Dunia nanti. Tetapi malam ini aku tidak dapat melihat Man U menjulang piala NAIB JUARA liga Inggeris...
3) Horny
Kawan-kawan aku yang sudah berkahwin selalu tak dapat dihubungi ketika hujan. Kalau diorang angkat panggilan aku pun, mesti terdengar bunyi dengusan kuda di latar belakang. Yelah Astro tak boleh tengok, nak melayari Fesbuk pun tak boleh, mesti nafsu syahwat menggelegak di kala kesejukan meminta untuk dihangatkan. So nak buat apa ketika horny semasa hujan? Persetubuhan halal antara suami dan isteri, of course. Tapi buat mereka yang belum berkahwin seperti Fandi, time-time keseorangan dia mula memandang tangannya. 2-4 minit kemudian terdengarlah jeritan batinnya disusuli dengan tangisan kekesalannya meminta ampun kepada Tuhan di atas ketelanjurannya. Tapi esok hujan buat lagi dan repeat proses taubat yang sama. Ahh bitch aku masih marah dengan kau sebab tak datang sesi jantan mingguan semalam.
4) 'Kemusnahan' kandang kucing
Aku tak tahu mengapa, lepas hujan je mesti kandang kucing aku menjadi seperti kawasan peperangan. Tahi dan urine terdampar di sana sini macam tak reti nak berak di dalam bekas yang disediakan walaupun mereka semua telah tamat latihan penyucian hadas kecil. Seriously. Mungkin kerana mereka terkejut dengan bunyi guruh ataupun kencing mereka menjadi tidak lawas akibat kesejukan semasa hujan. Fortunately, sekarang aku ada bibik kucing tolong kemaskan kandang kucing aku setiap hari. Ahh bahagianya dapat bermanja-manja dengan Pesona Shareka tanpa perlu mengistinjak punggungnya!
5) Kelaparan
Aku pasti bukan aku sahaja yang mengalami situasi sebegini. Semasa hujan lebat, perut kita pasti secara tiba-tiba akan berbunyi macam lagu clubbing minta diisi. Saat-saat inilah aku akan menjadi rajin untuk memasak walaupun aku tidak tahu memasak. Well at least aku yakin skill masakan aku lebih hebat daripada Zati Hazira yang hanya tahu membuat lempeng. Itu pun frozen lempeng yang dihangatkan. Tetapi makanan yang boleh membuat kita mencapai kemuncak syahwat di waktu hujan ialah ubi kayu rebus dengan kelapa berserta air teh o panas.
Ahhh.Kelaparan. Kesempatan ini digunakan untuk mengucapkan Selamat Hari Mama kepada mama saya Ruziyah Ahmad. Diharapkan mama dapat mengurangkan bebelan dan melebihkan kasih sayang terhadap anak tunggalnya ini dengan membelikan PS3 ataupun melunaskan hutang PTPTNnya.

Gambar semasa muda. Tak perlulah aku nak stresskan yang aku ni memang berwajah menarik sejak remaja. Mama mengantuk tengok berita lewat malam.

13 comments:
hahaha...
eh ijai ko time horny tgh ujan buat apa?
hahahahhahahha ~~
masa hujan maca,2 ble buat
a'ah, lu time hujan tangan merayap kemana? wakkakakakka ~~
((sila jaga aset bernilai yg akan lahirkan modal insan dimasa depan))
>>___<<
masa ujan2 cmni time kecik2 aku slalu buat kapal kertas, atau botol2 plastik kosong..pastu main kat longkang umah aku..tapi xde ar time kilat sabung-menyabung kan..huhu
ubi kayu rebus dengan kopi o panas lagi sedap kot... =)
erk..
horny???
apakah???
(pura2 innocent)
haha. betul. lebat gila. rumah aku hampir banjir. heh.
horny?
omg.kalo time2 selain hujan?
time start hujan tu aku manusia first berlari ke tingkap/pintu terdekat untuk sedut bau hujan. best wooo~
yaa..tivi rumah aku dah dua bijik disambar petir.
on lappy (woh tak sedar nanti kalau disambar aku terpaksa keluar duit sendiri beli baru sb ayah aku takmo sponser dah) pasang cite seram, baring dan berselimut.
duduk tengok hujan, fikir poem nak tulis sambil kucing aku aya snug snug kat kaki.
zaman jahiliah dulu time hujan aku hisap rokok tapi skang aku kunyah keropok.
yusuf: err baca komik mungkin. tapi kadang2 terpaksa menurut kehendak
frodo: lebih elok merayap di boxer sendiri daripada merayap di boxer jantan lain
naqqib: rumah aku tiada longkang untuk racing, tapi pasti ada kolam di halaman untuk mandi manda
budakcomot: kopi o pahitttt
ghostone: aku pun tatau horny tu apa main tulis je sebenarnya (memang inosen)
otak ketat: yakah rumah anda di mana
sha: kalau time2 selain hujan, mungkin menghabiskan masa di surau berhampiran (tipu)
couch: bau hujan? aku tahu bau itu tetapi jangan bau Noh Hujan ketiak dia hangit macam ketiak manusia lain
ala faizal jgn la marah ak btol2 tertido hari tu stelah pulang dari melantak hehe..mgu ni sabtu adalah hari lahir kekasih ak klo ak juz lunch je dgn die tp xdiner mlm ak cuba hadirkan diri ye..
-fandi-
ko horny time hujan? ops! normal la tu weiii
aku time ujan layan tiddooozzz (kalo kt umh sewe la) dan kalo kt umh kg layan tenet gak or lyn2 msg dgn seseorg..
weh ijaii..nk tanye ko nieh..apekah tips2 utk pujuk pakwe yg tgh muram durja sbb team MU x dpt juare lige epl musim nie? seyes aku pon tumpang simpati pd supporter MU..cian bf aku mlm td tgk MU..even menang pon..hmmm
setiap masa aku horny
fandi: ahhhhhhhh. jgn dinner doo nanti nak lebih2 pula. lepas dinner nak bercakap. lepas cakap nak membelai. lepas belai nak menyeluk. lepas menyeluk kena tangkap. baik dtg rumah aku
ena: mana boleh beri tips bagi dia bertambah muram bolehla aku kan penyokong kelab rival
rahim: kau memang sentiasa berdosa jika tidak berkahwin.
Post a Comment