Thursday, May 27, 2010

Sesi Penggambaran Majalah Mangga


You should know what to expect when clicking Read More. The choice is yours.

Hari ke-2 di A Famosa Resort. WOOHOOOOO! MANDI KOLAM!! Jakun sikit di situ sebab kat rumah boleh mandi kolah saje. Aku selalu berimajinasi ada kolam renang sendiri di rumah kerana pasti akan memudahkan urusan mandi wajib aku. Niat, lepas tu terus terjun tanpa perlu meratakan air ke seluruh badan. Tapi kat sini aku tidak dapat mempraktikkannya kerana tiada insiden, sama ada insiden tidak sengaja ataupun insiden sengaja yang mewajibkan mandi. Lagipun kita tidak boleh mandi wajib di dalam kolam ini kerana airnya bukan air mutlak, yakni air yang suci lagi menyucikan. Air kolam ini menjadi air mutannajis iaitu air yang jatuh ke dalamnya najis hasil kumbahan Fandi yang malas pergi toilet, sama macam perangai korang yang suka melepas di dalam kolam. Eh korang perasan aku baru je ajar korang ilmu Fekah tanpa disedari. See baca blog aku ini sebenarnya lebih banyak memberi manfaat daripada musibat.

Walaupun penat berjudi dan disyaki berthreesome sehingga pukul 3 pagi, Anas bangun paling awal mengejutkan kami untuk solat subuh walaupun sudah pukul tujuh. Sedikit teknik rhyme di situ. Jamil sekadar hangat-hangat tahi Adam mengajak aku bangun awal untuk berjogging tapi dia orang dah bangun masih membuat gulungan tenggiling di bawah selimut.

Setelah satu malam dipam, air kolam kini sudah nampak bersih. Orang pertama yang terjun kolam ialah Aryan. Yayyy! Aryan dah tak heran dah mandi kolam ni sampai menguap-nguap dia.


Selepas itu giliran bapa Aryan pula nak tunjuk skill. Masa zaman sekolah menengah dahulu, Anas pernah mewakili sekolah dalam acara sepak takraw. Dia jadi apit kiri so sekadar tendangan lipat kuda ni memang tiada masalah untuk dipraktikkan.


Tidak cukup dengan itu, kami meneruskan acara dengan melakukan aksi ngeri ala-ala kumpulan tatu Polis Diraja Malaysia. Sila tutup sebelah mata untuk menambahkan efek suspen dalam aksi di bawah ini.


Aksi ngeri diganti pula dengan aksi berahi macam artis-artis tempatan kita selalu buat ketika bergambar di tepi kolam untuk majalah Mangga. Bezanya, korang tidaklah rasa menyampah melihat gambar kami sebaliknya berasa ghairah dengan ikhlas bukan?


Entri ringkas mencuci mata sahaja pada kali ini. Yelah korang semua cuti esok aku perlu bangun pagi-pagi bekerja mencari rezeki. Cis. Cis. Jangan lupa saksikan kesudahan Episod Percutian ke Melaka ini dalam masa beberapa hari lagi.



11 comments:

jana said...

Laa ingatkan dah habis,rupanya ada lagi sambungannya

Anonymous said...

Salam


korg wt aksi newboyz dlm majalah mgga...hahaha

eh apsal entry2 ko skrg tk byk gmba gadis2? nk inzal pn terbantut..


santiago

khairul_bariyyah said...

nmpak macam shuhud kagum tengok aksi lagak ngeri anas di situ...

dan kelihatan org di antara ijai n shuhud (tak ingat nama sbnarnya) menahan nafas dari terbau apa yg x patut dr ketiak ijai.. hahaha

nana said...

kat pic last tu, gaya ijai paling keji.
mmg boleh jadik model majalah mangga.

otak ketat said...

gaya mangga mcm sgt profesional. mesti dah pernah masuk majalah mangga neh dulu. nnt aku nk try korek2 balik majalah mangga dolu2. mana taw jumpa pic kau. bleh buat bahan entry terbaru. haha.

Anonymous said...

cik khairul bariyyah: hoho pemuda itu bernama encik jamil

pergh.. ni masuk mangga btol2 ni smpai cetakan yg ke-186 pun masih laku ni. siap ade poster bersaiz A3
x sbar aku untuk ke pasar tani membeli mangga


-megan musang

Mohamad Faizal said...

kak jana: huii adaaa. sampai kalian semua naik menyampah nanti hee

santiago: jelas kau ni peminat new boyz. entry aku ramai arbok baca tu sebab letak lebih banyak gambar separuh bogel jejaka yang tidak mendedahkan aurat

khairul: exsqueeze me ketiak saya bau avon ok

nana: nak jadi model berjaya kita mesti lebih standout daripada orang lain

otak ketat: eh eh aku memang pernah masuk mangga dulu. cuba carik yang masa Nonisware jadi cover dia

megan: biasalah tapi jangan kau jadikan gambar kami sebagai modal untul ceploit2 pulak ok

khairul_bariyyah said...

megan musang: owh, maseh.. lepas ni mesti ingat nama beliau smpai bila2.. hehehe...

astute said...

shuhud masih kekal di hati. beliau sgt manissssssssssss

p/s utk cik adik khairul bariyyah
tu lah en jamil, sang suami evi vidyana yg junior kteh ms kat SMKAB.

Clarky Afif said...

ui sesi bergambar majalah mangga wajib diapit gadis-gadis!
eh yeke? eh aku tataw la! tataw!

Anonymous said...

silap gambar separa bogel faizal tidak di ambil klo tak bley masuk mastika..hahaha..

-fandi-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...