Friday, May 21, 2010

Team Bangi Akan Melawat Melaka!

Apa kabau orang Melakau? Ulau melingkau di atas pagau besau? Amacam handal tak aku berdialek Melaka. Merujuk kepada tajuk di atas, Team Bangi akan pergi berfoya-foya di A Famosa Resort di hujung minggu ini. Fandi pun dah nak kahwin, so kira macam hendak menyambut parti bujang liarlah macam dalam filem The Hangover. Tapi takdelah liar sangat sehingga minum minuman keras ataupun berzina. Mungkin sekadar mencuci mata melihat amoi cantik berbikini sedas dua. Eh? Tak mengapa, segala-galanya akan diceritakan dengan teliti apabila kami pulang nanti.


Buat masa ini, anda semua harus membantu saya packing kerana saya memang tidak tahu mahu bawak apa.

Ok ini benda yang aku dah pack mengikut keutamaan:

1) Set Xbox 360 dengan 4 kontroller. Ya, kami pegi Melaka semata-mata nak main Xbox.

2) Boxer mandi. Sheet. Aku tiada seluar mandi yang proper abislah amoi-amoi dan sesetengah apek usha organ bersaiz olimpik aku nanti. Exsqueeze me, kenapa korang pergi bayangkan pulak ini dah kira gangguan seksual ni.

3) Apa lagi haa selain pakaian? Baru tu je yang aku sumbat dalam beg.

Siapa orang Melaka di sini? Ada tempat yang makan/sekodeng yang menarik untuk direkomen tak? Ayuh bawa kami ke rumah anda untuk makan tengahari dan malam bagi menjimatkan kos. Uuuu seronotnya!



13 comments:

Anonymous said...

ikan bakar di umbai
laksa baba nyonya di jonker walk
rugi kalo tk try..terbaik dr ladang

jap, aku nk gelak guling2 bila ko sebut organ bersaiz olimpik

hahahahaha~


Santiago Rodrigo

Anonymous said...

zoo melaka,dapat tengok cipan..hahahaha..

Mohamad Faizal said...

santiago: jika ada kelapangan kami cari. saiz olimpik sebab aku baligh awal

anon: ala cipan kat hutan ukm pun ada

budakcomot said...

owh...anda terlupa packing sy sekali.. hee~ *baca dengan nada tak berapa malu*

budakcomot said...

terjumpa link ini lpas baca blog ijai yg cool... kbetulan pulak cite sal melaka.. =)

http://tourismalaysians.blogspot.com/

jana said...

ijai,
jaga shuhud baik-baik nanti hilang,jangan buli dia wa ka ka,kalau polis tahan berhenti jangan lari ya???!!!.Nanti buat laporan yang "Baik Punya"(sebut macam style Dafi Af6)

safwan said...

Asam pedas ikan pari kat kota laksamana.

terangkat ke langit siot.

Anonymous said...

Hah,aku tau ijai,ko nak jimat kan?ko bawa stock roti bebanyak..jem xyah beli,dah sampai sana,ko beli cencaluk n belacan wat jem~hahhah

Idlan said...

Kau pergi safari afamosa tu kau sekeh mamat yang seksa rimau. Tima kasih.

Anonymous said...

pergi Melaka Wonderland!
baru lagi bukak tempat ni..aku pon xsmpt pergi lagi haha

http://www.melakawonderland.com.my



-megan musang

Mohamad Faizal said...

budak comot: packing anda? akak astute tengok adik anda ini

kak jana: polis tahan kena lari sebab nanti diorang ingat kami cuba seludup orang 'indonesia' dan orang 'nepal'

safwan: terima kasih di atas informasi

anon: niceeee. tapi aku tak pernah makan cencaluk

akak abe: kami akan seksa dia kembali. hiarhhhhhh

megan: melaka wonderland macam mines wonderland ke

Anonymous said...

ijai, kau ada maklumat seperti di atas tak berkongsi.. Sia2 masa kita di Melaka sambil ditipu oleh Zool yg merapik2 entah ke mana..

-Anas-

Mohamad Faizal said...

eh kita pergi umbai apa. takpe kita sudah belajar dari kesilapan; don't trust zool bajet kool

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...