Friday, May 7, 2010

Teka-Teki Tidak Senonoh: Part 2

Ketika kegersangan dan kekeringan, apa benda yang kita boleh genggam erat, kemudian kita boleh gosok-gosok dengan lembut, kemudian goncang-goncang dengan keras dan pantas, dan kemudian benda itu mengembang dan menjadi hangat, dan ada kemungkinan untuk terpancut jika kita terlalu ghairah? Tetapi kali ini ada kemungkinan kita akan mengeluarkan bunyi kenikmatan 'AHHH!'. Sila klik Read More untuk mengetahui jawapannya. Gila keji plagiat entri diri sendiri.


What the what? Still ada orang yang meneka secara seksual? Kamonla woit. Di atas tunjuk ajar Mahaguru Toceng Iffat dan Rahim, ditambah pula dengan gelak tawa para pembaca yang menaikkan syahwat, aku telah membuat tindakan melulu dengan pergi ke kedai Mesra Petronas selepas solat Jumaat tadi untuk membeli setin lagi minuman keras penipu. Kali ini aku beli perisa Hot Choc kerana rasa Cafe Latte macam kencing kucing. Aku bukan exaggerate tapi aku tahu bagaimana rasa kencing kucing kerana aku ada 25 ekor kucing dan bau kencing mereka masuk jauh ke dalam hidung aku. Bila masuk jauh dalam hidung secara automatik kita akan rasa 'bau' itu ke reseptor lidah kita. Biologi SPM aku dapat 3B so jangan berani nak membantah kalau gred korang lagi rendah daripada aku.

Ayuh kita cuba sekali lagi!

Langkah 1: Buka pelekat keselamatan. Mudah.


Langkah 2: Tekan punat pengaktifan kehangatan. Kali ini aku menggunakan teknik toron Saiful menggunakan drumstick. Kalau tak menjadi jugak memang aku akan amuk kat pasar malam sebelah Petronas tu nanti.


Langkah 3: Gunakan teknik toceng alternatif. Kurang nikmat tetapi efektif.



Dan hasilnya....


WOOHOOO. Ada indikator kehangatan dan siap keluar asap lagi. Ternyata aku ini memang seorang genius yang sukar dicari (manusia pasti lupa diri bila berjaya).

Ohh ingatkah kalian dengan entri Kuiz Lingham tempoh hari? Majlis penyampaian hadiah telah diadakan semalam. Pembaca bertuah Syed Muhammad Muaz ternyata gembira dapat membawa pulang sos cili Lingham's yang ditandatangani untuk dinikmati bersama keluarga. Tengoklah wajah kemenangan dia tu macam seorang hamsaplo sahaja mengharapkan aku make a move terhadap dia. Maaf, aku tak akan mengambil kesempatan terhadap peminat fanatik.


See? Aku memang hampir sentiasa menunaikan janji. Jangan merusuh ya para pembaca yang lain masih ada peluang untuk untuk anda memenangi hadiah-hadiah istimewa yang ditandatangani ijaicool.

Have a great weekend everyone!



6 comments:

~::Iffat @ Wonderfatts::~ said...

salam,
hahah,buruk nama aku..aku sekadar memberi pendapat,tak sangka kau menganggap aku sebagai mahaguru..wahah..tahniah ijai..anda telah menguasai hikmat toceng peringkat kedua tertinggi.

astute said...

aku beli minggu lepas.tak sedap! minum milo kotak dgn straw berdebar tu sejuta kali lazizah jiddan jiddan.

p/s wehh, kau tak dengar lagu maher zain ke ijai? kau kan sekolah sampin ijau..

Mohamad Faizal said...

iffat: kau jangan selalu praktikkan ilmu itu kat diri sendiri kelak erectile dysfunction pula di hari dewasa

astute: maher zain tu siapa? adik anuar zain ke? sekolah agama sampin hijau aku tak menyanyi masa perhimpunan hari isnin...tapi kat sekolah menengah aku ada cikgu disiplin nama ustaz mahir.

Frodo Baggins said...

hhahahhahaha ~~
mmg nikmat ... wkkkkakaka


>>____<<

Rahim Hashim said...

haha..ko mesti takut nak tekan pakai tangan kan..sbb tu pakai drumstick..tkpe, aku pun takut jgk.

Mohamad Faizal said...

frodo: apa yang nikmat ajarla aku

rahim: alaaa I takut tangan I calar awww

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...