Monday, May 31, 2010

Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Dikeji Jawabnya

Sabtu, 29 Mei.

Setiap malam Sabtu, team Bangi akan berkumpul untuk melakukan dosa dan pahala bersama-sama, mostly dosalah. Dosa daripada mengutuk bekas teman wanita, musuh di sekolah, mahupun struktur fizikal seseorang. Malam Sabtu 29 Mei, kami bercadang untuk membuat dosa di luar rumah aku. Selalunya aktiviti kami ialah bermain Xbox sehingga dimarahi mama, tetapi sebab kami kelaparan kami pun keluarla. Line up pada malam itu adalah aku, Jamil, Fandi dan Shuhud. Kami disertai oleh seorang kawan sekolah kami yang Murtadha Arif bin Sahbudin yang hendak menyebarkan kad kahwin. Dia tunjuk gambar tunang dia tapi ternyata bukan gadis yang sama seperti dulu. Dia kata dia tak curang, so probably kena penangan nasi kangkang. Sumpah aku ni hebat membuat teknik rhyme.

Anyway Bangi sekarang memang bandar super membangun. Terdapat banyak kedai-kedai makan yang kool yang baru dibuka bagaikan cendawan yang baru tumbuh selepas hujan (ayat karangan PMR). So aku naik kereta dengan Shuhud (Abe) untuk pergi membaham. Ayuh kita ikuti perbualan separa homoseksual kami ini:

Aku: Gilak ah Tadak dah nak kahwin.

Abe: Tu ah dulu aku ingat dia gay. Lepas tu buka cybercafe tapi lingkup sebab orang macam kau asyik main free.

Aku: Haha monyet. Eh kau tengok Diari Imam Muda tadi tak? Ada ke salah seorang peserta tu Nun mati bertemu Ba pun tak tahu. Baik aku yang masuk. Cahaya keimanan ada, suara untuk azan pun ada.

Abe: Sudahlah kau. Eh Jai kita nak makan kat mana ni?

Aku: Kita pergi kedai kopi yang baru bukak tu nak?

Abe: Ooo aku tau. Papa Roach kan?

Aku:
...........................

Pappa Rich = Kedai Kopi



Papa Roach = Kugiran Kafir



Keluar dari kereta aku masih gelak macam orang kena sawan barbie. Lepas tu terus aku dedahkan kesilapan Abe kepada Fandi dan Jamil. Mereka pun turut sawan barbie sepanjang malam itu. Lepastu aku hari ini aku dedahkan dekat korang pulak.

Sori Shuhud. CUT MY LIFE INTO PIECES, THIS IS MY LAST COFFEEE!!! Hahaahahahahahahaaha adui penatnya aku gelak.



18 comments:

Anonymous said...

Sudahlah kau faizal mengata orang je tahu

haha

otak ketat said...

haha. oh tu lagu papa roach ka? baru tahu hari ini. haha. uih bangi dah ada papa rich?? kt arean mana? nak g gk ah nnt. heh.

otak ketat said...

haha. oh tu lagu papa roach ka? baru tahu hari ini. haha. uih bangi dah ada papa rich?? kt arean mana? nak g gk ah nnt. heh.

jana said...

Ijai,
sebagai calon imam muda yang tak berapa nak menjadi,Papa Rich ada sijil halal dari JAKIM ke,agak cuak juga nak masuk sebab tak berapa sure,sila story kak jana sikit.

Anonymous said...

aku pon sebut papa roach jgk. tk tau knp. hmm2

-sanah-

Mohamad Faizal said...

ya saya mengaku saya gemar mengata dan mengutuk

otak ketat: dekat area kedai yang baru bukak depan sikit daripada PKNS tuh

kak jana: adaaa. besar gila logo dia. kalau takde pun kita yakin dan tawakal aje

hasan: hai hasanah (takde idea lucu macamana nak balas komen kau)

khairul_bariyyah said...

sian shuhud.. tp, yakin dan pasti mesti akak astute jadi peminat sejati shuhud lagi.. tapi,adikmu di sini turut gelak guling2.. lalalalala~~ sori kakteh, eh.. sori shuhud.. hahaha

~::Iffat @ Wonderfatts::~ said...

adik beradik memfolo ko eh jai..aku syak ko menjadi topik perbualan mereka di rumah...wahahah..tak gitu cik khairul bariyyah...ko jgn minum sangat kopi papa tu jai.

khairul_bariyyah said...
This comment has been removed by the author.
khairul_bariyyah said...

iffat: 124.5 markah untuk anda.. ye, ijai selalu menjadi topik hangat di kalangan kami berdua.. lepas tu,mesti habis dengan gelak ketawa terkekeh2 dan tanda tanya di muka mak.. hehehe..

p/s: ijai, jangan kembang hidung okay?

Mohamad Faizal said...

khairul: panggilah kak long, kak ngah, kak andak, baca sekali

iffat: kenapa kopi pappa letak serbuk mughallazoh ke. tapi sedap doo aku minum je tanpa rasa was-was

datillah said...

Hehehe suffocation no breathing...

Mohamad Faizal said...

....don't give a pork if i cut my arm bleeding!

Anonymous said...

ive got nothing to say dude..camon jai laugh with me 1 more time..PAPA ROACH HAHAHAHAHAHA (gelak smpi klimax..bleh ke??haha)..mgu ni baham di Papa Roach lg k hahaha..

-fandi-

shogunn_general said...

Abe mmg lucu skali. Seperti kembarnya di Championship skarang, Abe Akinbiyi. Aku ingat lagi korang mengeji jersi Cameroon aku dan menuduh aku pakai jersi Senegal dammit. Dah lama xmain bola depan umah Abe.

Clarky Afif said...

mungkin kau ada 6th sense yg boleh sense kehadiran lipas dalam kedai itu.
gelakkan balik mereka sebab mungkin mereka minum air berperisa lipas.
eh, kau pun minum kan? hoho

Rahim Hashim said...

jangan..nnt shuhud marah bukak cafe papa roach betul betul pulak.

Mohamad Faizal said...

fandi: weekend inilah papa roach. mama aku pergi kuantan korang kena teman aku

naqqib: cameroon, senegal, ivory coast semuanya geng abe (rasis)

clarky: patutlah aku minum kopi dia ada bunyi rangup krup krap

rahim: jika dia buka mesti lingkup selepas 3 minggu sebab kami datang minum free

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...