Wednesday, May 26, 2010

Top Ten Most Annoying Songs

Kita berehat sebentar daripada segmen percutian di Melaka untuk memberi laluan kepada entri selingan ini. Pernahkah anda mendengar sebuah lagu yang annoying di mana lagu itu terus melekat dan bermain-main tanpa henti di dalam minda anda selama beberapa minggu, menyebabkan anda rasa hendak melakukan dosa besar? Di sini saya ingin membuat kompilasi lagu-lagu yang annoying nak arwah jika anda dengar mesti anda terPMS di tempat kejadian. Lagu-lagu ini selalunya adalah 'One Hit Wonder' di mana penyanyinya terus lenyap dari muka bumi ini, mungkin setelah dipulaukan penduduk kampung akibat membawakan lagu-lagu sebegini. Ayuh klik Read More untuk mula mendengar lagu-lagu yang annoying sepanjang zaman.

10) Barbie Girl - Aqua

Tiada manusia yang normal akan menyukai lagu ini, unless kau ni kaki clubbing ataupun kaki pukul bini. Entah apa kaitannya pun aku tak tahu. Tapi kalau nak pukul bini selalunya lagu rentak sebegini memang sesuai dimainkan di latar belakang.

9) Calcutta - Dr Bombay

Lagu ini memang popular di zaman sekolah menengah. Yang membuat kita lebih hangin, mamat ni bukannya orang India pun. Nama sebenar dia Jonny Jakobsen, orang Sweden. Video klip dia dirakam di Malaysia kan?



8) Tubthumping - Chumbawamba

Lagu ini menjadi siulan aku dan rakan-rakan setelah bermain Fifa World Cup 98. Masa nak pilih team je keluarla lagu tu I GET KNOCKED DOWN BUT I GET UP AGAIN YOU'RE NEVER GONNA KEEP ME DOWN.

7) Closing Time - Semisonic

Dulu masa mula-mula dengar lagu ini di tingkatan satu, aku memang mengaku rock ah main lagu ini kat gitar. Tapi disebabkan lagu ini dimainkan berulang-ulang di radio dan televisyen, lagu ini menjadi overrated, sekaligus menjadikannya annoying apabila mendengar bait 'i know who i want to take me home'.



6) Bleeding Love - Leona Lewis

Aku pun tak tahu mengapa lagu ini boleh masuk dalam list aku. Mungkin kerana intro drum dia yang 'tu ku tuk' 'tu ku tuk'. Ala susah doo nak eksplain cuba kau dengar intro dia.

5) Surfin bird - The Trashmen


Ok mungkin ramai orang tidak tahu akan lagu ini. Aku pun sama, sehinggalah pada satu episod Family Guy Peter menyanyikan lagu yang super infectious ini. Jika anda tidak percaya, sila klik video di bawah dan anda akan secara tidak sengaja menyanyikan lagu ini instead of membaca bacaan duduk di antara dua sujud semasa solat.



4) Semua lagu Nickelback/Maroon 5

Anda akan tahu lagu Nickelback sedang bermain di radio walaupun anda tidak pernah mendengar lagu itu kerana gaya penyampaian dan melodinya semua hampir sama.

Anda juga pasti tahu jika lagu Maroon 5 sedang berkumandang di udara kerana suara dia sengau macam bangau bikin sasau baik pergi surau. Hebat gila teknik rhyme aku.

3) Mambo No 5 - Lou Bega

Mana mamat ini pergi? Mamat Exist aku taula dia masuk penjara curik telefon bimbit.

2) Who Let the Dogs Out? - Baha Men

Self explanatory.

1) The Ketchup Song - Las Ketchup

Daripada lagu, suara sehinggalah gaya tariannya semuanya boleh membuatkan kita mencarut berat. Ini adalah lagu paling dibenci sepanjang zaman bagi aku. Sungguh annoying kalau orang sedang di bawah tekanan mendengar lagu ini mesti rasa terpanggil untuk terjun ke dalam Taman Tasik Cempaka. Mama aku masih menggunakan lagu ini sebagai alarm di waktu pagi. Arghhhhhh.

Adakah lagu-lagu di atas berada di dalam list lagu annoying anda juga? Ataupun anda ada lagu yang lebih annoying daripada lagu-lagu di atas? Selamat malam aku mahu tidoq.

ps3: berdasarkan persembahan malam tadi, Crystal patut menang American Idol. Tetapi kita tidak boleh jangkakan keputusan berpihak padanya kerana kita sudah lihat musim lalu Gaydam Lambert dikatakan akan menjadi juara tetapi orang Amerika lebih sukakan Kris Allen yang humble dan merendah diri. What do you think?



20 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

Salam

Lagu Alif aziz sayang2 dn alif satar pelis pelis tu termasuk tk kategori ni??

oh, aku tk tgk Berhala Amerika..mari menonton Imam Muda...

haha

Shima Ibrahim said...

Yes..lagu Barbie Girl ngan Bleeding Love ade dlm list aku. Yg lain tu jarang2 dgr, so x brape menyakitkan telinga. Aku ade satu lagi lagu yg bole tahan annoying bg telinga aku - Nobody (Wonder Girls), lagu Wonderpets pon bole jugak, lagu Lonely (Akon). Pas tu lagu In Da Club (50 Cents). Dulu smua org nk buat ringtone. Tension aku.

Anyway, aku harap Lee Dewyze menang season ni. And jgn harus kau mempersendakan Adam Lambert! Haiyakk!!

otak ketat said...

cis kutuk maroon 5. unik apa suara dia. haha. aku benci semua lagu sean kingston sbb aku benci suara dia.

Mimie.Candy Cane said...

opss..huda..setuju ngan ko.maroon 5 ok ape..boleh laa..tapi lagi aqua n les kicap tu memang leh buat aku sawan vavi...

dr bombay tu pulak,kalo tenung muke dia lame2 memang mintak penerajang..

Hisyam said...

lagu jay sean - down

daaaaaaoownnn daaaooownn... baby when the sky is fallin downn... daaaaoowwnn daaaaoowwnn..

dan juga sume lagu ni**er

Noraishikin Mohd Salleh said...

Ijaiiii...aku stuju sgt part Las Ketchup tuh. Smpi skrg aku suka lg dengar lagu tuh.

shogunn_general said...

haha tu sume lagu 90an je dude. tapi lagu2 90an mmg rocks the world la, goo goo dolls, blink 182, foo fighters..

lagu2 annoying?

1.lagu2 mat gelap yg mesti ada suara lil jon kat latar belakang die.

2.lagu2 mat gelap yg ada satu dua beat je, tu pun pakai computer je mane de pakai instrument ape pn.

3. yeah - usher
certain lagu2 black eyed peas
numa numa yeay - some fat guy
a whole new world - aladdin

khairul_bariyyah said...

sedap pa weh lgu maroon 5... tapi lagu2 alif aziz mmg annoying gila..
tmbh2 yg dia tiru lgu ost one litre of tears cita jepun 2.. hish,rasa nk hantuk kepala kat dinding.. -_-"

jana said...

Apa-apa lagu yang dinyanyikan oleh Tomok zaman dia 18 tahun kebawah semua lagu-lagunya waktu itu very the Lemau punya lagu.Tapi semenjak dimenang One in million lagu-lagu dia dah rangup and tak annoying lagi:-)

Mohamad Faizal said...

yusuf: sayang-sayang tu memang annoying jugalah untuk kategori lagu melayu

shadatul: betul ke orang kata lee pun gay jugak? (saja sebarkan gosip liar)

otak ketat: haa haa peminat fanatik maroon 5 ke. nak buat suara dia senang je cakap sambil picit hidung hee hee

mimie: aku ingat nak bela janggut tebal pakai spek mata itam pergi ofis next week la tengok apa reaksi orang

ise: racist

cikinto: eh kau suka ke tak suka

naqqib: haa haa kau pun racist. tapi lil jon memang suka menyibuk dengan suara teran dia tuh

khairul: alif aziz cium perempuan berbulu lebat (tiba-tiba ungkit gossip dia)

kak jana: (picit hidung) sejarah mungkin berulangggggggggg

O Ena O said...

Closing time >semisonic!! aku poon suke layan lagu nih...wahhh vokalis band ni mengingatkan aku kt bf aku..lalalllala....die specky & nerd tp cute!~~

^wirda^ said...

hah.. lagu2 mcm barbie girl, dr bombay tu semua..mmg annoying tp bila dgn time tgh bosan tahap suria perkasa itam, mmg layan je.. haha
ada lg satu tu lagu diana king..owai owai ya lelaialai. pe jadah tah..bleh masukkan jugak..T_T

nanti buat versi lagu melayu plak..ohh sgt byk list itu..hahaha

ku els said...

another song - lemon tree!!

Shima Ibrahim said...

ko jgn buat gosip tanpa arah cam tu jai haha

Mohamad Faizal said...

ena: specky & nerd tapi cute...kau macam describe aku je

wirda: haa haa diana king pai tepai tepai si astikela palame palame palame haa haa lagu tu sepatutnya ada dalam list aku juga

ku els: i wonder how i wonder why??

shadatul: tahniah lee sang juara. hee hee

O Ena O said...

ok jai...deal!~~ ko gi amik nerd & cute kt ko..wakakkaka...aku merujuk kt bf aku je cute ...wakakakaa.LOL

h a n i a n m u r i h a n said...

sume lagu lady gaga.rararaaaaa..ramaramamaaa....

Jack Shephard said...

Faizal is a big fan of Jason Derulo! oooohhh whatusay mmmmmmmmmm

profwacko said...

Lou bega .. penyanyi Mambo no 5 tu..

dah lama mati bro!!

tak percaya, tanya pakcik Wiki

Mohamad Faizal said...

hani: ra ra ra rahim ha ha ha hashim anda akan kahwin dengan dia kan. aku nak pergi kahwin korang tapi aku nak makan kat meja pengantin

kunal: jack can suck sawyer's salty ball

profwacko: manaaa lou bega hidup lagi siap keluar album baru lagi kau terbukak wiki penyanyi asal dia kot haa haa

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...