Tuesday, June 8, 2010

Ayat-Ayat Klise Yang Selalu Digunakan Dalam MLM

Bagaimana kita hendak tahu seseorang itu telah menyertai Multi level marketing (MLM)? Tanda yang paling ketara apabila seseorang itu telah menyertai MLM adalah kebolehan mereka untuk memberi motivasi membina secara tiba-tiba. Selalunya ayat-ayat ini digunakan membuka minda bakal 'mangsa' mereka dengan menggunakan taktik psikologi yang disertai dengan petikan ayat-ayat Al-Quran bagi memantapkan hujah mereka. Namun begitu, kebolehan untuk berkata-kata manis ini secara tiba-tiba ini bukanlah 100% bakat yang terpendam, tetapi merupakan 'template' yang diturunkan secara turun temurun oleh upline mereka, ataupun diplagiat daripada senior MLM yang lebih berjaya. Ayuh kita kaji ayat-ayat klise yang selalu digunakan oleh watak MLM.

1) Membuat pinjaman PTPTN adalah umpama meminjam wang dari ceti. Ya anda mungkin boleh bersukaria buat sementara, tetapi in the end, anda harus membayar ribanya. Bebaskan diri anda dari belenggu hutang dengan pendapatan sampingan sebanyak RM 5,000 sebulan dengan hanya bermodalkan RM 360. Anda kini boleh duduk rumah goyang kaki dan menggoncang testis sambil menjana wang.

2) Setiap bulan, saya sering diburu Ah Long akibat hutang keliling pinggang. Kereta saya sering disimbah cat pink. Saya sentiasa hidup dalam ketakutan. Setelah mendengar testismonial daripada rakan, saya kini meyertai perniagaan Ah Long untuk memeras ugut orang pula. Jika mereka takut, mereka pun akan menyertai perniagaan Ah Long ini sebagai downline saya. SEKARANG INI KAU NAK JOIN AKU KE TAKNAK? HAH? HAH?


3) Dengan pendapatan yang saya perolehi daripada perniagaan ini, saya kini mampu untuk menghantar ibu dan bapa saya untuk menunaikan Haji di Mekah. Kalau saya tidak sertai perniagaan ini, saya pasti akan menghantar mereka ke rumah orang tua instead.

4) SELECT `financial freedom` FROM `positive thinking`,`changes` WHERE `effort` > '0' AND `price` < '0.1' AND `pray` = '1'; (SQL statement - plagiat dari Fesbuk)

5) Orang selalu kata, 'Money can't buy happiness'. Tapi tahukah anda perceraian selalunya disebabkan oleh ketiadaan wang? Bagaimana kita hendak memberi anak kita makan the Chicken Rice Shop? Jika anda takut suami anda mencari sugar mummy, jangan tunggu lama-lama untuk menyertai kami. Let's DU-IT (Do it)

D - Doa
U - Usaha
I - Istiqamah
T - Tipu

6) Kalau kita sayang teman wanita, hari-hari kita sanggup buat video call. Kalau kita sayang kereta kita, hari-hari kita sanggup polish. Kalau kita sayang Alif Aziz hari-hari kita nyanyi lagu Sayang-sayang. Kalau kita sayang duit?? Kenalah laburkannya dalam perniagaan penapis air saya ini.

7) "Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri mengubah nasib mereka". Jadi jika anda mahu mengubah nasib anda menjadi kaya-raya, haruslah sertai perniagaan saya. Takkan Tuhan nak tipu kan?

8) Dahulu saya suri rumah biasa. Rutin kehidupan saya sama sahaja. Bangun awal pagi gosok baju suami dan hantar anak ke sekolah. Tengahari saya tak tahu hendak buat apa so saya tengok ulangan telenovela Mis Tres Hermanas. Malam saya disetubuhi suami. Kehidupan saya memang bosan sehinggalah rakan saya memperkenalkan saya kepada perniagaan sampingan menjual bengkung Noniswara ini. Kini saya boleh membeli beg tangan Jurulatih dan Teka setiap bulan. Kasut Hidung pun buat pakai pergi pasar tani sahaja. Terima kasih bengkung Noniswara!

9) Dahulu saya sekadar Mat Rempit picisan...


Kini saya Mat Rempit kelas atasan...


Semuanya berkat saya menyertai perniagaan pencerah wajah ini. Ayuh sertai saya jika anda ingin memiliki motor besar!

Bagaimana? Silalah kongsi jika anda ada ayat-ayat perangsang yang klise. Jika anda merupakan seorang ahli MLM (yang berjaya sahaja), silalah turunkan ilmu-ilmu pujuk rayu anda untuk panduan bersama. Mana tahu boleh tambah downline anda.



18 comments:

sI tEDI said...

kat fesbuk sekarang ni pun dok asyik TAG gambau duit berkepuk2 sahaja!!

naik bosan di buatnya,

macamlah duit adalah segala2nya.

Ijai!
ada rm 50?

pinjam! ujung bulan aku bayau!

otak ketat said...

"bang, dulu ni lah rumah kita" *sambil tunjuk kt rumah yg lg 2 hari akn roboh gara-gara dimamah anai-anai*. "sekarang, neh lah rumah kita!" *sambil tersenyum gagah di hadapan rumah agam mewah berswimming pool dan bercourt tenis. "mari lah sertai kami! ubahlah nasib kuarge anda sekarang juga!"

shogunn_general said...

haha kesian Abe jadi model iklan pencerah wajah dan mat rempit part time

Anonymous said...

Salam ijai

tolong org tipu orang..


santiago ortega

Mohamad Faizal said...

tedi: pinjam 50 kena bayar 70. sila hubungi pekerja sindiket ah long aku fandi

otak ketat: samaada anda ini mangsa mlm ataupun bekas pekerja mlm

naqqib: tu ah gilir2 la budak bangi dijadikan model dan modal untuk dikeji

santiago: haa?

astute said...

aku join herbalife tapi aku takde pun cari downline. tapi kwn2 aku ramai trpengaruh dgn aku, sb aku berjaya turun 5 kg dlm ms 2 bulan.
so memang ramai ah yg beli ngan aku.

*sumpah tak nak duduk usm lagi dah. gila btol sb 4 bulan je aku naik 6 kilo! siot btol!!!!

Anonymous said...

kau orang sedar tak post ni sebenarnye semata2 nak kenekan dr. abe dengan gambar2 rempitnya. kah kah kahhhhh!!

-kucing hitam

Asmoham said...
This comment has been removed by the author.
Asmoham said...

niat jahat ku tuhan marah.. kekekeke
sorry la ijai. kekekeke

anyway, sian dowh abe kene kaw2 smp aku pn rs nak join mlm abe..

^wirda^ said...

1) "tahukah anda 9/10 kekayaan bermula daripada perniagaan??"

2) dulu saya cuma suri rumah, skrg saya dh ada BMW...hebatkan saya?? (wuteverrrrr)

3) utk surirumah >> kite nih pempuan, jadi surirumah tak buat pape..kalo ditakdirkan laki kite mati, tak ke susah kalo kite takde side income ?? jadi marilah cari pendapatan sampingan..;p (Borring)


hahaha aku pun MLM jugak tapi aku tak berlevel2 pun.
blom termotivated...
meh la meMULTIlevelkan perniagaan sampingan aku..nak tak???hhahahahha

Anonymous said...

tunjuk gambo bercuti kompeni sponsor, pastu gambar kete..

Mohamad Faizal said...

astute: kenyang ke makan herbalife kawan aku muaz makan walaupun dia makin kurus tapi perut dia maintain

kucing hitam: benar, semua pihak aku permainkan sebenarnya

asmoham: terlajak perahu boleh diundur, terlajak komen aku dedahkan sahaja:

abg ijai ensem mmg yayat.. suke kenakan kawan2 dia...

boboy benci abg ijaiensem tp caaayang sgt2...

-arbok jambu-


Jika boleh aku berikan kritikan membina, itu bukan gaya arbok bercakap tetapi lebih kepada kanak2 mengada2. sila kaji perwatakan Sally dengan lebih lanjut.

wirda: nak join tapi aku pemalu nak cakap dengan orang. anda carikan?

anon: mesti, baru boleh mempengaruhi mangsa

Anonymous said...

hahaha.. abg ijai keji.. mmg yayat!

kekekekeke..

-asmohamcool-

Anonymous said...

nak tambah lagi :

copy paste from people yang taksub dengan login facebook dapat RM100

Credit
Card Holder!!! U can Be On Your Way To A Successful Life, With A
Passive Income In Hand, There's Nothing More Easier Than This...Memang kalau tengok benda senang susah nak percaya, TOO GOOD TO BE TRUE..! org kata la.. Tapi yg bestnyer, benda ni mmg benar dan terbukti.. firstweek personal income RM1k ++ bukan hanya...... khayalan.

penatnye seharian...mujur la..sambil buat keje dpt gk duit poket~~~~dgn fb je..xsangka rezeki melimpah ruah arini...

leh caye ke sume tu??

Anonymous said...

ko bc gak status aku eh..siap copycat tuu taruk sini..hahaha..

Sicher said...

AHAHAHAHAHAH

wah, memang best

thecuriousmind said...

LOL! Ini sangat betul.

Ayat klise aku selalu jumpa: "Marilah ubah kehidupan, bila lagi Melayu nak maju kalau bangsa sendiri tak saling tolong-menolong"

"Dulu kereta MyVi je, Alhamdulillah sekarang dah boleh pakai BMW" tak paham aku kenapa MLMers ni suka amik gamba depan kereta (selalunya BMW) and rumah.

zulhilmi yahya arif said...

Malaysia mempunyai penduduk 28.3 juta takkan le xboleh nak cari 10 orang sebagai downline hang?.. come ubah minda, ubah perspektif dan kalau boleh kita ubah testis (testimoni) bagi jadi lagi beso dah kaya raya.

ayat upline yg macam TTTUTTT

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...