Friday, June 25, 2010

Ayuh ke International Catshow di Midvalley!

(sila klik poster untuk melihat masa dan tempat)

Apa yang korang selalu buat di hujung minggu? Suami isteri mungkin melakukan persetubuhan, anak-anak mungkin dibiarkan berkeliaran (rhyme). Apa kata kali ini kita buat sesuatu benda yang unik. Sila kumpulkan adik beradik anda, mak dan abah mertua anda serta bibik anda sekali dan ayuh berlari-lari anak menuju ke pusat membeli belah Midvalley pada hari Ahad ini bagi menghadiri Pertandingan Kucing Antarabangsa 2010. Pertandingan kucing ini dianjurkan oleh Kelab Kucing Malaysia. Sejak abah aku pergi meninggalkan dunia yang fana ini, mama aku sudah jarang membabitkan diri dalam hal ehwal kelab. Tetapi kali ini, team ijaicool akan kembali beraksi bagi membolot hadiah-hadiah yang dipertandingkan. Jika anda ingin datang sebagai pelancong tempatan, well anda pasti akan berasa seronok melihat kucing-kucing yang comel nak arwah. Tetapi jika anda datang sebagai peserta, bersediakan kalian untuk diaibkan oleh Pesona Shareca aku. Ayuh teruskan membaca untuk maklumat lanjut.

Bagi mereka yang tidak tahu bagaimana konsep pertandingan kucing, konsepnya lebih kurang sama dengan hari sukan sekolah. Kucing-kucing akan dipertandingkan di dalam acara-acara seperti lompat paling jauh, lari paling laju, dan pertandingan look alike dengan tuannya. Ok ok aku berjenaka. Kucing akan diadili mengikut standard yang ditetapkan bagi setiap baka. Selalunya anda boleh tengok hakim itu mengadili kucing sambil dia membebel apa yang bagus tentang kucing itu. Masa inilah anda boleh melihat kucing-kucing berbaka aneh dari seluruh pelusuk dunia seperti kucing jijik tiada bulu (Sphynx), kucing telinga layu (Scottish Fold), kucing raksasa gorgon (Maine Coon) dan of course, our own Kucing Malaysia. Anda juga boleh melihat pertandingan pakaian berhias di mana kucing-kucing akan diubah menjadi kucing arbok setelah disarung dengan baju bayi.

Antara line up yang mungkin aku turunkan pada hari Ahad nanti adalah:

1) Pesona Shareca


Ini memang kucing kesayangan keluarga aku. Shareca memang terlalu manja. Kau buatlah onar macamana pun dia mesti tak marah punya. Lepas tu dia mudah mesra dengan orang. Aku dah latih dia untuk membuat mata kasihan Puss in Boots ketika berhadapan dengan judge nanti. Pasti berjaya merangkul hadiah nanti.

2) Anak kucing itu


Ohh itu gambar lama. Sekarang anak kucing itu sudah membesar menjadi kucing Malaysia yang berpotensi untuk menjadi sang juara. Ikutkan nak bawa mak dia tu tapi mak dia susah untuk dipegang nanti judge membuat muka.

3) Pesona Chevy


Ohh kau sudah obese Chevy kau duduk di rumah sahaja kali ini.

Jika anda ingin menyertai pertandingan kucing ini, anda harus menjadi ahli Kelab Kucing Malaysia. Well nak join sesi kali ini sudah tidak sempatlah kerana tarikh tutup sudah berlalu. Anda boleh mendaftarkan diri di kaunter yang dibuka pada hari pertandingan ataupun layari sahaja ke laman web Kelab Kucing Malaysia di http://malaysiacatclub.com/. Tetapi site itu memang tidak dikemaskini pun. Jika korang klik join, korang boleh nampak nama arwah abah aku lagi. Presiden dia entah sudah berapa kali ganti. Oh buat stalker-stalker, 03-8251259 memang nombor telefon rumah aku tapi maafla itu pun format nombor lama tak dapatlah kalian nak miskol rumah aku.

Alrite, see you guys there! Jangan lupa, hari Ahad 27/6/2010, 10am - 6pm sila bawa kamera dan buku nota kecil untuk sesi autograf. Nak suruh sign kat dada pun boleh sebab kadang-kadang diorang jemput artis tau. Kalau korang nak datang habaq mai la boleh aku beri tiket VIP (tipu). Jika ada sebarang pertanyaan atau kekeliruan silalah tanya nanti aku suruh mama aku jawab.



20 comments:

sI tEDI said...

aku dah lama bukak entry ko ni. 5 saat selepas ko publish/
tp x tau nak komen apa sbb aku x dapat g. dah plan dgn kawan lama dah. tetiba baru aku tahu sepupu aku kawen ahad ni.

kenapa dia tak kawen ari lain??????

peluk syiummmm untuk sang juara bukan tuan dia.

sob sob sob :((

sI tEDI said...

tapi kalau aku dapat dtg, aku akan cari kau sampai dapat ! pastu mintak kucen kau sekor!

khairul_bariyyah said...

pesona chevy comel... mata biru..mulut pink..hee~

kalau g sana xmo tengok kucing2,nak stalk ijai n d geng je.. (peminat fanatik nombor 100) hahaha

^wirda^ said...

ambui mcm garang je kucing shareca kau.
oh kalo anak aku dia suka kucing..mula2 dia tarik telinga kucing..kalo kucing tu lentok2 telentang..maka butalah mata kucing itu dicocok oleh jari mulus anak aku..hahahha err itu kire suke ke geram?

Mohamad Faizal said...

tedi: datangla nanti aku sapot makanan. tapi makanan kucing ah

khairul: yaaaa sila datang stalk bersama akak astute

wirda: koool bawalah anak dan suami anda hari ahad nanti

syun said...

Bilakah dan pukul berapakah pertandingan kucing akan berlangsung?

Mohamad Faizal said...

hari ahad 27/6/2010, 10am - 6pm. kamon chua shi yun bawa leng chai anda sekali

otak ketat said...

03-8251259. haha! aku mcm taw ja format baru. nak aku bitaw ke? :p

shogunn_general said...

err cat stevens atau cat farish datang x?

jana said...

Sure kak jana tak datanglah ijai. kak jana satu family takut kucing,sangat lemas kalau ada kucing merayap dan cuba mengesel-gesel kaki dikedai-kedai makan.Walaupun arwah abah kak jana dulu pun ada bela 4 hingga 5 ekor macam kucing-kucing yang ijai ada tu,tiada seorang pun dari anak-anak atau cucu-cucunya turut mengikut minatnya terhadap kucing.So sad lah ijai.

Anonymous said...

jai aku ingat nombor tu dah takleh guna dah walaupun dalam format terbaru. bukan kau dah tukar nombor?

adam

Anonymous said...

ohh mann... aku da lama mngidam nak scottish fold..tp dgr cite cm mahal haha..




-megan musang

khairul_bariyyah said...

mesti la xboleh nak stalk bsama2 akak astute.. kedah cuti jumaat sabtu je.. akak astute harus meneruskan perjuangan dia sebagai teacher yg garang...eh,teacher yg baik..

demmit!! xleh nak stalk ijai.. (gila fanatik) haha

Mohamad Faizal said...

otak ketat: ala beritahu pun tidak membawa makna kerana no phone itu telah ditamatkan perkhidmatannya akibat bergayut tak ingat dunia

naqqib: tidak. tapi dengar cerita diorang jemput maher zain

kak jana: mana boleh takut dengan kucinggggggg. datanglah saya bagi tiket free hee hee

adam: yaaa sudah ditukar. tapi kalau kau call no baru pun mesti takde orang angkat sebab telefon tu hanya hiasan di bilik aku haa haa

megan: murah punya ada carik kucing biasa lepastu lenturkan telinga dia hari2 lama2 terfold sendiri

khairul: takpe boleh stalk kat harian metro nanti keluar berita

sI tEDI said...

kecewalah x dapat dtg!! :((

sI tEDI said...

eh! kenapa aku nak komen lagi ni? kan aku dah komen yg 1st tu!:((

malas lah nak taip lagI!

sI tEDI said...

eh! aku lupa nak cakap! aku nak amek banner show tu!

x dt dtg amek banner pun cukuplah!

sI tEDI said...

ijai,
oleh kerana aku x dapat pergi, sila buat entry khas untuk aku habis pertandingan nnati walaupun kau kalah ye?? aku nak tgk budak kecik tu bila dah besau mcm mana rupe dia.

sI tEDI said...

eh ijai!

aku nak amek gambau Pesona Shareca letak dalam blog aku. Untung2 dia menang esok. ekekeke..

masaklah kau layan komen aku yg byk ni :P

Mohamad Faizal said...

tedi 1: assobriminaliman. lain kali ada lagi

tedi 2: tah aku pun tak faham

tedi 3: ya ambillah

tedi 4: aku pasti buat sebab nak tunjuk wajah kucing kemenangan

tedi 5: ya jangan lupa bomohkan gambar dia sekali

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...