Wednesday, June 23, 2010

Cara-Cara Alternatif Untuk Menggunakan Vuvuzela

Adakah anda menonton Piala Dunia? Jika anda menontonnya, anda pasti akan mendengar bunyi dengung wajibul ghunnah yang melebihi sepuluh harakat keluar di pembesar suara anda. Anda tidak akan mendengar bunyi sorakan bolasepak hooligans England, sebaliknya anda hanya dapat mengalami suasana seperti berada di dalam sarang lebah yang sangat besar. Bunyi yang anda dengar itu adalah bunyi yang keluar daripada sejenis alat muzik yang popular di Afrika Selatan yang dinamakan Vuvuzela.


'Ngeeeoggennnogggeeeebuuzznnggeee' adalah contoh lagu tradisional yang sering dimainkan di dalam stadium menggunakan Vuvuzela. Penggunaan Vuvuzela ini menjadi subjek kontroversi kerana bunyinya yang kuat menjejaskan kehidupan nelayan berdekatan kerana ikan lari tidak mahu makan umpan. Pendedahan kepada bunyi Vuvuzela dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan kerosakan kepada gegendang dan salur separuh bulat telinga. Ada pihak mencadangkan penggunaan Vuvuzela ini diharamkan terus. Namun begitu, Vuvuzela dianggap sebagai tradisi kepada masyarakat tempatan di sana dan keunikan ini harus dikekalkan. Maka ada pihak yang berusaha untuk mengubah persepsi buruk masyarakat dengan menjadikan Vuvuzela sebagai gajet alternatif dalam kehidupan seharian. Ayuh kita lihat cara-cara alternatif untuk menggunakan Vuvuzela

1) Alat Mencari Pasangan

Jika anda selalu menonton Discovery Channel or at least menumpukan perhatian semasa guru anda mengajar subjek Sains, anda pasti tahu yang terdapat haiwan yang memikat pasangannya dengan menggunakan bunyi. Frekuensi tertentu yang keluar daripada Vuvuzela dikatakan dapat membuat kaum wanita berasa tidak tenteram sentiasa terbayangkan senyuman anda umpama terkena minyak dagu. Jika anda tidak mahu menggunakan teknik kotor itu, anda boleh mengambil jurusan Sains Vuvuzela di International College of Music (ICOM) dan belajar untuk mendendangkan lagu-lagu pop masa kini seperti lagu Justin Bieber ataupun Jay Sean menggunakan Vuvuzela. Gadis-gadis sukakan lelaki yang pandai bermain alat muzik tau.

2) Sumpit moden

Ada pihak yang cintakan alam sekitar menentang penggunaan sumpit khususnya di kawasan pedalaman di Sarawak kerana mereka mengganggap pemburuan menggunakan sumpit adalah kejam dan zalim. Bagi menutup mulut mereka ini, anda boleh memburu makanan tengahari anda dengan menggunakan Vuvuzela. Menggunakan fakta no 1 sebagai rujukan, anda tahu yang haiwan mudah tertarik dengan bunyi tertentu. Contohnya, setelah anda berjaya menarik perhatian kijang jantan membuatkan mereka berasa hendak mengawan, anda boleh meniupkan Vuvuzela itu sekuat hati sehingga mereka terkena serangan jantung lalu pengsan. Cepat-cepatlah sembelih haiwan itu kerana jika haiwan itu mati sebelum disembelih, haiwan itu akan menjadi bangkai dan haram dimakan.

3) Alat Perubatan Holistik

Jika anda masih ingat beberapa tahun lalu, TV3 pernah mendedahkan tentang rawatan alternatif Cakra Alam yang dipopularkan oleh Ustaz Arief. Dulu-dulu, kita semua terngaga kekaguman apabila kita melihat kehebatan Ustaz Arief menghidupkan lampu kalimantang dengan 'kuasa dalamannya'. Dia juga dapat menyedut kanser dan dosa daripada tubuh anda menggunakan testis ayam kampung, di mana apabila dipecahkan testis itu, keluarlah darah-darah kotor yang disedut.


Namun begitu, seorang ahli silap mata Eropah telah mendedahkan penipuan Ustaz Arief ini di sebuah rancangan hiburan Korea. Anda boleh lihat video kantoi tersebut di Youtube.

Setelah bergerak secara underground selama beberapa tahun akibat dipulaukan masyarakat setempat, Ustaz Arief kini dikatakan cuba membuat comeback dengan menggunakan Vuvuzela sebagai alat rawatannya. Menurut saksi yang baru lepas berubat dengannya, Ustaz Arief dikatakan mampu membunyikan Vuvuzela itu menggunakan teknik telepati dan tenaga dalamnya. Kemudian, dengan menekapkan Vuvuzela itu di perut pesakit, Ustaz Arief akan menyedut bakteria berbahaya menggunakan kuasa Cakra Putar Alamnya.

4) Alat untuk menghisap dadah

Ramai penagih dadah yang telah menggunakan Vuvuzela sebagai medium untuk mereka melepaskan gian. Struktur Vuvuzela yang unik memudahkan ganja digulung dan dibakar sebelum dihisap beramai-ramai ketika menonton Piala Dunia. Kadar khayalan yang terhasil adalah 30% lebih lama daripada rokok gulung yang biasa. Berikut adalah komen daripada Saiful Apek ketika ditahan reman:

"Haa haa haa harun salim bachikk! Ape kabar sumaaa? Haa haa saya beli Vuvuzela ni dekat Benji yang gitu-gitu tu. Dia siap ada bukak kilang memproses Vuvuzela lagi kat rumah dia. Huiii hisap ganja pakai Vuvuzela ni memang aserehe lah!"

5) Permainan video


Sekarang ni zaman permainan video. Terdapat banyak permainan video berasaskan muzik yang telah dicipta seperti siri Rock Band, Guitar Hero, Dj Hero dan yang terbaru, Vuvuzela Hero.


picture credit: http://blog.gaborit-d.com/vuvuzela-hero-legend-of-africa/

Akhir kata, majulah Vuvuzela untuk penduduk Afrika.



13 comments:

jfook said...

I like the sumpit one HAHA.

kenwooi said...

haha.. vuvuzela hero is cool =D

khairul_bariyyah said...

kalo nk ngorat pompuan guna vuvuzela nih, dinasihat jgn buat dekat2 dengan gadis2... prempuan mmg suka dekat laki yg pndai bermain alat muzik.. tapi,kalo anda di luar sana buat mcm 2.. sumpah anda kena maki hamun..

p/s: ingatkan vuvuzela ni bahasa brazil.. hehehe

Anonymous said...

hahaha bongok sungguh.tp mmg kalau nak mengorat perempuan guna sumpit ke vuvuzela ni ke mmg sumpah kena reject awal2 dah..gilo apo.

nona

nana said...

kalau group band pancaragam, ada main sekali benda alah ni, org mesti dah tak tgk alat muzik lain, kot?

Clarky Afif said...

boleh digunakan sebagai cawat untuk lelaki, hokeh! ala macam orang asli indonesia tuh. beza diorang pakai sejenis pokok. kalau nak lebih trendy pakai la vuvuzela. lebih panjang dan bisa menipu gadis-gadis dari segi kepanjangannya. haha

Mohamad Faizal said...

jfook: youre from sarawak eh?

kenwooi: get it soon from your nearest gameshop

khairul: manaa tak cuba lagi anda mana tahu

nona: satu hari nanti anda akan jatuh cinta dengan jejaka vuvuzela

nana: mesti. kaler je dah striking

clarky: what the whattttt

O Ena O said...

tekel aku gune vvuvuzela nieh? hadoiiii ...ko buat la dulu jai kt awek ko ..tekel die gune vuvuzela tu or sumpit yg sedia ade kt msia nie...ko wat eksperimen dulu...nti bgtau hasilnye mcm ner..positif or negatif k..

O Ena O said...

oh ye..tahniahh la england ko da mara..huuuuuu sgt cemburu nie,..uhuhu

Anonymous said...

Tahniah atas kemaraan England ke round 16. Team ape yang menang group tu eh? :D

Adam

otak ketat said...

aku rasa nak beli satu lah. buat alat kejut adek aku bangun subuh. amacam? style kan? kah kah kah.

Mohamad Faizal said...

ena: itali nanti jumpa france kat airport ya

adam: ala nanti jumpa ghana terus cemas semua semua kulit gelap

otak ketat: alhamdullah semoga kita semua tak tinggal solat subuh

O Ena O said...

huhuhu....cedihhh :((

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...