Monday, June 28, 2010

Faktor-Faktor Kegagalan England di Piala Dunia 2010


Aku ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih serta sakmaibols kepada rakan-rakan yang rela bersusah payah menghantar SMS, membuat panggilan bersiri, memberi komen mengguris hati di fesbuk, serta membuat solat sunat kesyukuran akibat kekalahan England. Memang bersemangat korang apabila mendapat peluang untuk mengeji ya? Tidak mengapa, aku bertenang sahaja. Di sini aku ingin membuat pendedahan eksklusif hasil penaakulan aku sendiri tentang faktor-faktor kegagalan England dalam usaha mereka untuk memenangi Piala Dunia. Kali ini para WAGs pemain England tidak boleh dijadikan kambing hitam lagi. Kegagalan ini harus dipikul oleh pemain dan pengurus England sendiri. Ayuh kita kaji apa yang menyebabkan England tersingkir awal di piala dunia ini walaupun tidak seawal US (awal beberapa jam, haa haa).

1) Menang Piala Dunia dengan Rooney

Sebelum bermulanya pusingan akhir Piala Dunia ini, England dikatakan bakal mengulangi kejayaan pada tahun 1966 berdasarkan satu fakta; Wayne Rooney. Wayne Rooney menjadi pilihan setiap pemain fantasy football kerana formnya yang garang. Wayne Rooney dikatakan mampu membawa England ke final Piala Dunia berdasarkan goalscoring prowess serta peribadi yang sudah menjadi matang tidak seperti piala dunia 2006 dahulu. Itulah senjata utama England, Wayne Rooney. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Nama Wayne Rooney langsung tiada signifikasi yang Piala Dunia kali ini. Dia tidak menjaringkan sebarang gol dan dia kelihatan sangat letih dalam setiap perlawanan. Well kalau nak ikutkan Messi pun tidak jaringkan sebarang gol dan dia pun bermain sepanjang musim, tetapi mengapa dia tenang sahaja menggelecek pihak lawan dan lari pecut seratus meter tanpa berasa letih?

2) Kesilapan Robert Green

Aku tak rasa kesilapan pengadil tidak membenarkan gol Lampard dalam perlawanan menentang Jerman semalam menjadi punca mengapa England tersingkir (although pengadil itu bakal menerima ugutan bunuh). Berdasarkan permainan semalam, kalau gol itu dikira sekalipun tetap tidak akan dapat menyelamatkan England. Ini kerana Jerman bermain dengan jauh lebih teratur dan efisyen mengawal bola. Aku tak nafikan yang aku berharap abang Gerrard dapat mencetuskan kebangkitan ala-ala Istanbul tapi rasanya abang Carra sahaja yang bersemangat dari luar padang.

Now, penyingkiran England sebenarnya sudah bermula sejak perlawanan pembukaan menentang Amerika Syarikat. Robert Green yang gemarkan roti canai tidak dapat menahan nafsunya untuk membaham roti canai penuh minyak sebelum sepak mula tanpa membuka glovenya, menyebabkan dia tidak dapat menangkap kemas bola rembatan Clint Dempsey. You see, jika England menang match itu, England akan menjadi juara kumpulan. Menjadi juara kumpulan, tidak akan jumpa Jerman! No disrespect to Ghana, tapi aku rasa peluang untuk ke suku akhir adalah lebih tinggi jika tidak bertemu Jerman.

3) Kelemahan di sesetengah posisi

Joe Cole kata John Terry adalah centre back terbaik di dunia. Well agak ironi di situ memandangkan kita sedang bermain di World Cup tapi tahap permainan macam Norhafiz Zamani Misbah juga (in other word, not yet 'world class'). Posisi sayap kiri pula memang sudah diketahui bermasalah dari dahulu. Nak jugak tu bagi abang Gerrard main kat situ. Turunkan saja Joe Cole ataupun mungkin Adam Johnson patut dibawa ke Afrika Selatan.

Uncle Kapelo nak main formasi 4-4-2 tetapi England tiada penyerang yang 'clinical' untuk digandingkan dengan Rooney. Menyedari kekurangan itu, penyerang seperti Heskey dan Crouch dipanggil agar dapat menjadi 'target man' untuk hold off the ball bagi Rooney/Gerrard roam sesuka hati di belakang. Tapi Crouch lebih layak diturunkan berbanding Heskey kerana ketinggiannya. In fact baik panggil Darren Bent yang terbukti boleh menjaringkan gol. Heskey dahla berat sama je macam Rooney obese. Defoe? Well dia memang pantas tapi mudah sahaja dia ditunjal kerana kerendahannya.

4) Sikap individualistik dan tiada keharmonian di dalam kem


Abang Gerrard dan Rooney tidak membawa WAGs mereka kerana satu sebab; John Terry. Tanpa isteri, mereka akan menjadi lebih tertekan dan seterusnya mengganggu persembahan di padang. Wayne Bridge telah menghasut rakan-rakan Man City seperti Gareth Barry, Shaun Wright-Phillips dan Joe Hart untuk memulaukan Terry dengan tidak menghantar bola kepada Terry semasa latihan dan tidak makan semeja. Rio yang geram dengan status kaptennya dirampas oleh Abang Gerrard telah berpakat dengan Rooney dan Carrick untuk membuat prank call di waktu malam menyebabkan Abang Gerrard tak cukup tidur.

5) Kehadiran David Beckham

Kehadiran David Beckham ternyata sekadar menambah bil penginapan dan makanan England. Konon-konon pengalaman dia dapat memberi inspirasi kepada skuad England. Dalam dead ball situation mulalah dia nak berlagak penting. Dengan suara dia yang kecil itu dia menjerit memberi arahan. Kapelo pulak bagi arahan lain sampai pemain pun naik pening. Besides, penyokong-penyokong gadis bersorak untuk Beckham mestilah pemain yang kurang hensem seperti Matthew Upson naik hangin.

Tempoh berkabung bermula. Tak tahu berakhir bila.



19 comments:

Anonymous said...

Aku tak suka dengan fitnah kau yang ke-4 tu!!!

Grrr...!!!

-Lisa

Anonymous said...

btol3.. aku rasa coach england perlu lebih berani untuk menurunkan 1-2 player yg muda2 sket..


-megan musang

Anonymous said...

terry ngan upson lembap duhs. takleh nak kejar. posisi off. apakan daya.

adam

Anonymous said...

hi encik faizal saya nak tanye.
brape harga scottish fold punye kucing ek?mereka comel nak mati..ahhh tidak!

nonorazali

Anonymous said...

london bridge is falling down,falling down..haha..(bayangkan tentera nazi nyanyi lagu ni smalam..adoi pedihnye..)

satu je punce die: gerrard sbg kapten..gagal inspire team utk melawan balik..huhu..dan player liverpool( dan ex liver) yg menyemak dlm team england seperti carragher,james,heskey etc..


-shuhud-

Mohamad Faizal said...

lisa: hai lisa. itu bukan fitnah itu cuma tuduhan tak berasas sahaja

megan: ya fat frank hanya tahu tonjol dari jauh

adam: tu ah baik bagi abang carra

nonorazali: ala cik dah salah entri ni tapi saya jawab juga. depen umur dan dari breeder mana around 1-2k

abe: runi gemuk. jangan sekali2 kau ragui leadership abang gerrard. semangat istanbul masih membara orang lain je yang tak semangat

Anonymous said...

ijai,

selamat lewat hari jadi + takziah england kalah

maaf lambat. mmg saje tunggu entry england baru nak wish..hahaha

yg benar,
anon suwit dan rakan sepermainan

O Ena O said...

selamat berkabung ijai..
aperpon nikmati lah Piala Dunia FIFA 2010 dgn penuh gembira meskipon mcm aku..world cup aku dh berakhir bile team Italy out..tp semangat world cup fifa yg 4 thn sekali nie..takkan aku sia2kan meskipon team aku dh rebah...:(

aperpon nikmati dan enjoy dgn match yg ade..lagpon world cup dh nk abeh dah..nanti kene tunggu lg 4 thn..huhuh

atiezul said...

me mogok gk! tgh plan nk block ch sport neh..>.<

Anonymous said...

kalau kapelo amik bridge ngan walcott mungkin la ada sedikit perubahan kot. tapi england perlukan seorang yang lebih dari kapelo la...apa kata kau call bagtau kat diaorang try maurinho atau sir alex. (tapi alex amik masa lama dowh)




-kusha-

^wirda^ said...

kau berkabung takmo tgk bulu kaki pemain bola ke atau barkabung tulis blog..hehe baik kau ubati hati dgn menulis cerita tentang kasut sekolah pertama ke tentang makanan kegemaran ke? huhu >_<

Clarky Afif said...

ahah!
baik kau buat solat hajat dari sekarang untuk kemenangan England empat tahun lagi :D

otak ketat said...

walcott post kt wall fb dia "lol. sadisnya kalian ni. nasib baik aku tak ikut. duk rumah maen PS lagi best" haha.

yusuf mujahidin ™ said...

kesimpulannya: team England SUCKS!!!


hahahaha~
berkabunglah sepuasnya ijai...kehkehkeh~




Santiago Podolski

Anonymous said...

England dari dulu sampai skrg manager call up player xikut form.
Dah ade list "untouchable" payahla...bodoh ape ledley king yg maen sminit due season ni nak bawak gi South Africa....tu seb baek hargreaves xsembuh...klu x sah2 diseret sama...Keeper pon maen team relegate...Top keeper epl sume foreigner...left footie winger lagila payah nak carik...callup je la downing tuh..player star tapi men out of position...tamatla riwayat highly rated golden generation...

~AkuApai

h a n i a n m u r i h a n said...

BLABLABLA... England, babai k.. Nuff said.hehehe..jgn mara ye encik ijai..anda kan cool.. Btw, rahim sokong CUBA untuk world cup kali ni..hahahhaa

Mohamad Faizal said...

anon suwit: eh lambat 11 hari ni tapi terima kasih jugalah

ena: itali tersingkir kerana semua orang melebihi 35 tahun hihi

atiezul: mogok dengan menggantikan puasa! yeah!

kusha: cis tak perlu kol diorang pengalaman aku bermain fantasy football pun boleh membimbing england untuk at least ke semi final

wirda: mana boleh berkabung tak tulis blog nanti korang tertekan pula di pejabat hee hee

clarky: aku dah siap puasa sunat pun harini (tipu)

otak ketak: kau kawan dengan walcott dalam fesbuk ke? aku mahu link dia!

yusuf: ahhh team honduras kau tu lagi sakmaibols

apai: callup shearer lagi bagus dari heskey kan

hani: saya memang kool. CUBA? ni tengok world cup untuk renang berirama ke apa

Anonymous said...

nampaknya punca utama kekalahan england adalah abg terry.. mungkinkah tanpa abg terry, england dapat bermain dengan lebih baik???

selamat berkabung ijai...


-team uruguay-

Anonymous said...

kalau bagi david beckham gerenti ENGLAND menang

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...