Wednesday, June 2, 2010

Happy Birthday Dazrul!

Dalam banyak-banyak watak BFF di blog ini, aku jarang bercerita tentang Mohd Dazrul Syariz bin Sabardin bin Ahmad ataupun nama Banginya Dazu. Gambar-gambar aib Dazu kurang mendapat pendedahan di blog ini kerana Dazu bekerja sebagai pengurus keretapi pantas di London macam dalam filem Taking of Pelham 1,2,3 itu. Sekali sekala tatkala raya barulah Dazu akan pulang ke bandar halaman.

Aku mengenali Dazu sejak zaman tadika lagi. Kami bertadika di Tadika Ixora. Tadika Ixora rival dia Tadika Abim sebab Tadika Ixora pakai seluar pendek, Tadika Abim pakai serban. Bayangkan Dazu kecil-kecil sudah menyotong lepas tu menjadi tinggi pakai seluar pendek. Gila buruk pakai seluar pendek yang sangat pendek almost nampak anak gajah. Haa haa. Dazu kelas Pre 3, iaitu kelas kanak-kanak bermasalah. Aku kelas Pre 1, kelas kanak-kanak harapan di bawah pimpinan Mrs Mala. Aku rasa Mrs Mala hidup lagi hari tu aku nampak nama dia dalam iklan Tadika Ixora. Kalau anda hebat, sila cari Dazu dalam gambar di bawah. Cari Shikin pun boleh.


Belum habis lagi kita mengeji Dazu. Ayuh kita klik Read More untuk menyambung sesi kejian.

Hari ini, 2 Jun, merupakan hari jadi Dazu. Dalam setiap entri hari jadi, kita akan dapat mengenali sifat mahmudah dan mazmumah watak yang dipaparkan. Kita mulakan dengan kejian dahulu. Tak perlulah aku tulis panjang-panjang, letak gambar sahaja sudah cukup.


Ok setelah penat aku gelak, ayuh kita memuji Dazu pula. Dalam team Bangi, Dazu dikenali sebagai seorang yang 'tenang'. Dia juga handal bermain Fifa pernah membelasah aku menggunakan Sunderland. NBA 2k8 pun dia handal juga tapi dia tak reti buat Alley Oop. Jikalau kami solat berjemaah, Dazu pasti dilantik menjadi Imam kerana dia merupakan biro Agama di MRSM Jasin dulu dia tak perlu miming untuk baca surah selain tiga Qul. Dazu memang pemalu orangnya. Di sekolah memang dia tak pernah bercakap dengan gadis walaupun kami telah memfitnahnya bercinta dengan gadis yang bernama Radiah. Radiah dah kahwin dah ada anak Dazu kau jangan frust dalam diam ok.

Pulanglah Dazrul. Kami semua rindukan anda. Aku tak sabar hendak menusuk kau dari belakang (interpret sesuka hati ayat ini). Ayuh rakan-rakan, ucapkan selamat hari jadi buat Dazu!





14 comments:

Mimie.Candy Cane said...

seksa jugak aku menahan gelak masa bce entry ni.bos dah jeling2 keji..

happy besday dazu.saya single ;)

Anonymous said...

slamat hari jadi dazu! brani kau tak letakkan tarikh hari jadi kat facebook. haha. ape lagi... jom lunch hari ni! aku akan call kau skejap lagi.

mimie, dazu sudah bergirlfriend dengan gadis dari sabah ke sarawak. tak ingat. nanti die sumpit kau. hati hati.

adam

Mimie.Candy Cane said...

eh,aku cakap aku single je..bukan suh dia ngorat aku ..heheheh

[cover mesti cemerlang]

otak ketat said...

kekwn kau sume keje mcm cemerlang habis. tetbe aku nk tumpang bangga sbb duk bangi gk. kah kah kah. happy besday dazu!

Anonymous said...

hpy bday dazrul syariz..bile lagi kau akan pulang ke msia??bley bermain game tennis bersama2 hehe..

-fandi-

khairul_bariyyah said...

huh? kenapa sgt berbbeza gmbar yg dikeji ngan gambar yg sopan tuh?

ape2 pon, happy besday dazu.. balik la kat tanah melayu cepat2, ijai dah rindu2 2.. *tiba2*

Mohamad Faizal said...

mimie: takpe jgn risau ramai lagi kawan aku yang single dan kacak

adam: jumpa dazu tak? kena ketuk lagi ke? haa haa aku dah beli world cup 2010

otak ketat: err anda tahu saya ekzajerit sahaja bukan?

fandi: mudah sahaja nak belasah kau main tenis

khairul: itu adalah perbezaan gambar dazu masa muda dan dewasa

Ikmar said...

Happy Birtday Dazu. Sekarang Astro Dah ada Full HD. Tak payah Tukar piring Satelit. Tukar Decoder je. So telinga kau ok.

Mohamad Faizal said...

haa haa haa this is beyonddddd (penguin keluar dari peti ais)

sI tEDI said...

happy besdey dazu!

Anonymous said...

adam: haha aku bajet jual mahal x letak besday kt facebook

ikmar: ah ha ko dh kawin! aku teringat kisah piring (ke kuali) melengkung ke dalam haa haa

faizal: ko beli world cup RM12 bole aa..kalo aku nk beli, mahal sgt..x mampuu...aku tunggu fifa 11 je laa. oh haritu aku kalahkan man utd adam gune leeds utd hahaha

anyways, thanks for the wishes!

-dazrul-

Anonymous said...

eleh dazu terpaksalah aku beli fifa world cup edition walaupun masih mahal. nak training. MW2 pun aku nak kebas. grrrr

adam

Mohamad Faizal said...

haha nice comeback dazu

adam beli game red dead redemption sumpah awesome nak arwah

Anonymous said...

Happy Bday dazu~
Ijai,2 jun tarikh yang elok ok~sbb sama tarikh ngan Mama saya..
hahha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...