Tuesday, June 29, 2010

International Catshow 2010 at Midvalley

Pada hari Ahad yang lalu (27/6), satu Pertandingan Kucing Antarabangsa telah diadakan di Exhibition Hall, Midvalley. Sebagai bekas juara bertahan, aku berasa bersemangat untuk menyertainya bagi mengaibkan peserta-peserta lain yang merasakan kucing mereka handal. Line up pada kali ini ialah Pesona Shareca, Andika serta Baby Blue. Usah ditanya mengapa nama mereka begitu kerana mama aku yang namakan mereka. Buat Andika dan Baby Blue, ini merupakan kali pertama mereka dibawa bertanding. Shareca pula merupakan kucing senior dan memiliki pengalaman luas dalam pertandingan kucing ini. Sebagai persediaan, aku telah memaksa mereka menjalani latihan poco-poco bagi memastikan mereka berstamina tinggi terutamanya buat Shareca kerana dia sudah obese seperti Fandi. Hee hee ayuh teruskan membaca!

Setelah berdoa kepada Tuhan memohon kejayaan kucing-kucing kami, kami pun bertolak ke Midvalley pada pukul 8.30 pagi. Vetting in pukul 9. Sampai di sana, aku memang tidak bertegur sapa dengan peserta lain kerana tidak mahu strategi kejayaan kami dicuri. Namun begitu, bukan calang-calang kucing yang dibawa bertanding pada hari itu. Ramai yang membawa kucing Pedigree (kucing yang ada surat beranak) dan sekadar memandang hina kucing kampung aku ini. Aku mula berasa cemas kerana aku dah berlagak dalam blog haritu dengan mengatakan yang kucing aku akan membawa pulang hadiah.


Satu-satunya orang yang aku tegur ialah kawan Kelab Kucing Malaysia mama aku iaitu Ah Seng. Ah Seng memang jarang miss mana-mana Catshow. Dia breeder yang handal, kucing-kucingnya selalu membawa pulang hadiah utama.


Ah Seng mempertandingkan kucingnya dalam kategori Bantamweight so dia bukan rival aku. Ah Seng ini memang seorang yang lucu. Tapi bukan sebab dia pandai membuat jenaka lucu ataupun lucah. You see, Ah Seng orang Cina yang sudah terlalu mendalami kehidupan orang Melayu (Islam), sehinggakan ekspresi yang dikeluarkannya pun berunsurkan Islamik. Contohnya:

Aku: Yo Ah Seng bawak berapa ekor?

Ah Seng: Haiyaa sekor sajaaa

Aku: Wahh Best in Show la ni?

Ah Seng: Haiyaa Alamlulillah! (dia sebut Alhamdulillah dalam Chinese accent, siap buat gaya tadah tangan ke udara lagi, and he's not a Muslim)

Haha luculah kau Ah Seng. Anyway, selepas memasukkan kucing ke dalam kandang serta membisikkan kata-kata motivasi ke dalam telinga mereka, aku melarikan diri daripada kawasan pertandingan bagi mengelakkan daripada dipaksa melakukan kerja-kerja sekretariat. Aku dan da'killa pergi menonton filem Toy Story 3 dalam 3 Dimensi. Setelah tamat, kami pun kembali ke dewan. Wahh ramai betul manusia ketika itu. Selain pertandingan kucing, terdapat juga pertandingan anjing di dewan sebelah. Ramai orang membawa anjing mereka berjalan-jalan. Oleh sebab aku dapat gred A dalam ilmu Fekah Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA) dahulu, aku tahu bila dan di mana aku pun menyamak najis mughallazoh.


By the time aku kembali masuk dewan, kucing-kucing masih lagi diadili oleh hakim antarabangsa dari Czech Republic dan Norway. Antara kriteria yang diadili adalah seperti otot six pack yang dimiliki, set gigi yang lengkap serta bulu yang tidak diwarnakan seperti rambut mat rempit.


Keputusan selalunya kita boleh tahu sejurus selepas kucing kita diadili. Mengikut kritikan membina yang diberikan kepada Shareca dalam bahasa Norway:

'she has a thick, healthy hair, symmetrical face, very friendly her owner must be a very good looking guy as well...however she is slightly overweight..'

Celaka kau hakim. Berani kau tuduh kucing aku gemuk. Disebabkan kegemukannya itu, Shareca hanya mendapat tempat ketiga dalam kategori Local Domestic. At least aku tak menipu korang apabila aku membuat kenyataan yang kucing aku pasti akan mendapat hadiah kan? Lagipun Shareca sudah veteran. Umur dia 11 tahun. Tahukah anda satu tahun kucing bersamaan dengan 7 tahun manusia? So mengikut usia manusia, umur Shareca kini 77 tahun!


Gambar di bawah ini kucing aku yang bernama Baby Blue. Dia menang hadiah juga kategori Kucing Malaysia. Tapi sebab Kucing Malaysia ini rare dan tidak ramai orang ada, maka yang bertanding pada hari itu hanya tiga ekor, so memang confirm la naik podium haa haa. Ahhh tak peduli asalkan dapat riak dapat hadiah. Andika sahaja tak menang walaupun corak Tabby beliau memang flawless, tapi hakim dapat kesan sedikit kekurangan di ekornya.


Ini pula kucing yang mendapat anugerah tertinggi iaitu Best In Show. Mana boleh lawan kucing tiada bulu (Sphynx). Aku syaki tuan dia main cheat code kerana terdapat kesan cukuran Veet di badannya. Usah berasa jijik dengan kucing ini kerana harganya lebih mahal daripada beg tangan Jurulatih kalian.


Ayuh kita lihat koleksi gambar-gambar kucing orang lain yang menarik dimulakan dengan kucing Godzilla (Maine Coon)...


Kucing bulu pengelap kaki (Persian)...


Adakah ini American Curl ataupun sekadar kucing tempatan yang disepit telinganya??


Eh Muaz dan Iza dan Ayra pun datang memberi sokongan. Thanks for coming I lap uols.


Hadiah untuk Best Owner pun ada. Pemenang dipilih berdasarkan wajah. Selalunya diorang ambil orang yang memiliki struktur wajah pelakon Hollywood sahaja.



Anda boleh lihat teruskan mengintip gambar kucing-kucing di laman Fesbuk saya: http://www.facebook.com/album.php?aid=190248&id=628280825&l=74e42e365f


"Emmm you like that? Come and lick your screen bitch," kata kucing itu di dalam hati.

Shareca demand ucapan tahniah di atas kejayaannya.



17 comments:

khairul_bariyyah said...

kucing bulu pengelap kaki 2 menang pe ijai? ceh,nyenyak gile tido...

nway,congrats ijai!!!

faramira said...

congratz!
utk kes terpencil..kita dibolehkan riak utk memotivasikan diri.kehkeh..

WAH!!!! RSE NK PELUK SMPI MATI JE KUCING2 NIE!

COmEL!

H-n-f said...

x sngke ada orang nak bela kucing sphinx tu??? huh. kucing persian terbaik. dah lalu da mid hritu, cme mls je nak masuk. haha

visit me
http://thelensthatwalks.blogspot.com/

Ikram said...

1 tahun kucing = ? tahun manusia

s.c.h.u.l.t said...

oh tahniah Shareca!

kamu memang unggul! ;)

Mohamad Faizal said...

khairul: taktaula dia menang apa. kategori kuat tidoq kot

faramira: kucing riak tak apa mereka tak berdosa. joinla kelab kucing malaysia boleh peluk sepuas hati

hnf: rugi kau tak masuk ada cat farish dalam tu (tipu)

ikram: ikram team bangi ke? minggu ni jangan buat2 hilang ingatan nak belanja kami. 1 tahun kucing = 7 tahun manusia (aku dah betulkan haa haa)

schult: ya tepat sekali pujian anda itu

sI tEDI said...

tak sia2 aku bawa gambau sherica jumpa tok bomoh wey!!
tahniah!

aku nak g skodeng kat fesbok ko lak!!

amar said...

anjing pinky tuh menang apa pula?

nadia :) said...

kucing godzilla tu memang menakutkan sikit lah.
tak pernah jumpe in real life lagi.


salam 1st visit :)

bolehcakap

Shima Ibrahim said...

Congrats Shareca! Cayalah! Kakak (aku mmg mbahasakan diri aku kakak dgn kucen2 & adik2 kat umah aku ni haha) dah nak pegi tgk dah ari tu, tapi niat x kesampaian..next time okeh?

nana said...

tahniah kuceng-kuceng!

p.s: eh hadiah tu mcm hadiah menang lari dlm guni lah.takde hadiah pasir kucing atau makanan kucing kah?

Mohamad Faizal said...

tedi: next show kat melaka tapi tatau aku pergi ke tak...

amar: menang anugerah anjing glemer uols

nadia: susah nak dijumpai di tengah jalan sebab orang kalau jumpa mesti tembak terus ingatkan musang

shima: ok 'kakak'. hee hee

nana: dapat makanan kucing jimatla jugak untuk seminggu

Anonymous said...

pameran anjeng2 ade tk?

ko menang best owner ke?
bukan kategori lap kaki ke? haahaha



santiago millito

^wirda^ said...

tahniah shareca! oh btoi ek 77thn? wow..masih mantap nokkk! haha

itu kucing tadak bulu..mcm sejuk je dia aku tgk.. mcm smeagol LOTR je kulitnya..haha i loike!~

Anonymous said...

tahniah ninda shereca..ops my nenek maybe same age ngan shereca kalau dia idup lagi...:)

wan

z a t i said...

anjing kaler2 tu mesti berlagak dia tahap paris hilton

Mohamad Faizal said...

yusuf: apa itu kategori lap kaki aku tak boleh nak relate

wirda: huii kucing telinga legolas pun ada

wan: semoga nenda shareca akan terus sihat walafiat walaupun usianya sudah senja

zati: ataupun perez hilton

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...