Tuesday, June 22, 2010

Kisah Hidup Kelly

Di rumah aku banyak kucing. Oleh sebab aku kesunyian tiada adik beradik lain, mama dan arwah abah aku membela kucing bagi mengisi slot adik beradik aku. Semasa zaman kegemilangan aku dulu, bilangan kucing yang dibela mencecah 40 ekor. Tapi sekarang hanya tinggal lebih kurang 20 ekor. Mana larat nak jaga banyak-banyak. Jaga kucing lebih lebih sudah daripada menjaga binatang peliharaan lain seperti ular dan tenggiling kerana kucing memerlukan tumpuan tanpa belah bahagi. Kita kena sentiasa membelai kucing (bukan secara seksual), mencari pasangan ketika mengawan serta mengkasikan mereka bagi mengawal populasi. Kucing-kucing aku semuanya Sang Juara yang pasti membawa pulang hadiah setiap kali bertanding. Namun dalam banyak-banyak kucing aku, kasih sayang aku berat sebelah kepada seekor kucing yang bernama Kelly Klarkson. Ayuh kita ikuti kisah hidup Kelly.

Kelly asalnya bukan dilahirkan oleh mana-mana sang juara di cattery kucing aku. Mengikut mama aku, pada kira-kira 9 tahun yang lalu, ada orang telah membuang seekor anak kucing betina di peti surat rumah aku, sama seperti kisah membuang bayi yang kita selalu baca di Harian Metro. Yelah mungkin mereka ingat rumah aku ni rumah kebajikan kucing suka hati je nak buang kucing. Namun begitu kami mengambil anak kucing itu dengan penuh rasa kasih sayang. Kami memberinya nama Kelly Klarkson, sempena nama seorang jaguh pecut wanita Amerika.

Semasa awal perkenalan, aku sangkakan Kelly ini seorang kucing yang ganas. Tapi dia memang ganas pun. Aku nak pegang sikit je dia gigit. Dalam filem Karate Kid lakonan Jackie Chan, ada scene meniru gaya pihak lawan untuk menguasai musuh. So aku pun menggigit kembali Kelly demi menundukkan sifat buasnya. Nampak sangat aku tipu sebab cerita Karate Kid Jackie Chan baru sahaja dirilis. Anyway, Kelly sebenarnya memang suka bergurau kasar. Walaupun dia suka menggigit, gigitannya itu tidaklah berbisa sekadar gigitan yang teman lelaki anda selalu buat terhadap anda ketika tiada orang di sekeliling.

Semakin lama, sifat bias aku terhadap Kelly semakin ketara. Hanya dia seorang sahaja yang tidak dikurung di dalam sangkar dan dibiarkan bebas. Kelly pandai berdikari tahu mencari jalan pulang dan tahu menangkap tupai. Kat Bangi banyak tupai entah berapa banyak yang sudah diburu Kelly. Buru je buat bergurau senda tapi tak makan pun. Kalau aku pergi kerja, Kelly akan melepak di rumah Auntie Jun dan melepaskan najis mutawasitoh di rumahnya. Kelly nampak saja aku balik, terus dia berlari-lari ke arah aku meminta perhatian.


Di waktu malam, aku kan meniduri Kelly. No wait, tidur dengan Kelly. Lihat sajalah aksi mengada-ngadanya yang tidur di atas katil aku. Kawan aku yang manusia macam Fandi pun aku tak kasi naik kat katil aku tau.


Makan pula nak yang mewah sahaja. Kucing lain makan makanan kering, Kelly aku belikan makanan basah (soft food). Kalau makanan manusia tak habis, aku bagi Kelly selesaikan juga seperti ayam yang digoreng aku tetapi mentah.


Tetapi lama kelamaan, Kelly menjadi semakin liar. Dia hanya balik rumah sekali-sekala, mungkin kerana pengaruh kucing sebaya lain. Lepastu asyik berak di halaman dan di rumah jiran sahaja. Oh tahukah korang yang tahi kucing tak sesuai dibuat baja, tetapi jika dikumpul dan dikeringkan selama 24 jam, tahi kering itu boleh dijadikan snek ringan? (fakta khurafat). Oleh sebab keliarannya itulah kami membuat keputusan untuk kembali mengurungnya.


Hari-berganti hari, minggu berganti minggu, aku sudah kurang melawat Kelly dan kucing-kucing lain di dalam kandang kucing kerana kesibukan bekerja. Lagipun di waktu itu aku ada bibik kucing yang menguruskan hal makanan dan tahi kucing aku. So memang lagilah tak melawat kan. Tapi last-last, bibik aku pulak buat perangai asyik tak datang bertugas walaupun kami membayar dengan kadar yang penuh. Mama aku hantar satu SMS menegur manja terus dia taknak datang marajuk macam barbie. Maka dengan tak rela aku kembali bertugas menukar lampin kucing.

Satu perkara yang aku perasan ialah sikap dingin Kelly yang kini membuat acuh tak acuh dengan kehadiran aku. Aku rasuah makan kegemaran dia pun dia taknak. Mungkin dia merajuk sebab dah kembali dikurung. Mungkin dia merajuk sebab tak dapat tidur dengan aku. Semakin lama aku tengok dia semakin lemah dan letih macam Dazu. Jauh di sudut hati aku rasa bersalah sangat kerana mungkin dia jadi begitu sebab aku.

You can always tell when something is going to happen to your cat. We took her inside as she was very weak. She would not eat anything and looked very thin. We could not take her to the vet as the doctor was not available that night. I took a picture of her, it was very.....sad.


She died on my birthday.

Where do cats go when they die?



23 comments:

EyeDa said...

Heaven for sure....huhu...cedeynya kalo story tucin meninggal..:(

Nor Atiqah Ahmad said...

kucing aku baru jer hilang. dari sabtu lepas tak dapat dikesan. =(

faramira said...

sdey nyer..

tetibe terigt kat
comot, choklat, belang,nike, buyuk, manje, all black, simba, nala dan lain2..
yg pernh lari, mati dilanggar oleh kecuaian sendiri dan org laen..

Fana Flora said...

ijaicool.
sabar tau..aku fhm prasaan kau.

ijaicool, orang cakap kalau orang tu sayang binatang, dia seorang yg penyayang.

khairul_bariyyah said...

adeh, tak sangka pulak entry kali ni sad ending.. tapi,yang pasti orang yang syg kucing ni banyak pahala dia...

p/s 1: kenapa mesti nak 'orangkan; kelly? haha

p/s 2: OMG, cadar kat katil ijai corak bunga2?? kaler pink nak purple2 plak 2???

Anonymous said...

oh..
aku pn pnah kematian kucing. dibunuh anjeng lahanat!!

smpai skrg tkleh nk syg kucing dh..


santiago kun aguero

Clarky Afif said...

terkezut aku bila baca title sebab selain clarky, nama sebenar tak rasmi aku ialah kelly namun takde dalam IC sebab tak cukup petak untuk tulis. huhu. namun tarik nafas lega bila ada pic kuceng.

aw kuceng makhluk sensitip. pastilah dia merajuk. atau macam kes arwah kuceng aku, takmo makan. bila gi jumpa vet, diagnosed with kidney failure. kena force feed tapi akhernya mati juga.

ah..meow.

Anonymous said...

sorry to hear about your cat. she looked lovely and i'm sure she had been as wonderful as she seemed in the photos.

similar thing happened to my cat but my mom sent him to a vet who acted really quickly and gave him IV infusion to correct his dehydration as he did not tolerate orally. also a couple of deworming and antibiotic jabs as the vet didn't know what was wrong with him. sometimes cats do get infested with worms again when they mingle with other stray cats.

ada orang cakap domestic cats are prone to FIV - cats equivalent of HIV. my cats have died from this disease in the past and there was nothing i could've done.

hope everything is well on your side & i know you'll be back on your feet in no time. cheerios.

ohm x

Anonymous said...

takziah ke atas kematian kelly klarkson...sedey tgk gamba die last2 tu

tp ijai, aku ade satu soalan..apesal katil ko sungguh girly??

shikin

shogunn_general said...

takziah ijai..tapi dah 9 tahun pn kelly klarkson tu, panjang sungguh umur die..xpe2, at least die dpt owner yg terbaik di malaysia

nana said...

aku tak bela kucing, dan aku juga penakut kucing. tapi kenapa aku rasa mcm citer pasal Kelly ni, sgt sedih pula.

sob sob sob..

Mohamad Faizal said...

eyeda: thanks. aku suka lagu heaven bryan adams (tiba2)

nor atiqah: letak iklan kat 7-11! pasti akan jumpa kembali

faramira: mesti horror kan perasaan melanggar kucing sendiri sehingga meninggal...

fana: thanks. haa haa aku memang penyayang

khairul: 1) kerana saya tak reti penjodoh bilangan

2) kerana saya ada krisis identiti. ala mama beli pakai sajee

santiago: kau kena let go and kembali menyintai kucing....eheh

clarky: takziah untuk kucing anda juga. wahh nama kau kelly??

ohm: hey thanks. we took her to the vet the next day but it was too late anyway...

shikin: alaaaa mama beli aku pakai sajeee

naqqib: haa haa betul. aku tidak pernah menganiayai kucing kecuali ketika memakaikan mereka dengan pakaian aib ketika masuk bertanding

nana: aiyak kucing tak perlu ditakuti!

Anonymous said...

1.comel giler cadar bunga2 apekah?sila beli cadar power rangers ke ok lagi ape.
2.sedihnye and takziah kelly.org kata kucing mati masuk syurga.i'Allah.
sabar ye encik faizal

nona

z a t i said...

kucing mati masuk syurga tu keja tuhan kucing mati masuk blog tu keja tuan dia.

h a n i a n m u r i h a n said...

Innalillah..rahim cakap sebelum kucing mati dia akan pindahkan kutu kucing kt tuannye..so klau badan ko dah start gatal2 tu maksudnya kucing kesayangan dah nk mati..(xtau la fakta ni betul ke tak?)

Btw..ko sengajer promote cadar ala2 english style tu ek..

^wirda^ said...

oh takziah..
pilu di harijadi...T_T

Anonymous said...

sedihnye.. tringt kt kucing kesayangan yg mati.. mase tanam die tu paling sedih

-diha

Anonymous said...

alahaiii.. pergi sekor kaum aku..

-kucing hitam.

Mohamad Faizal said...

nona: elokla bunga2 kalau mama beli cadar muka Rain lagi aib

zati: tak mengerti aku analogi yang kau buat ini

hani: fakta bohong rahim. ya mama saya fanatik english decor saya terima sahaja

wirda: piluuuuuuuuuuuu uuuu uuuu (drama)

diha: halaman rumah menjadi kawasan perkuburan kucing

kucing hitam: pusss cit cit cit cit cit pusssy puss pusss (gaya panggil kucing)

alyaanajwa said...

my first cat that i brought home when i was 15 also died on my 18th birthday. masa tgh exam final matrix pulak. sedih. kucing jalanan mmg pandai n independent.

Anonymous said...

ijai,ak paham ape rasenye kehilngn kucin,sdeyh giler2..ak smpai mnangis sharian kot..my cat xsmpt idop lame..a kitten actually..xsmpai pon sbulan..tp ak memg syg gile2 kat dia coz she was born when i do really need a partner,,stil crying bila tringtknnye..:-(

elyka..

senpai.san said...

kucing aku baru lepas mati semalam..sedih gler T_T..

I'm sorry 'Putih'..

Kawan aku tanya, mane ek roh kucing pergi lepas mati?? i dun know :(

Allah knows..

Hudarling said...

jai,

boleh pulak masa i baca this entry ada lagu sephia.OST baik punye. hehe. takziah jai.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...