Sunday, June 6, 2010

Kongratulasi Syawalliah!

Akibat kelaparan akibat tidak reti memasak dalam entri di bawah, aku secara tiba-tiba teringat salah seorang rakan Uniten aku, Syawalliah binti Elliott Yamin akan melangsungkan perkahwinannya pada hari tersebut. Bersyukur padamu-Mu Tuhan kerana menganugerahkan nasi percuma di saat aku kelaparan. Akan tetapi, kenduri jauh di Kuala Lumpur dan aku memang buta jalan. Da' Killa balik kampung. Kawan simpanan yang aku hanya akan call bila aku memerlukan bantuan iaitu Dolah pula bekerja. Macamana ni. Siapa nak pakaikan sampin untuk aku? Kalau tiada teman aku pasti akan teresak-esak di dalam kereta seorang diri akibat sesat. Tetapi kelaparan mengatasi segalanya. Aku gagahkan jua berbaju Melayu walaupun tidak bergosok menuju ke bandaraya durjana. As expected, aku sesat juga walaupun aku dah lukis dah peta Google di atas kertas. Lain kali kalau korang nak kahwin, sila letak banner penunjuk arah yang tertera wajah anda dan pasangan sebesar-besar yang boleh macam abang Adam kahwin dahulu, baru tak sesat.

Anyway, sudah menjadi lumrah bagi setiap individu yang dipaparkan di dalam blog ini; untuk kita kenali dan kemudiannya kita keji. Syawalliah ataupun nama palsunya Alia merupakan rakan aku di Uniten yang mengambil jurusan yang sama dengan aku iaitu Forensik Grafik dan Multimedia. Kita mulakan dengan pujian terlebih dahulu, Alia merupakan seorang yang................baik. Err keji pula, Alia bercakap dengan aksen Indonesia...........shoot aku memang tiada material yang sufficient untuk membuat jenaka tentang kau Alia. Nampak sangat aku tidak mengenali kau dengan mendalam. Maafkan aku Syawalliah. Tapi aku datang juga kenduri kau walaupun tiada orang teman, so aku harap kau hargai usaha aku ini (ungkit). Anyway hari ini, 6 Jun juga merupakan hari jadi Alia. Pasti malam tadi kau mendapat hadiah istimewa daripada suami bukan? Hee hee hee.


Jokes aside, aku memang pasti akan pergi pun kenduri ini kerana boleh jumpa rakan-rakan Uniten lain yang sudah lama tidak berjumpa. Ok watak-watak picisan yang lain ini aku boleh keji tanpa rasa bersalah. Ayuh kita lihat gambar-gambar siang pertama Alia dan suaminya bersama kanak-kanak Uniten lain.


Next! Anda mungkin pernah nampak wajah biasa jejaka ini dalam beberapa entri terdahulu. Nama dia ialah Zahrul Idzwan bin Zainal. Arul bila kau nak potong rambut ni dah macam ekor kuda padi dah. Oh Arul sudah berpunya. Sori ya pembaca saya yang gay. Nama teman wanita Arul ialah Syazwina binti Rahim.


Next! Yaa watak di atas pun pernah membuat kemunculan cameo di dalam blog ini. Tengku Amir Afendi bin Tengku Mohd Apandi ataupun nama Gombaknya Tamir mengaku yang dia pergi ke gym setiap hari dan boleh dikategorikan sebagai kurus. Padahal kat dalam tu pakai bengkung Premium Beautiful. Isterinya Mohd Nazmin Hussein, kini mengandung 6 bulan tetapi masih ramping.


Ni yang susah ni kalau tetamu kacak mengalahkan pengantin. Habis semua gadis-gadis berebut nak bergambar. Yang kanan itu ialah Nazliah Musa bersama anaknya Nia. Sebelahnya itu bernama Ainis Azreen. Hoit Ainis apasal gambar kau lagi banyak daripada aku dalam kamera aku? Sebelah Ainis ialah Tengku Eleanor Ezura binti Tengku Nasrudin. Eh Huda mana pergi gosok baju menteri lagi ke? Aqilah Hasan pun mengapa tak muncul?

Berat hati aku nak memaparkan wajah gedik Mohd Azrel bin Ihsan dan Mohd Naim bin Marsidi ini.

Akhir kata, saya ucapkan selamat pengantin baru buat Alia dan suami yang sport rim bagi saya pinjam keris untuk membuat gaya trademark tanpa rasa aib. Selamat hari jadi yang ke-32 juga!

Gambar-gambar lain untuk dibomohkan boleh ditemui di laman Fesbuk saya: http://www.facebook.com/album.php?aid=184497&id=628280825&l=79f5db8e31



14 comments:

Mimie.Candy Cane said...

muke tensen di kelilingi awek...hampagas tol lu ijai..hahaha

jana said...

Ijai,
gambar yang last tu oklah stylenya sempena hari jadi agung ni,macam raja nak bertabal pu ada juga

Beela RC said...

Cik Ijai,isteri Tamir tu memang namanya Mohd Nazmin Hussein ker? :)

Beela RC said...

apapun,, Selamat Pengantin Baru kak Syawalliah :D semoga berbahagia selalu~

QilahLala said...

haha i muncul setelah rakan2 sudah pulang.. byk sgt wedding lorr..

Mohamad Faizal said...

mimie: yelah ramai lagi gadis dan arbok yang beratur kat belakang tuh menunggu giliran

kak jana: oh biasa saya memang suka bergambar berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling. kalau hari itu hari gawai saya dah pakai cawat dah. tapi kat dalam la

beela: errr errrr mohd nazmin tolong jawab

lala: yakah datang lambat mesti kena tolong kemas meja

Anonymous said...

jai iphone 4 dah diannounced. nampak cam mantap.

adam

Mohamad Faizal said...

haha angkatlah adam boleh kau join kami di aplikasi chat yak

nana said...

ijai, aku terhibur tgk pic yg last tu.

selama ni, aku tgk pengantin selit keris kat pinggang je. takde pun yg keluarkan keris dari sarung nya.

stylo gile, ijai!

Mohamad Faizal said...

ya aku mengaku aku ini stylo dan hamsaplo. eh

sI tEDI said...

semua dah berpunya ke ijai??
kecewalah baca entry ni!

Anonymous said...

Bella : Hehe,xla. Mane ada girl name mohd. Ijai kan kreatif!! Dr dl suka sgt pggl I Mohd Nazmin. Mayb bg ijai,nazmin tu lebih sedap if ada mohd. Sorry bella,soalan u lambat di jawap.

-Pn Nazmin bt Hussein-

Anonymous said...

Eh I plk dh silap spell name u,sorry beela :D

-Pn Nazmin bt Hussein-

Anonymous said...

terharu aku, Ijai tulis kat blog pasal weddding ni ;)

Thanks Ijai, btw umur aku 25 thn ni :D
hehe

-Syawalliah ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...