Thursday, June 3, 2010

Mencari Cincau di Bandar Melaka


Ini adalah bahagian terakhir dalam siri Le Tour de Melaka. Setelah penat bermandi-manda dan mengeluarkan hadas kecil di dalam kolam, sudah tiba masanya untuk kami berambus dari Melaka. Tetapi! Apa gunanya pergi ke Melaka jika tidak menikmati keindahan Bandar Melaka Bersejarah? Lagipun Zul kata dia tahu tempat makanan baba dan nyonya yang lazat di Jonker Street. Alah Zul semua benda kau tahu. Ayuh kita melawat Bandar Melaka!

Sebelum kita pergi ke bandar Melaka, ni aku nak tanya sikit, siapa last berak tapi tak pam jamban? Kau ke Fandi? Suka hati kau sahaja damparkan najis mutawasitoh. Anyway setelah memulangkan kunci, kami pun bertolak ke Bandar Melaka ikut lebuhraya bagi mengelakkan lampu isyarat yang banyak. Hee hee. Huii. Melaka memang panas. Ke kami je yang putera lilin tak boleh tahan panas? Keluar sahaja dari kenderaan kami terus membeli belah umpama pelancong dari luar negara. Ok tak maybe Shuhud dan Fandi je yang nampak macam pelancong dari India dan Indonesia.


Topi dia murah sahaja. Satu RM10. Ada pelbagai jenis topi seperti topi clubbing, topi koboi, topi petani dan topi kadet bomba. Fewwittt gadis-gadisssss.


AHH! KELAPARAN! Di bawah pimpinan Zulkifli Ibrahim, kami pun menujulah ke tengah-tengah bandaraya dengan penuh keyakinan. Dari dalam kereta lagi Zul sudah mencanang-canang kehebatan 'cincau' di Melaka. Tetapi mengenali Zul yang agak kuat menipu, kami sekadar berpusing-pusing di tempat yang sama. Tiba-tiba Zul menjerit, "Eh itulah gerai yang femes itu!" sambil menunjuk ke sebuah gerai di tepi jalan. Adakah ini gerai 'cincau' legendary yang pernah keluar di salah satu episod Destinasi Bajet?

TIDAK! Zulkifli sebenarnya tidak tahu membezakan 'cincau' dengan 'cendol'. Arghh agak tertekan kami di situ. Dalam keadaan yang marah kami pun bergambar tepi Sungai Melaka sementara menanti CENDOL kami siap.


Aryan rileks sahaja tapi bapa Aryan memang cranky mengalahkan anaknya. Gambar di bawah jelas menunjukkan yang aku ini merupakan pakcik kegemarannya. Kalau Aryan tengok Fandi, dia akan menangis kerana bimbang diculik Ah Long dari Seberang.


Zul mengajak kami untuk mencari kedai Assam Laksa Baba dan Nyonya di Jonker Street, tetapi kami sudah tidak mempercayai dirinya lagi. Alah kalau setakat nak makan cendol baik pergi makan dekat mamak depan Pasar Besar di Seksyen 1 Bangi. Dahla tak tahu bezakan cendol dengan cincau (masih marah dan ingat).


Akibat kelaparan yang amat sangat tak jumpa kedai yang menarik perhatian, kami akhirnya membaham di Nasi Lemak Antarabangsa. Masing-masing buat muka tak puas hati kerana pergi ke Melaka untuk makan di kedai yang ada di Bangsar. Masa tidak mengizinkan untuk kami melawat tempat-tempat bersejarah dan menarik di Bandar Melaka, maka dalam pukul 3 petang, kami pun berangkat pulang. Nak naik beca warna-warni yang pasang lagu Vanilla Ice pun tak dapat.


Rumusan percutian: Team Bangi tidak pernah bercuti bersama, maka percutian pecah dara ini ternyata menyeronokkan dan mengghairahkan. Namun begitu, percutian ini tidak lengkap tanpa Apai dan Mizah (dan Akif), Adam dan Shikin, serta Dazu dan Ikram. Ke manakah destinasi percutian kita yang seterusnya kawan-kawan?


Stalker bersiri boleh melawat fesbuk saya untuk lebih banyak gambar: http://www.facebook.com/album.php?aid=183888&id=628280825&l=1fdaed6ac9




14 comments:

jana said...

Yeaa dah habis,
Harap diteruskanlah akviti begini lagi ya.Gambar yang last tu sure ke Meriam tu dah tak boleh berfungsi lagi,manalah tau ada yang keluar suratkhabar harakah sebelah intisari rancanga pula he he

sI tEDI said...

alahh ijai,
nape tak pergi makan dekat Lot 45 durian daun. kat situ mcm2 masakan melaka ada.

asam pedas pun ada!

Anonymous said...

Salam

lainkali pegi makan laksa baba dkt jonker street kedai 88..terbaik dari ladang!

hahaha


santiago

khairul_bariyyah said...

ijai tengah tadah tangan macam baca doa pengasih je... 2 yang sampai aryan pon tersengih2 tengok dia...heh~

jane said...

>__<

mcm best jer;)

astute said...

kau perli aku eh..sebut2 stalker bersiri...

Anonymous said...

Lain Kali pergilah makan dekat mcdonald. Eh?

Second last picture is kinda interesting anyway

you make my day every day faizal. Thank you

coolness

otak ketat said...

haha. sungguh. aku kagum sama encik zul. kah kah kah. oh gambar last patut kne ada watermark lah. ada unsur-unsur lucah di situ. haha.

Mohamad Faizal said...

kak jana: huii nauzubillahiminzolik.

tedi: kami tak tahu tedi. kami sekadar mengikut cakap orang yang pura2 tahu

santiago: aku jalan aritu suma cina doo dia tak tulis halal dia tulis haram lagi

khairul: tidak, bayi kan boleh nampak cahaya keimanan seseorang itu yang dia gembira

jane: memang best

astute: ala aku ada stalker lainla seperti kamarul, rozana, aidil dan juga V. Saravanan (sekadar menyebut beberapa nama)

coolness: tahukah anda mcd di melaka ada letak cencaluk?

otak ketat: mana ada itu bukan gambar lucah itu gambar pengajaran agar kita tidak lalai membiarkan organ kita ditembak

Anonymous said...

basket bukan ak la yg pakai toilet last..jamil klo xsilap ak sbb die je yg bfast tak gosok gigi hahaha..

-fandi-

Anonymous said...

basket bukan ak la yg pakai toilet last..jamil klo xsilap ak sbb die je yg bfast tak gosok gigi hahaha..

-fandi-

Mohamad Faizal said...

kau pulak sekadar mandi di kolam. aku dah keluarkan najis ringan di dalam tu kau tak perasan haa haa

Anonymous said...

elok la tu kite same2 mandi air najis ringan kite same2 gak huahuahua..

-fandi-

Anonymous said...

I seldom leave comments on blogs, but the ideas really rocks, also I have a few questions like to ask, what's your contact details?

-Johnson

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...