Sunday, June 27, 2010

Mengkaji Tabiat Manusia di Pameran Kereta

Hari ini aku seharian di Midvalley sempena Pertandingan Kucing Antarabangsa. Oleh kerana aku baru pulang dan tidak bernafsu hendak mengedit gambar kucing, anda semua dipaksa membaca entri selingan aku dahulu. Duduk lepak lama-lama di exhibition hall itu bosan juga, so selepas aku menonton Toy Story 3 tiga dimensi dengan da' killa kami pun duduklah di bangku sambil memerhatikan dan membuat analisis tentang manusia di sekitar kami. Di satu sudut, terdapat pameran kereta berjenama Ford (fiesta) yang dihadiri oleh ramai manusia. Terdapat pelbagai tabiat aneh dan syubhah yang dilakukan oleh mereka tanpa mengetahui rasionalnya. Sedar atau tidak, perkara-perkara yang aku akan senaraikan ini mungkin dilakukan oleh anda juga. Ayuh kita mengkaji tabiat manusia di pameran kereta.


1) Ketuk-ketuk kereta.

Ok aku tak faham mengapa mereka perlu ketuk kereta itu. Mungkin sebagai ujian daya tahan lasak. Yelah jika kita ketuk kereta itu dengan tangan dan kemudiannya kereta itu kemek, kita sudah membuktikan yang kereta itu tidak selamat untuk dipandu. Exsqueeze me, lain kali kau bawa tukul besi ataupun apit G terus dan ketukla sepuas hati bagi mengkaji ketahanan kereta itu sebelum kepala anda diketuk kembali.

2) Naik kereta sekeluarga

Ok aksi aneh ini aku faham rasionalnya. Kalau nak beli kereta, mestilah beli kereta yang boleh sumbat satu keluarga kan? Takkan nak tinggalkan atuk di rumah seorang diri habis diselongkarnya koleksi porn kita nanti. So dalam babak tengahari tadi, bapa dia duduk kat tempat pemandu dan disusuli dengan emak mereka di sebelah. Lepas tu bapa dia boleh pulak jerit kat anak-anak dia suruh cepat masuk ke dalam kereta, seolah-olah macam sudah terlambat hendak pergi keluar makan malam di Wong Solo.

3) Mengukur saiz rim dengan jari

Mula-mula dia tarik rim kereta itu dulu. Nak tengok mudah tercabut ke tak, mana tahu tayar boleh tercabut tiba-tiba ketika memandu. Lepas tu dia kira saiz rim dengan menggunakan teknik jengkal jari. What the what kau tengok jelah katalog kereta itu kan sudah ada spesifikasinya.

4) Hendak tunjuk kita ini celik kereta dengan bertanyakan tentang soalan-soalan teknikal.

Ok dia nak beli memang sumpah takde duit pun. Tapi nak tunjuk juga yang dia itu arif dengan kereta. Dia asyik menghamburkan salesman soalan-soalan yang mencabar yang salesman itu pun tidak boleh jawab. Hui aku pula memang buta kereta dulu-dulu nak servis kereta pun suruh mama inikan pula henda bertanya soalan-soalan berasaskan kereta kepada jurujual.

5) Bergambar dengan booth babe

Ok yang ini aku pasti hampir semua jantan horny buat. Tak minat sangat pun dengan kereta. Datang tengok pun sebab berlaku pergerakan di dalam seluar akibat dilambai dan ditegur manja oleh booth babe ini. Mereka selalunya mengambil wanita yang hangat sahaja untuk menjadi model. Siapa nak tergoda melihat pusat merekah gadis gempal bukan? Sebab itulah auto show yang ada booth babe selalunya meriah dengan jejaka-jejaka gersang. Tapi tadi aku tak tunjuk kegersangan sangat tadi sebab da' killa ada mengekori rapat.

Adakah anda pun akan/telah membuat perkara-perkara di atas jika melawat Auto Show? Sekian sahaja entri selingan daripada aku. Esoklah kita cerita pasal KEJAYAAN kucing aku ok? Aku nak pergi tengok perlawanan England menentang Jerman sebenarnya. By the time anda membaca entri ini ataupun membaca entri ini buat kali kedua esok, mungkin England telahpun layak ke peringkat suku akhir, so senang cerita wish sajalah tahniah sekarang.



15 comments:

khairul_bariyyah said...

dah agak dah.. mesti ijai type cepat2 sebab xmo terlepas tengok england lawan germany.. patot la banyak typo.. hahha..

eh,yang nombor 2 tu sangat tak boley blah.. beli dulu ah kalo nak naek 1 family pon... jgn kata nak test ujian kemampatan tayar kereta pulak.. cis!

jana said...

Ijai,
yang nombor dua tu betulah terkena dengan kak jana,itulah yang kak jana buat masa nak beli kereta
yang sekarang keluarga kak jana pakai ni. Ada Aku kesah orang tengok sebab memang kak jana beli pun sudahnya kereta model itu he he.

Muaz said...

Haha.. Takziah England.
Sorry dude. Sama-samalah US keluar..hehe

Anonymous said...

Takziah Jai
England patut kuar lg awal mcm France n Italy..



Sergio kun yusuf Aguero

otak ketat said...

aku agak sekarang kau mesti tgh baring atas katil sambil menanges dan memukul-mukul bantal kan? harap bersabar. cuba lg 4 thn akn dtg. haha.

Fana Flora said...

ijaicool~
nampaknye england tlh dihantar pulang menaiki airasia.
germany ternyata lebih cool :D
ijai! kucing kau menang x?

O Ena O said...

takziah kpd pasukan england...bwk2 besabo yer...aku tumpang simpati..hurm..aku x sangke england kalah dgn cara mcm tu..

Mohamad Faizal said...

khairul: hahah memang tak semak pun terus publish. takpe sudah dibetulkan thanks

kak jana: ahah! kajian saya memang tepat sekali hee hee

muaz, yusuf, otak ketat, fana, ena: ahhhhhhhhhhhhh tunggu hari ini aku taknak buat kerja kejap lagi aku buat entri tentang kegagalan england

Rahim Hashim said...

ade lagi, kalo tgk kete mesti nak tgk enjin die..padahal bukan paham ape pun ade kt enjin tu..

pastu tanye minyak save tak, mesti la salesman ckp save..

Anonymous said...

argh... semlm saya ke mid melihat alpha unit beraksi. nmpk gak banner kat convention center, but then gmbr hanjing kat banner tu. kalau tak mesty dpt berjumpe dgn bero ijaicool. cis~

~sepet~

^wirda^ said...

1st time aku tgk bola musim ini semlm.. nak plak england lawan germany.. aku purak2 lah sokong england memandangkan kazen aku sokong germany (sj bikin panas hati org yg demam bola)
even aku haram tak minat sgt pun..tak kenai pun abam rooney muka mcm nk telan org tu..hahaha

well, aku patut purak2 sokong germany lah..4-1..kihkih..oklah..4-2 kot sebenarnye kan kan?

Anonymous said...

pengumuman!!
blog ini akan ditutup sehingga musim world cup abis..
mogok kekalahan england punya pasal...

Anonymous said...

pengumuman!!
blog ini akan ditutup sehingga musim world cup abis..
mogok kekalahan england punya pasal...

Mohamad Faizal said...

rahim: tengok enjin, lepas tu tutup hud, buka balik tutup balik ulang aksi yang sama aku pun tak tahu mengapa

sepet: alpha unit tu apa? skuad anjing polis ke? ada kot semalam dia buat demonstrasi anjing polis

wirda: sudah wirda kata katamu tidak dapat mengubati hati yang lara ini

anon: betul. selamat berkabung semua

theanswer said...

kt tayar dh ade saiz rim..tayah tgk katalog pon boleh.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...