Wednesday, June 16, 2010

My First Job

Bagi mereka yang klik tajuk ini mengharapkan ada cerita tidak senonoh yang dilakonkan oleh aku, maaf aku terpaksa remukkan syahwat kalian. Ini bukan salah satu episod dalam siri Naughty America. Sebaliknya, aku ingin berceramah tentang pekerjaan pertama aku. Aku rasa semua orang ada pengalaman membuat kerja part time semasa cuti sekolah ataupun selepas dibuang sekolah bukan? Tahun 2001, aku baru tamat peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia (SPM). Sewaktu itu aku dan Apai (Amir Rashidi) hari-hari menjadi zombie tidur di waktu siang dan berjaga di waktu malam bermain Championship Manager sehingga azan Subuh tapi tak solat Subuh. Mama aku menjadi runsing dengan perangai kami ini lalu menyuruh kami keluar rumah untuk melihat keindahan duniawi. Aku dan Apai pun tiba-tiba mendapat hidayah untuk menjadi insan yang lebih berguna sementara menanti keputusan SPM. Kita ikuti perbualan aku dan Apai yang mungkin ditokok tambah ini:

Apai: Jai takkan kita hari-hari nak macam ni doo. Bangun pukul 2 lepas tu terus lapar cari nasik. Mandi pun tidak.

Aku: Tu ah aku ingat kita kena cari kerja part time ah. Tapi siapa nak hire kita orang tengok kita macam anak terbiar je.

Apai: Kita jadi pekerja seks nak hak hak hak

Aku: Haa haa siapa nak langgan kau Pai badan kerempeng tiada otot janggut secopot hilang nafsu mak datin.

Apai: Ok ok serius doo. Kita kerja kat kedai makan nak?

Aku: Ok gak. Esok kita start cari. Ayuhhh!!!

Ayuh kita ikuti perjalanan kami mencari kerja bagi mendapatkan rezeki yang halal.

Setelah satu minggu berlalu, barulah kami keluar mencari kerja. Masing-masing tiada lesen dan tiada kenderaan, so kami hanya berjalan kaki dari rumah aku menuju ke Fasa 4 tambahan Bandar Baru Bangi kerana di situ banyak kedai makan. Kami mulakan dengan Restoran Impian Maju, tetapi mereka memang racist kerana hanya mahu hire Abe walaupun Abe tak turut serta. Di belakang Impian Maju, ada Restoran Yus. Eh dah ada ke Restoran Yus masa ini? Apapun diorang tetap menunjal dahi kami menyuruh kami berambus kerana mereka hanya akan hire orang macam Fandi. Aihh. Kami tidak berputus asa. Kami melintas jalan menuju ke seberang untuk menagih simpati di Restoran Hassan. Resume kami dikoyakkan begitu sahaja. Sudah hampir putus asa ni.

Restoran terakhir, Restoran Kelisa. Kami jenguk ke dalam, tiada orang. Hanya ada pakcik yang sedang baring mencuri tulang. Kami tanya kat sorang akak ni tentang jika ada kekosongan untuk jawatan kuli kedai. Akak tu suruh tanya Bos yang baring tadi. Kami pun kejutla pakcik tu sambil menyatakan niat suci kami. Pakcik tu orang Indon, tapi dia tak banyak soal tanya kami sekolah kat mana dan terus suruh kami datang bekerja selang beberapa hari. Tuhan sahaja yang tahu kegembiraan kami lalu kami bertiga berpelukan sambil mengucapkan kalimah kesyukuran. Oh by the way, gambar di bawah bukanlah Restoran Kelisa tempat kami bekerja. Ini cawangan dekat depan Masjid Hasanah Bangi tu. Malasla aku nak keluar ambil gambar lokasi sebenar malam-malam ni kan.



Hari Pertama

Wooohoooo first day on our first real job! Kami dapat syif malam. Kami punch card selepas Maghrib dan tamat bekerja apabila semua orang telah balik. Hari pertama memang kami struggle. Pakcik tu dahla tak bagi training dia hanya bagi buku nota dan sebatang pen sahaja. Kami ditugaskan mengambil pesanan daripada pelanggan. Kali pertama minta berhadapan dengan pelanggan memang darah gumuruh ah. Hari pertama aku dah kena tempik sebab minta pelanggan ulang pesanan sebab aku tak dengar. Apai pula kena tempik dengan tukang masak sebab tulisan dia lawa sangat. Lawa sangat ada bulat-bulat ropol-ropol sampai tukang masak tak faham apa yang dipesan. Hari pertama kami tidak diberi makan. Satu badan sudah letih tiada masa untuk duduk. Pukul 2 pagi barulah restoran tutup. Pakcik Indon panggil kami, "Nah, hasil kerjain...."

RM 15 berada di dalam tangan. Air mata kegembiraan berlinangan....tiada apa yang lebih bermakna daripada mengecapi nikmat hasil daripada titik peluh ketiak kita sendiri...tapi balik jalan kaki malam-malam seram doo.

Hari Kedua


Kami rasa kami pengalaman hari pertama banyak mengajar kami. Semua pesanan pelanggan kini ditulis dalam 'short form' seperti N.G.B untuk Nasi Goreng Babi eh Belacan. Hari ini kami berkenalan dengan abang Tukang Masak. Dia cerita yang dia berasal dari Kelantan dan gaji dia ialah RM60 ringgit sehari. Huii masyuk tuh. Dia memang handal membuat masakan ala-ala Thailand dan kami disaji dengan telur bungkus. Itupun sebab tiada pelanggan claim. Rasa pantas sahaja hari kedua berlalu mungkin sebab kami rajin bekerja. Kali ini kami paksa akak Apai untuk ambil kami.

Hari Ketiga

Kami sudah mula mengenali pelanggan-pelanggan tetap di situ. Ada sorang pakcik regular ni cuba menguji Apai dengan memesan Barlie Ais walaupun tiada di dalam menu. Apai sekadar menulis sahaja pesanannya dan memberi kepada tukang buat air. Kemudian Apai terpaksa memberi berita buruk yang air itu tidak wujud sebelum ditempelak oleh Pakcik tadi. "KAU JANGAN NAK BERLAGAK YE AKU DAH 6 BULAN MINUM KAT SINI OK!" Apahal kau pakcik emo. Hari itu ada perlawanan Champions League so dekat pukul 4 baru kami boleh pulang...ahhhhhh

Hari Keempat

Hari ini memang produktif. Kami kini mengambil pesanan menggunakan kuasa minda Cakra Alam tanpa susah-susah nak tulis atas kertas. Maklumlah waiter senior la katakan. Ramai watak-watak yang dikenali singgah makan di Restoran Kelisa pada hari itu. Rakan sekolah semuanya menggelakkan kami tanpa menyedari yang kami lebih kaya daripada mereka. Acik Peluh pun datang makan kat situ beb dengan famili dia walaupun dia tak bagi anak dia order roti canai lebih. The ultimate celebrity yang dalam membaham pada malam itu ialah abah Adam iaitu Encik Johari. Abah adam datang tanpa emak Adam, sekaligus menyebabkan aku dan Apai menyebarkan spekulasi yang bukan-bukan kepada rakan-rakan lain pada keesokan harinya. Maklumlah masih tak matang.

Hari Kelima

Kami memang tidak sabar-sabar untuk datang kerja hari ini. Setelah solat Maghrib berjemaah di surau Al-Kauthar, kami memulakan kerja dengan senyuman. Setakat nak suruh kira tu, tengok sisa di pinggan pun kami boleh tahu jumpa harga makanan mereka. TIBA-TIBA.....kelihatan beberapa orang yang memakai vest kalis peluru dan membawa fail turun dari sebuah van. Aku dapat dengar bos aku mengeluh waduh waduh. Rupa-rupanya mereka dari jabatan kesihatan membuat spot check. Bos kami cuba menyogok mereka dengan Fresh Orange namun mereka tak usik sedikit pun. Tapi ni aku nak jadi whistleblower, memang restoran itu kurang bersih. Ada sekali tu aku nampak tikus sedang beristirehat di dapur. So seperti yang dijangka, Restoran Kelisa terpaksa dikuarantin until futher notice. Aku dan Apai memang speechless. Setelah mengemas kedai, kami pergi jumpa Bos dan ambil gaji.

Aku dan Apai: So pakcik kami ni macamana?
Pakcik: Waduhh engkau tak sekolah ke? Pergi sekolah la

Luruh hati kami mendengar kenyataannya itu. Kesian aku tengok pakcik tu tampal notis 'KEDAI RIPAIR'. Aku rasa dia cuba eja 'Repair' kot. Pekerjaan kami hanya bertahan selama 5 hari. RM15 x 5 = RM 75. Banyaklah tu boleh beli kasut but Patrick. Kehidupan kami seperti Zombie diteruskan kembali.

Korang pernah ada kerja sambilan tak dahulu? Ayuh kita kongsi dan kemudian gelakkan bersama-sama.



22 comments:

amar said...

pernah ler,
menjadi kulirumah, bukan suri cruise tak pun surarumah sepenuh masa tanpa gaji dan dilimpahi dengan pot pet pot pet...

cracked bunny said...

pernh dulu keje kt McD.haha.mane kelas doo kedai makan ajee.nak yang seantero dunia.igtkn best tapi penat gila tak tahan.gaji sejam RM2.50 tapi baru sejam dah nk nanges dah.customer mmg mcm2.milo ais kurang ais,double cheese nak cheese lebih, big mac roti tak nak bijan?susah dooo macamni.1st day tumpahkan ice cream tolak gaji,2nd day tumpahkan fries tolak gaji.parking kete dah berape sejam.otw balik beli famous amos lagi.memang belanje lebih dari gaji.or tak xde gaji lngsung.terpaksa jgk berhenti.

takde bakat :(

yusuf mujahidin ™ said...

salam jai
sehat?

hahaha..kejap giler keje...tp okla kn..kahkahkah~


eh, ko dh berusia upenye..panggil abang boleh? kehkehkehkeh~

Anonymous said...

aku pnah keje banquet waiter kt hotel.
supervisor aku tu asik panggil aku tuan haji..

eh, dia puji aku kacak sebb soh aku greet vvip masuk ballroom,
kate beliau, "tuan haji, meh sini. ko paling ensem dlm rmai2 sini, jd aku nk ko sambut tetamu. br org nk masuk!"

kehkehkehkeh~


santiago milito

Anonymous said...

bapak aku memang camtu. kerja kluar je memalam. haha.

adam

Mohamad Faizal said...

amar: takpe potpet2 pun mama beri sepinggan nasi

sha: roti big mac taknak bijan...haa haa boleh ke macam tu

yusuf: oo pandai matematik kau ni tolak tahun spm dengan tahun sekarang. so panggillah aku abang

santiago: hoit aku tak faham kenapa tak sekali komen dengan yusuf. tapi betul ke kau ni hensem seperti yang didakwa...

adam: kami tak salahkan abah kau adam di atas kehilangan pekerjaan kami...haa haa

Cik Zoe said...

aku kerja kedai makan. ani sup utara. sekarang famous da. nak-nak lagi kat area shah alam ni. ada 5 cawangan rasanya kat shah alam. heee~

nana said...

aku jadi kerani kat satu opis ni. oleh kerana ketinggian aku 143cm aje, kerani opis sebelah syak aku ni adalah seorang budak yang sedang tunggu mak aku balik keja. (masa tu dia dtg opis kami nk cari makanan.)

huhuhu.

~::Iffat @ Wonderfatts::~ said...

wohooo..best la kau keja part time depan umah jek..aku cari keja dari port dickson sampai klang sana baru jumpa, itupun kilang korea, keja 10hari aku eksiden patah tangan, mc sebulan, pastu amik gaji buta sebulan tu, aku resign..haha..lama dari kau 5hari, tp gaji aku sebulan..haha

Mimie.Candy Cane said...

ko tau fast food 1901 hot dog tu? aku try buat part time kat situ.niat asal utk 2-3 bulan je,skali 3 tahun aku keje situ.dari part timer jadi supervisor.macam cilake tak sedar diri aku time tu.nasib baik bapak aku sedarkan aku utk sambung belajar..fuhhh...cerah sikit mase depan..

astute said...

aku penah keje kat Kedai Singer. tapi 3 hari..nasib baik dapat jugak 30 hengget. ade ke aku yg masa tu ketinggian kurang dari 148cm dgn berat 35kg disuruh buat keje-keje berat. aku bajet jadi kerani je, rupanya all in one! tapi paling best bila ada sorang customer tu dtg dia kata "aih, cantik mcm ni takkan jadi kerani je. patutnya duk dalam bilik bos" walaupun bunyi agak sangsi, tapi aku suka bab dia kata aku cantik..bahahah.

p/s : kalau aku dapatkan kau tandatangan player england, ape kau nak bagi aku?

astute said...
This comment has been removed by the author.
khairul_bariyyah said...

owh..sedang membuat kerja part-time dengan akak astute.. heh~~ xpayah nak kena g mana2.. buat dalam rumah je.. heee~~

Anonymous said...

aku 1st time keje kat la senza
ko bayangkan bos aku suruh aku gosok semua spender2 kat situ..
pengalaman paling best masa customer suruh selukkan tangan kitorang dlm bra dia sbb nak pastikan dia ambik saiz yg betul..
tapi takder org berani..haha

Mohamad Faizal said...

cik zoe: ani sup utara ada dekat bangi juga patutlah macam nampak muka kau haritu (tipu)

nana: "adikk adiikk ni sesat ek. alololo meh akak belanja sate ikan" (aku ajuk cakap diorang bila jumpa kau)

iffat: haha jika aku jadi bos kilang tu pasti aku mencarut dalam bahasa korea

mimie: haa haa kalau kau stay sampai sekarang mesti dah bukak satu kedai hotdog sendiri

astute: "singerrr menawan keluarga bahagiaaaaa". kalau kau dapat tandatangan mereka aku beri tandatangan aku pula berserta kata2 nasihat

khairul: kerja apa dengan kakak mengumpat kah

anon: aku baru Bing la senza wahh best gila kerja kau

Rahim Hashim said...

dulu lepas SPM aku penah keje kat isetan KLCC. die bagi aku jaga bahagian pinggan mangkuk. sehari je aku keje pastu aku tak datang dah.

lepas tu aku keje jual ikan dari pukul 8 pagi sampai 11 pagi. dapat RM 15 jugak.

kenangan pahit masa aku potong serai, terpotong kat jari. sampai sekarang ada kesan parut...

mijie said...

Aku dulu mintak kije kat kedai makan...Tapi kedai tu beroperasi awal pagi sampai petang jee...Mula2 tokey kedai tanak amik aku sebab dia nak orang yang pandai buat air...setelah aku yakinkan dia aku mempunyai skill yg terlampau dlm pembuatan air baru lah dia hire aku...1st day kije aku kene marah sebab memang aku x pandai langsung buat air...Rupanya buat air di kedai x sama macam buat air kat rumah...hehe...Petang tu aku kene kaunseling ngan tokey kedai sambil dia ajar aku buat air...Setahun pastu aku terpaksa berenti nak sambung blajar...Tapi tokey kedai tu tanak lepaskan aku...Siap nak suruh aku meniaga kedai dia time malam...x payah bayar sewa...huhu...Tapi aku terpaksa gak sambung blajar...

DingDong said...

wahaha teringat time cuti sem.. aku bkerja di kedai bata KLCC.. 1st dah dipanggil oleh boss msk dlm stor.. kemudian dimarahi dengan hamunan n makian.. bgenang air mata time tu.. bertahan smp sbln.. pastu masuk sem balik.. tipu manager kat c2.. ckp kena pindah kat rawang.. maka dia benarkan.. gaji time tu agak masyuk la kot sbb ada komisen pd stp kasut yg dijual.. so tetiap bulan aku dpt dlm 1200+.. hikhik..

Anonymous said...

keje kedai kain KAH BEE kat muar.. bertahan 5 hari gak.. sebab tak tahan tengkuk kene gantung kain hari2 kat kedai tu..dah la tinggi..klo 2 3 minggu agaknye dah teleng 90darjah dah pale aku skung.. ape2 pon entry kali ni mmg lebih suci bersih dari entry2 yang lain.. tapi best!

gadis TM cyber :)

z a t i said...

aku pernah kerja selaku gadis penjual bunga SSF di stall sunway piramid, jurujual nata de coco di karnival bukit jalil,jurujual barang upgrade keta di Bangsar, jurujual barang2 kereta Greddy dekat area Taipan, serta kerani finance di syarikat aku bekerja sekarang.tapi tu semua sebelum ada ijazah.

lepas ada ijazah masuk balik syarikat sekarang selaku boss.aha.ha.

aha.

Mohamad Faizal said...

rahim: kau pecahkan pinggan ke ish ish ish

mijie: dia dah anggap kau seperti anak sendiri itu yang tak rela berpisah...

dingdong: wahh 1200 boleh pergi melancong di kanada!

gadis TM: kedai kain KAH BEE??? dodgy bunyi kedai itu

zati: tak baik riak zati nanti tuhan tarik balik degree

Ikmar said...

First job aku ialah basuh kandang kucing rumah kau. Kau bagi aku RM5.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...