Sunday, June 20, 2010

Parti Sopan Ijaicool

Mengikut adat istiadat orang Bangi, sambutan hari jadi disambut sebulan seperti Hari Raya. Maka selama satu bulan, anda akan dihidangkan dengan entri-entri berkisarkan tentang diri aku sendiri tanpa menghiraukan sensitiviti kaum dan perasaan pembaca. Aku mengambil cuti pada hari jadi aku bagi menumpukan sepenuh perhatian terhadap diri dan untuk memastikan orang lain memberi perhatian penuh terhadap aku juga. Apa yang tidak dirancang adalah sebuah parti separa liar yang dianjurkan oleh Team Bangi. Apai yang disyaki tidak solat Jumaat telah menghantar mesej yang dia akan mensponsor ayam goreng berkolestrol untuk parti hari jadi aku. Jamil selaku penganjur parti pula berjanji untuk menyediakan kek istimewa. Semuanya last minit, so maaflah tak dapat nak jemput anda semua (hii hii) dan ramai ahli Team Bangi yang tidak dapat menghadirkan diri juga. Parti ini memang sopan kerana kerana dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, tiada penari bogel berkulit hitam dan tiada minuman keras yang dihidangkan. Ayuh kita lihat gambar-gambar menutup aurat di majlis jamuan ringan saya.

Aku sangkakan mereka ikhlas untuk menyambut hari jadi aku, rupa-rupanya mereka ada agenda tersembunyi. Tanpa mengucapkan selamat hari jadi terhadap aku terlebih dahulu, isteri Anas, Zaahirah atau nama glemernya Zack dengan tenang mengeluarkan katalog kainnya dan membuka gerai kecil di ruang tamu rumah aku. Evi (isteri Jamil) menjadi mangsa pertamanya sebelum menggunakan ayat-ayat berunsur ketuhanan untuk memujuk mama aku membeli kain jualannya. Cis cis.


Akibat gadis-gadis membuat bising menawar harga kain, Aryan (anak Anas) terjaga dari tidur. Tetapi Aryan ialah seorang bayi yang baik dan tidak mudah meragam. Lihat saja kecomelannya itu rasa macam nak kunyah kan? Mungkin dia dapat trait-trait itu daripada pakciknya Faizal.


Ini adalah kek Cis yang dibeli oleh Jamil & Evi. Dia kata abang Resipi Rahsia itu hanya tergelak-gelak dan tidak mengambil serius ketika mereka menyuruhnya menulis nama 'ijaicool'. Apahal kau brader nak bersengketa dengan aku ke hah?


Oleh kerana Shuhud (Abe) ada temujanji dengan adiknya untuk menonton Toy Story 3, ditambah pula dengan perut masing-masing yang sudah berbunyi, kami terus skip ke part tiup lilin tanpa menunggu Apai yang menjanjikan KFC dan Fandi yang tidak menjanjikan apa-apa. Dalam wish hari jadi aku, aku wish korang semua gembira di samping keluarga yang tercinta. Serius tak tipu.


Ketika aku sedang mengambil gambar secara rawak, tiba-tiba Zack ketawa terkekek-kekek dan mulutnya terkumat-kamit seorang diri bagaikan terkena mandrem. Matanya tiba-tiba menjadi seperti The Undertaker ahli gusti WWE mungkin kerana gembira dengan keuntungan yang diperolehi hasil jualan kainnya malam itu. Okla sebab aku dah berjenaka tentang gambar kau, aku nak iklankanlah jugak kain kau. Siapa yang mahu membeli kain 'creed'(aku tatau nama betul dia) yang diimport dari Terengganu, anda boleh menghubungi Zack. Serius murah doo boleh buat baju raya. Hee hee.


Akhirnya Apai tiba bersama Mizah dan anak mereka Akif membawa bantuan kemanusiaan yang dijanjikan. Tetapi sebelum membaham Kelantan Fried Chicken (kitorang boikot Kentucky Fried Chicken), mata kami tertumpu dengan skill kebapaan Apai. Ternyata sikap bapa moden sekarang memang tidak tahu untuk menukar lampin anak. Apai hanya mampu memberi sokongan moral sambil menahan diri dibebel Mizah.


Fandi akhirnya tiba dengan perut yang boroi tetapi kosong serta tidak membawa apa-apa hadiah. Datang terus makan tak baca Bismillah. Nasib baik dia sudah menjanjikan aku khidmat full body massage malam karang. Anda boleh interpret ayat sebelum ini mengikut kehendak anda.


Parti sopan disudahi dengan tangisan kegembiraan daripada aku di atas kesudian rakan-rakan Bangi menganjurkan parti sopan ini walaupun semuanya last minit. I love you guys will all my heart. Seriously, aku rela ditiduri korang di saat-saat darurat. Terima kasih kerana menjadi teman dunia dan akhirat aku walaupun aku sering mengeji korang. Esok aku akan buat entri mengeji diri sendiri sempena hari jadi aku ok?


Anda boleh stalk lebih banyak gambar di laman Fesbuk saya: http://www.facebook.com/album.php?aid=188089&id=628280825&l=24956467b1




9 comments:

faramira said...

marble cis kek!

hooooooo!!

Fana Flora said...

wah~ comelnye aryan..eh ijai, abang resipi rahsia mmg mcm tu.kau sabar ok!

Anonymous said...

haha. gile ah. semue anak geng Bangi so far lelaki. bile ade orang nak dapat anak pompuan?

adam

Mohamad Faizal said...

faramira: sedap bukan ciskek walaupun menggemukkan

fana: ataupun mungkin dia peminat fanatik aku jugak lalu dia jadi eksaited..?

adam: haa haa itu tugas kau ada. zack cakap nak dapat anak perempuan kena bersetubuh di tempat sejuk. eh

amar said...

hahahaah
gambar yang ke tujuh menunjukkan banyak spekulasi!

apa apa pun, Aryan memang best nak dikunyah!

Mohamad Faizal said...

amar: jika kau berminat, aku boleh kenalkan kau dengan kawan aku fandi tuh. macam2 perkhidmatan yang dia sediakan

nana said...

kau ni ijai, tak buat muka keji, tak sah eh!

Mohamad Faizal said...

muka je keji, tapi hati suci

Anonymous said...

ijai, pandai2 kau kata aku kata nk bby girl kene kat tmpt sejuk.. fitnah sungguh hahahah

-zaahirah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...