Tuesday, June 15, 2010

Perkara-Perkara Yang Harus Dihindari di Facebook #2


Entri ini adalah entri lanjutan daripada episod satu. Semua orang ada akaun Facebook. Siapa yang mengaku tak ada Facebook adalah umpama seorang lelaki Melayu yang mengaku masih tidak bersunat walaupun sudah tingkatan 3. At least korang ada satu akaun Facebook rahsia untuk melihat gambar-gambar yang aku post di sana. Memang stalker bersiri kalian ini. Di sini aku ingin menambah beberapa perkara yang harus dihindari di Facebook demi menjaga kemaslahatan umat. Ayat nak gempak tapi aku tak tahu apa maksud kemaslahatan sebenarnya. Ayuh kita kaji perkara-perkara yang boleh membuat orang lain hangin di Facebook.

1) Jangan ucapkan Selamat Malam di Facebook

Jika satu malam kau dah buat, maka setiap malam pun kau kena buat kan? When you post 'goodnite' or 'nitey nite' or 'selamat malam' on your status, you expect to get a reply or a comment on your status, don't you? Abis tu bila kau nak tidur? Ke kau set jam loceng untuk bangun setiap 1 jam untuk cek siapa yang dah komen kat status selamat malam kau? Perkara ini boleh diaplikasi untuk ucapan harian lain seperti Selamat Pagi semua, Assalamualaikum semua dan TGIF!

2) Jangan buat Event yang lame dan kemudian pergi ajak semua orang

'Create an Event' ada suatu fungsi yang berguna untuk memberitahu rakan-rakan tentang aktiviti yang bakal berlaku. Kalau nak jimat wang, boleh ajak kawan-kawan ke kenduri kahwin melalui Facebook juga. Akan tetapi, adalah seorang dua yang menyalahgunakan fungsi ini untuk melakukan aksi komedi. Create an Event yang bernama 'ceploit-ceploit' kemudian ajak orang ramai-ramai mungkin agak lucu buat kali pertama, tetapi lepas tu kau buat pulak event-event yang lain seperti tidur, gosok gigi, mandi dan bermacam-macam lagi. Lecehla nak ignore satu-satu. Event 'Solat Berjemaah di Rumah Faizal' kau taknak buat pulak.

3) Jangan add orang yang anda tidak kenal sebagai kawan

Jika Facebook suggest kita berkawan dengan seseorang itu kerana terdapat ramai mutual friends, itu tidak bermakna anda harus menambah mereka sebagai rakan anda. Dalam kehidupan sebenar, anda tidak ada 1000 orang kawan. Kenyataan berkasih biar satu, berkawan biar satu ternyata tidak sesuai untuk diaplikasikan di Facebook. Lagipun kau letak gambar bayi comel yang tiada kaitan dengan kau and guna nama pelakon macam mana aku nak kenal? Lagipun sekarang ni banyak pengganas seksual yang mencari mangsa di Facebook, so kalau orang tak kenal meminta untuk menjadi kawan tanpa memberi mesej perkenalan, klik sahaja butang Ignore. Takpe diorang tak tahu anda Ignore mereka.

4) Jangan menukar status perhubungan anda sesuka hati

Sebenarnya, anda tidak perlu menukarkan status perhubungan anda menjadi 'It's Complicated' jika anda mengalami masalah cinta. Jika pihak lain baca dan lihat, situasi akan menjadi lebih complicated. Sebaliknya, anda boleh berusaha bersungguh-sungguh di luar Facebook untuk menyelamatkan hubungan cinta anda. Tak pun tanya sahaja kepada ahli panel.

5) Jangan mencipta atau menyertai group tertentu tanpa mengetahui agenda dan tuhan yang disembah

Zaman sekarang ini zaman boikot. Huii sibuk boikot sana sini tapi tadi makan McD jugak. Kalau terkena troll sikit je terus nak buat Group Membenci. Lepas baca entri ni je terus korang buat 'KAMI MEMBENCI BLOG YANG PENTING RUPA!'

Ahh mengantuknya. GOODNITE EVERYONE! (wish kat blog takpe)



20 comments:

otak ketat said...

haha. yg tuka status tu perempuan kn slalunya? bese ah. kasik saham naek sket. kui kui kui.

Clarky Afif said...

nak tambah boleh? aku benci sangat ejaan pelat ala-ala budak tak sekolah tadika seperti:
- nunait!
- apew? yew keww??
- ala tomey tomey~~

unless kalau orang tu betul umur bawah 5 tahun. cheese!

Anonymous said...

saya menyampah dengan org yang:
1.guna bahasa pelat2 unless kalau dia main2 takpe kalau dah selalu mmg nak kena sepak!
2.tulis status ala2 twitter pastu expect org komen.pathetic betul!
3. add sesape je bukan kenal pon.mmg menyampah hbs.saya tekan je butang ignore tu.

anon emo!

Anonymous said...

salam


aku join grup ni - suka ati aku facebook aku..


santiago milito

nana said...

opis aku block fesbuk. jadi, bila mlm, cek di rumah je.. tapi ia dh jadi tak best sbb mcm baca email pula.
(nmpk sgt meriahnya fesbuk di siang hari kerana semua org duk main fesbuk masa keja..)

aku ada berpuluh2 org yg pending tunggu aku approve mereka kat fesbuk. aku dh cuba ignore tapi, mereka degil dan nak add sekali lagi.

Mohamad Faizal said...

otak ketat: saham naik ke tapi kalau selalu sangat nanti orang ingat gadis terdesak heee

clarky: alaww takw sukeww keww yaw aww aww

anon emo: hai cik lama tak nampak hee hee bagaimana dengan pelajaran. eh

santiago: heh. good for you

nana: haha memang fofuler kau ini

Anonymous said...

fesbok skrg ade virus berhati2 la ketika menggunakannya..ak pon xtau mcm mane virus tu leh masok..faizal pls advise..

-fandi-

Anonymous said...

So encek ijai yang cool boleh tak cadangkan ape yang perlu pemegang-pemegang akaun FB post pada status dorang?


gadis TM cyber :)

Anonymous said...

So boleh tak entry lain encek ijai cool advise ape yang perlu pemegang-pemegang akaun FB ni post pada status dorang? hu..


gadis TM cyber :)

Eliza said...

Setuju dengan ejaan kiut-miut itu. Macam nak kasi bitch slap saje..

Hi ijai..mish u

Anonymous said...

Terdapat juga mereka2 yg meng'add' kawan2 bf/gf yang mana bukan terdiri dari rakan2 mereka itu sendiri..

ala.. aku x kacau la bf2 korg. kami merupakan rakan sekolah dulu.. perlu ke nak stalk?

what the what man...

~ S E P E T ~

khairul_bariyyah said...

nak senang hidup? xpayah la buat facebook.. heh~~

astute said...

aku mmg menyampah tahap dewa kalau yg tulis cam pelat2 tu, sumpah aku susah nak faham dan tak ingin cuba utk faham. but somehow, aku takde facebook sb aku boikot israel. heheh

p/s satu : maslahah tu mengelakkan kemudaratan. kalau tak salah la..igt2 lupa belajar maslahah mursalah ms zmn sekolah agama bukan sampin hijau

p/s dua : ye, subkhiddin benar2 immediate cousin aku. ayah dia abg mak aku. dia sgt manisss (taste aku mmg yg gelap2..termasuk Dr, Shuhud - but i wont betray u honey mcm kau curang dgn awek imiginasi tuh..hehehe)

Mimie.Candy Cane said...

aku paling naik barah otak bila orang tag2 nama aku kat gambar yang takde kena mengena langsung dengan aku..

gambar dia tengah makan nasik misalnya..

QilahLala said...

haha i block je.. xpayah nak ignore2.. kalau block diaorg tau x? :p

mimi saidi said...

JGN TAG PIC OR VIDEO NTAH HAPE2..1000 notification ley dpt sehari.

nana said...

ijai: aku tak rasa aku fofuler, aku rasa mereka nk tgk photo2 saja. mahu stalk.

Mohamad Faizal said...

fandi: ala dia hanya akan menjangkiti kau jika kau klik link entahapa2

gadis TM cyber: tak buleh. nanti saya tiada modal untuk mengeji orang

eliza: yo akak eliza sherwany ahmad lama tak nampak cuti bersalin kah? hee hee

sepet: tu ah kawan2 bekas teman wanita dan lelaki aku sibuk nak add aku

khairul: tak buleh, kalau takde facebook nanti kena buat entry pasal friendster pulak saya dah lupa password

astute: yakah? tolong suruh subkhiddin ambil tandatangan mana2 pemain england untuk aku pleaseeee

mimie: ataupun gambar kuda ke gambar lori ke lagi menyampah kan

lala: diorang taula. diorang dapat emel 'aqilah hasan has blocked you'. abislaaa

mimi: yaaaaaaa mesti kita ingat kita disukai ramai sebab ramai orang komen kat kita tetapiiiii...

angkasa mangga said...

walaupun aku silent reader kat sini, tapi entry nih mmg aku nak gak luahkan rasa hati aku..skang nih terdapatnya senario dimana dslr menjadi gadget dan menjadi satu objek mampumilik. Tapi, aku cukup menyampah kalau ada orang tag aku, just utk dapatkan publisiti ...bila kasik nasihat nak kasik improve gambar, defence diri sendiri, takleh nak terima komen.baik takyah tag bahalol...

ada gak jenis yang nak popular cepat dgn tag hasil gambar kat fb nama2 besar photographer,semata mata nak dapat glamer...


aku benci. tersangat benci.

Mohamad Faizal said...

yaa daku mengerti perasaanmu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...