Thursday, June 10, 2010

Soalan-Soalan Yang Harus Dielakkan Oleh Gadis-Gadis Semasa Piala Dunia

Esok Piala Dunia akan bermula. Ada rakan perempuan berkata, "Ala biarkan sahaja orang lelaki tengok World Cup puas-puas. Kesian kat diorang kena tunggu 4 tahun". Ayat itu ternyata benar. Oleh sebab itu, semasa event 4 tahun sekali ini berlangsung, kami memerlukan tumpuan dan fokus seratus peratus terhadap perlawanan di kaca televisyen tanpa sebarang gangguan. Ini termasuklah soalan-soalan yang gadis-gadis lemparkan semasa kami sedang asyik menonton. Tak salah hendak menunjukkan minat dan memberi sokongan moral, tetapi ada beberapa soalan yang menjengkelkan dan tidak patut ditanya semasa berlangsungnya Piala Dunia. Anda juga ada masa 4 tahun untuk bertanya jadi mengapa mahu tahu sekarang? Bagi mengelakkan para suami atau isteri memfailkan cerai, ada baiknya saya kongsikan soalan-soalan yang harus anda elakkan semasa Piala Dunia. Biar saya tolong jawabkan di sini agar anda tidak membuat muncung terhadap suami ataupun teman lelaki.

1) Mana David Beckham? Dia main untuk pasukan mana?

90% gadis di dunia ini mengenali David Beckham kerana kekacakan dan keseksiannya, tetapi hanya 9% yang tahu status kewarganegaraannya. David Beckham bermain untuk England. Tapi dia tidak dapat menyertai edisi Piala Dunia kali ini kerana diserang siflis di kaki.

2) Offside tu apa?

Anda mesti selalu dengar istilah offside tetapi tidak mengerti apa yang dicarutkan. Offside adalah situasi di mana individu yang menyerang gol pihak lawan dihantar kepadanya bola dan ketika itu dia hanya berdua-duaan dengan seorang pemain lawan (selalunya penjaga gol) tanpa ada mahram yang menemaninya. Wau. Bila aku baca balik penjelasan diri sendiri aku pun naik pening. Tak mengapa, kita gunakan bantuan visual di bawah.



3) Sayang, lama lagi ke nak habis?

Tidak lama. Malah terlalu cepat habis bagi kami. Perlawanan bolasepak adalah 90 minit. 45 minit pada separuh masa pertama, selepas itu semasa half timelah masanya untuk anda membebel tentang pinggan yang tidak dibasuh di sinki, wajah yang berbulu kerana tidak dishave, mahupun Latter stage masa permainan mungkin bertambah dalam masa tambahan dan penentuan sepakan penalti.

4) Sayang boleh tak saya nak tengok drama bersiri ________? (sila isi drama kegemaran)


Tidak boleh.

5) Sayang saya cantik tak?

Kami tidak faham mengapa anda harus bertanya soalan sedemikian ketika Abang Gerrard sedang beraksi. Of coursela anda ni gadis yang paling cantik di dunia ini. Kalau anda tak cantik, takkanla kami hendak bercinta dengan anda. Tetapi jika anda tanya semasa Piala Dunia, kami mungkin akan rasakan anda kurang cantik. Jadi soalan ini memang no no.

6) Abang bila Abang nak ada sick pack macam Cristiano Ronaldo tu?


Comparing us with Cristiano Ronaldo is the greatest insult that you could throw. You girls should love us unconditionally no matter how big our perut is.

7) Sayang rasa layak ke Stephen Warnock dipanggil oleh Capello untuk menjadi backup kepada Ashley Cole? Saya rasa Wayne Bridge merupakan bek kiri kedua terbaik tetapi sayang dia bermusuhan dengan rakan sepasukannya John Terry kerana meniduri wanitanya.

No no tak mungkin anda akan tanya soalan sebegini.

Demikianlah antara soalan-soalan yang harus dielakkan oleh gadis-gadis semasa Piala Dunia. Kalau terasa nak tanya jugak tanya sekarang sebab lagi beberapa jam sahaja Piala Dunia akan bermula ok.




11 comments:

Mimie.Candy Cane said...

huhuhuhu..aku perempuan yang menonton bola,jadi aku mungkin tak bertanya soalan sedemikian..

cuma mungkin bertanye result bile miss game..mekasehh

faramira said...

x sabar nk tgg world cup!

p/s: smpi skrg still x paham psl offside walopon dh BERIBU kali diterangkan oleh adek lelaki..

terime kasih pd gmbr rajah.. kini sedikit paham!

otak ketat said...

"eh kenapa awk tak kacak mcm xavi eh?" aku nk tanya soklan neh bleh? haha.

nana said...

oh no!!
kenapa blog-blog yg aku baca hari ni semua ada perkataan World Cup???

(ecececeh..tension la konon)

Mohamad Faizal said...

mimie: baguih dok ada. hang sokong mana noo

faramira: sama-sama!

otak ketat: saya tak kacak macam xavi tapi saya kacak macam aidil zaquan

nana: mesti, kita kena buat2 up to date dengan perkembangan semasa

O Ena O said...

arghh! persetan sumeee tu.. ayat2
tu terjadi kalo kome org laki kapel dgn ppuan yg cas2 stok ayu or x paham aper tu world cup fifa
sudahh2...aku tak sabo tunggu sepak mule mlm nie@~~~~!!!

forza italia~~!!!

P/S hamppezzzz capppeelloo! napee le ko jadi coach england team pooooyoooo? uhuhu

Anonymous said...

OMG seksinyaaa christian ronaldo...!!!!tgk bontot dia auuwww auuwwww.

miyuki

^wirda^ said...

oh sebbaik kami laki bini tidak taksub ngan bola. tapi kami akan bet bila tiba perlawanan akhir! hoho..err nampaknya anak aku akan pecah tradisi, sbb dia pantang tgk bola, excited. Huhu..

ada tak org akan tanya,
"eh team liverpool awak tu lawan bile???"

hahahahhahaaa

jana said...

Ijai,
kak jana tak pernah marah dan mempersoalkan mereka yang minat bola kat rumah kak jana(akmaklumlah semua lelaki kak jana je seorang perempuan,tapi yang kak jana naik angin pagi ni,tiba-tiba my hubby ajak pergi kedai petang ni sebab nak beli TV flat screen besar 42 inci, cuma pasal nak tengok World Cup.Grrr

Mohamad Faizal said...

ena: orang itali sudah tua tak larat berlari heee

miyuki: jangan lupa save gambar dan print letak dalam beg tangan

wirda: latihla anak anda agar meminati liverpool dan england

kak jana: kooooooooool. takpe diorang pakai sebulan je lepastu akak boleh guna untuk tengok cerekarama

Pink Stilettos said...

saya ada tanya satu soalan kat Muaz pasal World Cup ni (lepas tu kena gelak) tapi taknak ckp kat sini sbb segan ;p

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...