Monday, June 21, 2010

Testismonial

Seperti yang aku janjikan, selama satu bulan ini aku akan membuat kalian menyampah dengan hasil penulisan aku dengan membuat entri-entri berunsurkan diri sendiri. Eh tunggu, aku memang hari-hari buat entri memuji diri sendiri dan mengeji orang lain pun. Selalu kalau entri hari jadi kawan aku, aku pasti akan mendedahkan sifat mazmumah dan mahmudah mereka. Well selalunya nisbah kutukan akan melebihi pujian. Maka sempena hari jadi aku ini, rakan-rakan aku yang diketuai oleh Ahmad Shuhud telah telah menggembleng tenaga untuk mendedahkan kisah-kisah hitam aku di Fesbuk mahupun laman blog. Ayuh kita saksikan testismonial keji yang diexaggerate dan mungkin ditokok tambah terhadap aku.

(thread ini diambil di Fesbuk tanpa sebarang modifikasi)

Shuhud Zakaria

sebagai hadiah di hari jadi kau yang ke-26,mari kita rakan2 bangi,mendedahkan kisah2 aib jejaka yang bernama mohd faizal bin rosly..haha

kalau makan di mcD,ijai hanya akan beli beefburger yg paling murah 2 ketul,air dia pau je air rakan2 lain..sangat kedekut..haha..

ijai pernah tumpahkan air kat rumah seri mastura time raye..lepas tu suruh aku tutup mulut..aku rase sampai ari ni seri tak tau ijai lap air sirap tu gune kain alas meja..haha


Adam Johari

haha. jom. cis... banyak la plak yang ijai dah pernah dedahkan kat blog die. kene ingat bende yang tak ditulis lagi.

baiklah. dulu ijai pernah trap aku macam sial. time kitorang masih single ijai kononnye nak bertukar rahsia ngan aku. aku akan bagitau die sape yang aku suka dulu... pastu die 'berjanji' nak bagitau aku sape yang die suka balik. ... akibat percaya kat ijai, aku yang begitu tulus bagitau die sape aku suka kat dalam skolah. pastu ade ke die boleh reply die suke geri halliwell. arghhhh. gile bengkek aku time tu. walaupun ijai tak mendedahkan rahsia aku, tapi die slalu akan bagi aku pandangan aneh bile aku tengok pompuan tu.

Khairul Afandi

Slmt hr lahir faizal..baju koyak rabak ko mst ade lagi kan..pakai mlm2 haha..sungguh kdekut jugak ahaks..


Anas Mustafah

ijai hepi besday.. aku pun taktau apa nak keji..

tp dulu2, masa dajah 5, ijai terpengaruh dgn cerita "Kisah Juvana" lalu mengambil nama samaran Panarol/Panadol.. nama tu digunakan dlm penyiaran komik atas buku no.7, pelukisnya adalah Ijai,Zuhri dan Aku..

Dan ijai kerana rakus dan haloba, menyewakan komik lukisan kami kepada rakan sekelas dgn caj 20sen sekali baca..

owh, ijai jugak dulu menjual air ribena dlm botol coca-cola yg dibekukan kepada anak2 org kaya dengan harga seringgit sebotol.. duit tak berkat sbb tu sekarang pakai baju koyak rabak dimamah tikus..

Amir Mizah

Faizal dulu suka berpillow talk psl gadis smpi mnangis teresak2...woo...
Maen FM dgn aku dah la sering kalah, lepas tu mahu berjudi pula sape top goalscorer...dahla naekkan keeper aku waktu aku lalai n alpa...seb baik FM skrg xle naik keeper


Shuhud Zakaria

adegan ni berlaku di kantin smkj3...
ijai seperti biase suke kacau org tengah makan..
dari jauh ijai dah nampak kelibat lelaki tinggi,tegap,bersongkok tengak mkan karipap..ni mesti ayob bisik hati kecil ijai..tetibe idea nak menyergah ayob dari belakang berlegar2 dlm kotak pemikiran ijai...

ijai: warrrgh....ayob...jijik..jijik...kau makan makanan jijik...sos tu mcm darah..jijik.....

sekali berderau darah ijai bile lelaki tersebut berpaling ke arahnya..dan dia bukan ayob..

brader brsongkok: kau apehal??sawan air ke ape kau ni??

ijai: alamak,salah orang la..sori2..aku ingat mmber aku..sori..nah amik la karipap aku sebagai ganti..

nasib baik brader tu tak tomoi ijai di tempat kejadian..haha..sekian..


Amir Mizah

Ijai mase kanak2 dulu slalu smayang terawih. Tp sebelum smayang terawih kene la smayang isya'. Tapi ijai rakaat kedua smayang isya' da bg salam n hasut aku lepak dirumah die. Jawapan die ni solat sunat dowh 2rakaat da cukup. Dah la pantang nmpk pakcik aneh kat surau, ade saja nama timangan yg diberikan...pakcik konan la...pakcik zezeban...pakcik voltron la....n xlupe juga pakcik tebu bisu....ekk..ukkk...ukkk...air tebu 1...

Dulu ijai ade basikal kaler kuning...die claim basikal tuh hebat bole2 lipat2 jadi robot...akhirnya keangkuhannya terlerai bersama basikal td selepas basikal tersebut musnah digilis sebuah kereta yg sedang reverse tanpa melihat rear mirror...


Mohd Dazrul Syariz Sabardin


Selamat Hari Jadi Faizal!

aku xde idea lak utk mengeji ni aduhai...tp kalau memori aku x salah, time form 2 ijai duduk sblh aku. pastu ade 2 gadis kat depan kami (aku x ingat sape). Ade one time faizal cube mengajar aku menyanyi lagu Greenday Good Riddance (Time of your life) dgn cara yg betul dgn harapan gadis2 di hadapan mendengar nyanyiannya lantas memuji2 hahaha


Sekali lagi aku hendak tekankan yang testismonial-testismonial di atas mungkin sekadar fitnah mereka. Jika anda pun mahu memberi testismonial mengeji mahupun memuji, silakan. Tetapi ingat, apabila tiba hari jadi kalian pasti aku akan fitnah kembali dengan imbauan nostalgia yang mengaibkan kalian semua.

Kesempatan ini juga digunakan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan baik yang membuat dedicated entry di laman blog masing-masing sempena hari jadi aku. Uols memang sweet and salty. Sila layari laman blog kool ini:

Adam:
http://bigoobs.blogspot.com/2010/06/selamat-hari-jadi-ijai.html

Eleanor Ezura:
http://pink-peppermint.blogspot.com/2010/06/25th-and-26th.html

Aqilah Hasan:
http://lalamannola.blogspot.com/2010/06/happy-birthday-ijai.html

Aku juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua orang yang telah menyampaikan ucapan hari jadi tak kiralah di blog, Fesbuk, millatfesbuk (ok yang ni tipu), SMS, call, telegram dan tak kiralah apa-apa medium sekalipun. I really do appreciate it. Kita sudahi entri ini dengan bacaan dengan gaya perbincangan ikhlas peminat fanatik. Memang kembang kempis ah pusat aku menahan sifat bongkak pabila menjadi bahan gosip liar (klik untuk tumbesaran):


i lap uols. uols lap me tak?



22 comments:

sI tEDI said...

besdey ko ke ijai.. kenapa tak de banner segala??
aku tak tau pun!

heppy besdey ijai!

Mimie.Candy Cane said...

tinggi tol imaginasi ko pasal basikal boleh lipat2 jadi robot tu..huhuhu..

u have wonderful people around u..sungguh..

iffat said...

hahahaha..aku gelak gile melihat aksi ko mencantas perbualan hangat dua gadis pengintai tegar ko jai..mana diorg? kemalu-maluan terus-terusan ke?

lyienda said...
This comment has been removed by the author.
faramira said...

kalo ucapan ala2 jakun di blog cmner plak? (^_^)

amar said...

hhahahaha
gf kau geri halliwell..

sungguh baik hati murni bersih yek tidak membocorkan rahsia adam.

Anonymous said...

haha jai. aku rase kau patut jadi private investigator. hebat gile stalking kau.

adam

khairul_bariyyah said...

adeh.. cite shuhud paling best... 2 la nak keji kat orang lagi,kan dah tersalah orang... hahaha

nana said...

cerita keji ijai kebanyakannya dah di reveal sendiri oleh ijai dlm blog. lagipun aku rasa, peminat setia ijai mesti tak caya kalau kekawan ijai dedahkan cerita keji ijai.

contohnya, peminat fanatik ijai yg perbualan mereka diprint screen oleh ijai ni.
stalker tegar betul tu!!
gile babeng glamer, ijai ni.

aku syak, semua peminat blog YPR pun, yg ijai senaraikan alamat blog tu, pasti kena stalk juga.

Anonymous said...

msti la i lap u jgakk..
smlm (ahd) naik histeria i tjmpe kalian di sbuah majlis perkahwinan




-megan musang

Anonymous said...

Salam Ijai


aku jeles dgn geng2 bangi ko..
ni rs nk aktifkan balik geng selayang!!


hahaha


ko mengajar Amir Hamzah kesesatan..kehkehkehkeh~



santiago aguero

astute said...

walaupun team bangi menggembleng tenaga utk mengeji tapi masih tak dpt menandingi kejian kau terhadap mereka.

p/s hai shuhud, saya peminat awak!

Mohamad Faizal said...

tedi: manaaa kan ada dedicated entri hari jadi kat bawah tu. anyway thanks walaupun terlambat 3 hari hee hee

mimie: ala dia ezajerit sahaje.

iffat: hehe. mereka dah buat pembedahan plastik di fesbuk

lyienda: ya saya mengaku saya stalk semua orang yang menyetalk saya di fesbuk, termasuk anda berdua jeng jeng jengggg

faramira: haha itu pun kira fanatik fanatik fanatik fanatikkkk fanatiknya duniaku! (lagu KRU)

amar: tapi akhirnya terbocor jugak sebab orang lain yang bocorkan haa haa

adam: haa haa jika ada orang yang ingin disiasat hubungi aku

khairul: takpelahh beri peluang cerita aib dia didedahkan sekali setiap minggu di blog ini

nana: haha baguslah jika kalian tidak percaya kerana semua cerita di atas telah diletak perencah bagi menyedapkan cerita

otak ketat: huii kalau mengutuk aku pasti dedahkan nama dan alamat surat menyurat

megan: patutla aku perasan ada orang histeria kau rupanya. alah kenapa tak melambai tangan

santiago: dulu kampung aku kat selayang dekat warta lama

astute: nanti aku suruh shuhud buat blog

Rahim Hashim said...

nasib baik aku dah delete status facebook aku ;p

Anonymous said...

Fezal,

Perbualan 2 gadis tuh mcm account fb yang ko register sindri je....dah kene berubat kampung dah ko ni...

~AkuApai

Clarky Afif said...

tak jadi aku nak post komen kutuk kau sempena bulan harijadi kau.
hoho!

joshee said...

lol lyienda kantoi di situ

lyienda said...
This comment has been removed by the author.
lyienda said...

joshee aka anis sudah lah
ko pun sama
eh jap pe yg kantoi nye

Anonymous said...

Selamat 'Belated' Ulang Tahun Ijai.

takpe wish lambat pun kan? disambut selama sebulan bukan? esok pun leh wish ye dak?

neway.. kau mmg cool ijai.

kalau terer, stalk la aku balik.. haha..

~ S E P E T ~

Mohamad Faizal said...

rahim: berlagak gila taknak add aku kat fesbuk. takpe kejap lagi aku stalk korang laki bini

apai: manaaa. kau dulu konon kental tak mahu ada akaun fesbuk tetapi lihatlah kini hee hee

clarky: haha so buatlah post puji pula

joshee: yaa kantol di situ

lyienda: eh mana boleh main delete komen

sepet: boleh. aku tunggu wish kau esok. thank you

ravishingpeacock said...

1st time dtg cni. hepy bday :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...