Thursday, June 24, 2010

Top Ten Most Awesome 'Hikmat'

Aku gemar membaca komik. Tak kiralah komik Jepun, Cina ataupun Indonesia. Dahulu semasa sekolah rendah aku ada mengumpul komik cina yang cover belakang dia ada iklan jauhi dadah tu. Antara koleksi komik Cina yang aku kumpul adalah Alam Perwira, Juara Wira dan Dewata Raya. Ada lagi dalam almari aku sekarang sudah berhabuk. Aku juga turut mengumpul manga yang popular seperti Dragonball, Dragon Quest serta koleksi hentai Stepmother's Sin. Eh? Apabila kita mendalami sesebuah komik itu, kita akan berasa 'immersed' dan mula melakukan aksi-aksi tidak matang seperti cuba melakukan teknik pergaduhan ataupun nama saintifiknya 'hikmat' ketika membuli adik kita. Ayuh kita saksikan sepuluh hikmat yang paling awesome di dalam komik kegemaran. Geek.

10) Hikmat Api Syurga Meragut Lalang

Komik: Alam Perwira
Pengamal: Ji Fat, Duke Ji Chang, Rahib Esa
Penjelasan: Teknik ini merupakan salah satu peringkat dalam Hikmat Alam Semesta. Nama dia pun dah awesome, mestilah masuk top ten aku kan. Aku tak tahulah apa nama sebenarnya dalam bahasa Kantonis/Mandarin, tapi translationnya ke bahasa Malaysia memang tak boleh belah. Hikmat ini mula dipamerkan oleh Duke Ji Chang dalam Alam Perwira episod 4 ketika sedang berlawan dengan rivalnya Marsyal Yau. Tapi dalam gambar di bawah dia tulis 'Api Syurga Membakar Padang' (tapi sudah ditukar kepada 'Meragut Lalang' dalam episod seterusnya). Gila semangat aku korek almari untuk mengambil gambar.


9) Hikmat Ruangan Wujian

Komik: Juara Wira
Pengamal: Tuan Wujian, Sang Helang
Penjelasan: Hikmat ini dicipta oleh Tuan Wujian, dan diturunkan kepada anak muridnya Sang Helang. Hikmat ini memang kool nak arwah. Tuan Wujian boleh 'memecahkan' badannya bagi mengelakkan serangan dan kemudian mencantumkannya kembali untuk membuat serangan balas. Mungkin ada guna teori space/time krisantimum. Eh.


8) Droura

Komik: Dragon Quest
Pengamal: Baran, Dai
Penjelasan: Ini merupakan hikmat terulung pahlawan Naga Baran. Hikmat ini memang dahsyat sekali kerana boleh memusnahkan sebuah negara. Baran hanya boleh mengaplikasikan teknik ini ketika berada di dalam penjelmaan Raksasa Naga. Anaknya Dai pula boleh suka hati keluarkan teknik ini tanpa transform terlebih dahulu. Kematian Baran menyebabkan aku mengalir air mata satu masa dahulu.

7) Sand Burial

Komik: Naruto
Pengamal: Gaara
Penjelasan: Gaara sebelum bertaubat memang samseng sekali. Semua orang dia hendak bunuh. Gara sentiasa dilindungi oleh pasir tapak pembinaan yang disimpan di dalam labu sayongnya. Salah satu hikmat pembunuhan Gaara yang kejam ialah Sand Burial di mana pasirnya menyelubungi mangsa sebelum menghantarnya ke Rahmatullah.



6) Sakanade

Komik: Bleach
Pengamal: Hirako Shinji
Penjelasan: Shinji merupakan salah seorang bekas kapten di Soul Society sebelum disumpah oleh Aizen Celaka menjadi makhluk dua alam yang dinamakan Vizard. Namun begitu Shinji mampu mengawal transformasi Vizardnya dan boleh sesuka hati transform tanpa perlu terjebak ke lembah kegelapan. Pedang atau Zanpakutou Shinji bernama Sakanade. Sakanade boleh memukau pihak lawan di mana segala apa yang dilakukan semuanya dalam keadaan terbalik. Kita nak jalan ke depan, terjalan kebelakang. Nak melompat jadi mencangkung, nak kencing terberak pula.


5) Edo Tensei

Komik: Naruto
Pengamal: Orochimaru, Kabuto
Penjelasan: Edo Tensei adalah satu teknik ninja yang haram. Tapi Orochimaru kan watak jahat dia mana kenal erti dosa dan pahala. Edo Tensei digunakan untuk memanggil manusia dari alam barzakh untuk dijadikan hamba. Orochimaru pernah menggunakan hikmat ini untuk 'menghidupkan' Hokage Satu dan Hokage Dua ketika berlawan dengan Hokage Tiga.


4) Rasen Shuriken

Komik: Naruto
Pengamal: Naruto
Penjelasan: Rasen Shurikan adalah hikmat yang gagah. Hikmat ini menggabungkan teknik Rasengan dengan elemen angin bagi membentuk hikmat kelas tinggi yang senang-senang sahaja boleh menewaskan ahli Akantare. Eh. Tapi hikmat ini memang meletihkan sampai kena bawak berubat kampung Naruto selepas sekali menggunakannya. Tetapi kini Naruto boleh lancarkannya sesuka hati setelah mempelajari ilmu Amfibia. Apa ni uols kenala up to date.


3) Jashin Curse

Komik: Naruto
Pengamal: Hidan
Penjelasan: Hidan adalah ahli Akatsuki yang gila tapi sentiasa ingatkan Tuhan. Hidan sentiasa awet muda dan di atas dasar itulah dia menggunakan hikmat vodoo nya di mana dia boleh mencucuk diri sendiri menyebabkan orang lain sakit. Kalau dia ceploit-ceploit, orang lain boleh inzal.


2) Medoroa

Komik: Dragon Quest
Pengamal: Pop, Matoriv
Penjelasan: Ilmu Serapah ini diajar oleh Matoriv kepada Pop. Ilmu ini dikatakan ilmu serapah yang terhebat sepanjang zaman. Menggabungkan hikmat api tertinggi Merazoma dan hikmat ais tertinggi Mahiado, maka terhasillah satu elemen baru dalam periodic table yang bisa menghakis apa sahaja.

1) Senbonzakura Kageyoshi

Komik: Bleach
Pengamal: Kuchiki Byakuya
Penjelasan: Byakuya adalah kapten yang paling kool sekali dalam Gotei 13. Dahla gagah, hensem pulak tu. Kalau aku ni gadis aku rela je diambil kesempatan olehnya. Tapi Byakuya tak akan buat begitu kerana dia seorang yang honorable. Beranila kau nak lawan dia nanti dia keluarkan dia punya 'Bankai', kau pasti tak boleh lari dan pasti kembali ke Rahmatullah. Yang ini kita kena tengok video sebab dia terlalu kool.



Gila random entri ini. Apa lagi hikmat yang kool?



22 comments:

sI tEDI said...

aku baca komik doraemon je ijaii. itu pun masa aku darjah brape ntah!

Anonymous said...

ijai. naruto dalam episode 499. sage of the six path's technique untuk mengurung the nine tails. apentah name die.

medroa! yang diajar kepada pop oleh tuk guru die (kawan avan).

adam

Anonymous said...

eh! kau ade medroa! nombor dua. lol! kite memang sehati sejiwa jai.

adam

jerr said...

bagi aku, hikmat terulung adalah hikmat Ling Wu Chung(watak utama) dalam komik arena perwira...9 gaya ape ntah,siot aku dah lupe...tapi penjelasannye yang buat gua rasa tahap agung, "tanpa gaya menewaskan gaya yang nyata..."
serius,ni kene masuk top ten sume orang...sbb aku selaku peminat komik tak penah jumpe hikmat seawesome ni...gaya ni takde prinsip,die cume tau counter hikmat orang lain jek...makin power hikmat orang,makin giler babeng die counter...
awesome tak?

khairul_bariyyah said...

dah syurga..tetiba ada api pulak.. adeh.. -_-"

p/s: aura shin chan menggoda gadis di tepi jalan xde ke ijai?

Clarky Afif said...

action kamen punya Action Beam

bibibibibibibibibibibibi!!!

Anonymous said...

komik us ada superpower... komik asia ada hikmat haha




-megan musang

Mohamad Faizal said...

tedi: doraemon ada hikmat jugak tapi dia guna hikmat moden bukan hikmat purba.

adam: pasti ada pop jauh lebih kool daripada hyunckel yang emo

jerr: aiseyy aku tak baca la arena perwira. tapi kira kool la hikmat counter attack

khairul: shin chan punya hikmat semua berunsurkan seksual

clarky: hikmat guling-guling macam tenggiling!

megan: komik us masa skolah takde duit nak beli...

DingDong said...

wahhhhh aku sokong no 1.. sememangnye Kuchiki Byakuya kakkoi des.. hansamu des.. lelain tu ada yg aku tau n ada yg x..

^wirda^ said...

dragon ball - kamehamehaaaa..err ada lg satu yg paling hebat tp aku lupa kata2 hikmat tu..

oh dragon quest itu pun aku jadi sedih sbb baran mati..kihkih kau hati tisu jugak!

nana said...

"melakukan aksi-aksi tidak matang seperti cuba melakukan teknik pergaduhan ataupun nama saintifiknya 'hikmat' ketika membuli adik kita."

jadi, kau akan guna aksi-aksi ni untuk buli siapa?

Nor Atiqah Ahmad said...

tiba-tiba rasa mahu baca dragon quest buat kali yang aku sendri tak ingat. sedih woo baran mati.

shogunn_general said...

mostly Bankai dgn Shikai dlm Bleach mmg sumenye cool2 belaka. kalo nak kata hikmat klasik, rasanya kecik2 dlu slalu buat abugid (hadouken) kt kwn2 yg sama2 jahil time tu sambil buat aksi tangannya skali huhu.

Mohamad Faizal said...

dyla: kakkoi des hamsamu des takfaham des

wirda: haha aku manusia biasa bisa menangis jua

nana: aku tiada adik buli kucing la kot

nor atiqah: kehidupan dia memang sadis...isteri dibunuh...masuk tentera raksasa...konflik antara anak..isk isk isk

naqqib: tapi shikai naib kapten pasukan kedua monyet sekali...

ザ-sylver-shooter said...

pergh..nostalgic sial..Tapi aku lagi suke Dai nye Pedang Kilat Gaya Avan ,
tu ultimate finisher ....

Anonymous said...

Hikmat Ruang Wujian memang awesome. Penyelamat Dunia, Sang Merah pun tak boleh master hikmat ni. haha

Sicher said...

Hikmat Penyatupaduan Sel-Sel dan Hikmat Juara Tempur Neraka adalah #1 bagi aku

KLONG KLONG KLONG

PONG PONG PONG PONG

sidek moon said...

Hikmat alam semesta. Mmg terbaik.

Anonymous said...

Hikmat tiada jurus tiada gaya dan tiada hasrat tiada kemahuan lago cool and no 1 bagi aku

Latif Jxi said...

aku sampai page ni, sbb gogle Ruang Wujian. mmg terkenang hikmat ni....buleh keluar masuk jail.

bila ko sebut Dragon Quest, aku paling ingat hikmat Calamity Wall. mcm xde kelemahan dh tu. haha

Anonymous said...

Lu takde hikmat menterbalikkan langit dan bumi ji fat..x lengkap ni

zaini idris said...

tarian naga warna warni.hikmat nobita waktu nak bunuh setan durjana.hikmat yg paling osem antara hikmat2 yg aku tau.tak sangka aku.cita doraemon kot.korang pun musti tak sangka macam aku jugak.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...