Friday, June 11, 2010

World Cup Checklist


Aik? Entri pasal Piala Dunia lagi? Mesti, Piala Dunia kan disambut sebulan macam Hari Raya. Maka setiap hari aku akan buat entri pasal Piala Dunia sampai korang boikot blog ini. Sekarang kan zaman boikot. Anyway, Piala Dunia akan bermula dalam masa beberapa jam sahaja lagi. Adakah anda sudah bersedia secara jasmani dan rohani untuk menghadapi Piala Dunia ini? Ada beberapa benda yang anda harus miliki ataupun curi bagi memastikan anda dapat menikmati nikmat yang hanya datang 4 tahun sekali ini. Ayuh kita kaji senarai benda yang anda wajib ada sempena Piala Dunia ini.

1) TV LCD Full HD 42 inci

Ini adalah perkara yang paling penting sekali. Bagi memastikan anda mencapai kemuncak syahwat ketika menonton perlawanan di kaca televisyen, anda mesti memiliki flatscreen sendiri. TV LCD sekarang murah dan bersepah-sepah. Hari tu aku pergi pasar malam rumah aku TV lcd dia main longgok ke jual ikut berat. Jika anda dapat melanggan Astro B.yond unuk melihat bulu kaki para pemain England, huii itu memang kira double penetration ah. Eh macam tak kena je analogi yang aku gunakan.

2) Minuman tenaga yang halal

Setelah dikonvet waktu Afrika Selatan dengan waktu Malaysia, perlawanan akan bermula seawal 10 malam dan selewat-lewatnya pukul 2.30 pagi. Jadi untuk memastikan kita sentiasa bertenaga dan tidak tersengguk-sengguk, kita harus menogak minuman tenaga seperti Red Bull ataupun Kopi Kacip Fatimatuhzahra. Kalau korang nak minum minuman keras yang haram pun boleh juga, tapi kalau dicemeti Mungkar dan Nangkir nanti jangan mention nama aku.

3) Lampin pakai buang

Bayangkan situasi begini; England bertemu dengan Honduras di perlawanan akhir. Ketika itu, Honduras sedang mendahului England 3-0 dengan perlawanan berbaki 5 minit. Dalam masa lima minit itulah anda rasa nak terberak. Anda membuat keputusan untuk berak secara bertamadun di dalam toilet. Lepas tu anda terdengar bunyi orang menjerit di luar. Tanpa menyarung boxer anda pun keluarla tandas dan ketika itu England telah menjaringkan 4 gol dalam masa 5 minit. Semua Abang Gerrard score. Haa mesti anda rasa tertekan nak arwah bukan? Sebab itulah anda harus meminjam Kotex kakak anda agar anda tidak terlepas saat-saat gilang gemilang sinar cahaya purnama di Piala Dunia.

4) TV simpanan

Kalau TV utama rosak bagaimana? Takkan nak pergi tengok di rumah jiran kan?

5) Pastikan bil elektrik dijelaskan

Tak bayar bil air tak mengapa. Jangan buat-buat risau pasal tak boleh nak ambil air sembahyang sebab rata-rata korang akan lalai dalam menunaikan tuntutan fardhu ain. Tapi bagi orang yang 1/3 beriman macam aku, senang je aku tahu macamana nak bertayamum. Tapi bil elektrik memang korang perlu bayaq bagi mengelakkan anda mencarut bertalu-talu akibat bergelap di saat-saat Abang Gerrard hendak menjaringkan penalti.

Apa lagi haa? Aku pun sudah tidak dapat berfikir dengan baik lagi sebab Astro B.yond yang aku pesan masih tak tiba. Cikai mak lampir. Anyway, pap pap papapap papapapap ENGLAND!



13 comments:

Mimie.Candy Cane said...

jajan???

mesti ada jajan!!

otak ketat said...

ya. aku nak tambah satu. bg para perempuan, jgn lupa utk ada bf simpanan. senang. nnt kalau anda dicuekin oleh bf pertama, boleh bermanja pd bf kedua. haha.

Anonymous said...

satu lagi..utk tgk game yg late night tu..make sure u all wat qiam xpun atleast tahajud dua rakaat :D

Mohamad Faizal said...

mimie: jajan kena makan yang sihat seperti mengunyah cornflakes kadar kolestrol tidak bertambah

otak ketat: ouch. haa haa

anon: betul. lepas tu berdoa agar pasukan kegemaran menang

astute said...

aku stalker abg sepupu sendiri - melihat kehebatannya beraksi sbgai referee world cup.

org semua nk tgk player, aku je nk tgk referee.

Anonymous said...

eh3.. aku pun bsemangat nk tgk abg subkhiddin! haha..



-megan musang

shogunn_general said...

semlm en. subkhiddin jadi 4th referee (ref simpanan) utk match pertama..bangga woo..ada gamba die kat football365

nana said...

Piala Dunia bila nk abis, ijai?

(masa tu baru nak dtg balik ke blog ni...)

Anonymous said...

GREEN!!!

adam

O Ena O said...

england lagik!~ hadoiii.

kalo half time break 15minit ko rs aku sempat tak nk mandi sumer?

Anonymous said...

I think Gerrard is the coolest person on earth

Go England!

coolness

Shima Ibrahim said...

GO ENGLAND! Mane si Green tu? Meh aku nak rotan tangan dia!

Mohamad Faizal said...

astute: benar2 sepupu ataupun sekadar bau bau bacang macam aku

megan: sungguh bersemangat sehingga naik syahwat kah

naqqib: kat sokernet pun ada

nana: tak lama sebulan je. tapi lepas world cup ada balik bpl, liga super, champions league, europa league, liga jepun bla bla bla kesha

adam: DEMPSEY!!! (kau ada orang US kat fantasy kau tak?)

ena: nak berak sekali pun boleh

coolness: setuju!

shima: dia makan bege lepas tu mayonis lekat kat tangan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...