Tuesday, July 20, 2010

Cara-Cara Hendak Menjadi Maher Zain

Apa? Korang tak kenal siapa Maher Zain? Tak mengapa, hanya orang yang rajin berpuasa sunat je kenal Maher Zain ni. Korang yang malas bangun subuh pasti tak kenal dia. Aku pun tak tahu siapa dia ini pada mulanya, tetapi setelah diberi pendedahan bertalu-talu ketika membaham ayam goreng Kentaki di Bangi Utama (Warta), aku pun terus mendapat hidayah untuk membuat entri parodi ini. Seriously, kalau nak kenal dia, sila pergi ke Bangi Utama sekarang dan anda akan mendengar satu suara yang agak pleasant macam Kris Allen menyanyikan lagu-lagu berunsurkan ketuhanan. Kalau anda terdengar lagu keras sembah syaitan semua, itu maknanya anda berada dekat sangat dengan kedai kaset Aunty Sook Fun Warta. Cuba jalan depan sikit ke arah eskalator. Haa bagaimana?


Setelah aku membuat kajian lanjut, aku mendapati Maher Zain ini amat popular di kalangan gadis-gadis terutamanya gadis yang bertudung. Dahulu aku sudah memberi tips tentang Cara-Cara Untuk Menjadi Justin Bieber bagi memikat gadis-gadis pramatang. Mungkin kali ini fetish anda berubah kepada gadis bertudung litup, tetapi anda rukun iman pun terkapai-kapai lagi. So bagaimana hendak menarik perhatian mereka? Usah risau, kali ini saya akan memberi anda tips-tips yang menjadi Maher Zain agar peluang anda untuk bercinta dengan gadis bertudung lebih tinggi. Ayuh teruskan membaca.

1) Mesti mendapat at least gred A2 dalam subjek Bahasa Inggeris SPM

Setahu aku, mengikut ulangan putaran lagu di Warta, lagu Maher Zain hampir semuanya berbahasa Inggeris. Maybe ada kot satu dua lagu Arab ataupun Kantonis. Kalau korang lemah dalam tatabahasa Inggeris, anda boleh masuk kelas Tusyen Mr Sim ataupun lupakan sahaja niat hendak menjadi Maher Zain. Come on, gadis-gadis sekarang ada 'class' dan expectation sendiri. Selain petah berbahasa Inggeris, anda juga harus mengurangkan accent Melayu anda. Kalau nak sebut 'letter' kena bunyi macam 'ladder'. Kalau dapat melebihkan elemen Arab dalam ayat-ayat tertentu seperti 'nasyid' menjadi 'nasheed' huii memang terus tergoda dan boleh menimbulkan ghairah kepada gadis-gadis tadi.

2) Tidak menyimpan rambut panjang dan memiliki janggut 'cukur nak taknak'


Ini merupakan ciri-ciri fizikal utama Maher Zain. Anda harus pergi ke kedai Gunting Rambut Maniam ataupun salun unisex kegemaran anda dan mencukur rambut anda dengan menggunakan mesin (mesin saiz 1). Lepas tu, anda harus membuat gaya jambang tidak terurus seperti baru ditinggalkan teman wanita selama seminggu (rujuk gambar di perenggan permulaan entri). Kalau nak menjadi lebih urban, anda boleh menggayakan jambang ala-ala Craig David. teketeketeke Monday took her for a drink on Tuesday we were making love by Wednesday...eh ternyanyi lagu Craig David pula. Adalah haram untuk memasukkan elemen-elemen seperti penyalahgunaan alkohol dan perzinaan di dalam nasyid.




3) Bersedia mendapat tentangan kumpulan nasyid ekstrim / ahli usrah orthodoks


Berdasarkan pemerhatian aku di Fesbuk, Maher Zain memang menjadi idola akak-akak usrah moden. Moden di sini bermaksud ahli-ahli usrah itu masih lagi boikot sana sini seperti boikot Israel, boikot barangan dan siri televisyen Amerika tetapi Fesbuk diorang tak boikot. Malah akaun MillatFacebook pun mereka tiada. Ahli kumpulan nasyid ekstrim pula sudah membuat group "Kami Benci Maher Zain" di Fesbuk kerana mereka mengganggap muzik Maher Zain melalaikan kerana menggunakan alat muzik bertali dan alat muzik tiupan.

Bagaimana? Mudah sahaja bukan untuk menjadi Maher Zain? Selepas ini anda pasti anda pasti akan dapat memikat gadis-gadis yang hanya percayakan konsep bercinta selepas kahwin. Inshaallah (lagu Maher Zain).




11 comments:

Anonymous said...

selain bhs inggeris.. anda juga perlu mahir dlm bhs turki dan perancis dan arab.. klau x reti nk communicate pon atleast accent btol pon jadi la haha



-megan musang

Clarky Afif said...

of course la perlu lelaki sejati.
penkid dan hadek-hadek takkan boleh jadi punye!

khairul_bariyyah said...

urdu pun kena mantop gak kot....

-peminat no 1 maher zain-

s.c.h.u.l.t said...

paling penting di antara yang terpenting, ada kena ada suara yang melalaikan (bak kata grup nasyid ekstrim) :P

I love Maher Zain.

For the rest of my life (eh eh?)

Mohamad Faizal said...

megan: yakah dia tahu bahasa2 tersebut. memang sah kau ni peminat fanatik

clarky: eh pengkid pun minat dia la

khairul dan schult: hahah peminat fanatik maher rupanya korang berdua

Anonymous said...

Heyyy!!! Tak up to date la... Mana ada A1 A2 lagi... Orang pakai A+ A A- la ijai ^_^

-Lisa

astute said...

haha, aku guna lagu maher zain utk ABM teaching and learning. lps tu semua terpengaruh.

tp okay la, pengaruh yg baik... ameen.

mimi saidi said...

maher zain mmg best..

Mohamad Faizal said...

lisa: yakah? hahah saya sudah tua mudah lalai dan alpa

astute: apa itu abm teaching macam angkatan abim ke

mimie: ziana zain pun best

otak ketat said...

baik kau jujur. kau dah beli cd dia kt warta kan? haha.

Mohamad Faizal said...

sumpah tak beli cd! kaset mungkin aku akan konsider hihi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...