Wednesday, July 7, 2010

Faktor-Faktor Kegagalan Panggung Wayang di Warta


Ini adalah kesinambungan entri di bawah. Sebagai penduduk Bangi yang sejati, memberi sokongan membabi-buta terhadap apa-apa produk/perkhidmatan/selebriti yang terhasil di Bangi memang sudah termaktub dalam Perlembagaan Bersepadu Bandar Baru Bangi. Ini termasuklah memberi sokongan terhadap panggung wayang yang baru dibuka di Warta. Ketika Shuhud memberitahu aku tentang pembukaan panggung wayang di Warta, aku memang tidak percaya dan terus mencarut ringan. Tetapi apabila aku lihat dengan mata sendiri terus duduk di antara dua sujud aku di hadapan panggung sebagai tanda kesyukuran terhadap nikmat yang Tuhan berikan. Filem pertama yang aku tonton di sana adalah Batman yang first. Sumpah memang penuh satu panggung ketika itu. Ketika itu, panggung wayang itu di bawah pengurusan MBO. Selepas itu, aku turut menonton filem-filem seperti Superman, King Kong dan Chronicles of Narnia. Bilangan penonton semakin kurang dengan purata 8 orang sekali tonton.

Kalau 8 orang sahaja yang tonton dalam setiap tayangan, pastilah akan mengalami kerugian bukan? Di atas faktor itulah MBO gugur di medan wayang. Kecewa sekali aku ketika itu sehinggakan aku mengalami gangguan emosi. Manusia bila dah berduka baru nak ingat kat Tuhan kan? Aku mula pergi ke surau untuk solat Maghrib berjemaah. Sehinggalah pada satu hari aku mendapat telegram yang mengatakan wayang Warta kembali dibuka dengan pengurusan baru, perhiasan baru, serta akak jaga kaunter baru. Terus inzal aku ketika itu dan membuat parti kesyukuran dengan menonton Wolverine. Keghairahan aku hanya bertahan sebentar sahaja. Hatiku sekali lagi diremukkan apabila wayang di Warta ditutup tuk kali kedua. Ayuh kita kaji faktor-faktor kegagalan panggung wayang di Warta.

1) Mentaliti masyarakat sekeliling

Apabila anda mendengar perkataan 'Warta' buat kali pertama, apa benda yang anda terlintas di fikiran anda? Warta...ada orang akan terbayangkan tandas awam, ada orang lain akan terbayangkan keropok losong Terengganu, dan ada juga yang membayangkan jalan tanah merah di kampung. Pendek kata, nama Warta itu tidak cukup 'gah' untuk dilawati dan diliwati. Yelah orang bandar kan, apa kelas pergi Warta. Paling kurang pun nak pergi jalan-jalan kat Pavilion pakai beg tangan Jurulatih ataupun kasut Nike SB Dunk High Thai Temple Eric Koston korang tu. Kawan tanya kat kita, "Eh nak pergi tengok wayang kat mana?" Malulah wei nak jawab pergi tengok kat Warta. Well kadang-kadang mereka ini memang ignorant. Warta ialah pasaraya di dalam Kompleks Bangi Utama. Bangi Utama kan gah sikit nama dia macam One Utama?

Dahulu Warta juga menjadi tempat lepak Samseng Jalanan. Setelah penat merempit di Bulatan Pekeliling, mereka akan mengurat 'Kak Long' duduk di kentaki kongsi coleslaw. Maka sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman awam, menyebabkan orang tidak mahu untuk berkunjung ke Warta.

2) Tiada publisiti

Secara jujurnya, jika anda pernah melawat Warta ataupun tinggal di sekitar kawasan Warta, adakah anda tahu dengan kewujudan panggung wayang di tingkat atas? Tak boleh juga hendak salahkan pihak umum jika mereka tidak tahu akan kewujudannya, kerana memang tiada publisiti tentang panggung wayang di Warta. Pengiklanan itu penting apa salahnya melabur sikit bagi orang tahu. Kalau nak kata iklan mahal, tak jugak sebab boleh je iklan dekat suratkhabar Harakah ke, Cats Magazine ke takpun tampal je iklan macam iklan Urutan Tradisional Zahir dan Batin macam dekat traffic light tu. I did my part by posting entries about the cinema, tapi yang baca blog aku masa tu cuma kawan-kawan aku saje.

3) Tayangan filem tidak konsisten

Tidak semua filem terbaru ditayangkan di panggung wayang Warta. Kadang-kadang sehari tu ada satu show je. Siapa nak tengok filem Sundel Bolong Returns kan? Pilihan pengunjung menjadi kurang sekaligus membantutkan niat mereka untuk mengajak keluarga menonton bersama. It is understandable yang mereka ni tiada bajet untuk membeli DVD filem terbaru yang mahal, tetapi pihak pengurusan harus mendengar kehendak syahwat para penonton.

4) Filem lambat ditayangkan

Dalam surat khabar kita boleh lihat intisari wayang. Tapi aku cari memang tiada intisari rancangan untuk pawagam di Warta. Laman web pun tiada maka satu-satunya cara untuk mengetahui filem apakah yang akan ditayangkan adalah dengan pergi melawat tempat kejadian. Tapi selalunya apabila kita lawat kita akan berasa hampa dan kecewa kerana filem yang kita mahu tonton akan hanya ditayangkan selepas 8 bulan. Bayangkanlah panggung wayang mainstream lain sudah paparkan filem Evolusi KL Drift kat Warta baru nak tayangkan filem Tragedi Oktober lakonan Awie dan Amy Mastura.

5) Pop corn yang lemau

Barbie bertih jagung dia masuk angin, air berkarbonat tapi tiada gas, kerusi macam kerusi bas kilang, speaker pakai speaker Altec Lansing sahaja, penjaga tiket yang mukanya macam kena parang walaupun selalu mengukir senyuman....ahhh banyak lagi flaw yang aku boleh sebut tentang kemudahan awam di panggung wayang Warta. Anyway aku still pergi juga tapi apakan daya, usaha kami untuk menyelamatkan panggung wayang Warta ternyata tidak mencukupi.

Korang buatlah "Kempen Mengembalikan Panggung Wayang Warta' di Fesbuk aku pasti join nanti.



12 comments:

Mar said...

setujuuuuu .

masa tu i excited gila ada cinema kat warta.

tengok sepet. kami bertiga , and ada one couple. jadi cukuplah lima orang.

lambat sikit masuk lagi dua orang.

popcorn dia, ya allah mcm dah kene air.

dia nya ticket super lawak jugak , macam naik bus tingtong.

tengok sambil makan

Anonymous said...

saya hanya pergi warta kalau nak cari tudung atau baju kurung.tp skarang metro kajang pon dh ade semua tuh in fact pergi tgk cinema kat kajang pon best lg dr di warta.haih warta mcm mana nk diselamatkan lg;(

nonaroguy

khairul_bariyyah said...

melampau la ijai banding evolusi kl drift dengan tragedi oktober.. hiperbola betol.. muahahah..

p/s: ijai,jom la join konvo dekat uniten,leh stalk kat situ.. ;p

Anonymous said...

sakit tekak aku ketawa. haha 8 juta kali

Mohamad Faizal said...

mar: tu ah boleh buat macam panggung wayang atuk kita sendiri nak baring pakai boxer pun orang tak kisah. tetapi apakan daya...

nona: dengar cerita wayang kat metro kajang ada tikus betul ke

khairul: ala saya sudah konvokasi kehadiran diri ini tidak diperlukan lagi...

anon: banyak gelak nanti lupa ilmu tajwid

Anonymous said...

Mana tak nyer xder orang...mesti dorang ingat wayang kat Warta semua tentang news..
warta = warta berita

z a t i said...

aku pergi warta setahun sekali menjelang hari raya kalau tak balik kedah sbb pergi warta pun rasa pergi shopping mall kat negeri kedah.

Mohamad Faizal said...

anon: err mungkin benar

zati: aku raya pertama pun ada kat bangi datangla rumah aku zati aku hidangkan kuih raya yang diperbuat daripada makanan kucing

^wirda^ said...

hehehe.. siannye wayang itu..
budak2 UPM pun takmo pegi ke? mungkin depa guna duit ptptipu pegi layan TGV atau GSC..haha

I0I mall tu mmg gsc laa.. tp tu dulu la dia bg rm5.skrg dia dh besar..mungkin uppp balik la..

haha aku rasa belah utara saja YAWATA tu..ada lg MINAT, BILLION, hehe

nutt nasir said...

baru hari nih aku paham bag jurulatih tuh mende.
rasa nak pukul diri sendiri je.
kecewa.

Mohamad Faizal said...

wirda: budak2 upm pergi mines, lagi dekat kan tinggi kelasnya...

nutt: haha tak apa lain kali cuba lagi

Anonymous said...

Ehhh.....MBO kat warta bukak balik lah.dah tukar name bangi utama. Mesti pengusaha die ade terbaca blog kau. Hikhik!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...