Sunday, July 4, 2010

Happy Birthday Adam Johari!

Hari ini, 4/7 merupakan hari jadi teman akhirat aku Adam Johari. Sebagai peminat fanatik saya, secara tak langsung anda mungkin meminati Adam juga kerana dia sering didedahkan di dalam laman blog ini. Walaupun mata Adam sepet, dia sebenarnya seorang muslim. Tetapi kalau ada apa-apa parti liar mahupun parti ibadah yang aku cover dalam blog ini, gambar Adam pasti tiada. Ini kerana Adam dan isterinya Shikin tinggal di U.K. Entah bila mahu pulang menyeru seruan kerajaan pun aku tak tahu. Seruan Tuhan pun aku harap kau tidak buat-buat lalai dengan menyamar menjadi orang Cina ketika solat Jumaat berlangsung. Namum begitu, orang selalu kata, 'jauh di mata, dekat di punggung'. Ini kerana aku ada gambar Adam di dalam posisi mencurigakan di dompet aku yang boleh aku tenung dikala kerinduan. Lagipun zaman moden ini bukannya susah untuk berbicara kan? Oh Adam sebab kau sudah beli iPhone 4, sila install applikasi Yak! dan kau boleh join kami mengumpat menggunakan sedikit daripada pelan data kau.


Hari itu semasa hari jadi aku kau telah mengumpul team Bangi untuk mendedahkan perkara-perkara yang mengaibkan aku, so kau pun pasti sudah expect aku akan melakukan perkara yang sama. Ayuh rakan-rakan kita lihat dan gelakkan perkara-perkara yang boleh membuatkan seseorang terjun sungai akibat keaiban yang amat.

Peristiwa 1: The Legend of Mike Tyson

Perkara ini berlaku semasa zaman menengah rendah. Team Bangi manalah ada kereta ataupun lesen hendak pergi berfoya-foya. Paling jauh pun pergi Mines Wonderland naik komuter pakai seluar sekolah main Laser Quest. Tapi satu hari ini kami bercadang untuk pergi ke tempat yang paling jauh, iaitu Sunway Lagoon/Pyramid. Huiii memang semangat Adam dan Ikram hendak bermain roller coaster. Tapi impian mereka dimusnahkan oleh Dazu dan Apai yang mengada-ngada mahu berenang di dalam kolam walaupun tak bawa panties mandi. So kalau ada orang yang tak mahu main roller coaster, semua pun tak jadilah. Adam menerima berita itu dengan berat hati. Memang jelas sekali kekecewaan di wajahnya, jalan sorang-sorang, tak mahu makan. You see, ketika itu ada promosi Mike Tyson hendak datang Malaysia. Adam tanpa berfikir panjang terus membeli sehelai baju sleeveless Mike Tyson dan terus pakai di tempat kejadian. Memang marah dia time tu dan bersemangat gila nak pergi tengok Mike Tyson. Sepanjang perjalanan pulang dia asyik cakap pasal Mike Tyson sambil membuat gaya tinju di dalam komuter.

Of course Mike Tyson tak jadi datang. Dan keputusan Adam membeli baju Mike Tyson pasti akan dijadikan modal untuk mengutuknya sehingga sekarang.

Peristiwa 2: Mengisi Minyak Diesel di Dalam Kereta

Adam antara orang yang terawal di antara kami yang memiliki lesen kerana abang dia ada kereta Proton Saga lama berwarna putih. Satu malam, selepas berfoya-foya kami pun pergi mengisi minyak di stesen Petronas rumah aku. Ketika itu, Dazu merupakan employee sambilan di Petronas. Walaupun kehadiran Dazu yang pakar dalam bidang petroleum, kami sehingga sekarang masih tidak mengerti dengan keputusan yang Adam lakukan pada malam itu. Adam dengan tenang mengisi minyak diesel ke dalam keretanya. Dah habis isi fulltank baru dia sedar akan kejahilannya.

Kereta Proton Saga itu terdampar di tempat kejadian selama beberapa hari sebab tak tahu nak buat apa.

Peristiwa 3: 'One is too many, Thousand is not enough'

Ayat di atas merupakan kata-kata keramat yang kami masih ingat sehingga sekarang. Semasa musim raya, team Bangi akan melawat rumah masing-masing. Semasa melawat rumah Adam, abah Adam berada di rumah. Kami berbual-bual seperti biasa. Entah mengapa, secara tiba-tiba, abah Adam menyertai perbualan kami dan menasihati kami agar tidak menghisap dadah. Abah Adam mengimbas kenangannya di universiti dan memberi satu line yang tidak akan kami lupakan tentang penyalahgunaan dadah 'One is too many, thousand is not enough'

Now peristiwa di atas mungkin kedengaran remeh dan biasa sahaja, tetapi bagi kami Team Bangi, peristiwa-peristiwa beginilah yang sering kami bincangkan di dalam sesi boys talk, menjadikan kami lebih rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain.

Adalah tidak adil jika kita hanya mengutuk Adam tanpa memujinya di hari jadi. Adam is the nicest friend that you could possibly have. Dia akan buat sesuatu untuk anda tanpa banyak soal, tanpa meminta balasan. Dulu Adam pernah buatkan assigment PJK untuk satu kelas walaupun sekadar tukar font dan nama. Of course la kantol tapi would you do that for everyone in your class? Adam juga mudah mengeluarkan wang untuk membelanja kami di restoran separa mahal/tengok wayang/belikan CD Final Fantasy tanpa banyak soal.

Kalau Adam pulang ke tanah air, dia terus datang rumah aku tanpa telefon. Lepas tu kami akan mengimbas kenangan lama sambil bermain Army of Two/Guitar Hero/Gears of War ataupun tengok porn....eh Portsmouth lawan Fulham.

Adam memang lurus bendul. Apa kau cakap dia terus percaya. Di zaman remaja, aku ingin tahu siapa yang Adam suka tapi Adam tak mahu beritahu. Setelah aku berjanji untuk memberitahu siapa yang aku minat, maka Adam pun dengan malu-malu mendedahkan nama gadis. Namun itu merupakan kesilapan terbesar Adam kerana selepas mengetahui rahsianya yang orang lain tidak tahu (yet), aku memberitahu Adam yang orang yang aku minat ialah....Geri Halliwell/Sharon Stone. Selepas itu Adam terus digossipkan dengan Gadis Bergigi Jerung.


Aku suka gambar klasik semasa perkahwinan Adam di atas. Kecuali Fandi, semua orang masih ramping. Pulanglah Adam. Kami semua rindukan kau. Ayuh rakan-rakan, ucapkan selamat hari jadi buat Adam bin Johari bin Endan! I love you man.



11 comments:

khairul_bariyyah said...

eppy birthday adam..

ijai,apsal x buat aksi pelik dalam gambar last tuh?

nana said...

khairul_bariyyah, jgn tanya kenapa ijai tak buat aksi pelik, tapi tanya lah, kenapa mcm pelik je bila ijai tak buat aksi mcm selalu?

Anonymous said...

hepi besday bro!!!
kau skrg kat uk,so takleh sambut hari kemerdekaan amerika..haha..
we lap u..pulanglah berhari raya di bangi..


-shuhud-

Anonymous said...

Hari ni birthday saya jugak!!!
Happy birthday Adam! =))

-Lisa

Mohamad Faizal said...

khairul n nana: err mungkin dalam kamera lain

abe: ahh dirogol juga hik hik hik

lisa: selamat hari jadi yang ke-19 lisa!

astute said...

some like sunday
some like monday
but i like your birthday

hepi birthday adam!

datillah said...

HAPPY bithday Adam!

Anonymous said...

thanks korang! haha damn kisah 'one is too many, a thousand is not enough' cukup mengaibkan. aku rase parents aku memang ingat aku kawan ngan budak budak ganas. dulu apai datang ngan ayob ke rumah aku naik motosikal mak aku dah gelabah terketar ketar cakap 'adam takde... adam takde...'

adam

Mohamad Faizal said...

haha muka ayob memang ganas tapi lepas bercinta terus jadi sotong. apai pula muka minta ditinju tak ganas langsung

Anonymous said...

Adam, hepi belated bday bro!
Semoga berbahagia disamping isteri terchenta..

~AkuApai

Anonymous said...

daym jai ak kurus k time ni..pinggang ak baru 33 je ahaks..rindu kat zaman ak berperut kotak 6 ahaks..
hpy bltd bday bro..ak da wish sje wish lg hehehe..nnt pulang jgn lupe hadiah ak k hahaha..

-fandi-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...