Thursday, July 15, 2010

How To Survive in This Mad World

We live in a mad world. Or at least that's what we read in the news. People are starving to death in the third world country while we get sick from eating too much. People fight for their lives everyday using sticks and stones while we fight about why Liverpool is kooler than Manshitter. Today, instead of the usual crappy but awesome rants that I always write, I am going to post something that is actually useful. Something that will help you survive in this mad mad world. Hui gila bergaya introduction aku kali ini. Ayuh teruskan membaca.

1) Mad asli

Mad Asli ialah mad yang paling asas. Mad asli terjadi apabila:

a. Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang berbaris atas.
b. Huruf Wau sukun (mati) yang didahului dengan huruf yang berbaris depan.
c. Huruf Ya sukun (mati) yang didahului dengan huruf yang berbaris bawah.

Panjang bacaannya adalah 2 harakat.

2) Mad arid lissukun

Ini adalah mad kegemaran aku. Apabila huruf mad bertemu dengan sukun ketika wakaf. Panjang bacaannya adalah dua, empat ataupun enam harakat. Paling afdal baca enam harakat.

3) Mad Jais

Tiada kaitan dengan seniman Ahmad Jais. Tapi Ahmad Jais dikatakan suka menyerapkan elemen mad jais di dalam lagunya iaitu apabila mad asli bertemu dengan huruf hamzah pada ayat yang berikutnya. Itu sebab korang selalu tengok Ahmad Jais selalu memanjangkan chorusnya sehingga 4 atau 5 harakat.

4) Mad wajib

Mad wajib lebih kurang macam mad jais, cuma mad aslinya bertemu dengan huruf hamzah dalam ayat yang sama. Boleh dibaca dalam 4, 5, atau 6 harakat ketika berhenti. Berbeza dengan mandi wajib, anda boleh mandi lama-lama tanpa harakat asalkan anda meratakan air ke seluruh badan. Selalunya ada bahagian yang anda miss di lemak-lemak kalian yang terlipat tu.

5) Mad iwad

Kalau anda nampak tanda tanwin atas (dua baris atas) di penghujung ayat, haa itulah hukum mad iwad. Wajib dibaca dengan dua harakat.

Sebenarnya ada lagi mad-mad lain seperti mad badal ataupun mad lazim apa entah tapi aku dah lupa. Namun begitu kredibiliti aku sebagai pengajar tajwid tidak boleh disangkal lagi setelah mendapat pangkat jaijidan di dalam peperiksaan Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA) sampin hijau. Kredit kepada Ustazah Norlela binti Toha yang menjadikan aku insan yang agak berguna walaupun kadang-kadang masih menurut tuntutan nafsu dan syahwat. Semoga anda kini dapat mengaplikasikan ilmu tajwid ini ketika solat ataupun ketika menyanyi lagi Maher Zain.

Ustaz Faizal al Kacaki (Microsoft Certified Tajwid Trainer)





12 comments:

Anonymous said...

hahaha...thanks ilmunya ustz



yusuf

Clarky Afif said...

Mad jais itu rasanya ada kena mengena dengan jabatan agama islam.

ambush maksiat dengan menggila. kadang2 suami isteri yang bersijilnikah ori pun kena.

lawak sungguh. :P

khairul_bariyyah said...

bagos betol ustaz faizal al kacaki nih... *lupe nak comment apa sebenarnya* heh~

jana said...

sejuk perut mak ijai mengandungkan ijai,banyak betul mad-mad yang ijai mahir,tiba-tiba terasa kena berguru semula mengaji ini.Tak sia-sia si Paul pilih Ijai(calon menantu yang bagus(sayang kak jana tak ada anak perempuan) :-)

Mohamad Faizal said...

yusuf: ma is muka? ismi mohamad faizal (saja nak tunjuk terer cakap arab)

clarky: itulah laki bini kalau nak ringan2 kat taman kena bawak anak sekali

khairul: semoga anda tenang menyanyikan lagu maher zain dengan qalqalah

kak jana: betul la tu ramai orang inginkan saya menjadi menantu angkat mereka

Rahim Hashim said...

ade lagi..mat salleh. kalau jmp di depan kene ckp hello.

mijie said...

Tidak dilupakan hasil2 karya dari Mat Sentul..seperti Mat Magic dan Mat Karung guni...Just Kiding..

Mohamad Faizal said...

rahim dan miji: main main la korang nanti anak tanya tajwid taktahu jawab kang haa terus menggeletar nak emel aku tanya jawapan

^wirda^ said...

ceh..blur aku mula2..igt kan ko nk ckp pasal mad world..

bagus mengembalikan ingatan tajwid aku.haha..
nanti ajar pasal idqam ma'al qunnah dan iqlab dan lain2 lagi ye.

tq ustaz.

ho! said...

background MPH

Mohamad Faizal said...

wirda: eh ustaz sudah ajarla hukum nun mati di http://ijaicool.blogspot.com/2008/03/mari-belajar-tajwid.html

ho: tepat sekali

^wirda^ said...

nampak sgt saya pelajar mudah lupa.hahaa

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...