Monday, July 19, 2010

Kongratulasi Fandi!


Jika anda merupakan peminat fanatik blog ini, anda pasti perasan akan kehadiran salah seorang pengomen yang bernama Fandi yang lancar sahaja mengeluarkan kata-kata kesat tanpa mempedulikan malaikat yang mencatat dosa dan pahala di kiri dan kanannya. Fandi yang merupakan salah seorang ahli Team Bangi telah berjaya menaik taraf lesen ringan-ringannya kepada lesen persetubuhan penuh pada hari Sabtu (10/7) yang lalu . Kalau nak diikutkan Fandi ni makruh sebenarnya berkahwin kerana; walaupun dia mampu menyara isterinya, dia memiliki nafsu yang buas dikhuatiri menyakiti isteri.

Selalunya dalam segmen perkahwinan begini aku akan mengeji pasangan cerpelai, tetapi oleh sebab aku tidak begitu mengenali isteri Fandi, kita keji Fandi sahajalah. Fandi atau nama seberangnya Khairul Afandi bin Kassim, sering disalahanggap sebagai salah seorang buruh kasar Indonesia kerana wajahnya yang 90% mirip salah seorang ahli kumpulan Radja. Dia memiliki 4 telefon bimbit, satu phone Nokia yang diberi oleh syarikat, satu iPhone 3GS untuk beryak (applikasi chat) dengan Team Bangi, satu Blackberry untuk melakukan persetubuhan di telefon dengan isteri, dan satu lagi telefon rumah TMNet entah kenapa dia bawa juga ke hulu ke hilir. Oleh sebab dia banyak telefon bimbit, kami mengejinya Ah Long. Dengan cincin besi pada setiap jari dan rambut siamangnya yang berwarna perang itu memang sesuaila kalau nak bawak dia pergi kutip hutang.

Walaupun struktur fizikal Fandi memang tidak diingini oleh kebanyakan lelaki normal, Fandi tetap disayangi kerana dia merupakan rakan baik kami. Ayuh teruskan membaca untuk melihat gambar-gambar kurang senonoh semasa pernikahan, persandingan dan rakaman 3GP malam kedua Fandi.


Apabila kami tiba di Masjid Midvalley, proses akad baru sahaja berakhir dan Fandi kelihatan sedang berpura-pura solat sunat. Serius dia sekadar miming kerana mengenali sikapnya, niat puasa pun kena refer buku Fekah inikan pula hendak solat sunat. Fandi memberikan 'thumbs up' kerana dia kini tidak perlu mencari tempat untuk ringan-ringan lagi.


Fandi dipaksa memberi 7 dulang harta dibalas dengan 9 dulang. Buah anggur dia buah plastik rupanya cis cis.


SEMUA ORANG SAYANG ARYAN YANG COMEL!! Fandi masih lagi teruna pada hari tersebut kerana terdapat ramai saudara-mara di rumah bininya. Majlis persandingan sebelah perempuan diadakan pada keesokan harinya tapi kami tidak dijemput. Flash forward, kenduri Fandi diadakan di rumahnya semalam (18/7/2010).


Serius gambar Fandi di poster di atas telah diedit dengan menggunakan Microsoft Paint. Fandi yang sebenar tidak seramping itu. Ketika entri ini ditulis kami memang tertekan dan murung kerana Fandi sering menghantui kami imej-imej wajah Fandi ketika mengecapi kemuncak syahwat. Seriously asyik cakap pasal persetubuhan, kekerapan serta posisi kegemaran. What the what man.


Lepastu demand nak hadiah Blu-Ray player pulak tu. Oleh sebab kami sayangkan Fandi, kami pun berkongsilah wang membelikan dia DVD player yang agak berjenama dan dikepilkan dengan ucapan dari Team Bangi termasuk mama aku.


Ini anak Apai & Mizah. Nama dia Akif Haziq. Dia bayi April Fool. Dah besar sikit nanti dia tag team dengan Aryan mengurat gadis-gadis.


Kongratulasi Fandi! Ho! untuk Team Bangi! Kami semua cintakan kau. Selamat berbulan madu di Krabi Khairul. Serius dowh solat pun kenala 5x sehari jugak. Kasihanilah isterimu. Jangan guna pintu terlarang ok. Buat Norzubaidah Mahmod, jadilah isteri yang mendengar cakap suami. Kalau suami cakap nak pergi rumah ijai main game di hujung minggu, sila akur sahaja ok?

Lebih banyak gambar perkahwinan di: http://www.facebook.com/album.php?aid=195559&id=628280825&l=d8ce573e03

Aku memang berperangai eshol sikit so kalau nak add aku di Fesbuk sebab nak stalk aku dengan lebih lanjut berilah salam perkenalan dahulu ok. Aku tak mahulah nanti korang paksa aku join login Fesbuk dapat sratos pulak.



14 comments:

sI tEDI said...

Selamat Pengantin baru Fandi.

bila pula nak ucap pada ijai?

Anonymous said...

haha siot ko mngeji ak tanpa belas kasihan..tp btol jai da halal mmg nikmat gile..kawinla cpt jgn biar adik ko sengsara hahaha..btw ak nikah 10/7/10..knduri wife ak 11/7/10 dan 18/7/10 blah ak hehe..

-fandi-

Anonymous said...

Selamat Pengantin Baru Fandi. Selamat berseronok2 hingga ke syurga. :)

Ijai: Suka la perenggan akhir tu... =P

Boleh saya add anda di facebook?

-Lisa

khairul_bariyyah said...

wah..congrats fandi..
selain ijai ngan dr shuhud sape lagi ek team bangi yang belum mengecapi nikmat rumah tangga macam fandi cakap 2? hehe
ijai ngan da killa bila lagi? ;P

Shima Ibrahim said...

Congrats, Fandi & wifey. Encik Ijaicool, bile lagi? Nampak macam Team Bangi semua dah "berdua lebih baik" kecuali Encik Ijai. *counter attack adalah dilarang sama sekali*

amar said...

hei ijai, kau bila lagi?

Mohamad Faizal said...

tedi: bila tiba masanya (jawapan stended artis)

fandi: dah packing ke untuk berbulan madu esok? takyah bawak banyak sangat baju sebab korang akan spend banyak masa berbogel

lisa: boleh, jika berat badan anda tidak melebihi 85kg (berjenaka)

khairul: bila tiba masanya (jawapan stended artis). ala ramai je yang masih teruna berat

shadatul: bila tima masanya (jawapan stended artis). hey hey saya boleh tanya soalan yang sama kepada anda juga hihi

amar: bila tiba masanya (jawapan stended artis).

nana said...

Kejian tanpa batasan lah, kau ni.. Ijai.
Kasihan Fandi.

Anyway, congrats Encik Fandi.

finaz said...

omg aryan sgt comellllsssss pls... geramnya tengok.. rasa nak gomol2 pipi and peluk2... ohhhhh.. sgt comel.

Anonymous said...

ijai, lu bile nk kawen?
udah2 la guna tgn..
team bangi semua dh bersetubuh secara halal..

kehkehkeh~



santiago

Anonymous said...

congrats fandi! semoga keazaman kau bertahan pada tahap tertinggi.

geng bangi yang belum kahwin - ijai, dazu, ikram, zul, abe.

ijai dan dazu sudah berpunya. abe ada gadis 'invisible'.

adam

Fana Flora said...

alamak, ijai comel betul la aryan dan akif :D
selamat pengantin baru kepada kawan ijai :D

Mohamad Faizal said...

nana: takpe, sesama ahli team bangi tak kisah keji mengeji. tapi jika orang luar mengeji memang shuhud hangin

finaz: geram kan ramai betul orang nak bergambar bila jumpa dia

yusuf: mana dah kahwin still guna tangan cuma bukan tangan sendiri sahaja hihi (jenaka orang dah kahwin)

adam: aku rasa zul kahwin dulu kot. hihi

fana: memang comel lihat sajalah pakcik mereka ini

Anonymous said...

thx uols sekalian..doakan ak bhgia ke anak cucu..doakan juga sahabat kita faizal ni diperhalalkan (kawen) dgn cepat dan mudah..moga tgn yg ada tidak disalahgunakan lagi hahaha..

info update: RM10.60 = 100 THB(Bath)

-fandi-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...