Monday, July 26, 2010

Membeli Karipap Michelle

Ini adalah kisah benar yang ditokok tambah yang berlaku pada minggu lalu. Di pejabat aku memang tiada foodcourt yang menawarkan pilihan makanan daripada pelbagai kaum. Yang ada hanyalah satu kedai picisan yang menjual makanan di tingkat bawah. Kalau hari-hari makan di situ pastilah bosan bukan. Dahla akak yang jaga kaunter tu tak lawa lepas tu nak flirting dengan aku pula. Aku ingin makan roti canai berpeluh mamak, Bak Kut Teh halal, dan nasi kangkang ayam tapi aku malas hendak pergi memandu keluar semasa waktu makan tengahari.

Menyedari hakikat itu, ramai rakan sekerja yang mengeksploitasikan situasi itu untuk membuat side income dengan menjual makanan yang diproses dari rumah. Orang kelaparan tetapi malas nak keluar, so beli saja makanan seperti nasi lemak dan mihun goreng dengan harga yang berpatutan walaupun tak berapa sedap. Aku cuba-cuba juga menceburi bidang perniagaan sambilan ini dengan menjual Cornflakes dalam susu tetapi tidak mendapat sambutan. Maka aku hari-hari akan membeli makanan daripada rakan sekerja di kala kelaparan. Sehinggalah berlaku satu kisah yang agak menyeramkan. Ayuh teruskan membaca kisah benar ini.

Aku selalu datang awal ke pejabat bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Sampai di pejabat perut aku mesti menyalak sebab tak sempat nak bersarapan di rumah. Satu hari rakan sekerja aku Niezam (bukan ejaan sebenar) membawa berita baik kepada aku. Kita ikuti perbualan di bawah:

Niezam: Faizal let's go buy some food at level 2.

Aku: Cakap Melayu woi blog aku tulis dalam BM.

Niezam: Oh Faizal mari membeli makanan di tingkat dua.

Aku: Baiklah.

Ringkas sahaja perbualan kami kerana aku sudah kelaparan. Aku saspek ini merupakan orang terbaru yang membuka perniagaan menjual diri di pejabat. Sampai di tapak perniagaan, aku dapat lihat pubicle dia penuh dengan makanan. Ada nasi lemak, mihun goreng, dan aneka kuih muih.

Aku mengaku pandai mengkaji perwatakan manusia berdasarkan paras rupa. Aku lihat wanita yang menjual makanan itu seorang yang tinggi, berambut panjang yang diikat, memakai tshirt yang agak ketat sehingga menampakkan asetnya yang tidak berapa gagah. Wajah dia pun memang tak menarik minat aku tapi mungkin dapat menarik jejaka lain. Berdasarkan ciri-ciri tersebut, aku membuat kesimpulan yang dia pandai memasak dan makanannya mungkin sedap. So aku pun belilah sebungkus nasi lemak dan 5 biji karipap sardin. Setelah selesai transaksi, dia cuba bersikap sopan dengan berkata "Saya jual ya" dengan suara yang lembut tetapi tone nya agak keras di situ. Aku pula memang suka membuat jenaka berunsur separa seksual tanpa mempedulikan perasaan orang lain membalas "Spank you very much".

Dia memandang aku tepat ke dalam mata aku sambil mengetap bibir. Aku tak pasti adakah dia terangsang ataupun marah dengan gurauan aku. Aku buat-buat tak tahu dan terus melarikan diri ke tempat isteri Niezam, Haliza Misbun (separa nama sebenar).

Haliza Misbun: Hoi mana Grey's Anatomy aku?

Aku: Ala aku tak bawak external la. Lagipun ada banyak koleksi anatomy bukan perubatan kena sorok dahulu.

Haliza Misbun: Amboiii flirting dengan Michelle nampak...hik hik hik

Aku: Michelle? Muka coklat apasal nama Michelle pulak. Apa nama Melayu dia?

Haliza Misbun: kalau kau nak tahu itulah ***** bin ******* ......

WHAT THE WHAT?? DIA SEORANG ARBOK DAN AKU TIDAK MENYEDARINYA??? Gila kecewa aku tak sedar dia seorang arbok walaupun aku memiliki pengalaman setahun bersama arbok dan pernah mendalami watak arbok dengan mendalam. Kini aku tahu Michelle sebenarnya memberi pandangan bernafsu terhadap aku. Yelah rambut panjang ada buah dada kecil pakai skirt pendek jika korang tengok pun sekali imbas pun korang akan ingat itu gadis.

Tak apa Michelle. Aku akan tetap membeli karipap daripada kau kerana aku tiada diskriminasi terhadap orientasi seksual sesiapa. Jika kau secara tak sengaja terbaca entri ini, aku tak tulis pasal kau sebenarnya mungkin Michelle lain. Alah ini kira aku dah beri kau publisiti agar orang membeli karipap kau. Mungin esok aku akan ambil gambar Michelle secara senyap-senyap untuk menunjukkan kepada kalian yang aku ini bercakap benar.



Sumpah aku masih kecewa sebab tak tahu Michelle seorang arbok.

update: aku baru beli karipap michelle sebentar tadi tapi aku tak berani ambil gambar depan-depan. tapi setelah aku kaji struktur wajah dan badannya yang sekukuh gedung Tesco, aku patut tahu dia sebenarnya seorang jantan. cis.



24 comments:

otak ketat said...

gila. dgn arbok pn nak bernafsu weh. wakakaka. eh arbok terrer masak ke? fhew. dasat. wajar kalau kau bernafsu dgn dia. kah kah kah.

otak ketat said...

eh kejap. nama lelaki dia apa? masto? wakaka. waww. warmest regards tuh. cukup warm tak kau sekarang? ngahahah.

Mohamad Faizal said...

haha tak boleh dedahkan nama sebenar dia di blogla nanti dia gugel nama sendiri sampai kat blog aku terus dia buru aku nanti

Syaza Suhaimi said...

hahah! aku pasti leher dia berlemak sampai tak nampak halkum. aww, hebat penyamaran beliau!

~::Iffat @ Wonderfatts::~ said...

giler ah jai...ko kena periksa balik kawan2 gadis yg berada disekitar ko ni..kepekaan ko semakin tumpul,mungkin terlalu kerap menatap wajah paris hilton barangkali.

khairul_bariyyah said...

kire sedap ah karipap yg die buat 2 ijai? wah,tercabar ni sebagai prempuan sejati.. hahaha

nana said...

kalau dia gugel "michelle si penjual makanan terhebat di level 2" , kalau dia jumpa blog ni camne?

weh, aku pun ada 2-3 senior masa sekolah yg arbok, pakai baju pompuan masa reunion, sampai seminggu reunion dh berlalu, baru aku tahu dia lelaki.

weh, aku pegi salam dia pula. tak tahu, takpe ke??

Mohamad Faizal said...

syaza: tak juga, tapi lemak di dada dia nampak genuine

iffat: itulah, tapi mungkin itu menunjukkan aku seorang jantan yang suci dan naif

khairul: serius sedap sehingga menjilat dinding

nana: aku baru gugel 'michelle si penjual makanan terhebat di level 2' Alhamdulillah blog ini tak keluar

O Ena O said...

wah la weiiiiii..arbokkk tuu...boleh plak ko x perasaan kan...lepas ni ko gune kan skil dan pengalaman yg ko ade spjg ko dok sebilik ngan arbok dulu utk bermesra ngan michelle nieh..ngeh ngeh

DingDong said...

well arbok skng ko jgn xtau.. mmg hilang lgsg fizikal lelaki dia.. ms kat UM dlu.. ada sorg arbok ni.. slalu jogging kat dlm um tu (student law lagi) slumber jogging pki hot pant yg sgt ketat (xnmpk apa2 bonjolan XD)ngn sleeveless dia.. camne leh tahu IC dia.. sbb ada member kije kat library um ckp masa dia bg matrix kad nama dia mmg lelaki tulen.. tapi.. pembedahan mungkin telah dilakukan.. dahsyat mereka skng.. :P

^wirda^ said...

hidup kau slalu diselubungi arbok kan? nampaknya bertambah mendalam la jiwa arbok pada sally..haha
sedap tak karipap dia??

Anonymous said...

ok i dont know why.. tp tajuk entry ni membeli karipap michelle bunyiknya mcm agak lucah sikit..

and soalan wirda di atas pun mcm lucah gak.. sedap tak karipap dia? hahahahahhahaha sorila ye en ijai

- saya yang patut diclorox otaknya-

Anonymous said...

ok i dont know why.. tp tajuk entry ni membeli karipap michelle bunyiknya mcm agak lucah sikit..

and soalan wirda di atas pun mcm lucah gak.. sedap tak karipap dia? hahahahahhahaha sorila ye en ijai

- saya yang patut diclorox otaknya-

Anonymous said...

alamak soriiii terkomen 2x.. excited lebih. hihihi

Syaza Suhaimi said...

fewh. aku baru baca semua entri ko faizal (aku panggil faizal sebab ko kata ijai just utk org2 yg betul2 kenal ko n sedara-mara saje). wahh, lagha sungguh blog ni qur'an pun aku khatam skali je. hahah!

p/s: wife apai yakni mizah tu dok taman u ke? macam jiran aku je

-jaja-

Mohamad Faizal said...

ena: pasti akan aku goda, demi mendapat diskaun membeli karipap

dingdong: tiada bentuk sebab dia salotep kot hik hik

wirda: sedap aku kini ketagihan karipapnya

clorox: tak apa kita semua sudah baligh.

syaza: betul la tu pergilah melawat mizah malam ini jiran kena saling lawat melawati

Asmoham said...

sbnanye aku agak trasa siot entry psl arbok rumet ko tuh..

Anonymous said...

WTW faizal ko tertipu dgn lelaki bertopengkan wanita??kau jgn stakat ni hanya zul dan abe je yg pndang lelaki mcm kite pndang wanita..jgnla tambahkan bil rakan kita yg songsang nnt anak anas ngn apai xde ramai kawan..ha ha ha..

-fandi-

Shima Ibrahim said...

hoho siapakah michelle nih? level 2 bkn bdk HP ke? hahaha aku nak siasat la siapakah gerangannye ni ;)

Mohamad Faizal said...

asmoham: kenapa mahu terasa? adakah kau dulu arbok?

fandi: haha bagaimana pulang berbulan madu isteri bunting ke? ke kau yang bertambang 'bunting' sebab duduk rileks semua isteri yang buatkan

shima: ya budak HP. aku tak pakai spek kot haritu itu yang tak perasan tu hik hik

Asmoham said...

sbb nm aku sally gak.. kekeke sallyhuddin

Anonymous said...

tak berjaya lagi la..tp sbg lelaki yg da katam buku kama sutra mst la ak yg lbh beraksi hahaha..

-fandi-

Anonymous said...

Just that is necessary. A good theme, I will participate. Together we can come to a right answer.

Multiplied Jacobsen said...

Doctors and nurses alike do not become so without undergoing proper training. Many Hospitals, health care facilities and even individuals like to use a nurse staffing agency when looking for a nurse to fill a position. It can happen when nursing staff are not sufficiently trained or unintentionally cause an injury whilst caring for a resident due to lack of proper skill. You will be told if any new babies have been admitted to the NICU and if your patient load has changed at all.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...