Wednesday, July 28, 2010

Mengkaji Tabiat Manusia Ketika Membeli Kasut

Aku memang langsung tiada kasut sukan. Kasut Konves aku ialah kasut multipurpose aku di mana aku akan gunakannya untuk berjogging, bermain futsal ataupun bergaya di hari raya. Setelah digunakan tanpa belas kasihan, kasut itu kini sudah koyak nampak ibu jari kaki aku. Aiblah kalau gadis-gadis nampak. Maka tempoh hari aku membuat keputusan untuk membeli kasut baru di Al-Ikhsan bagi tujuan berjogging. Sambil memilih kasut yang nampak mahal, aku turut memerhatikan gelagat pelanggan lain ketika shopping kasut. Sedar atau tidak, anda semua termasuk saya kadang-kadang melakukan perkara-perkara yang 'silly' semasa membeli kasut. Ayuh kita kaji tabiat-tabiat stereotype ini.

1) Memasukkan jari di belakang kasut

Masa zaman sekolah rendah nak beli kasut sekolah Pallas Jazz, mama aku selalu buat aksi ini untuk melihat keselesaan kasut. Sehingga kini, aku masih terbawa-bawa dengan tabiat ini. Konsepnya begini, selepas anda memakai kasut itu, sila masukkan jari telunjuk anda di belakang tumit dan cuba masukkan jari anda sedalam yang boleh. Logik di sebalik aksi ini adalah; jika jari anda senang sangat masuk, itu tandanya kasut itu terlalu longgar (duhh?). Jika jari anda muat-muat je masuk tanpa menyentuh tapak, itulah saiz kasut yang paling ideal buat anda.

Ada orang yang menekan-nekan bahagian hadapan kasut menggunakan jari sebagai alternatif kepada memasukkan jari di belakang kasut. Aksi yang ini aku kurang faham sedikit. Adakah anda takut jari kaki anda hilang? Pakai apa-apa kasut pun mesti boleh rasa jari kaki punya unless kau beli kasut Ronald McDonald.



2) Berjalan gaya model kemudian bercekak pinggang

Ini memang tabiat gadis-gadis yang aku pasti nampak di kedai kasut seperti Vincci ataupun Nose. Mula-mula diorang sarung wedges 6 inci mereka. Kat Vincci selalunya diorang letak cermin tinggi atas lantai. Setelah menyarung kasut tersebut gadis itu akan membuat catwalk menuju ke arah cermin sebelum disudahi dengan gaya cekak pinggang menggunakan sebelah tangan. Mengapa perlu beraksi begitu? Tak boleh jalan biasa-biasa je ke? In real life masa pakai kasut tu korang takde pulak berjalan dengan gaya anggun sebegitu.

3) Mengukur saiz kasut menggunakan kaedah jengkal

Come on kan sudah ada saiz bernombor yang kalian boleh rujuk? Lihat sajalah saiz yang ada di kasut sekarang. Takkan nak cakap dekat salesman, "Adik, bagi akak kasut Nine West ni saiz 2 jengkal setengah"

4) Menghentak-hentak kasut ataupun melompat-lompat dengan kasut

Tabiat ini selalunya dilakukan oleh orang lelaki. Kalau aksi ini dilakukan ketika membeli kasut bola ataupun kasut jogging mungkin boleh diterima. Tetapi untuk kasut hitam pergi ke kerja? Mungkin dengan membuat gaya hentakan tapak kasut ke lantai, kita boleh mengetahui komposisi dan daya tahan kasut itu. Mereka yang melompat-lompat menggunakan kasut itu pula dapat mengetahui adakah kasut itu mampu menampung berat badan mereka. Again, ketika memakai kasut itu semasa pergi ke kerja, kita jalan macam biasa je bukan hentak-hentak kaki macam King Kong ataupun Syanie.

5) Bertanyakan pendapat jurujual tentang kesesuaian kasut


Sebagai seorang jurujual, mereka memang sudah dilatih untuk memuji pelanggan tak kira betapa buruknya gaya mereka semasa memakai kasut itu. Pernah ke bila anda tanya mereka "Eh cantik tak I pakai heels ni?" and diorang jawab "Cik nampak macam keldai". Tak pernah bukan? Lagipun kerja kat kedai kasut tidak semestinya mereka memiliki fashion sense yang tinggi. So baik korang buat homework dahulu tengok review kasut dekat blog fashionistas ijaicool ataupun print gambar kasut yang korang suka dan lekatkan di kaki bagi melihat kesesuaiannya. Tak perlu tanya jurujual lagi.

Sila mengaku yang anda ada melakukan at least satu tabiat stereotype di atas. Mungkin dalam segmen yang akan datang kita akan mengkaji tabiat manusia ketika membeli baju dalam. Assalamualaikum.



20 comments:

scweet mafis said...

hahaa..
pengakuan ikhlas,
saya selalu buat yg no.2
(tanpa sedar of course)lol

otak ketat said...

haha. tekan bhgn depan tuh nak rasa, byk lebih ke tak. kalau byk, longgar lah. mak aku slalu wt time beli kasut skola kt ali store kecek2 dulu. hee. kasut konves aku pn dah hampir hilang tulisan 'konves' nya. kena beli baru neh. haih. haha.

enuLwanie said...

wanie pun jrg beli kasut.
skrg selesa pkai selipar wedges (yg tinggi tu) ke mana saja.
keje dan jln2!

ari tu,beli kasut.
tp bila pakai,
sakit smpai mlecet.

nyesal rs beli kasut!

jana said...

Ijai,
kak jana hanya boleh beli kasut 2 brand sahaja iaitu brand Clarks and Scholl yang lain confirmed tak ada size and tak berapa selesa. Tapi harganya Mak Ai setahun boleh beli 2 sahaja,itu pun kembang kempis kembung masa nak bayar:-(.

yang nombor satu tu kak jana selalu buat bila anak bujang kak jana beli kasut,tapi yang tang tekan bahagian depan tu lah,nak buat macamana dah cara turun-temurun.

mijie said...

Aku biasa tengok dorang lipat kasut tu sampai ujung depan bertemu ngan blakang...Padahal kalu pakai kat kaki pon bukan leh terlipat sampai camtu...

Clarky Afif said...

kak jana, kita serupa. Clarks for Clarky!!maklum la segalanya pada aku ni 'oversea'.

so kalau try kasut mahal begitu perlu lah buat tabiat no.2!apa kes beli vinci buat gaya gitu.

Noraishikin Mohd Salleh said...

ijai, no 1 tu bukan nak rasa jari la..nak rasa ada space lagi ke tak..klu byk space maksudnya longgar..hehehe

neway, aku rasa aku salu wat yg no 2 tuh :p

Mohamad Faizal said...

scweet: takpe semua gadis memang begitu hihi

otak ketat: ali store...kedai legendary tu beli baju pengakap semua kat situ. eh ada lagi ke sekarang?

enulwanie: bukan kasut dan gadis tidak boleh dipisahkan ke?

kak jana: kak jana belilah kasut nike mesti menjadi tumpuan punyelah di alamanda

mijie: haha nak test kekenyalan kasut itu mungkin

clarky: haha kau boleh minta royalti (or diskaun) depa guna nama anda

cikinto: bukan rasa, memang kau selalu buat pun malah gaya kau berjalan kat pejabat pun memang bergaya model. hik hik hik

Anonymous said...

kenapa aku rasa mcm ada unsur berlagak tak ingt dunia dalam komen si clarky nih..?

AkuPenulis said...

yang pasal tanya jurujual tu mmg btul la..
tp, kebiasaannya kan (mengikut pengalaman sendiri), dia mmg xkn kutuk customer..
cuma dia akan suggest kasut yang lain, yang much2 better..
ye la dia keje stu kan..
dah di kira pro la dlm bdg2 ni..

Atiqah Ahmad said...

yang no 2 tu memang aku buat.
gaya tanpa disedari.
hahha.

Syaza Suhaimi said...

no 1 ngan 4 wajib aku buat setiap kali beli kasut, especially kasut sukan. tapi heels pun aku hentam melompat gak nak test tumit tu tahan ke tak kalo aku nak berlari ke apa. haha! kalo bab tanya salesman/salesgirl pun selalu buat...nak test diorang ikhlas ke tak bagitau yg mana sesuai. kekadang nak bagi laku kasut yang hodoh pun dia kata sesuai~

nana said...

no. 5, aku buat.

Clarky Afif said...

anon: eheh. mana de berlagak. aku beli kasut nike tak buat camtu la.eh, apakah?? :p

^wirda^ said...

ya aku akan tekan ujung jari kat kasut tu kalo org suh tgk kasut tu padan ke tak..hahaha

jana said...

Ijai,
kak jana kalaulah ada kasut buatan Gombak ada size kak jana,sungguh gumbiranya,tapi kak jana asal orang Gombak pun tak pernah jumpa lagi kasut buatan gombak macam macam dalam iklan tu.tentang kasut Nike tu,pakai baju kurung dan pakai kasut sport macam Cikgu bedah dalam filem klasik Adik Manja lah nampaknya ye

Mohamad Faizal said...

anon: dia gurau je tu

akupenulis: ya, dia sajes kasut yang lebih mahal

atiqah: pasti, itu memang gaya universal gadis

syaza: eh mana boleh melompat dengan heels

nana: see, aku memang bercakap benar

clarky: apakah??

wirda: kalau kasut gadis yang nampak jari kaki pun kena tekan juga kah

kak jana: err apa itu kasut buatan gombak?

diya said...

yg paling x boleh blah..ukur guna jengkal? haha

Ct SoLeHa said...

aku sll buat yg no 1..yang tekan depan kasut..nak tgok longgar sgt or ketat sgt kasut 2..tp kalo pakai high heels..ade la nak tekan kat situ kan..of course dah terbuka kat depan..hehe..

no 2..berjalan2 untuk cari kesesuaian ngan kasut..kdg2 law tp mase pakai xbes plak..so better xbeli..xpernh lagi aku try sambil cekak pinggang rasenye..hehe

cik aletheea said...

ha ha ha...
tergelak lebih sebab slalu buat yang no.2 tue kalau beli,try kasut...
(^_^""")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...