Saturday, July 3, 2010

Paris Hilton Ditangkap Atas Dakwaan Memiliki Dadah


Tajuk di atas bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Tetapi jika tajuk itu menjadi salah satu headline dalam laman web bolasepak terkenal Soccernet, wahh memang worth mentioning uols. Mengikut sebaran fitnah tanpa bukti daripada sumber yang tidak boleh dinamakan, sosialit terkenal Paris Hilton telah menghisap marijuana dalam perlawanan suku akhir Belanda menentang Brazil. Paris, walaupun sudah biasa pergi ke kelab malam yang hiruk pikuk dengan muzik penyanyi kulit hitam dan perang, ternyata tidak dapat bertahan dengan bunyi vuvuzela yang menjengkelkan. Chihuahuanya Tinkerbell kini berada di dalam keadaan koma setelah overdos dengan pil ganja yang disumbat oleh Paris. Paris yang satu masa dahulu pernah digossipkan dengan Cristiano Ronaldo crybaby dikatakan meminati Ibrahim Allefay daripada skuad Belanda. Antara selebriti tempatan yang turut dilihat berlegar-legar dalam keadaan tidak keruan dalam perlawanan itu adalah Saiful Apek, Ameng Spring, Radhi OAG, Jamal Abdillah dan Saleem. Ayuh teruskan membaca berita Piala Dunia ini.

Sementara itu, surat khabar Brazil dikatakan telah menyediakan satu 'template' yang akan digunakan secara untuk untuk merogol Filipe Melo di atas kegagalan skuad Brazil untuk mara ke peringkat separuh akhir. Melo menjaringkan gol sendiri yang cantik ala-ala tandukan padu Alan Shearer dan kemudiannya dibuang padang kerana memijak testis Arjen Robben. Skuad Oranje kini akan bertemu dengan Uruguay yang menundukkan Ghana melalui sepakan penalti dalam peringkat separuh akhir nanti. Perlawanan suku akhir antara Argentina dan Jerman berserta dinner yang mahal untuk malam ini pula akan ditaja oleh Mohd Ikram Rahim yang telah lama tidak membuat kemunculan di dalam blog ini akibat kesibukan bekerja. Bagi menghilangkan rasa bersalahnya kerana tidak memberikan komitmen kepada team Bangi, beliau dengan tidak rela telah membuat proposal untuk membelanja kami. Eheh.

Dalam pada itu, saingan bola sepak fantasi Liga Super edisi Piala Dunia juga sudah hampir ke kemuncaknya. Berikut adalah kedudukan terbaru dalam Liga Super:


Hanya lapan pasukan teratas yang layak untuk ke suku akhir sekaligus menyingkirkan pasukan Adamonster pimpinan Adam Johari dan Oren Warna Kami di bawah kendalian Naim Marsidi. Cuba lagi 4 tahun ya korang haa haa. Shuhud telah menarik diri dalam edisi kali ini kerana tidak memiliki telur (keberanian) dan memberikan alasan kesibukan menampal gigi di atas pengundurannya itu. Saingan suku akhir menyaksikan pertemuan menggiurkan antara Apai dan Krisnan Ponusamy, surpise package Anas dan pemain bass Joanna & Co Tengku Sharmizi, sapatahakutaktau Ronaldo_7 menentang Dazu, dan ijaicool menentang Syed Muaz. Wahh berani ya kau Muaz jangan mengadu kat isteri kalau aku aibkan kau nanti.


So malam ni nak pau Ikram kat mana? Anda semua sila beri cadangan tempat yang mahal dan eksklusif, ada skrin besar dan tak jauh sangat dengan Bangi.



6 comments:

Anonymous said...

bangi ada tempat mahal dan skrin besar ke??mari pergi hartamas la..ahaks..

-fandi-

khairul_bariyyah said...

boley plak senarai nama2 artis malaysia yg tlibat ngan dadah eh...
benjy tak join sekali ke dalam senarai 2? hehehe..

Anonymous said...

adoi. skali lagi aku lingkup dalam fantasy football. :(

adam

Mohamad Faizal said...

fandi: pastikan bil seorang mencecah rm50 tak kiralah di restoran mana pun

khairul: eh benjy gemuk dia tak hisap dadah dia proses dadah je

adam: haa haa tak apa adam aku yakin kau akan menjadi lebih handal daripada abe

Rahim Hashim said...

nampaknya German akan menang world cup kali ni

Mohamad Faizal said...

mungkin benar, tapi aku tak lupa doakan kegagalan mereka selepas solat

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...