Wednesday, July 14, 2010

Pengaruh Paul Dalam Kehidupan Seharian

Semua orang kenal Paul The Octopus bukan? Sementara fenomena Paul masih hangat dibincangkan di alam maya, aku ingin menggunakan kesempatan ini untuk mendedahkan cara-cara yang paling efektif untuk mengeksploitasikan ilmu ghaib Paul. Kita tahu Paul memiliki rekod 100% di atas ramalannya di Piala Dunia 2010. Oleh sebab ramalannya itu tidak pernah salah, ada pihak yang mementingkan diri sendiri secara senyap-senyap menggunakan kebolehan Paul untuk membantu mereka membuat 'life changing decision' dalam kehidupan mereka. Sihir Paul juga digunakan sebagai 'guidance' bagi membuat perbandingan tentang perkara yang benar mahupun mungkar. Dengan menggunakan contoh dan bukti bergambar, ayuh kita kaji pengaruh Paul Si Sotong Kurita dalam kehidupan manusia.

1) Paul menentukan siapa juara American Idol

Perkara ini mungkin mengejutkan anda. Perisik Amerika Syarikat telah lama menyedari kebolehan Paul ini sejak Euro 2008. Undian yang dihantar kepada Lee Dewyze dan Cristal Bowersox sebenarnya sama banyak. Paul yang ketika itu berada di bawah tahanan Amerika Syarikat di bawah Akta Hasutan 1948 telah dipaksa untuk membuat keputusan bagi menentukan siapa pemenang American Idol.



2) Digunakan sebagai alat mencari jodoh

Terdapat beberapa orang bomoh dan pawang yang mengaku menggunakan Paul dalam upacara mencari jodoh bagi gadis-gadis terlajak mahupun janda gersang. Mengikut seorang pawang yang tidak mahu namanya dikenali, dia mendapat banyak keuntungan setelah membantu gadis-gadis membuat pilihan tentang jejaka yang mereka idamkan. Kadang-kadang gadis ini tamak mahukan segalanya. Tapi perempuan mana boleh kahwin dua so tak tahu nak pilih yang mana. Di sinilah Paul memainkan peranannya dalam memilih teman hidup yang sesuai buat gadis tadi. Pawang itu menjelaskan, proses mencari jodoh dimulakan dengan upacara 'menurun' sambil memuja nama Paul yang ketika itu duduk di dalam akuarium. Dua keping gambar ditampal dan Paul akan memberitahu gadis itu siapakah yang dia patut pilih dan tiduri. Tetapi upacara ini ternyata ada flawnya kerana Paul dikatakan hanya akan pergi ke gambar yang ternyata kacak tanpa mengetahui keperibadian seseorang itu.



3) Digunakan untuk membuat pilihan yang bijak

Paul seorang sotong yang kool. So dia akan membantu kita untuk membuat pilihan antara benda yang ternyata kool, ataupun benda yang sekadar bajet kool. Pilihan Paul ternyata tepat, jitu dan tidak dapat disangkal lagi seperti pilihan yang dilakukannya dalam contoh di bawah.



4) Menentukan kesejahteraan bangsa dan negara

Self explanatory, tidak perlu penjelasan.


In case kau orang tanya, ya aku memang ada banyak masa.

Peringatan: Penulis tidak akan bertanggungjawab dan berkongsi dosa jika akidah kalian tergelincir daripada landasan akibat terlalu taksub dengan ilmu sihir sotong ini.



21 comments:

jana said...

ha ha,
yang no.2 tu memang kelakar sekali,
kalau kak jana ada kat situ,kak jana angkat sotong tu letak kat shuhud,kasi lah dia chance sekali-sekali ijai ni.wa ka wa ka eh eh:-)

Mimie.Candy Cane said...

baru terpikir nak bela sotong sebagai binatang peliharaan.skang ni ngah duk pilih nak letak nama ape.antara ijai atau usin..

tp bukan utk meramal ye..untuk digoreng kicap bila dah cukup matang

ajjah said...

ha ha.. jangan orang jadi terlebih-lebih obses dengan si paul ni sudah la.. :)

do stop by at my blog ya :)

ken said...

lol.. forget the octopus.. my dog will rule in 2014! =P

et said...

kesian dr shuhud.^^

Mohamad Faizal said...

kak jana: bukan saya sengaja kak itu pilihan sotong nak buat bagaimana...

mimie: beri nama ijaila baru dia nanti disukai ramai

ajjah: ada agama sotong kau tahu

ken: heh the octopus will be dead by that time anyway

et: kasihan bukan dia tidak menjadi pilihan tetapi apakan daya terima sajalah dugaan yang tuhan berikan

Anonymous said...

haha..mmg la si paul tu pegi kat kau..dah rosnah mat aris yg cari jodoh..haha..

btw,mungkin lepas ni si paul digunakan utk meramal soalan2 spot spm dan spra..haha..


-shuhud-

jana said...

ha ha,
sakit perut kak jana ketawa bila baca komen shuhud,bagus-bagus jawapan yang tepat.

Anonymous said...

apakata kita, (kaum jejaka) mewakilkan Paul jika disuruh awek utk teman shopping.. hoyeahh.. pndai2 la Paul pilih baju mana yg lg lawa..



-megan musang

Anonymous said...

hahahaaa.pandai la paul pilih.kalau dgan rosnah mat aris memg secocok.


-silent reader.tibe2 xsilent.lps ni silent balik-

khairul_bariyyah said...

terbaik comment dr shuhud... ade dgr2 ura2 kate sotong paul ni suka kaler merah.. sb 2 die salu pilih yg byk kaler merah.. betol ke?

fndrocka said...

terbaiklah!!

Anonymous said...

aku tak tau sape rosnah mat aris. pergi google sebab curiga. skarang nyesal.

adam

Mohamad Faizal said...

shuhud: well kalau Paul pilih kau sekalipun mesti rosnah rela tak kahwin. SPRA aku dapat jaijidan

kak jana: alah kak kalau letak m daud kilau sekalipun dia tetap akan pilih orang yang lebih kacak betul tak?

megan: eh tak perlu untuk gadis mebe aku sendiri yang guna sebab aku selalu menyesal dengan barangan yang aku beli sendiri

anon: haha

khairul: sotong buta warna kot tapi tidak buta paras rupa

fndrocka: betul

adam: haa haa boleh dibuat modal tak?

^wirda^ said...

haha baru tadi aku post kat fb paul peluk PKR..hahah..mmg diekspolaitasikan sotong ni..

cracked bunny said...

memang kn tye paul ni jawapan time exam ni.mau dpt flat nnt.hehe

safwan said...

kalo paul pilih yang kacak, kata la paul tu gay?

ghogaru said...

Yang gambar no 3 tu dua-dua pilihan salah. Inilah pilihan yang betul- http://i5.photobucket.com/albums/y196/Yaro67/MySpace/ubuntu-logo217.gif

Anonymous said...

modal ceploit ceploit? tidak mungkin. haha

adam

Mohamad Faizal said...

wirda: yakah. usah sokong P.K.R sokonglah Y.P.R

sha: susahla nak seludup dia bawak masuk dewan periksa

safwan: tidak relevan, tak kira gay ataupun tidak, mestilah sukakan wajah yang sedap mata memandang bukan

ghogaru: nahh

adam: yelatu kalau berbogel di hadapan kau nak buat apa redha saja...

Anonymous said...

haha adam...jangan kau mimpi rosnah mat aris sudah..ngamuk shikin nanti..hee hee..



-shuhud-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...