Sunday, July 25, 2010

Pengembaraan Ajaib Ke Bukit Broga

Di zaman teknologi maklumat ini, mendaki Broga Hill ataupun nama Melayunya Bukit Broga adalah sesuatu yang 'trendy' menurut survey yang dijalankan oleh majalah InTrend. Bagi mengelakkan daripada dilabel kolot berdasarkan keputusan survey yang aku reka sendiri itu, kami ahli Team Bangi pun tiba-tiba bersemangat waja untuk menakluk Bukit Broga. Bukit Broga menjadi tumpuan mereka yang memiliki kamera mahal kerana mereka boleh menyaksikan pemandangan indah matahari terbit dan terbenam dari puncak bukit itu.


Bagaimana hendak ke Bukit Broga? Mudah sahaja, gunakan GPS haa haa kelakarnya aku. Well baca balik tak kelakar sangat pun sebenarnya. Bukit Broga terletak di Semenyih, berdekatan dengan University of Nottingham. Jika anda hendak menyaksikan peristiwa matahari terbit, anda mesti bangun lebih awal daripada ayam. Itulah sebabnya hanya ahli-ahli Team Bangi yang gagah dan selalu solat subuh sahaja yang mampu untuk menyaksikan peristiwa matahari terbit ini. Ada yang sekadar hangat-hangat tahi Abe menyatakan persetujuan untuk mendaki bersama di SMS tetapi seperti yang dijangka gagal untuk memberikan komitmen penuh pada keesokan harinya. Saja je exaggerate letak tajuk Pengembaraan Ajaib. Ayuh teruskan membaca kisah pendakian kami.

Mudah sahaja jika anda hendak tahu adakah anda sudah tiba di Broga. Walaupun baru pukul 6 pagi, anda akan melihat kereta yang banyak nak arwah di kaki bukit. Memang popular tempat ini, terutamanya pada hujung minggu. Walaupun menjadi tumpuan pelancong tempatan, Bukit Broga tidak menyediakan sebarang kemudahan asas. Jadi lebih baik anda berak sampai habis dahulu sebelum bertolak. Mungkin ada orang yang memberi pandangan yang sinis; "kalau gerak sebelum Subuh mesti korang tak semayang Subuh kan?". Kau silap. Ahli Team Bangi jarang mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Walaupun tiada surau, itu tidak menghalang kami untuk solat Subuh berjemaah di bawah pokok kelapa sawit.


Setelah membaca doa menaiki bukit, kami pun memulakan perjalanan. Di sana memang gelap gelita tiada lampu so ada baiknya anda membawa lampu kalimantang sendiri. Namun begitu, kebarangkalian untuk anda sesat adalah tipis kerana terdapat 'trail' yang jelas untuk anda daki. Tinggi Bukit Broga adalah lebih kurang 1.7km berdasarkan papan tanda yang aku lihat. Mendengar cerita ahli Team Bangi Hisyam (Ise) yang pernah mendaki bukit ini, dia kata takdelah mencabar sangat pendakiannya. Aku pun begitu over confident memanjat dengan pantas seperti monyet sebelum terdampar di Pancit Point pertama selepas 20 minit pendakian.


Mungkin aku terlupa makan ubat kolestrol malam tadi menyebabkan aku berasa mabuk todi dan perjalanan kami pun terhenti sekali lagi di Pancit Point 2. Ikram dah ambil steroid tu sebab dia tak letih. Jamil dan Evi pula on purpose tidak melakukan hubungan suami isteri malam tadi so diorang pun tak letih sangat. Pendakian dari kaki bukit ke puncak mengambil masa lebih kurang 45 minit, so kami sempatlah melihat peristiwa matahari terbit yang digembar-gemburkan.


Tapi seriously, orang memang ramai nak arwah. Masing-masing bawak kamera ada muncung aku sorang je ambil gambar pakai kamera telefon Nokia 3310. Alah diorang tu bergaya je lebih ambil gambar tak tahu entah-entah itu sekadar botol air berbentuk kamera.


Bukit Broga ini ada beberapa puncak. Oleh sebab Jamil dah tak larat, kami sekadar berlegar-legar di puncak yang pertama sahaja sambil berpiknik menikmati sandwich yang dibawa dari rumah. Jika anda bernasib baik, anda boleh membaham di gerai nasi lemak di puncak bukit itu (tipu).




Setelah penat mengambil gambar dan membuat sesi tandatangan bersama peminat, kami pun turunlah dari Bukit Broga. Perjalanan turun lebih mudah kerana hari sudah terang. Kawasan persekitarannya pun tidaklah banyak sangat hutan maka anda tidak perlu risau kot dibaham harimau ataupun tenggiling. Tetapi kalau anda tergelincir pasti anda akan jatuh berguling-guling sehingga ke kaki bukit.


Sampai sahaja di kaki bukit aku terus menunaikan solat sunat kesyukuran di dalam hati kerana tidak muntah ataupun pengsan di khalayak ramai akibat kepenatan. Kesimpulannya, pendakian Bukit Broga ini sememangnya agak mencabar bagi jejaka separa sotong seperti aku. Menjelang pukul 8 pagi, bukit ini akan menjadi sesak dengan manusia yang membawa pelbagai jenis bau maka lebih baik anda datang awal. Balik Bangi, usaha pembakaran kalori menjadi sia-sia setelah melepaskan nafsu dengan membaham makanan berkolestrol di Restoran Berlauk.



Buat ahli Team Bangi, we should do this kinda activity more often. Maybe kita boleh melawat bukit yang tidak perlu didaki seperti Bukit Belacan ataupun Bukit Bintang.

Frequently asked questions:

1) Di mana dan bagaimanakah kita hendak ke Broga Hill?


Broga Hill terletak di Semenyih tak baca betul-betul ke entri aku ini. Daripada simpang empat utama Bandar Kajang anda jalan terus je langgar lampu merah sehingga anda nampak papan tanda 'Broga' di sebelah kiri. Ambil simpang kiri itu, melepasi University of Nottingham sehingga anda sampai ke sebuah ladang kelapa sawit berhadapan dengan sebuah ladang Arnab. Tuan tanah akan mengambil kesempatan dengan mengecas anda RM2 untuk parking.

2) Gajet apakah yang perlu dibawa bersama?

a. Lampu suluh kalau nak daki di waktu Subuh ataupun Maghrib
b. Bawa air botol sendiri ataupun nyonyot sahaja buah dada isteri anda. Air ada jual di kaki bukit tapi mahal nak arwah.
c. Kamera untuk sesi camwhoring.
d. Minyak cap kapak. Kau jangan cakap besar kang kau pening sapa nak angkut kau turun berat badan melebihi 80kg.
e. Swimming suit untuk mandi di air terjun (tipu)

3) Susah ke Faizal naik bukit tu? Takdelah tinggi sangat aku tengok.

Susah jika kau ni memang jenis yang jarang main bola di padang hanya tahu main bola di kocek. Mampu bersetubuh lima kali bersama isteri tidak bermakna anda mampu mendaki bukit ini.

4) Bagaimana anda dapat mengekalkan seri di wajah anda ketika mendaki bukit itu?

Tak tinggal solat subuh. Lagipun Tuhan memang dah kurniakan aku dengan wajah desirable begini so aku redha sahaja dengan nikmat yang diberi.

Lebih banyak gambar di laman Fesbuk: http://www.facebook.com/album.php?aid=196933&id=628280825&l=8d47ed2c9d



17 comments:

Anonymous said...

sume org nk g broga hills tu..
best sngt ke..mcm bese je..

HyezLer said...

sempat korg berkoir lagu "The Climb" x? ehehehe

saya fawah said...

huhu seronoknye... kami team serdang pon penah gak mendaki di broga..mse tu broga tak popular lagi, tahu dr teman2 yg lain je..tp bile da daki baru tahu yg kami ni salah daki..tmpt yg kami daki tu,lbh kurang da dkt la dgn broga sbnr..tp seyes, tmpt yg kami daki tu pon cntik jugk..wa malu2..hingga skrg tak pergi lagi broga yg sebenar..huhu

Anonymous said...

baru je plan ngn member nk g sini.. tp asyik xde mase je.. ahli keparat pun x sebuzy geng2 i ni.. apsal x contect i?klo x leh g skali (tipu) :)

gadis TM cyber :)

cikhajar said...

kan da kata pagi td tuh ijai... tp cam ragu2 sbb mcm lain jek.. memula org pasan da killa.. ckp dlm ati, eh ni awek si ijai.. pastu nampak spek ijai.. tp still was2.. sbb

1) sore ijai lembut giler.. mcm sore abah2 mistali lagi penyayang..

2) asal dlm gambo ijai mcm kurus tp real nyer nampak cam ada 6 packs yg terkeluar sikit....

Mohamad Faizal said...

anon: memang bese je sebenarnya tapi dia jadi best bila pergi dengan orang yang kita gemar

hyezler: tak nyanyi lagu tu sebab broga hill ada lagu dia sendiri. "Broga Hillllll kibar bendera kita di sanaaaa yakin kemuncak duniaaaa"

fawah: haha bagaimana boleh salah bukit. bukit apa yang korang pergi bukit kayu hitam ke

gadis tm: dah kontek dah smalam tapi masuk voicemail (tipu)

cikhajar: biasalah macam artis dalam majalah mangga nampak je hangat tapi in real life diorang manusia biasa juga

O Ena O said...

aku penah bercita-cita nk pegi sane..tp smpai skang tak pegi2..isk isk...

finaz said...

hahahaha lawak nak arwah entry ni.. i dok gelak sorg2 spt biasa di ofis dan dibalas killer stare oleh my ofismate.. eleh mcm tak biasa pulak..

part ni i rasa kelakar..

Maybe kita boleh melawat bukit yang tidak perlu didaki seperti Bukit Belacan ataupun Bukit Bintang.

khairul_bariyyah said...

boleh plak kan solat syukur dalam hati..hahaha...
sunset ngan sunrise mana lagi cantek kat situ? *FAQ*

Anonymous said...

panjat Bukit Tabur pulak tgk, hehe..
~Yusry bukan KRU~

Anonymous said...

seb bek x smpi yg last peak.. mau jatuh tergolek2 berdasarkan tahap kesotongan anda... peacee

^wirda^ said...

huhu gila bapak byk nye org time wiken..
dulu team photog pun ada pegi, tp aku tak ikut la dh dorang pi wikdey, hihi..dan laki aku pun berkata, dirinya seakan tertipu, sbb igt bukit itu hanya geli2 saja tinggi dia..tp nk daki, penat nk arwah..mmg sah dia pun bawa minyak cap kapak..hahaha

Mohamad Faizal said...

ena: pergilah bawa teman lelaki

finaz: ajakla bos u baca sekali hik hik

khairul: sunset tak pernah tengok...so sunrise la best

yusry: huii aku dah gugel tadi boleh longgar lutut aku kalau naik Bukit Tabur tu

anon: haha (tanpa intonasi)

wirda: memang ponek nak mampuih sengal di kaki masih terasa lagi

nana said...

bukit belacan mmg tak didaki weh. tu kan tempat mandi manda.
tapi, kalau kau malas, kau mandi kat bawah-bawah yg banyak budak kecik tu.

jalan jauh lagi, makin tinggi dan mungkin rasa semput, tapi air best la, jernih.

- org ampang, dekat dgn bukit belacan.

Anonymous said...

alah..nape ko x panjat bukit katil?
lebeh mencabar ape..ahahahah..
eh ke bukit kayu itam..
(><)

-silenttrigger-

makdara TERDIVA said...

wei! kat atas tu ade kfc la :P

Mohamad Faizal said...

nana: kena jalan jauhla kalau yang dekat-dekat semua kanak-kanak sudah kencing

silenttrigger: bukit kayu hitam memang mencabar 500km dari bangi

makdara: memang ada tapi orang bawakla

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...