Tuesday, July 6, 2010

Perkara-Perkara Unik Yang Hanya Boleh Didapati di Warta

Mengikut kajian pola petempatan berpusat di Malaysia, kita boleh mengklasifikasikan kompleks membeli belah kepada tiga kelas iaitu Upper Class, Middle Class, Slightly Lower Class dan paling bawah, pasar malam. Contoh kompleks membeli belah Kelas Atasan ialah Pavilion dan Suria KLCC. Pasaraya Sogo dan Jaya Jusco merupakan jenis kompleks kelas pertengahan dan bagi pasaraya kelas bawahan, contoh yang ketara adalah Pasaraya Warta di rumah aku. Gempak bukan intro aku ini nampak macam entri bertauliah pula.


Di sini aku hendak memberi fokus tentang keunikan Pasaraya Warta di Bandar Baru Bangi. Well sebenarnya nama kompleks ini Bangi Utama, dan Warta telah digantikan dengan Bintang, tapi orang Bangi masih memanggilnya Warta kerana papan tanda 'WARTA' masih tersergam indah. Tak kisahlah orang nak kata Warta ini picisan ke apa, tapi aku suka juga membeli belah di Warta ini. Korang pun mungkin ada pasaraya picisan sebegini di kawasan rumah korang, Ayuh kita lihat perkara-perkara unik yang hanya boleh didapati di Warta. Oh unik tak bermakna sentiasa kool. Menjengkelkan pun ada.

1) Memakai kaftan ataupun boxer ke Warta

Ini memang pemandangan yang semulajadi di Warta. Pandang kiri kanan depan belakang anda pasti akan nampak mak orang yang tidak menjaga badan selepas berkahwin memakai kombinasi kaftan (or baju kelawar) dan tudung senang sarung yang keras di hujung tu. Pakai kaftan kau tahulah kan jarang dan kadang-kadang tersembul juga buah dada kiri. Tapi kau pakailah kaftan ke boxer ke orang memang tidak akan memandang hina kepada anda. Cuba kau pakai baju kelawar pergi Pavilion mau kena cota dengan pengawal keselamatan sambil dihina.

2) Boleh menonton wayang dengan harga RM5

Cuba bagi tahu aku wayang mana kat dunia ni yang menawarkan harga tiket RM5? Tiada, melainkan kau pergi tengok wayang kulit dekat TGV Kota Bharu. Gila kool menonton wayang di Warta. Kalau tak percaya dengan kekoolannya, sila lihat entri klasik ini. Tetapi malangnya, panggung wayang di Warta tidak dapat bertahan lama lalu muflis. Mungkin aku harus membuat dedicated entri tentang faktor-faktor kegagalan panggung wayang di Warta.

3) Boleh membeli kaset XPDC

Di Selangor ini, hanya terdapat 2 kedai yang masih menjual kaset. Satu kat kedai kaset Taa Fook di Kajang dan satu lagi di Warta. Sekarang ini zaman cakera padat ataupun muat turun sahaja lagu dan nada dering di Internet. XPDC tu sekadar contoh sahaja, anda boleh mendapatkan kaset Ramlah Ram, kumpulan A to Z dan juga Rhoma Irama di Kedai Muzik Harmony (aku main belasah je nama dia buat masa ini).

4) Boleh menghafal lagu Maher Zain


Ok yang ini memang menjengkelkan. Kau masuk sahaja parking, kau dah boleh dengar dah suara ala-ala Kris Allen menyanyi lagu-lagu berunsur ketuhanan dalam bahasa Inggeris. Mendengar lagu Maher Zain adalah umpama mendengar lagu kakaknya Ziana Zain; sekali dengar memang wau tetapi jika direpeat 24x7 memang rasa macam nak meninju penjual kaset tuh. Aku yakin akak yang jual samosa dan abang yang jual water filter sebelah kedai jual album nasyid dan ceramah tu lebih merana kerana terpaksa mendengarnya sepanjang masa. Sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi basah nyanyian Maher Zain. Ok yang ini aku tak ezajerit kalau korang tak percaya, lepas baca entri ni terus cari teksi datang ke Warta Bangi. Kalau korang tak dengar lagu Maher Zain, aku akan belanja korang sepaket Milo Fuze.

Bagaimana? Korang ada benda-benda yang unik tak di pasaraya berhampiran rumah korang? Kalau setakat Pasaraya Hero tak usah banyak bicara la Muaz.

p/s: adakah perkara ini berlaku kat korang? komen baru muncul di emel tetapi tidak muncul di blog. tampak seperti common issues yang baru timbul sehari dua ini. aku tak buat comment moderation pun jangan ingat aku tak terima komen membina korang pula aku kan gila komen. tapi kalau komen secara anon tanpa sign in dia muncul pula. jika mahu boleh laporkan di:
http://www.google.com/support/forum/p/blogger/thread?tid=3dcb02c83302034f&hl=en




35 comments:

Mimie.Candy Cane said...

berapa pasaraya warta bayar ko?

blogspot agak fakerudin hari ni.kami semua mengalami nya..sabarlah

Anonymous said...

hohoho mmg gempak pegi warta boleh selamba pakai kaftan tp saya anak dara tak sesuai lah pakai kaftan..haha..ha komen saya:
kat tesco atau giant kedai biasa2 je pon org perempuan nak pakai lawa2 mekap 8 inci,hbag mak datin, serta dress up mcm nak pegi pavilion.menjengkelkan betul!
sekian

noni

Anonymous said...

wahh..pasaraya warta bangi yg aku dh 2thn tinggalkn. tempt lepak yg sgguh kool. up sket dr pkns sksyen 8...hahaha


wayang rm5 tu aku sempt tgk cite long khong...kehkehkeh~


kun yusuf

Anonymous said...

nama Warta tetap mnjadi nama utama di bibir penduduk bangi walaupun pasaraya warta da gulung tikar..

'kau nk pegi manaa??' Warta~!

lama dah aku x pegi warta.. xpasan lak insiden lagu Maher Zain tu.. lagu dia yg mana ko da afal jai? ahha..bkn dia nk dtg Malaysia ke? ntah2 buat show kt Warta


-megan musang

Clarky Afif said...

pasaraya picisan berdekata rumah aku ialah:

Ongtaikim Sri Gombak, Ongtaikim Sentul dan Ongtaikim Jalan Gombak, Warta Selayang, Harihari Selayang. Ah so many!

Tapi sanggup pergi shopping OU. :P

khairul_bariyyah said...

kalo macam 2..tiap2 hari gi warta lah...
best hape dengar lagu maher zain 24/7.. hee~

Anonymous said...

weiii billion ape cerrrr? diskriminasi okkkk.

@rin @hamad said...

sy ske shoping kt warta..leh bli brg kosmetik ori..

tp baju kt dlm billion tu sume dah outdates giler ah...adoii..ssh btul lah..nk kena up sikit g metro kajang..huhu

tp warta ttp best,cari kuih2 bahulu n sy sempat beli tudung2 utk mak mertua..

lagi satu nk bgtau nasi ayam blkg wrta tu sedap giler..

nana said...

kat Ampang, yg picisan tinggal Pasaraya Bintang kot, dengan The Store. Yg best kat Bintang tu, ada A&W. Tempat lain kat Ampang ni mcm takde je A&W. The Store tu pulak, ada byk tong kitar semula utk badan kebajikan, buat aku rasa insaf dan zuhud setiap kali pergi sana.

Ampang dah byk sgt hypermarket lah.

Mohamad Faizal said...

mimie: diorang sponsor songkok untuk hari raya, tulis sajalah

noni: mungkin jika mereka bergaya sedemikian di tempat sedemikian peluang mereka untuk digelar hangat semakin tinggi...

yusuf: mengapa kau tinggalkan warta? kau duduk bangi ke dulu?

megan: cuba kau pergi petang karang serius aku belanja kfc kalau kau tak dengar lagu maher zain

clarky: wah majunya perniagaan ongtaikim!

khairul: peminat fanatik maher zain ke ni. trivia maher zain: tahukah anda dulu dia guru disiplin kat sekolah saya nama dia Ustaz Ahmad Mahir

anon: alaa billion memang aku tak gemar pergila

arin: apa nama kedai nasi ayam tu nasi ayam kampung ke

nana: ampang pointtttttt!

Rahim Hashim said...

kat rumah aku tkde pasaraya picisan ni..paling korok pun pasaraya hero, itu pun dah berjaya masuk iklan televisyen.

hehehe

Anonymous said...

taa fook tu bukan kedai keranda dekat dengan kedai basikal uncle ke? biar betul kedai kaset?

^wirda^ said...

wayang rm5..dulu time aku study ada kat IOImall puchong, tapi hari rabu je la..tu pun ikut citer..skrg ni tatau la ada lg tak price tu..hihi

pasaraya picisan kat area skolah aku dulu, YAWATA..tu kire paling gempak lahh! haha

O Ena O said...

nape pendek je entri ko kali nieh? masih berkabung lagik ke?
huhuh..aku tgh bes2 bace..sekalik entri pendek daaa..cewahh demand niehhhh..wahahhah

Cik Faridah Huda said...

MINAT supermarket...ko penah dgr tak ijai??? tp menurut kajian aku..ia hanya terdapat di beberapa lokasi kelas bawahan di utara tanah air...hehehe..di lembah kelang mmg tiada...sungguh picisan...

kat usj nie aku x nampak pulak pasaraya picisan...kot paling huduh pon, summit usj gamaknye..mengantok je kalo jejak...

O Ena O said...

CIK Faridah HUda...MINAT supermarket ade kt Kampar Perak..teman pon selalu gi minat tuh...sbb takde giant or tesco kt kg teman kecuali tesco kt kampar..ngee....

attiesya said...

kat warta tu, ingat lagi kedai kaset tuh.. tmpt lain x kuar lagi (speedy kt mines), tp warta dah ada.. contohnya, kaset masa af1 dulu.. siap member buat entry lagi tuh..

pastu wayang tu, sy pernah g tgk citer sepet.. dah la murah... satu panggung tu kami bertiga je yg tgk.. hahaha..

Mohamad Faizal said...

rahim: pasaraya hero? aku tahu satu je dekat bandar seri permaisuri rumah kau di situkah

anon: HAA HAA! boleh tak aku tahu siapa nama kau kerana kau sedari jenaka senyap aku. kaset lebih kurang casket

wirda: 101 mall bukan taraf kelas pertengahan ke? wayang dia gsc kan? yawata macam nama berhala je haa haa

ena: pendek ke lebih 80 patah perkataan ok

faridah: MINAT? haa haa memang berminat betul dia tapi aku tak pernah dengar

attiesya: hidup kedai kaset warta!

khairul_bariyyah said...

mesti lah tahu ijai... kawan sy dak skolah jalan 3 jugak.. dan secara kbetulan tuan rumah sewa yg sy duduk ni pon student skolah jalan 3 jugak.. salu je dgar pasal ustaz ahmad mahir 2.. heh~

Anonymous said...

jom rmai2 add fesbuk ust. mahir
haa..haaa..


-megan musang

Cik Faridah Huda said...

Ena : hahaha...kan betoi ckp teman..Minat byk di Perak..and 1 di kulim.....MINAT kat parit buntaq pon pamos gak dulu2...tp populariti kian kurang kini..dicemari ngan ECONSAVE hat x brapa nak gah tuh..dah la pekerja belagak kanmain..geramm aku...eh, x nampak pulak riak2 nak ader tesko...

Anonymous said...

klaka nyeee.... hhihihih...

tp dulu zaman blaja kt MFI nk carik pape barang mmg pegi Warta. hihihihi. =) mengimbau kenangan betol

-Nazri Fitri's colleague, hikhik

nf said...

yg paling aku xlupa masa naik lift kat warta..menggerunkan.tgh nak naik,dia stuck tgh jalan..nak gugur jantung..

papepun..warta mmg best..macam2 ada..tpt aku men bowling tu dulu,hehe

MY said...

Salam..

hoho.. yup.. warta mmg terbaik. wider scope, bangi pun best.. kadang weekend ja lari turun bangi. 5 thn duk bangi time belajar suka ja.. sempat la main bowling kat atas..

Anonymous said...

dah lama x pergi warta...dah 5 tahun lepas habis belajar....

Anonymous said...

warta masa dulu glamer tapi skrg pesaing spt giant,carrefour tesco yang bsr

Anonymous said...

warta masa dulu glamer tapi skrg pesaing spt giant,carrefour tesco yang bsr

Anonymous said...

warta masa dulu glamer tapi skrg pesaing spt giant,carrefour tesco yang bsr

Anonymous said...

suka pi warta coz..barangnya leh tahan murah...n parking xkena bayar...puas ati le jejalan kat dalam tu..boleh dikatakan semua ada...kedai dua hinggit pun ada...barangan dapur byk dijual disitu...tapi dgr kabar nk tukar jadi giant ek...xkisahlah..janji memberi kemudahan kepada pengunjung..harap2..parking xkena bayar...

Anonymous said...

mmg ada dengar Lagu mahEr Zain pOn..
br jer smLm pegi sana..
nak masuk ..huhu!

-Leeya-

Anonymous said...

mmg ada dengar Lagu mahEr Zain pOn..
br jer smLm pegi sana..
nak masuk dgr nak baLik pOn dgr..huhu!

eika_syafiqah98 said...

huhu..ya..WARTA mmg bez!
bez cnad2...mayb owunx tngOwk dri luar..ap ad dlam warta n? mayb 2 akan ter lintas ad kepale dOwunx when dOrunx first time pijak kaki ad warta..tpy biler masOwk ad dlam....pergh! mcam2 ad ad sni..aq nak bli n la..bli 2 la..mmcam2 yunx dOrunx nak bli..oh ya..n dOn't fOrget..unifOrm gallery...tingkat bapea tah..tpy ad 2 lhaA cwangan dyea ad dlam warta.huhu..(tu kdai pak lOng aq,...huhu..)

Anonymous said...

dari tahun 1995 aku dah ade kat warta :) warta memang terbaik.! walaupun pasara nya kecik..tapi memang superb.!!! ramai orang melayu,kalo ada cina dan india dorang memang respect melayu kat situ...lagi2 bulan puasa,dorg tak kan makan depan org muslim.

Liza @ Adzriel AB said...

Dik, akak copy gambor warta yang cun tu kat entry akak ni ha.. jgn marah ye.
http://adzriel.blogspot.com/2014/06/honda-sales-service-bandar-baru-bangi.html

Ir FirdausRahmat said...

salam admin kdi yg jual kaset uh masih ade di warta lagi ke

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...