Friday, July 16, 2010

Perkara-Perkara Yang Hanya Boleh Dialami Oleh Kaum Wanita

Waaaaaanita hiasan duuuunia seindah hiasan adalah wanita solehah. Itu merupakan bait daripada lagu nasyid In Team yang langsung tiada kena mengena dengan entri yang aku tulis ini. Merujuk kepada tajuk di atas, kaum wanita sebenarnya bertuah kerana memiliki pelbagai keistimewaan yang tidak mungkin dapat dikecapi oleh kaum jejaka. Salah satu 'experience' yang paling nyata tidak boleh dialami oleh orang lelaki adalah kehamilan. Anda makanlah pil hormon estrogen ke, buat pembedahan menampal uterus ke, mahupun mengaplikasikan teknik permanian beradas, orang lelaki tidak mungkin akan dapat mengandung. Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi perkara-perkara unik yang hanya boleh dinikmati oleh gadis-gadis. Ayuh teruskan membaca hasil kajian aku ini.

1) Kenikmatan Membebel

Membebel merupakan kemahiran asas yang dipelajari secara automatik tanpa memerlukan sebarang latihan khas. Kaum wanita boleh membebel untuk at least 10 minit terhadap perkara-perkara yang remeh seperti apabila kita tidak tutup kipas di dalam bilik ataupun perkara yang lebih berat sedikit seperti apabila kita terlupa tarikh ulangtahun percintaan. Kemuncak bebelan wanita boleh dilihat daripada body language mereka seperti bercekak pinggang dan mengetap bibir. Orang lelaki memang tak mungkin dapat rasa nikmat bebelan ni. Kalau kita nak membebel paling lama pun 5 saat sebelum kembali ditempelak oleh pihak gadis dengan bebelan yang lebih panjang.

2) Kenikmatan membeli-belah

Kaum wanita boleh dibiarkan shopping di dalam kompleks membeli belah selama 3 jam tanpa henti tanpa sebarang pengawasan. Mereka akan berasa sedikit aroused setiap kali melihat iklan potongan sehingga 70% di Parkson Grand. Mengikut kajian saintis barat, terdapat satu hormon keseronokan yang dirembeskan semasa gadis-gadis membeli belah menyebabkan pergerakan mereka menjadi aktif serta nafsu shopping bertindak di luar kawalan dengan membeli benda-benda yang nampak cantik tanpa mengira harganya. Betul atau tidak, korang gadis-gadis ada at least 2 pasang kasut yang tak pernah pakai lagi di dalam almari korang tu? Memiliki tanpa memakai sudah dikira satu nikmat buat gadis-gadis.

Orang lelaki? Well kasut konves aku ni dah 3 tahun pakai itulah kasut raya itulah kasut pergi kerja itulah kasut jogging ketika weekend. Kami memang tidak akan mengecapi kenikmatan membeli seperti korang.

3) Senggugut

Dalam salah satu segmen soal jawab yang aku lemparkan kepada gadis-gadis, aku meminta gadis-gadis untuk define senggugut. Salah seorang pembaca Cik Mimie.Candy.Cane berkata "macam neraka" dan Cik Otak Ketat pula cuba menjelaskan dengan lebih detail lagi seperti "perut mcm kena lenyek dgn kereta kebal. lepastu ada askar yg dengki pergi pijak-pijak plak perut kau lepas dah kena lenyek".

Walaupun dengan penjelasan sedemikian, kami kaum lelaki tidak akan faham perasaan kalian ketika PMS dan kami akan at least berpura-pura untuk faham. Di sebalik kesakitan senggugut, di sinilah kaum wanita akan mengeksploitasikan PMS mereka untuk memarahi suami ataupun teman lelaki mereka tanpa sebarang sebab yang kukuh. See, kenikmatan di sebalik kesakitan.

4) Mengecapi kemuncak syahwat tanpa perlu recharge

Tak kiralah jika kau ni Ariel Peterporn yang gagah di ranjang, orang lelaki perlu recharge dahulu sebelum kembali inzal. Berbeza dengan kaum wanita yang boleh mengalami orgasme berkali-kali. Eh itu pun aku baca dengan majalah online AskMen.com. Aku mana tahu benda-benda ini semua sebab aku masih teruna lainlah macam kawan aku Fandi yang baru berkahwin asyik nak cerita pasal persetubuhan halal sahaja.

5) Menyusukan anak

Satu lagi perkara yang tidak mungkin dialami oleh lelaki, menyusukan anak. Unless kau ada payu yang nampak menggiurkan kalau kau tak tengok muka dia macam kawan aku Anas. But still, sekadar boleh dummy je kat anak kita sebelum anak kita sedari akan kehadiran rambut-rambut kasar di sekeliling. Ewww.



6) Berasa gundah-gulana apabila melihat Edward/Jacob

Filem Twilight sedang hangat di pasaran. Aku tak tengok lagi Eclipse. Tetapi berdasarkan pengalaman aku menonton episod satu dan dua siri Twilight di panggung, aku dapat saksikan dan dengarkan ketaksuban peminat fanatik yang menjerit setiap kalau pontianak jantan ataupun serigala jantan muncul di skrin. Mak budak pun ada cuma diorang tak menjerit je sebab menjaga keterampilan di khalayak umum tetapi jika dilihat betul-betul muka mereka, anda akan nampak efek bling-bling muncul di wajah eksaited mereka (macam scene pontianak kena matahari dalam Twilight tu).


Ada juga lelaki yang gundah-gulana tetapi secara positif, iaitu ingin memperbaiki penampilan diri agar kita boleh nampak presentable seperti pontianak mahupun kukuh tubuh badan seperti serigala. Tetapi jika anda mengalami sindrom gundah gulana yang negatif sehingga berlaku pergerakan di dalam seluar, tenyatalah anda ini bukan seorang jejaka tulen.

Apa lagi perkara-perkara yang hanya boleh dialami oleh wanita? Secara kesimpulannya, cintailah wanita anda dengan sepenuh hati walaupun kita dibebel tak henti-henti. Assalamualaikum.



17 comments:

Nona Nadzirah Anak PakDin said...

anda betul2 menghargai wanita ye.
gud2.. ;)

Anonymous said...

Ni kajian berapa tahun nih

-Lisa

mijie said...

Haha..Jai..ketrampilan ko dalam berbicara soal wanita lebih baik dari Dr.Ismail Thamby...hehe...(Sila rujuk Harian Metro bhg.Pakar Sakit Tuan)..

.nurulhusna. said...

Poster "Screw Bella" tuh memang tak boleh blah. HAHA.

jana said...

ijai,
ni macam profesor serba tahu dalam majalah gila-gila dulu pula,semua topik dia boleh masuk.

Pernah dengar ceramah ugama dari ustaz yang jadi pengacara imam muda,katanya lelaki hanya boleh fokus kepada satu perkara sahaja,tapi perempuan boleh fokus kepada banyak perkara,cuma hard disk dalam kepala wanita sangat kecil,itulah sebabnya ia diluah kembali dengan cara menceritakannya semula(dengan kata-kata lain membebel he he).

yusuf mujahidin ™ said...

hahaha...

nana said...

kau rujuk pada siapa ni ijai? mcm lebih pandai dari org perempuan.

terpaksa kagum.

enuLwanie said...

abg ijai mmg pakar wanita..

bertuah akak datillah!

khairul_bariyyah said...

suka dengan ayat2 terakhir ijai tu.. caya lah ijai... twilight eclipse 2 banyak aksi cemolot je... nasib dah 18 tahun ke atas... wahaha

miralatiff said...

sebagai seorang wanita, saya terpakse bersetuju dengan fakta2 yang encik ijai nyatakan ini..

memang betul2 membuat kajian terperinci ni..

miralatiff said...

sebagai seorang wanita, saya terpakse bersetuju dengan fakta2 yang encik ijai nyatakan ini..

memang betul2 membuat kajian terperinci ni..

Mohamad Faizal said...

nona: biar saya nyanyi penuh. waaaanita hiasan duuuniaaa seindah hiasan adalah wanita solehah. yang aaaakan membahagiakan kitaaa di dalam rumantanggaaaaaa....(nasyid kontemporari)

lisa: err beberapa jam yang lalu

mijie: eh aku kenal dia selalu berbicara pasal ejakulasi pramatang

nurulhusna: jumpa di internet sahaja

kak jana: perempuan hard disk kecil tapi banyak RAM itu yang boleh multitask tu

yusuf: hihihi

nana: aku ada ambil subjek kokurikulum pengetahuan asas gadis masa kat U dulu

enulwanie: uuusah runsingkan fikiran pilihla aku saja pakar jurusan waaaniiitaaa (lagu KRU)

khairul: yakah? kejap lagi nak pergi tengok aksi cemolot lah ni

miralatiff: sesungguhnya saya memang almost all the time menyatakan fakta yang benar

Clarky Afif said...

pasal kasut tu aku baru ada sepasang yang tak pakai. sayang woh (baca: tinggi sangat, 3 stengah inci)!

ah, kena beli lagi satu. kali ni nak beli designer shoes pulak untuk cukupkan syarat 2 pasang kasut tu. ahahah!

otak ketat said...

7) mendengar lagu maher zain di bintang. LOL. bosan weh! hahaha.

Atiqah Ahmad said...

aku sokong no 1 sampai 5. yang no 6 aku tak sokong sbb aku tak layan twilight. hahaha.

Anonymous said...

jai. kau bleh bagitau nombor tepon mael? adik shikin nak tanye a few things pasal bank negara.

adam

Mohamad Faizal said...

clarky: tinggi sangat tak gayat ke

otak ketat: ahah! smalam aku hampir nak terbeli dah kaset dia kat warta

atiqah: napeee tak tengokkk twilighttttttt kan bestttttt

adam: aku dah emel

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...