Wednesday, July 21, 2010

Perkara-Perkara Yang Hanya Boleh Dialami Oleh Kaum Jejaka

Tempoh hari kita sudah mengkaji perkara-perkara yang hanya boleh dirasai oleh gadis. Hari ini demi menunjukkan sifat seksis yang sudah sebati di dalam diri, kita akan mengkaji pula perkara-perkara yang hanya boleh dialami oleh seorang insan yang bernama lelaki. Mana ada orang nama dia Lelaki kalau nama Fadhullah adalah. Anyway, perkara yang paling hebat yang gadis-gadis boleh experience adalah mengandung, tetapi kaum jejaka tidak kurang hebatnya dengan kemampuannya untuk membuat gadis-gadis bunting. Well mungkin keunikan tentang lelaki yang akan aku dedahkan ini nampak remeh dan gross, tetapi kami sebagai jantan sejati haruslah embrace nikmat yang dikurniakan kepada kami. Ayuh teruskan membaca hasil kejian aku ini.

1) Kenikmatan berbulu

Kaum jejaka boleh menyimpan bulu dan rerambut kasar di setiap pelusuk tubuh dan tidak perlu risau apa orang kata. Fuii sumpah nikmat menggentel janggut ketika membaca surat khabar Metro. Kenikmatan memternak bulu di badan memang tidak akan dapat dirasai oleh wanita. Kalau perempuan tumbuh janggut mesti dah pergi bawak jumpa Harun Din ataupun pergi berubat kampung. Nampak sedikit misai tumbuh huii terus Veet satu muka. Samalah macam bulu ketiak. Kalau kita tengok di majalah, tiada satu pun model gadis yang memperagakan jenama pakaian dalam Triumph dan terkeluar sedikit bulu ketiak mereka. Orang lelaki? Tenang sahaja menunjukkan six pack walaupun berbulu ketiak di kolam renang.

Hendak membela bulu dada? Bagi orang lelaki memang riada masalah. Sesetengah orang berpendapat bulu dada itu seksi. Cuba kalau gadis ada bulu dada awww tak kuasa uols.

2) Kenikmatan memakai boxer

Mengikut survey yang dilakukan oleh majalah Anjung Seri, 80% lelaki lebih gemar memakai boxer daripada briefs. Ini kerana faktor pengudaraan yang baik dapat mempengaruhi mood dan produktivii harian. Kami lebih gemarkan adik kami bebas menjalar daripada dibiarkan terkurung. Gadis-gadis mana boleh pakai boxer nanti tak stabil pula Laurier anda nanti.

3) Kenikmatan kencing berdiri

Oh yeah. Ini memang nikmat tahap tinggi. Bayangkanlah situasi ketika saat-saat anda hendak terkucil di Alamanda lalu anda pun melawatlah tandas. Tandas berpintu penuh. Ada satu ruang kosong di urinal. Nice. Bergerak ke urinal dengan tenang. Buka zip seluar, keluarkan adik, membuang hadas kecil sambil berbual-bual ringan dengan jiran sebelah, goncang-goncang sikit bagi habis and done, you're finished. Aku tak pernah masuk tandas perempuan so aku tak tahulah tandas perempuan ada urinal atau tidak. Mesti seksa kan kena beratur panjang dan kemudian nak buka tali pinggang, pin tudung, cardigan, and semua aksesori lain sebelum boleh menunaikan hajat.

Cemburu bukan gadis-gadis apabila aku menyebut point ini?

4) Membuka baju pada bila-bila masa

Orang lelaki boleh membuka baju pada bila-bila masa, tanpa mengira tempat kecuali di masjid. Kalau di pantai ataupun kolam renang, tenang sahaja kami membuka baju menunjukkan one pack kami. Kalau masa main bola pun kami boleh buka baju tapi kena kad kuning la.

Tapi jika anda seorang lelaki yang memiliki payu dara yang mantap seperti kawan aku Anas dan ada kemungkinan boleh mengghairahkan lelaki lain, janganlah buka baju sesuka hati ok? Sori Anas aku guna kau sebagai contoh lagi.



5) Kebolehan mengubahsuai struktur organ reproduksi

Self explanatory. Struktur boleh berubah mengikut rangsangan sekeliling mahupun cuaca.

6) Berasa gundah gulana apabila melihat Daphne Iking

Jika korang gadis-gadis berasa gundah gulana melihat Edward dan Jacob, kami orang lelaki ada fantasi kami juga. Mengikut pengakuan kawan aku Amir Rashidi, setiap kali melihat imej statik ataupun imej bergerak Daphne Iking dia mesti secara tidak sengaja melakukan dosa kemudian menyesal sementara.


Tampak seperti celaka entri aku kali ini tapi kalau nak diikutkan hari-hari pun entri aku celaka. Aku sekadar menyatakan kebenaran agar korang gadis-gadis lebih menghargai kami. Ku ingin kau jadi wanita mulia yang tahu harga budi dan hatiiii seorang lelaki bernama suamiiiii. Tiba-tiba aku menyanyikan lagu Kopratasa di situ sebagai penutup entri ini.



15 comments:

Anonymous said...

haha apai dulu pernah cite tentang kepanasan daphne iking. aku lebih expect dpd ikram. ikram kan suka gadis gadis berupa cina. haha.

adam

Anonymous said...

faizal tgk oprah winfrey pn leh ejakulasi gak haha..

-fandi-

Anonymous said...

Fakta semua tak senonoh, langsung tak cemburu!!!

Apa yang masyuknya dengan Daphne Iking?

-Lisa

Anonymous said...

sbnarnye byk lagi.. nikmat bole bangun tdo pkul 2 ptg.. nikmat main game smpai 3 pagi..

klau perempuan buat cmtu? da sah2 timbul gosip dan persepsi buruk msykt sbgai kurang sopan dan tidak sesuai dijadikan calon isteri haa..haa..


-megan musang

Anonymous said...

hahaha...likes this!!

Ho! we want more!! kehkehkeh


santiago

khairul_bariyyah said...

ngee~ megan musang,sy buat je benda alah main game sampai pagi2 buta tu.. hehehe

eh,ijai..dah kalo bunag hadas kecil dekat urinal tu,boleh beristinjak ke dekat situ untuk korang2 yang muslim ni? *curious*

Mohamad Faizal said...

adam: tu ah haritu abah ikram habaq kat jamil suruh ikram cari gadis melayu hii hii

fandi: ah kalau dia melucutkan pakaian di hadapan kau apa kau boleh buat? redha jela. selamat berbulan madu!

lisa: sukar hendak dijelaskan sama seperti apabila kaum wanita masyuk apabila melihat rosyam nor

megan: ya nikmat main game sampai 3 pagi! tiap2 minggu berkumpul di rumah aku sambil membuat onar

yusuf: apa saja untukmu takku hiraukan waktu

khairul: ada je deruan air yang mengalir untuk menyucikan hadas kecil

DingDong said...

anas lagi jd model.. siyes scary siot gmbr dia tu.. konon2 mengoda la.. wahahaha :D nway sorry en anas.. :P

HyezLer said...

Point no. 3 tu t’ígt plak kt gambar “gajah paling kecil di dunia”..ehehehee

Kenapa x panggil “Forte” instead of “adik” (sambil membayangkan keta cap Naza-Kia)

deeb said...

anas masih menjadi model! tahniah en anas... ni nk tanye, bleh ke kite detect sape yg viewing blog kite? thnks

Anonymous said...

oi...daphne iking yang aku maksudkan tuh wife aku la...
mmg itula nama panggilan beliau di rumah...(speechless nk xplain)

~AkuApai

mimi saidi said...

weh,bangang seh!hahahaha

otak ketat said...

lepas neh buat perkara-perkara yg hanya boleh dialami oleh kaum arbok plak. kah kah kah.

Mohamad Faizal said...

ding: eh dia memang seksila kalau saya ini gay sumpah saya pilih dia sebagai pasangan hidup

hyezler: forte??? what the what???

deeb: anda ada akaun google guna sahaja google analytic

apai: haha sudah terlambat untuk dijelaskan.

mimi: bangang tapi benar

otak ketat: haha susah sikit tu aku kena mendalami karekter

makdara TERDIVA said...

fakta yg mcm auta..tp bolehlah..haha! buat aku ketawa didalam hati jer entry2 ko ni..
[sbb nak ketawa skrg bos jeling2 manja tu]

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...