Monday, July 5, 2010

Say Hello To lil' Megatron!

Hari itu Fandi kira, rumah aku sekarang ada 18 ekor kucing. Semua kucing aku diletakkan di dalam cattery kucing di halaman rumah. Semasa tahun 90-an dahulu, semua kucing aku tinggal di dalam rumah. So kalau masuk dalam rumah je dah bau macam Pet Shop Simon kat fasa 4 tambahan tu. Tidak tahan dengan bau-bauan itu, mama aku pun mengupah kontraktor haram untuk membina setinggan di halaman rumah untuk dijadikan sebagai petempatan kucing-kucing. Sejak hari itu, rumah aku bebas daripada bulu ketiak kucing serta bau semulajadi mereka. Tiada kucing yang dibenarkan masuk ke dalam rumah kecuali arwah Kelly. Kucing Persian aku seperti arwah Oakley yang harganya seperti sebuah motosikal Honda pun diletakkan di luar. Habis compang-camping bulu mereka sehinggalah aku kepupusan kucing Parsi. Lepas tu langsung tak bela dah kucing Parsi sebab susah nak maintain.

Sehinggalah pada pertandingan kucing baru-baru ini, mama aku tiba-tiba bernafsu untuk kembali menternak kucing Parsi setelah cemburu melihat tuan punya kucing lain berlagak dengan kegebuan kucing mereka. Tanpa berfikir panjang, mama aku pun menuju ke kedai binatang ternakan Simon pada hari Ahad yang lalu untuk membeli kucing menggunakan kad kredit. Pada mulanya mahu beli seekor sahaja untuk dijadikan baka. Tapi kalau sekor je nak suruh mengawan dengan siapa? Dengan Fandi? So mama aku pun bercadanglah nak beli lagi seekor kitten betina. Tapi bini Simon memang pandai memukau minda pelanggannya. Dia tunjukkan kepada aku seekor anak kucing Parsi yang super comel dan gebu, dan mama aku terus membelinya umpama gadis-gadis membeli kasut tanpa berfikir akan natijahnya di hujung bulan. Akhirnya beli dua-dua ekor jantan aku harap nanti tak keluar berita di Harakah tentang orientasi seksual kucing-kucing aku.

So everyone, say hello to lil' Megatron!


Eh teruskan membaca ada banyak lagi gambar.

Aku telah buat deal dengan mama aku. Kalau aku boleh beri nama kepada anak kucing yang baru beli ini, aku akan menjadi anak yang soleh yang tidak akan lupa mendoakan kesejahteraan orang tua mereka. Eh bukan, itu memang tanggungjawab seorang anak. Deal aku dengan mama aku ialah aku boleh beri nama kepada seekor kucing, dan mama aku pula akan beri nama kepada seekor lagi tanpa boleh mempersoalkan nama yang telah dipilih. So nama yang paling notorious dan bergaya sekali yang boleh aku beri sudah pastilah Megatron kan. Persona Megatron. Niceeee rite?


Tapi mama aku jelas tidak bersetuju dengan nama yang aku beri itu. Mama aku tidak pernah sekalipun menyebut nama Megatron dengan betul. Sekejap panggil Tontron, sekejap panggil Sinetron sekejap panggil UTP Tronoh memang tiada kesinambungan antara satu sama lain.

Ada seekor lagi. Dia ni besar sikit. Mama aku beri nama biasalah naik tersimpul lidah hendak menyebutnya. Aku pun dah lupa apa nama mama aku beri yang pastinya ada Persona kat depan. Aku panggil dia Shuhud je sebab satu badan dia kaler hitam. Haa haa amacam lucu tak lawak racist aku high 5! Anyone? Ala kau tahu aku bergurau dan sayangkan kau Abe macam aku sayangkan kucing aku ini.



Apabila aku pergi kerja, mereka tidak boleh dibiarkan berkeliaran di dalam rumah tanpa pengawasan. Dah dapat duduk dalam rumah pun memang sudah tinggila keistimewaan yang diberikan. Mungkin kerana nafsu kebinatangan mereka yang mencanak-canak, Megatron dan Kucing Hitam yang aku taktau lagi apa nama dia tu pun bermainlah kejar-kejar sampai ke tingkat atas. Malang tidak berbau durian, Megatron yang terlalu eksaited itu tidak sempat brek lalu terjatuh dari tingkat dua bedebuk bunyinya. Mama aku pun terus mengilai umpama Maya Karin. Terus in shock Megatron lalu menyorokkan diri di bawah almari. Risau jugak tengok dia jalan terkedek-kedek and aku sudah bersiap-siap dah untuk ke klinik. Tapi selang beberapa minit dia kembali pulih dan kembali berkejaran macam kucing gila. Tadi aku dan mama aku pergi kerja, mereka diletakkan di dalam bilik air mama aku. Hobi mereka adalah duduk melepak di sudut-sudut sukar.


Aku dapat rasakan mama aku mengilai sekali lagi akibat pinggan antik serta perabot gaya 'English Decor'nya bakal dimusnahkan oleh little rascals ini. Mereka berdua memang aktif dan playful. Semua benda yang bergerak pasti akan diterkamnya. Sorang baham bunga plastik sorang lagi benam nak lemaskan diri dalam mangkuk entah kenapa tah. Mungkin sebab mama aku selalu pasang channel Korea lepastu terikut-ikut dengan trend pelakon Korea yang gemar membunuh diri.




Nampak sangat kasih sayang aku akan berat sebelah kepada Megatron.



24 comments:

Anonymous said...

salam

entry ko buat aku tringtkn arwah kuceng aku



yusuf

khairul_bariyyah said...

yg megatron 2 comel seh... sebab tang hidung ngan mulut tibe2 kaler putih.. eii,geram2...

tapi,takot tengok kucing kaler itam.. rasa mremang je bulu tengkuk.. hooo~

Dikna said...

tahu la kedai tu..selalu gi beli makanan kucing dan pernah jugak beli kucing parsi kat sana..untie tu slalu bagi harga murah...tp uncle tu kedekut sikit...huhu

kita sama la, banyak kucing dan ada setinggan kucing kat luar rumah jugak...;)

shogunn_general said...

haha ade jgk kucing bernama shuhud..kenapa ko tak namakan die Maicon ke, Samuel Eto'o ke, Zainal Abidin Hassan ke..

Fazira said...

lagi sesuai letak BumbleBee dari Megatron. HIhihihi

Mohamad Faizal said...

yusuf: takpe nanti dah besar dah pandai berjimak dapat anak aku jual kat kau dengan harga yang agak berpatutan

khairul: pasti comel. orang kata kecomelan kucing itu selalunya turun daripada tuannya

dikna: yakah di mana rumah anda boleh saya kidnap sekoq dua

naqqib: eh kalau nak letak pemain bola kulit hitam aku akan namakan ade akinbiyi

fazira: manaaa kalau letak nama bumblebee nanti dah besar ada potensi dia jadi kucing awww. tak rela uols

otak ketat said...

nama nak futuristik aja. kasik nama abu sudah. haha.

jana said...

ijai,
taruhlah nama fasha sandha yang betina tu yang jantan tu nama jejai
ke he he.

jana said...

ijai,
taruhlah nama fasha sandha yang betina tu yang jantan tu nama jejai
ke he he.

atiezul said...

yg mne jntn mne betina?

Anonymous said...

haha...
ade jugak nama aku..ceh...
aku agak bersetuju ngan saranan kak jana..sekoq bagi nama fasha,sekoq lagi jejai..silap2 boleh bwk helikopter pi pulau aneh di t'ganu..haha..
btw,nabi muhammad SAW sukakan kucing dan baginda suka dgn org yg sayangkan kucing..perawi hadis abu hurairah ra juga sukakan kucing(usrah tambahan)..


-shuhud-

Anonymous said...

teringat satu page kt fb

MY SISTER SAID IF I GET ONE MILLION FANS SHE WILL NAME HER BABY MEGATRON

papehal due2 ekor tu mmg comel wuu da lama x pelok kucing.. xde prtndingan meneka harga kucing ke? sapa btol dpt bwk blk sekor he..he..



-megan musang

Anonymous said...

mmg comel si megatron tu...

si shuhud (hikhik....jgn marah *peace*) tu comel gak, tp mungkin akan menakutkan org penakut cam aku malam2...

shikin

Nor Atiqah Ahmad said...

comel nyeee!!!!!!

qilahlala said...

i nak komen lain.. tapi baca komen si syuhud.. terus lupa nak komen apa.. sempat je nak berusrah...

megatron!! kalau u x ckp u bagi nama tu, i mmg dah tahu dah :p

Clarky Afif said...

five! haha

ahhh megatron mega comel!
agaknya yang hitam tu nama persona fikasi ahaha!

Mohamad Faizal said...

otak ketat: abu?? nanti masuk pertandingan kucing dia kena gelakkan dengan kucing bandar lain

kak jana: dua dua jantan. kalau salah seorang kucing tu menjadi arbok bolehlah letak nama fasha

atiezul: dua dua memiliki testis, tak jumpa betina yang gebu tempoh hari

abe: Alhamdulillah semoga anda semua mendapat mesej yang disampaikan

megan: haa haa grup tu dah lebih sejuta dah akak dia takde pilihan

shikin: penakut ke? aku dengar khabar angin kau ni isteri garang hik hik jangan marah *peace*

atiqah: ikut tuan dia of kos

lala: mula2 ingat nak bagi nama omega trend

clarky: persona fikasi...ataupun personal unpaid leave. eh

^wirda^ said...

ko mmg pilih bulu kan? mentang2 yg sekor lg itam legam..tp menawan what...

oh boh pesona bintang. yg itam tu..wah mcm ning baizura plak..upss..

aku rasa megatron tu mcm robot..baik ko letak MEGALO, baru gebu nama tu.tgk tak citer katun topo gigio..ada kucing noti nama megalo..hihi..aku mmg suka terpengaruh ngan watak katun.

Cik Faridah Huda said...

dua-dua kiut..tp opkos la megatronn lebih mengancam....

syiok tgk gambaq depa di sudut2 sukar tuh and aksi selam si megatron..cari ikan ke ape tuhhh..

sI tEDI said...

malaslah aku nak komen!

entry kau berunsur memberi kecemburuan melampau!

Anonymous said...

ijai, comelnye weh megatron tu.aku cukup suke tgk kucing berkaki pendek.haha.comel.saiz gempal ke saiz kecik ke xkisah. aku rase mcm nak terkam je megatron tu...huhu

~jeni~

Mohamad Faizal said...

wirda: megalo? macam gigolo je aku takut mempengaruhi sikapnya bila besar nanti...

cik faridah: mungkin mencari erti kehidupan...

tedi: haha usah cemburu catshow akan datang ke melaka hujung bulan kau belilah sekoq nanti

jeni: aku kan jauhkan megatronku daripada ancaman anda...

nana said...

comel nya kuceng-kuceng kau!

Siti Nur Aminah said...

comellnya..nk pnjm

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...