Sunday, July 11, 2010

Seram: Episod Enam

Kisah seram ini berlaku pada beberapa malam yang lalu. Aku ingin beri amaran awal-awal, kalau korang ni jenis yang penakut ataupun mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi sehingga boleh menyebabkan serangan kardiovaskular akibat ketakutan yang amat, mungkin anda harus berhenti membaca entri ini dan pergi baca Harakah Online instead. Aku tidak tahu mengapa hati aku berdebar-debar pada malam itu. Jantung aku berdegup kencang. Peluh sejuk membasahi dahi. Aku cuba melelapkan mata tetapi tak berjaya. Jarum jam tangan Fossil baru aku menunjukkan sudah pukul 2 pagi. Bunyi salakan serigala (or anjing) sayup-sayup kedengaran menyebabkan hati aku menjadi semakin tidak tenteram.

Aku bangun dari katil, masuk ke dalam bilik air dan mengambil wudhu'. Aku cuba hendak membuat solat sunat bagi menenangkan hati aku tetapi tidak jadi sebab aku tak tahu bagaimana niat dan rukunnnya. Aku kembali baring ke atas katil. Mata aku terkebil-kebil dalam kegelapan. Pelbagai posisi yang aku cuba bagi melelapkan mata. Sekejap posisi mengiring, selepas itu posisi missionary, kemudian posisi sayap kanan. Semuanya tidak membuahkan hasil. Mata aku masih lagi segar. Aku cuba sedaya upaya untuk tidur sebelum pukul 3 pagi kerana mengikut filem-filem seram yang aku tonton seperti The Exorcism of Emily Rose dan Paranormal Activity, kejadian seram akan berlaku di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi. Aku ni harap organ reproduksi je besar macam orang kulit hitam, tapi aku sebenarnya seorang yang penakut.

KISHHH! KRISHHH!! KRIKK KRIKKK KRIKK!!! Tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti sesuatu mencakar dinding. Terus berderau darah aku. Untuk menyedapkan hati, aku anggap bunyi itu sebenarnya mungkin bunyi kipas angin aku yang dah nazak. Suasana sunyi seketika. KISHHH! KRISHHH!! KRIKK KRIKKK KRIKK!!! Bunyi itu kedengaran sekali lagi. Kali ini aku pasti itu bukan bunyi kipas, tetapi ada sesuatu 'entiti' yang sedang mencakar dinding ataupun lantai di bilik aku. Mulut aku terkumat-kamit membacakan kalimah suci sebagai pendinding. Doa Qunut yang aku tak lancar bahagian Qodoit Afait tu pun aku kini boleh baca dengan bacaan tajwid yang betul. Oh Tuhan lindungilah hamba-Mu ini daripada dipaparkan di majalah Mastika. Ketika itu, satu bau yang amat busuk mula menusuki hidung aku. Baunya banjingan itu meresap jauh ke dalam hidung menyebab aku muntah tetapi tak keluar apa-apa. Sumpah busuk nak arwah bau itu lagi busuk daripada bau ketiak salah seorang ex-classmate aku semasa tingkatan tiga.

Aku berkata di dalam hati untuk memberanikan diri, "KAMON FAIZAL KAU KENA BERANI SEBAB WAJAH KAU MEMANG WAJAH ORANG YANG BERANI". Tangan aku terketar-ketar cuba mencapai suis lampu. Aku menutup mata sambil membuka lampu. Bunyi cakaran sudah berhenti tetapi bau busuk itu masih berlegar-legar di awangan. Aku memguatkan semangat untuk membuka mata. OH MY GOD ALANGKAH TERKEJUTNYA AKU APABILA MELIHAT SUASANA NGERI DI HADAPAN MATA AKU....!!!!

(kena scroll bawah sikit untuk menambah elemen suspen)






























Kurang sopan kau Persona Megatron pergi berak dekat alas kaki aku pulak. Aku dah latih dia agar berak di tempat yang disediakan di bawah. Tapi aku tak marah kat dia sebab dia comel dan mungkin dia nasih tak tahu jalan dari bilik aku ke dapur. Sekian, Assalamualaikum.



11 comments:

cracked bunny said...

nasib baik comel.kalo tak naye aje megatron ni

Muaz said...

Haha.. aku dah agak dah - bunyi2-an tu mesti megatron.. haha..

anyway, congratz on the 4th place! hehe

Mohamad Faizal said...

sha: betul! kalau tak comel macam naqqib mesti sudah dikurung

muaz: haha kecewa doo aku lupa buat substitution manually. langsung kapten aku podolski tak main. tapi dalam liga kau tempat keenam, boleh cuba lagi nanti ya haa haa

^wirda^ said...

comel megatron berkaki pendek..haha
sebbaik tak berak atas katil..haha

Anonymous said...

seram dow cite ni..agk2 ape ending dia? hahaha



casillas

Mohamad Faizal said...

wirda: uih jangan berak atas katil nanti kena tukar cadar corak bunga-bunga cinta...

yusuf: eh mana boleh tukar nama jadi casillas bila spain menang piala dunia

linn said...

sha: tetibe aku teringat kisah, kucing n tilam kt dorm kite dulu.. tros, ko dun like cat.. wawa.. mshkh ko ingt sha??

khairul_bariyyah said...

dah agak dah... mesti kucing punye nih.. comel lah megatron nih.. meow!

cik arnab said...

megatron dah berjaya latih tuan dia baca doa qunut dgn lancar sekali.. anda berjaya megatron..kiki

melanie said...

apo ending dia?

Mohamad Faizal said...

klik read more cik

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...