Thursday, July 22, 2010

Things That You Should Never Say To a Gadis

Gadis adalah makhluk yang paling kompleks. Ini adalah statement yang neutral tidak merujuk kepada mana-mana gadis tertentu. Kita harus berhati-hati ketika berbicara dengan gadis kerana jika kita tersalah cakap sikit, kita terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli baju Forever 21 untuk memujuk mereka. Mood gadis-gadis memang sukar diramal. Kadang-kadang, kita tengah cakap pasal Mel Gibson pun kita boleh kena marah. Itu belum lagi kita termention nama Scha Al Yahya dalam perbualan harian. Jadi di sini aku ingin kongsikan beberapa ayat-ayat yang harus dihindari ketika berbicara dengan gadis. Ayat-ayat ini memang menjadi 'taboo' dan boleh membuatkan gadis-gadis datang haid secara tiba-tiba jika mereka mendengarnya. Ayuh kita kaji ayat-ayat ini.

1) Jangan sesekali komen tentang berat badan seorang gadis, secara direct ataupun indirect. Ini perkara yang paling sensitif buat gadis-gadis. Kita lihat contoh di bawah. Ungkapan ini merupakan ungkapan sebenar yang diungkapkan oleh seorang ahli Team Bangi yang terpaksa dirahsiakan namanya bagi melindungi identitinya.

"Weh *****, apasal bentuk badan kau tak kembali ke bentuk asal lagi?" tanya seorang doktor gigi kepada isteri ahli Team Bangi yang baru lepas melahirkan anak.


Memang tiada tapisan mulut dia. Sekeji-keji aku, aku tidak akan membuat komen begitu kepada gadis yang lain. Pakai tshirt offensive seperti di bawah boleh diterima lagi. Tapi mengata berat badan gadis depan-depan memang aku tak berani.



2) Jangan sesekali komen tentang bulu-bulu di badan gadis. Contohnya "Eh awak ada misaila hihi". Lebih-lebih lagi selepas dia minum susu nanti lagi tebal misai.



3) Ketika sedang menemani gadis membeli-belah, jika gadis bertanyakan pendapat anda tentang cerek elektrik mana yang patut dibeli, jangan sesekali menjawab "Ala saya tak kisah, dua-dua pun sama". Gadis-gadis mungkin menganggap yang anda tidak peduli. Walaupun anda memang tak peduli, just one two juz sahaja di dalam minda dan buatlah pilihan anda.

4) Usah tanya "Eh awak ubah fesyen rambut ke?". Walaupun soalan kita itu nampak harmless tetapi gadis-gadis selalu overthink things dan ingat kita tak suka dengan fesyen rambut terbarunya. Walaupun rambut gadis kita macam Abu Bakar Ellah, tipu sunat saja dengan memuji kecantikan mereka tanpa memandang rambut gaya kelapa itu.

5) Jangan membandingkan gadis dengan ibu kita walaupun kita anak mama. Ini adalah kerana boleh jatuhnya hukum zihar. Jika anda tidak bersekolah agama sampin hijau, mungkin anda tidak tahu. Tahfiz sampin ungu pun tak ajar aku rasa. Contohnya: "Engkau adalah seperti belakang ibuku" ataupun nak lebih urban, "your ass is like my mum's ass".

6) Ok yang ini ada kaitan dengan no 1, cuma kita sahaja yang tak sedar. Kita jumpa kawan kita yang baru kahwin, lepas tu tanya "Eh bila due date ni?" Rakan itu memandang tepat ke dalam mata anda, mengetap bibir, berlinangan air mata, dan menjawab dengan suara terketar-ketar, "Saya tak mengandung.....". Tiada ayat susulan yang dapat memadam rasa bersalah anda.

7) "Alah awak ni emosi sangatlah...rilekslah...". Perempuan memang beremosi jadi biarkan sahaja mereka dengan emosi mereka walaupun sekadar beremosi melihat Rain keluar kat TV dalam iklan syampu. Anda beranilah ungkapkan ayat tadi tu pasti bertambah-tambah emosi mereka.

8) Saying vile things are a definite no no. Contohnya bij, kant, fak, dikfes, bolsleeker, koksaker, keldai dan sebagainya. Bak kata Ne-yo dalam iklan kemanusiaan Hitz.fm, "Treat woman like how you want people to treat your mother or your sister or your aunt or someone special in your life"

Dengan berpandukan tips-tips di atas, berharap hubungan anda dan pasangan akan menjadi lebih baik. Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan anda bersama gadis anda. Jika anda gay, saya doakan juga kebahagiaan anda kerana saya bukan seorang yang homophobic tetapi kebahagiaan di dunia sahajalah dah mati nanti kena cemeti dengan malaikat Mungkar Nakir aku tak boleh nak tolong.



26 comments:

qilahlala said...

bila tnya mana ok, A ke B?most of the time mmg jawapan, dua2 pun ok.. so mmg tak tanya dah la kan...

Anonymous said...

1) Lebih emo kalau yang tegur pasal berat badan tu abang kandung sendiri :( Baju anda lebih keji la Ijai

2) Kalau girls ada misai tak hot ke?

5) Tak pernah pun nak terjemahkan "belakang kau macam belakang mak aku" = "your ass is like my mum's ass"! Even saya sekolah agama tanpa samping hijau! Haha.

7) Haa... Ni tepat sekali :D

-Lisa

enuLwanie said...

abg ijai mmg seorang yg pakar wanita.

kali ni x syak lagi!

klu dpt seorg mcm abg ijai, mst lucky gile la....


;)

Noraishikin Mohd Salleh said...

thanks Ijai...i like it! sebagai wanita, semua fakta diatas adalah 100% benar :p ko refer 'sally' ke?

bukan penggoda said...

pehh. mmg ada yg btolnye. keh keh keh.

*kuku patah said...

exactly true

Anonymous said...

aku demand entry ni untuk laki plkkkk

cracked bunny said...

makcik setara nenek kat sini certainnye bermisai tebal.tak caya? nanti nak snap gambar curi.bkn misai aje, siap janggut lagi.nasib baik chicks malaysia xmcmtu.maka bersyukurlah wahai jejaka malaya. ;p

ada m0khtar said...

tak sangka pulak perempuan sangat complex macam gitu... hehehe... btw, bgus jugak ada entry macam gini... senang hati para perempuan..

Wahida Nasution Thakhrim said...

perempuan sangat kompleks.. walaupun ada perempuan yang berani mengaku dia jenis yang 'simple'..

Anonymous said...

berkenaan point no.7
aku pn bru tahu kalau aku ckp "ala lek2 chill jee" bile gadis ada masalah mmbuatkan mereka lebih tnsen.. itupun stelah aku stalk formspring sorang gadis ni hak3


cis kalau Jacob peluk mereka sambil membisikkan kata2 "Relax my dear, everything gonna be just fine. Trust me" sukee pulakk? haa haa..


-megan musang

[z@ck] said...

bab beli barang tu agak betul sebab kita mengharapkan jawapan yg tulus ikhlas dari hati..bila boy cakap 'mana2 pun tak kisah'..rasa macam.. baik ko duduk rumah layan spongebob

hahaha.btw..nice one bro.

Mohamad Faizal said...

lala: tapi mungkin memang dua dua cantik dan menarik....

lisa: 2) err tak boleh jawab soalan itu nanti terguris hati kalian

enulwanie: oh biasa dulu ada ambil sijil feminisme sejagat di universiti

cikinto: sally bukan gadis sejati, exqueeze me

bukan penggoda: saya mana pernah bohong (bohong)

kuku patah: saya mana pernah bohong (bohong lagi)

anon: aku akan turuti demand kau!

sha: serius ke? ambil gambar sikit please

ada: blog ini memang bias kepada perempuan (bohong lagi)

wahida: is that your real name? nasution thakrim kool gila nama macam ahli decepticon (ini pujian ok)

megan: eh jacob cakap camtu kat aku pun aku boleh keliru dengan orientasi seksual aku

zack: tapi tapi tapi kadang-kadang memang dua dua cantik.....

khairul_bariyyah said...

setuju 342%!! paling setuju nunmber 8 tu... stress la dengar laki2 yg lancang nak cakap pkataan2 macam 2.. hish! (kan dah emo-perempuan)

zeratikah zainal said...

pasal berat tu betol. tapi tshirt tu pon bleh bt gadis2 yg melihat jd sensitif. tu bukan bleh masuk kategori indirect ke?
pasal brg, rasanye gadis akan selalu tnya "mane satu LAGI ok?" atau lbh krg mcm itu la. jadi kalau jawab "dua2 ok" samalah macam tak menjawab soalan kan? hehe
btw, entri menarik. ;p

z a t i said...

"kalau mak yu dengan ai lemas sape yu nak selamatkan dulu?" ialah contoh soalan yg boleh diajukan jika inginkan lelaki buat muka 'matila-aku-kena-keluar-duit-beli-henbeg-walau-dgn-apa-jpwn'

Anonymous said...

oh.kan best klu bf i pandai pk macam ijai =)

^wirda^ said...

no5 tapaham..
no6 penah dialami dulu..rasa mcm nk bg tendangan padu maut saja...hahahahahhaa

n a d e a said...

nice entry... and 100% agree !
especially no 1. yg tu palingggg sensitif! heee ;p

crazy_labelle said...

haha... cam cibai no 6 tu...
xpsal2 ak rse mcm nak bunuh org bile baca entry ni.

Mohamad Faizal said...

khairul: err kalau gadis cakap macam tu kat lelaki bagaimana

zeratikah: ok saya akan cuba kurangkan pakai baju itu. tapi itu baju kegemaran saya...

zati: apa punya soalan itu. pernah kena tanya kah

anon: err itu tidak bermakna saya tidak pernah melakukan perkara2 di atas

wirda: tak faham no 5? kena masuk kelas tusyen ustaz faizal al-kacaki ni

nadea: betul. sedaya upaya saya akan elakkan walaupun mulut ingin gemar mengata

labelle: pernah terkena kah no 6 tu hihi

Idlan said...

Aku sarankan, kalau sapa-sapa kena tanya soalan berbentuk: "Kalau mak you dengan I lemas, saper you selamatkan dulu?", maka jawablah balik:

"If you were in my place, and antara mak you dengan I yang lemas, sapa pula yang you selamatkan?"

Baru lah falsafah dialog itu.

:D

cikhajar said...

abang ijai pagi ahad tadi ada panjat bukit broga tak??? yg amek gambo angkat2 kaki sebelah tuh kan

Mohamad Faizal said...

bukanlah itu Faizal Tahir kot

z a t i said...

hahaha tu soalan gurauan.
tapi jawapan plg best pernah dpt:

"kenapa i pulak nak kena selamatkan? yang tk pndai berenang i, u dgn mak i dua2 pndai berenang." -_-;

Anonymous said...

doktor gigi tu mmg mulut xde penapis..ak dgn nenek ak pon die buat bahan mcm harem..nsbla die doktor gigi klo doktor biase sure nk bunuh diri pesakit tu bile die bgtau result ujian darah ato air kencing mereka..ahaks..

-fandi-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...