Tuesday, July 27, 2010

Things That You Should Never Say To a Jejaka

Jejaka adalah makhluk yang paling simple. Anda campaklah kami di mana-mana pun kami pasti boleh survive tanpa dibaja. Namun begitu luaran kami ini nampak sahaja kental, tetapi pilu di hati siapa yang tahu. Even Hulk Hogan pun ada hati dan perasaan. Ya betul, perhubungan harus berasaskan kejujuran dan anda rasa anda perlu luahkan apa yang terbuku di hati. Tetapi gadis-gadis mungkin tidak sedar dengan kata-kata mereka yang bisa membuat hati kecil ini terguris.

Tempoh hari kita sudah melihat ayat-ayat yang harus dihindari ketika berbicara dengan gadis. Demi keadilan sejagat, gadis-gadis wajib membaca entri ini dan kalau boleh cetak terus dan framekan sekali di dinding agar setiap kali anda hendak bersolek, anda akan dapat hafal ayat-ayat yang harus dielakkan ketika sedang membebel terhadap kaum jejaka. Ayuh teruskan membaca.

1) Anda sedang bertemujanji di Berjaya Times Square dengan teman lelaki anda. Kemudian anda ternampak Daphne Iking ataupun gadis sehangat Daphne Iking lalu di hadapan anda. Kemudian anda tanya teman lelaki anda, "Siapa lagi cantik, I ke perempuan tu?". Now, ini adalah soalan yang tiada jawapannya. At least untuk gadis-gadis. Jawapan yang keluar daripada mulut kami sudah pasti "Awaklah gadis yang paling cantik di Asia Tenggara ini" kerana kami cintakan anda dengan sepenuh hati. Tapi anda akan marah kami dan anda tidak akan percaya. Anda akan kata kami berdusta dan sekadar bermanis mulut. Tapi kalau kami menjawab gadis itu lagi cantik, lagilah kena marah. So apa yang patut kami jawab ni? Jadi anda mungkin harus meminimumkan pertanyaan-pertanyaan sebegini.

2) "Haa haa awak ni macam ex saya lah". Membandingkan kami dengan bekas teman lelaki anda tak kiralah aspek yang baik ataupun buruk boleh menyebabkan kami membuat muncung. Fuii memang pantang kami mendengar jerawat kami ada iras-iras jerawat ex anda. Semua lelaki cemburu buta ok. Dah berpisah tak perlulah nak ungkit lagi.

3) "We need to talk". Ayat seterusnya tidak mungkin akan berakhir dengan ciuman kemesraan. Air mata pasti mengalir. Selalunya gadis-gadis nak minta perpisahan mesti mulakan dengan ayat itu. Kalau tak minta perpisahan pun, mereka pasti akan membuat ayat susulan yang celaka seperti "Saya ada AIDS" ataupun "Saya sebenarnya khunsa tapi saya rela melakukan pembedahan".

4) "I mengandung......" (jika anda dan teman lelaki belum berkahwin).

5) "I mengandung...... dan you bukanlah bapanya" (jika anda sudah berkahwin).

6) "whatever". Walaupun ayat itu ringkas dan padat, kesannya terhadap emosi kami adalah mendalam sekali. Lepas cakap whatever langsung taknak berkata-kata selama sejam. Usah dilayankan sangat PMS anda itu kerana PMS sebenarnya tak wujud. Sebaliknya, jika ada isu ataupun apa-apa perkara yang anda tidak puas hati seperti jika kami terlupa untuk call anda malam tadi, berbincanglah secara matang. Tak pun paksa je kami belikan kasut Nose untuk elakkan berlakunya konflik.



7) "Eeeee saya dah gemuk benci benci benci!" (sambil tumbuk dinding). Begini, jika betul kami rasa anda ni gemuk dan tidak attractive, kami tidak akan berusaha mengurat anda bermati-matian mengarang sajak cinta sambil diiringi petikan gitar dahulu. Gemuk selepas bercinta memang tidak relevan, kerana kami cintakan anda dan kami akan terima anda seadanya. Lagipun kalau dah mengandung nanti semua gadis akan menjadi gemuk kan? Hik hik hik.

8) Jika anda melenting apabila kami cakap "Tak kisah, dua-dua pun cantik" ketika memberi pendapat tentang baju dedah dada anda, kami sebenarnya SESEKALI melenting juga bila anda tanya pendapat kami walaupun pada hakikatnya anda telah membuat keputusan di dalam hati untuk membeli kedua-dua baju tadi. Lagipun kalau kami membuat pilihan anda pasti akan pilih benda yang sebaliknya kerana anda merasakan kaum lelaki tiada 'fashion sense'. Tak kiralah beli baju dalam ke, cerek elektrik mahupun corak wallpaper, anda memang tidak pernah percaya dengan pilihan kami.

9) "What are you wearing?" Ayat itu harus dielakkan kerana anda seolah-olah memberi harapan kepada kami untuk melakukan hubungan seksual di telefon. Usah buat-buat tak tahu, itu merupakan ayat pembukaan universal untuk berjimak di telefon. Niat anda yang sebenarnya adalah untuk menapis pakaian-pakaian yang bakal kami pakai semasa temujanji nanti. Taknak kami pakai seluar jeans lusuh, taknak kami pakai kemeja nampak lengan.

Dengan berpandukan tips-tips di atas, berharap hubungan anda dan pasangan akan menjadi lebih baik. Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan anda bersama jejaka anda. Jika anda lebian, saya doakan juga kebahagiaan anda kerana saya kadang-kadang layan juga aksi gadis di atas gadis. Hoi hoi aksi gusti WWE lah buat apa nak fikir yang nakal-nakal.



14 comments:

Anonymous said...

hahahhha.... love this... mostly ape yg dtuls mmmg slalu sy ungkap kan... hehehhe... baru tau... thanks.....

Anonymous said...

stuju dgn no. 6 & 7
aku pn baru prasana aa jai klau gadis ckp whatever.. tu mmg mnusuk jiwa raga..smpaikan aku da x mampu bkata2 lg sbb dia mcm dah mls nk layan kita.

no. 7 plak tu tnsen je dgr.. da mmg bdn kurus nk komplen psal brat bdn la selulit la..org risau dia lapa.. dia still nk diet walaupun da kurusss..


-megan musang

Anonymous said...

satu lagi jai. bile pompuan (eg: shikin) main blasah je cakap pasal naruto walaupun tak suka dan tak mengikuti.

"kenapa muka naruto ade misai? sebab die ade nine-tails dalam badan die ke?"

arghhhhh...

adam

Anonymous said...

sedihnya aku tengok comment sincere dr megan musang, slalu aku tengok org komen nak yg kelako2 je.

hehehe.


-usagi-

Asmoham said...

sbnarnye hati pompuan dimulut dan hati laki diperut.. so jgn amek ati sgt.. pompuan ni xsusah klu nak paham dia n nak wat dia happy..

ni ada tips2 aku jumpe kt tenet..

It’s not difficult to make a woman happy. A man only needs to be:

1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a carpenter
10. a plumber
11. a mechanic
12. a decorator
13. a stylist
14. a sexologist
15. a gynecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. very clean
24. sympathetic
25. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate
44. compassionate

WITHOUT FORGETTING TO:

45. give her compliments regularly
46. love shopping
47. be honest
48. be very rich
49. not stress her out
50. not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:

51. give her lots of attention, but expect little yourself
52. give her lots of time, especially time for herself
53. give her lots of space, never worrying about where she goes

IT IS VERY IMPORTANT:

54. Never to forget:

* birthdays
* anniversaries
* arrangements she makes

HOW TO MAKE A MAN HAPPY

1. Show up naked
2. Bring food

khairul_bariyyah said...

hehehe..klaka baca comment asmoham ni... macam pompuan ni sgt complicated plak..

tiba2 rasa macam lega lpas baca yg num 7 tuh.. thanks ijai!

Mohamad Faizal said...

anon: maka kurangkanlah ungkapan2 itu jika anda menyayangi kami

megan: aku mengerti perasaanmu itu

adam: haa haa naruto baligh awal

usagi: realiti kehidupan memang pahit

asmoham: begitulah pengorbanan seorang lelaki

khairul: eh tapi gadis2 kenala jaga badan tak boleh ambil kesempatan

astute said...

no 7 tu mcm tak berapa pcya..ye ke tak kisah awek gemuk bila dah couple???

by the way, gemuk lepas kawen lain. itu gemuk buatan org..gemuk buatan sendiri yg tak bleh blah.

Clarky Afif said...

jadi..uh.. "SHADDAP!" dibolehkan ke?
ehehehehehehehe

nana said...

ye ke PMS tak wujud?

*kuku patah said...

pejai.next entry.
"Things that you should never say to an arbok."
haha

^wirda^ said...

btol ke byk nih je takleh sebut? hahah

Mohamad Faizal said...

astute: betul kami tak kisah. tak percaya cuba gemukkan badan sekarang

clarky: boleh kalau sedang menyanyi lagu rihanna 'shut up and drive'

nana: tak wujud. psikologi je tu

kuku patah: haha. mungkin satu hari nanti

wirda: exsqueeze me ada part 2 part 3 part 4 lagi nanti

Anonymous said...

aku percaya je kalau laki boleh terima awek dia gemok lepas couple tp memang sikit2 kena perli jugak laa...hahahaha

whatever tu, bukan takat laki je tak suka dengar, pompuan pun tak suka dengar kalau orang cakap whatever...rasa nak lempang je

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...