Thursday, July 8, 2010

Why Men Don't Watch Twilight


ARGHHHHH R-PATZZZ!! Eclipse premieres today. My officemate Kunal said, 'real men' don't watch Twilight. No Kunal, real men can watch anything that they want. How do you actually measure if someone is a real man or not? Obviously not by what we see on the tv or the movies. It's simple really, if you have a set of hanging testicles, then you're a real man. Unless you let someone who has a moustache gargle your balls.

Aku sengaja tulis intro dalam bahasa Inggeris sebab kawan aku Kunal tidak boleh berbahasa Melayu walaupun dia orang Malaysia. Berbalik kepada tajuk asal, ramai lelaki yang tidak mahu mengaku yang mereka mahu menonton ataupun telah menonton Twilight. Terdapat banyak faktor yang membuatkan kaum lelaki yang menggelarkan diri mereka 'lelaki sejati' untuk membenci Twilight. Sebagai seorang lelaki yang agak sejati juga, aku ingin membuat pendedahan eksklusif mengapa orang lelaki tidak mahu menonton Twilight.

1) Takut dituduh homoseksual oleh rakan-rakan sebaya

Ini adalah faktor utama mengapa kebanyakan lelaki tidak menonton Twilight. Jauh di sudut hati, mereka memang berbunga-bunga untuk menonton tetapi terpaksa menguburkan sahaja niat mereka untuk menonton Twilight. Di dalam benak fikiran mereka sudah ada satu mindset yang mengatakan 'If you watch Twilight, then you're gay'. Yelah badan ada tatu, minum minuman beralkohol, main bola sepak lepas tu pergi tengok Twilight. Macam ada sesuatu yang tak kena di situ bukan? Besides, yang ada dalam panggung wayang nanti adalah 90% gadis-gadis bawah umur yang histeria setiap kali Edward ataupun Jacob muncul. 8% pula terdiri daripada mak budak yang meninggalkan anak mereka di rumah mertua untuk memenuhi fantasi percintaan yang tidak mungkin dikecapi bersama suami. Adakah anda mahu menjadi 2% lelaki yang berada di panggung itu? Jika anda menjawab ya, anda seolah-olah bersetuju dengan tohmahan tentang orientasi seksual yang rakan-rakan anda lemparkan.

2) Baru lepas berpisah dengan teman wanita

Dulu semasa bercinta, hari-hari mengungkapkan kata-kata cinta seperti "Aku cintakan kau buat selama-lamanya, umpama cinta Edward terhadap Bella" ataupun "Apabila kita sudah berkahwin nanti, barulah sayang boleh menghisap dara ku". Tup tup berpisah pula di saat-saat Twilight episod ketiga hendak ditayangkan. Baru last week bercadang hendak tengok Eclipse bersama-sama. Siap dah beli twin seat awal-awal lagi. Mana tak patah hati beb. Pandang muka Bella, teringat kat bekas gadis kita.

Don't talk crap by saying that you want to watch the action scenes like the Vampire vs Werewolves. Twilight is a romantic movies using the whole vampire thing as a cover. Sebab itulah tiada jejaka yang akan menonton Twilight seorang diri, especially jika memang tiada teman wanita ataupun baru berpisah dengan awek mereka.

3) Kurang keyakinan diri

Filem Twilight memaparkan manusia-manusia yang molek rupa paras dan tubuhnya. Mengikut buku Twilight yang aku pura-pura baca, wajah Edward Cullen diterangkan dengan Izhar Halqi, iaitu jelas dan nyata serta penuh detail. Senang cerita Edward tu memang kacak nak arwah la. Samala seperti Jacob yang memiliki 7-pack di badan (lebih 1 pack daripada manusia biasa).

Jejaka yang kurang keyakinan diri sudah pasti akan berasa tergugat melihat objek yang jauh lebih tampan dan gagah daripada mereka. Itu sebab mereka menjauhkan diri daripada menonton Twilight. Emosi mereka akan terganggu dan setiap malam meracau-racau mengapa mereka tidak boleh memiliki physical appearance seperti Edward dan Jacob. Ada yang lebih ekstrim terikut-ikut dengan perangai pelakon Korea terus menggantung diri dengan wayar telefon kerana akibat tidak mampu menahan tekanan kerana muka tak hensem. Rileks la oi

So where do I stand in this 'real men issue'? Let's see,

1) Aku tidak bimbang dituduh gay, kerana aku seorang jejaka metroseksual;

2) Aku ada gadis (sorry girls and some guys), so aku boleh cakap yang gadis aku 'paksa' aku tengok Twilight;

3) Kurang keyakinan? Well nama blog pun Yang Penting Rupa, sudah pastilah paras rupa aku ni melayakkan aku menghiasi muka depan majalah Anjung Seri. Eh? Okla tubuh badan je kurang sikit sebab aku sekadar ada 1 pack;

So berdasarkan sebab-sebab di atas, tiada masalah untuk aku menonton Twilight. Anda bagaimana? Mahu menonton ke? Terpengaruh dengan hype ke? Tak kiralah anda jejaka ataupun gadis. Enjoy the recycled poster!






22 comments:

otak ketat said...

aku paling suka no 3. haha.

otak ketat said...

aku paling suka no 3. haha.

otak ketat said...

wawww. betul-betul suka. smpai 2 kali. ini bukan usaha utk spam. haha. maaf encik. org tak menyabar mmg cmni.

Shima Ibrahim said...

Owh Kunal said that? Ask him if real men watch South Park or The Simpsons, then. *Just kidding, Kunal!*

Anyways, aku mmg menunggu kehadiran Eclipse ni sejak aku kluar dr panggung lps tgk New Moon. Hahaa

And guys, don't worry. In my opinion, I think guys who watch the Twilight series are sweet. Really ;)

Anonymous said...

aku tggu star movies je la kot.. haha



-megan musang

khairul_bariyyah said...

mahu tengok juga!!! (semangat)

et said...

oh,kenape tak rase pelik pon kalau lelaki tgk twilight? oh,lupe,aku perempuan.dem! haha.

Anonymous said...

oh, aku suke time bella ketap bibir..grrr...hahaa


santiago

Mohamad Faizal said...

otak ketat: haa haa memang fanatik kau ini

shima: haha aku memang telah diketahui kesweetannya

megan: haa haa kalau ada kat wayang warta kan senang boleh tengok tanpa memakai topeng sebab orang tak ramai

khairul: jangan tengok tubuh lelaki serigala sahaja

et: akan jadi pelik kalau dua orang lelaki tengok bersama

yusuf: grrrr wofff woff auuuuu (bunyi nafsu serigala)

kaykaysaja said...

sebagai penggemar movie aku tetap tgk apa saja movie yang wujud di muka bumi ini.... banyak kaler.. 1 kaler.. rajnikandh, kamal hassan, maria ozawa, cut tari, luna maya, sanchez bang bus....

oh semuanya aku tengok.... habaq kat kunal kukre.... aku jantan dan aku tengok semua muvie.. ahahaha

ijai, ang bagi kunal minum air cencalok+budu "o" ais... mesti fasih berbahasa malaysia,...

finaz said...

i perempuan tp i xpenah tgk twillight series ni at all.. boleh? penahla attempt nak tgk kat star movies tp last2 mesti i either tertido or pi tuka channel sbb mcm boring je

linn said...

1st time, i ever heard.. boys xtgk twilight.. student i dulu.. girls n boys same naik je.. gile bace novel twilight even esok nk test.. wawa.. but twilight series bcome more more mengarut dowh.... love the 1st one da most... sentence plg suke, edward: i'm 17 years old.. bella: for how many years? ~some of da line laa~ anyway, nice reasons bro...

Clarky Afif said...

housemate aku kipas-susah-mati twilight saga dah ajak2 gi midvalley.

aku tak dapat bayangkan perjalanan dari bandar puncak alam ke midvalley mrnggunakan pengangkutan awam.

confirm aku tido je nanti. lebih afdal jika aku tak ikut dia sebab aku antara gadis yang tak meminati twilight. lagipun aku vegan, tak meminati penghisap dara(h) ganteng tu. hahah

Anonymous said...

HAHAHA aku suka yang ko ckp lelaki yg kurang yakin je tk suker tengok cite tu.Itu mmg betul. Alasan banyak aku dengar adelah;

"elleh bukannye hensem sgt jacob tu harap badan je cmtu, itupun kalau ajak bergaduh agaknya lembik"

"edward tu harap je bdn mcm ketak sikit, tp muke penuh foundation"

Like WTH man?? CERITA JE KOT!!!! Takpayah la overrrr. Darn. Aku plak yg over. HAHA.

Kunal said...

hahaha when did I say that? :)

FYI, I watch The Vampire Diaries. (which is much better than Twilight imo) I thought I told you I watched New Moon in the cinema....

http://hollowtreetales.files.wordpress.com/2009/09/vampire-diaries-new-pic-a.jpg

Harris H said...

haha,lmao,I always rename the Twilight saga as the Toilet saga,vampires than glow in sunlight on puhlease.to much glitter kut.
Anyways off topic sikit what's the name of the font u always use for ur jawapan panel entry pics,the 1s that look like comic book titles?

Mohamad Faizal said...

kaykaysaja: kau kenal kunal kah? ada rahsia peribadi dia dedahkanla

finaz: BESTTT!! TAK BORINGGG!!! hehe

linn: ni hafal skrip ni mesti ada poster separuh bogel edward kat toilet

clarky: ikutlah balik nanti korang boleh role play. kalau tak minat kau bole amek watak abah bella

anon: memang over ni. peminat fanatik ke hii hii

kunal: come on you watch vamp diaries just because boone is there

harris: nama font itu badaboom

linn said...

waa.. me tmpl poster human o vampire?? plizzz... poster anime aje y pnh ku tmpl but no longer la...

datillah said...

Saya boleh tengok dengan nana?

Mohamad Faizal said...

tak bolehhhhhhhhhhhhhhhhh awak dah janji hendak menontonnya bersama sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (sambil hentak2 kaki)

Pinky Angel said...

salam kenal. blog ko menghiburkan aku.. hehe.. suka post yg ni. Mintak izin letak link ni dlm FB aku ek? aku tolong promote blog ko free. hehe..

fndrocka said...

haha.semua point kau ni boleh diterima.memg masuk akal jugak tu.aku relax je pergi tgk citer ni seorang2...tggi jugak konfiden diri dan tahap metrosexual aku ya.haha.

citer ni bolehlah layah...cuma overrated by fans

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...