Monday, July 12, 2010

World Cup 2010 Highlights

Piala Dunia 2010 baru sahaja melabuhkan tirainya pagi tadi. Aku memang selalu bangun awal untuk mandi wajib kalau tak nanti tak boleh solat subuh. So hari ini aku bangun lebih awal sedikit untuk melihat Abang Torres diserang hamstring di masa tambahan dan seterusnya menjulang Piala Dunia. Sepanjang Piala Dunia ini, terdapat banyak insiden-insiden sama ada yang mazmumah ataupun mahmudah.com.my yang telah menarik perhatian peminat bola sepak seantero dunia. Di sini aku ingin kongsi peristiwa-peristiwa yang menarik yang berlaku di edisi Piala Dunia ini. Ayuh teruskan membaca!

Paul Si Sotong Mistik

Semua orang tahu kisah Paul Si Sotong yang membuat ramalan khurafat tentang perlawanan yang melibatkan Jerman. Sebenarnya Paul sudah mula beroperasi sejak Euro 2008 lagi tetapi ramalannya ketika itu tidak seratus peratus tepat. Paul yang mendapat mendidikan awal di dalam akuarium Mona Fandey memiliki rekod menilik 100% dalam Piala Dunia ini. Habis kecoh dinding Fesbuk semua orang nak masak sotong goreng tepung la, nak menyotong sehingga inzal la dan keadaan menjadi lebih buruk apabila terdapat beberapa ahli kultus yang menjadikan Paul sebagai berhala sembahan mereka. Lepas tu muncul la pulak Mani si burung tiong, Andrew si k dan Megatron si kucing parsi semuanya dieksploitasikan oleh tuan mereka demi mengaut keuntungan yang tidak halal.



'Tangan Tuhan' Luis Suarez

Tangan Tuhan sepatutnya ditukar kepada Tangan Syaitan. Tindakan Luis Suarez menghalang tandukan padu dengan gaya penjaga gol kelas dunia seperti Jerzy Dudek memang seperti kisah dongeng Disney. Perbuatan kejinya itu sebenarnya boleh difahami, kerana tanpa tindakannya itu, Uruguay tidak akan berjaya ke separuh akhir. Dia sedang bermain di Piala Dunia, bukannya sesi pemilihan pemain di peringkat daerah Hulu Langat. Di saat dia menepis bola itu dengan tangan, adakah dia akan dapat tahu yang adik Asamoah akan miss sepakan penalti susulan? Tidak, dia bukan seorang sotong. Tapi muka dia memang macam orang homeless rasa nak tinju je kan?



Jerman si Pero-goal

Bagi aku, perlawanan yang paling ulung di Piala Dunia kali ini ialah ketika Jerman menentang Argentina. Setuju? Kami menontonnya di restoran Tupai-Tupai Ikram belanja makan buffet memang lagi seronot la kan. Tiada siapa yang dapat menyangka skuad bimbingan si penagih Maradona itu akan dirogol tanpa belas kasihan oleh skuad muda bimbingan Joachim Low. Ketiadaan kapten Ballack serta beberapa pemain senior lain ternyata menjadi 'blessing in disguise' di mana pemain-pemain muda dapat menyinar tepat pada masanya seperti Thomas Muller, Mesut Ozil, dan Sami Khedira. Schweinsteiger umur baru 25 tapi dah jadi midfield general ada lebih 80 caps. Sejak dari peringkat kumpulan lagi Jerman sudah menunjukkan corak permainan yang kemas dan teratur dan disusuli dengan counter attack yang membunuh. Mungkin Low menjadi master tactician setelah membaham tahi hidungnya sendiri.



Vuvuzela

Jika anda menonton Piala Dunia, anda pasti akan mendengar bunyi dengung wajibul ghunnah yang melebihi sepuluh harakat keluar di pembesar suara anda. Anda tidak akan mendengar bunyi nyanyian dan sorakan penonton, sebaliknya anda hanya dapat mengalami suasana seperti berada di dalam sarang lebah gergasi. Bunyi yang anda dengar itu adalah bunyi yang keluar daripada sejenis alat muzik yang popular di Afrika Selatan yang dinamakan Vuvuzela. Seriously, walaupun Vuvuzula dianggap sebagai tradisi negara itu, kehadirannya di Piala Dunia ini amatlah annoying. Aku mahu dengar anthem Tuhan Selamatkan Permaisuriku daripada hooligans England. Aku mahu dengar nyanyian Pavarotti daripada penyokong Italy. Aku mahu dengar lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh kalau Malaysia layak ke Piala Dunia.

Penderhakaan Perancis

Kisahnya bermula apabila Abdul Anelka (dia orang Islam), mengeluarkan kata-kata carutan mengejek nama bapak pengurus Perancis, Ray Domenech. Anelka yang memang terkenal dengan sikap bapuknya yang suka merajuk itu mempersoalkan keputusan taktikan serta kredibiliti Domenech sebagai pengurus. Berasa sayu dengan cercaan yang dilemparkan terhadapnya, Uncle Ray telah menghantar Anelka pulang ke tanah air tanpa memberi tambang teksi. Peristiwa hitam itu tidak berakhir di situ. Diketuai oleh kapten Patrice Evra, pemain Perancis telah memboikot sesi latihan menjelang perlawanan menentang Mexico. Ribery boikot barangan Israel sekali sebab dia practicing muslim, tak macam Zidane. Lepas tu main macam najis berat sekaligus melayakkan mereka untuk bertemu dengan Italy dalam perlawanan yang tidak bermakna di lapangan terbang. Bagi aku, memang keji diorang ni dahla masuk World Cup pun guna cara keji. Ini bukannya main FM kau boleh suka-suka nak 'lost confidence at his manager's ability'. Mungkin Perdana Menteri diorang tak serapkan semangat 1Perancis di dalam diri.

Ada banyak lagi sebenarnya peristiwa yang memorable seperti 'jaringan' Lampard dan Tevez, sepakan tonjol Siphiwe Tshabalala dan van Bronckhorst, mahupun Shakira's Waka-Waka. Secara kesimpulannya, Piala Dunia kali ini bagi aku ok ok sahaja. Penyingkiran awal England sedikit sebanyak mempengaruhi keterujaan aku. Barbie ah Runi aku sudah lupakan yang kau ni pemain Manshitter dengan beri kau sokongan padu tapi kau letih sahaja.

So what's your favorite World Cup moment?



22 comments:

Anonymous said...

haha ko sokong ghana ke jai?
salah gyan jgak sape soh penalti x masuk..

yee aku setuju.. corak permainan germany mmg puas hati tgk.. aku ske tgk Muller main.. da la umur baru 20

psal Paul tu saintis kata.. obor2 lebih tertarik kepada warna merah.. klau letak Malaysia vs Brazil musti Paul pilih Malaysia ho..hoo...

p/s: megatron predict cmne plak jai? mngikut komposisi najis beliau ke? haha



-megan musang

Shima Ibrahim said...

Ko kna add satu lagi Ijai. Sempena Karate Kid, Nigel De Jong dgn tegarnye memberi sepakan padu ke dada Xabi Alonso! Hahaha aku rase lps ni jadi tradition dah, bile final je smua nak buat stunt cam Zizou mase final world cup 2006.

atiezul said...

like 'Barbie ah Runi aku sudah lupakan yang kau ni pemain Manshitter dengan beri kau sokongan padu tapi kau letih sahaja.'

otak ketat said...

err byk insiden klaka. tp aku paling suka tang baju llorente koyak tu kot. haha! lg 1 time suarez beria nak bitaw referee yg ada pemain jerman handball haritu. padahal dia lupa ke kesah dia mcm mana dulu? wakakaka

Anonymous said...

tu belum tambah ngan miss of the tournament: aiyegbeni yakubu lwn korea..
gol dah ternganga pun still sepak out..aku rase ade akinbiyi pun boleh score..haha..
owh juga 'kehandalan' abg robert green menyungkit bola dempsey masuk gol sendiri..bajet baju kaler hijau mcm rumput kat ellis park boleh camouflage la..(korang penyokong england patut salahkan green bukan runi..haha)

-shuhud-

Anonymous said...

suarez itu mmg membencikan.

walau kalah germany ttp dipandang hebat dr spain bukan?

Dikna said...

suka komen anonymous tu

"walau kalah germany tetap dipandang hebat dari spain bukan??"

sangat betul, germany memang hebat...kesian england n argentina kene lauk dengan germany...huhu :)

EyeDa said...

The best moment for me whenever Germany play. Germany paling best!! Permainan yg pro dan konsisten team ever.

shogunn_general said...

haha abe kalo ade niggas buat benda yg hina je terus perasan kan hehehe..sedih la german tak main dgn skuad dorg 100% masa 3rd place play off kerana diserang selesema kalo x mesti encik klose bole skor lagi sebarang dua

Idlan said...

Fave World Cup moment aku adalah ketika aku dapat tengok Germany mero-goal Argentina di depan mata sendiri dan juga semua saat2 aku berpesta ria di Cape Town serta menonton semi finals U-R-Gay lawan Holland. Oh yeah memang nada kerek. Tapi dalam kerek tetap bersyukur kerana ada rezeki pergi

Anonymous said...

aku rase this world cup was going to be terrible.... until germany started playing. bodoh ah spain menang 1-0 je sejak pusingan kalah mati.

oh well. biase je this world cup. could've been better. hopefully no more vuvuzelas.

adam

Anonymous said...

kita tak perlukan 4-0, 4-2 utk jadi juara world cup... 1-0 pun dah cukup...

terima kasih kepada paul kerana menceriakan dunia world cup tahun ni...

team spain

Mohamad Faizal said...

megan: betul ke minat warna merah? bukan sotong buta warna ke. jaga-jaga gadis datang bulan! (ayat seksis)

shima: mungkin abang xabi ejek nama bapak nigel. contoh: haa haa de jong jongang

atiezul: tips, kalau nak like certain ayat, highlight ayat tu kemudian tekan alt + f4 di papan kekunci

otak ketat: sikap manusia memang begitu. kita buat salah tak apa, orang lain buat huiii memang kecoh uols

abe: hoi kalau runi score kesilapan green tidak akan menjadi isu besar

anon: berdasarkan corak permainan, ya

dikna: australia sekali

eyeda: ya, at least sehingga semi final lawan spain

naqqib: tu ah abis markah fantasy football aku

akak abe: cemburunya! bawak balik vuvuzela untuk aku tak? mana hadiah hari jadi aku tipuuuu

adam: takpe kat brazil nanti tiada vuvuzela tapi mungkin ada alat muzik lain yang aneh

team spain: sama-sama. eh

O Ena O said...

Moment world cup aku yg pasti aku windu...

1) dpt tgk bola terutama game italy vs NZ dgn yg tersayang (keh keh)tp hampeh gile italy main cm babun nk blk kg ...haremmm kalahhhh dooo..malu siot aku ngan bf aku..chet! ..siap plak aku bleh tanye kt die ape sbnrnye masaalah team Italy nieh..huhuu

2) of coz setiap jaringan gol dr Diego Forlan or gol yg berpunca dr forlan..ngee....ohhh forlan aku angau ngan ko la skrang..ngee ngee..

3)aku rindu bunyi vuvuzela dan lagu anthem Negara italy setiap kali pasukan italy nnyanyi sblm sepak mula.

4)aku rinduuuuuu worrldddd ccuuppp oiiii!!! huhuhuhu...dh la kene tunggu 4 thn lagik kt brazill..wuwuwu...

Anonymous said...

emanuel aboue buat lawak time ivory coast vs north korea..lawak gampang sungguh..check out youtube "http://www.youtube.com/watch?v=IYIGIMIBj48"

~yusry bkn kru~

Mohamad Faizal said...

ena: ahh aku masih membenci diego forlan sehingga kini

yusry: HAAA HAAA HAAA terus aku buat entri baru

Anonymous said...

Worldcup yg harus dilupekan...tanah tumpah darah kita klu xmerdeka diaibkan begitu skali..
Kagum dgn persembahan anak2 muda joachim leow...bersemangat n masa depan yg cerah...abg bastian sudah matang...daripada typical winger beliau menjadi tukang dictate tempo barisan joachim...
Spain bangkit selepas kalah opening game...mng 1-0 bukan masalah...kualiti yang penting...
Holland yang negatif di final dihukum sendiri oleh 8 orang spanish player telah dilahirkan sendiri LA MASIA YOUTH ACADEMY oleh uncle JOHAN CRUYFF, A DUTCH LEGEND...menonton spain seperti menonton barca kecuali jumlah gol yg dijaringkan...

~AkuApai

Mohamad Faizal said...

tahniahla atas kejayaan kau memenangi kejuaraan liga dan piala dunia fantasi (cis)

O Ena O said...

oooo ko benci forlan...patut la pon..ko still pikir die saki baki dr Manshitter ek...ooo patut pon..

Anonymous said...

http://www.liverpoolfc.tv/news/latest-news/best-pic-you-ll-see-all-year

aku rase kau takyah risau pasal abang torres

adam

Anonymous said...

apai, uncle johan cruyf kata dutch main 'anti-football' kat final. haha.

adam

Anonymous said...

salam ijai..
aku ada email bukti kegagalan messi menjaringkan gol..

german berpotensi menang WC akan dtg asalkan diorg tak riak mcm team2 gergasi lain yang terpaksa balik awal tu..go go german..i wait for u mueller!!

layak ke spain menang?? refree cam haram..Iniesta dah offside dulu..tapi refree buat tak nampak..takde sapa persoalkan kcli pemain2 holland..wlupun aku tak sokong holland tapi aku kesian gak kat diorg..diorg main bagus gak

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...